walk on wings, tread in air: Ephyra : Event <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ephyra : Event
2013-04-11

Sabtu lepas ada event Sepetang Bersama Ephyra.
Tu diaaaa, dah nak masuk Sabtu minggu ni baru nak cerita kes Sabtu minggu lepas. Dasarrrr.
Ok mula-mula sekali nak bagitau yang event ni bukanlah perjumpaan downline-downline sebab Ephyra bukan MLM. Ephyra ni macam bisnes yang company aku buat. Produce then lantik distributor untuk promote and jual barang. Itu je.
Dan aku bertindak sebagai apa?
Itu biarlah rahsia....hahhaha.


 

Saya memakai jubah yang dibeli  dari Kompleks PKNS Shah Alam. Shawl and anak tudung dari Ariani. Kasut pengawas cap Bata (tak nampak).

Event kat Bora Ombak and tema adelah biru or putih.
Tapi aku kan blur tak hingat. Padahal kau mentekedarah Ephyra setahun tapi tak jugak perasan-perasan yang kaler kotak Ephyra adelah blue turquoise. Ntah camana la aku boleh beli jubah kaler cobalt blue. Tapi nasib baik la kategori biru. Kira halal la walaupun aku sorang je yang pelik dalam hall tu.


Apa-apa hal daftar dulu untuk ambik form testimoni and lucky number :)


See? 
Semua yang datang pakai blue turquoise.


Apa-apa hal pun kita ambik gamba polaroid dulu kat wall ni.

 
Renee, ehem ehem, Miza

Of cos "Saya pengguna setia Ephyra" sebab saya promote Ephyra sejak awal, dari bulan April tahun lepas sehinggalah tahun ni, kekal ambil Ephyra everyday.
(kadang-kadang ter-skip gak sebab stok abis bagi kat korang je aku punya stok pun ter-miss)


Ini adelah shareholders and founder Ephyra.

Attend event Ephyra tapi aku ngan Renee (kiri) dari mula jumpa sampai nak balik asiklah discuss pasal kain baju. Renee adelah founder untuk KREE.


Gambar polaroid yang dah siap untuk disimpan sebagai kenangan



Ambik tempat dulu kasik isi testimoni form.

Produk display

Cuppies Ephyra yang aku tak sempat nak jamah, semua dibalun oleh anak-anak aku.


Suasana dalam hall. Masa ni masih awal lagi, ramai yang belum sampai.


Singer of the day, Syahmee




Sampai-sampai je, Miza dah suruh makan dulu.
Aku memang dah kenyang sangat dah time ni. Failed sungguh la. Dah la makanan semua sedap tapi perut aku dah ketat aku pi mentekedarah dulu siap-siap kat rumah. Aku memang camtu kalau nak attend kenduri kawen ke, kendiri doa selamat ke, birthday party anak sesapa ke, apa-apa hal aku makan dulu kat rumah sebab selalunya aku jadi tak kenyang bila makan ramai-ramai. Nak pulak makan kat event-event macam ni kan, adab tatasusila kena jaga. Maklum le majlis orang kan. Aku ni bukan apa, aku ni kuat mentekedarah. Jangan sesekali pelawa aku buat majlis macam rumah sendiri. Memang akan aku buat macam dapur sendiri jawabnya. Jadinya, kenalah aku makan dulu kat rumah.

Sekaliiiiiiiiiiii makanan kat sini best-best.
En Wan kata roti jala ngan kuah kari dia mahveles.
Aku ambik jambu cicah sambal kicap. Mak aiiiiiiiiiiiiiii, podeh berdosinggg! Meloncat pantek.


Guest dah start serang meja buffet


Cewah macam Joyah aku kalau bersembang. Macam aku pulak tuan rumah. Ye ye je.
Yang bestnya kat majlis ni secara tak lansung aku dapat kenal dengan reader-reader blog aku.
Thank you la pada yang tegur aku.
Aku memang mengharapkan sesape yang kenal kalau nampak aku tegur je la ya.


Gelak kena tutup mulut ya.
Bukan apa, kang tercampak pulak gigi pelsu akak.


Reader


Mau tak menjejeh airlioq nampak ni???
Sebab tu la ini yang aku serang dulu.
Adekah anda sanggup pandang je bendalah ni?
Oh, saya tidak berdaya.
Perut ketat pun ketatlah. Janji yang ni aku tak miss.









....dan makanan-makanan yang lain aku hanya mampu ambik bau je.
Tu pun dah kenyang.



En Wan punya dress code lagi tepat dari aku. Ceh!


Aku antara yang diminta untuk bagi testimoni.
Jadi kena taouch-up dulu apa-apa yang patut. 
Elok sangatlah touch-up kak, saya pun dah naik berlendir ni.


Ok yang ni aku konfius jap.
Mengapakah siap nak ambik video aku tengah dimekapkan?



Kembangnya muka aku nak bandingkan dengan muka model kat bunting tu.
Hoih, failed!


Bak kata Tuan Direktor Ahmad Nisfu "Camera rolllllllllll. Action!"

 

Bagi testimoni ni bukannya susah. Lagi susah soklan lisan BM SPM aku dulu.
Basically dia cuma nak tau berapa lama kita dah guna Ephyra, perubahan seawal berapa hari, apa yang kita spot berubah pada diri kita, etc.

Macam aku, aku rasa proud sebab aku antara yang pertama guna Ephyra and aku ingat lagi perubahan ketara yang aku nampak pada muka aku adelah 'bersalin kulit'.




Ni entry 10 May 2012.
Aku boleh nampak jelas muka aku macam 'penuh' bila ambik Ephyra.
Mual-mula minum muka aