walk on wings, tread in air: Ephyra : Testimoni : .....and Anak bongsu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ephyra : Testimoni : .....and Anak bongsu
2013-09-12


Benda macam ni aku takleh nak bagi nasihat, sebab laki korang ngan laki aku lain.
Eh, ke sama?
Hahahah.

Aku tak tau if kedudukan anak sulong, anak tengah or anak bongsu boleh mempengaruhi sikap dalam rumahtangga or not, but rasanya akan ada sangkut-paut juga. Atau mungkin secara kebetulan je.

Orang kata anak bongsu manja, pemalas, sebab semua benda dah diajar dari kecik makbapak yang buatkan. Tapi kalau nak applykan konsep tu kat En Wan tak kena gak. Sebab En Wan ni memang tak pandai buat banyak benda - tak pandai gosok baju, tak pandai lipat baju, tak pandai masak.....TAPI BOLEH BUAT kalau keadaan terdesak. Tapi kau kena redha je la dengan hasil dia.

Macam En Wan, bertahun dia duduk kat Jepun, dia TAK PERNAH gosok baju.
Masa aku mengandungkan Redza, perut aku dah memboyot 7 bulan, aku still kena gosok baju-baju dia. Terkangkang-kangkang aku menggosok. Nak diri tak larat berdiri lama-lama, so aku gosok duduk. Just imagine la kan, perut dah kedepan pastu kau menggosok duduk atas lantai. Tak ke terkangkang tersiat kaki kau? Aku gosok baju sambil nangis. Hahha. Gila drama. Gosok baju je padahal. En Wan mula-mula nak gosok sendiri tapi aku boleh terberanak tengok hasil dia. Macam baju baru lepas spin! Tak tergamak aku nak tengok laki aku pakai baju renyuk gi opis. Walaupun dia akan cover dengan jaket kilang, tapi still tak tergamak. Maka, terkangkang-kangkang la aku menggosok sambil berlinangan airmata. Menangis bukan sebab laki taknak tolong tapi sebab pantat aku sakit duduk atas lantai lama-lama.

Masa mengandung Redza jugak, sepanjang-panjang waktu mengandung tu aku tetap basuh toilet and shower tetiap minggu walaupun dah 9 bulan. Dah macam Cinderella je rasa diri basuh lantai sambil bersimpuh. Nak mencangkung dah tak boleh sebab perut dah besar sangat. Bukan En Wan taknak tolong tapi aku sakit mata la kalau dia yang basuh bilik air. 15 minit siap. Kau tak hangin? Aku tengok bilik air aku before and after sama je berkeraknya. Aku tak tau la apa yang dia basuh. Dia jirus air je kot.

Tapiiiiiiii, time pindah rumah semua dia buat.
Dia menyapu, dia mengemop, dia mengelap, dia memberus. Semua dia.
So aku rasa tak kisah la anak sulong ke, anak tengah ke, anak bongsu ke, kalau dia nak buat, dia buat. Kalau dia rasa ada orang boleh buat lagi baik dari dia, baik orang yang buat.
Kalau dah takde orang nak buat, baru dia buat.

Jadi bab-bab macam ni aku pun lagi suka dia takyah tolong sebenarnya. Kau duduk je la kat depan diam-diam, dah siap kang aku panggil. Selagi tak siap ko jangan datang. Sebab kalau membantu pun akan menyakitkan hati aku.

Tapi kalau bab menjaga hati, tang tu ada sikit kureng.
Nak kata semua anak bongsu ada perangai "asik nak menang" tak jugak.
En Wan YES, memang asik nak menang.
Tapi Ibal tak.
Ibal sangat reserve and jenis takde-hal-punya-orang.
Kadang-kadang aku ngan Mak Aji sampai naik menyampah dengan perangai Ibal yang terlampau menjaga hati orang. Dulu pernah kawan LELAKI dia call dia pukul 2am mintak jemput kat mana ntah sebab bus dah takde. Nak naik taxi mahal.
It's 2am.
Dan itu adelah budak LELAKI.
Kalau pompuan aku tahan lagi.
Ibal tengah tido, dia bangun drive ambik kawan dia hantarkan sampai depan pintu rumah.
Sungguh aku tak paham.
Yang aku pelik tu, kalau dia yang tersadai or keta takde ke, nama dia nak mintak tolong kawan-kawan dia memang tak. Dengan alasan kawan-kawan dia semua dah kawen. Mengganggu.
Puiiii.
Fundeqs.

Kalau En Wan memang dia agak selow la bab-bab nak ambik hati ni. Bukan taknak ambik hati, tapi tak reti how to.
Cuma sejak dah tua ni dia dah pickup sikit bab-bab menjaga hati contohnya buat surprise masa besday aku, buat surprise hantar bunga time anniversary....malangnya semua surprise tak menjadi.
Takpelah, at least dia cuba.
Bab merajuk, boleh bilang dengan jari la berapa kali dia pujuk aku.
Kadang-kadang tu asal-asalnya aku yang bengang, tapi endingnya aku yang pujuk dia.
Padahal dia yang lambat balik sampai aku lapar menunggu. Plan tu nak merajuk la. Aku dah plan dah nanti dia balik aku taknak cakap-cakap. Aku nak senyap je.
Eh rupanya dia lagi teruk. Masuk rumah, terus mandi, then tido, tutuk muka ngan bantal semua.
Aku konfius, ni sape yang bentan ni? Aku ke, dia?
Last-last aku jugakkkkkk kena pujuk "Bang, nape taknak makan?"

"Malas. Abang bengang ngan bos"

Alahaiiiiii....
Sakitnya jiwa hakuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Time ni la si bos nak carik pasal jugak.
Hancus plan aku nak mintak kena pujuk.
Ujung-ujung aku jugak kena pujuk ajak makan luar.

Kebanyakkan laki memang mcam ni la. Kebanyakkan je, tak semua.
Dia dah puas jadi "keras" kat luar, bila dengan wife dia nak jadi budak-budak la sikit.
Asik nak menang, asik dia je betul, tak boleh dibangkang, never say no, etc.

Aku punya style senang je.
Rasa-rasa aku leh layan, aku layan.
Rasa aku malas layan, aku diam, main ngan anak-anak aku pulak.
Nanti lama-lama dia ok.
Orang lelaki ni bukan nak carik pasal ngan wife dia pun, saje je dia nak geli-geli.
Cuma kadang-kadang tu cara dia menggeli tu kasar sikit buat aku nak bagi penampo pun ada.

Ok kat bawah ni ada a few testimoni Ephyra dari pengguna perempuan and lelaki :

 Email 1



Email 2

Ephyra tak panas.
Tapi tindakbalas Ephyra terhadap cell-cell menggunakan banyak tenaga jadi metabolisme meningkat.
Sama la macam kita bersukan, dah banyak guna tenaga mesti haus kan?
Kena minum extra air supaya tak dry.


Email 3

Macam aku pernah bagitau dulu, memang ada yang dapat kesan fatigue, depending on tahap alergik badan kita terhadap komponen Ephyra. Sesetengah hasil laut ni ada 'bahan pelingdung diri'. Bila pemangsa approch, mangsa akan membebaskan this bahan yang akan membuatkan pemangsa lemah. Penerimaan badan kita terhadap bahan-bahan ni juga adelah tak sama. Ada yang boleh adapt, ada yang tak bertolak ansur maka pengguna akan merasa 'fatiguing-effects' ni.
Tapi tak lama, dont worry.
Kalau rasa heavy sangat, try ambik vitamin B ya.


Email 4

Ni sama macam En Wan...
Nak kena dibancuh siap-siap baru nak minum.
Kalau tak, memang takde la.
Ok, cadangan bleh diconsider.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 2:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER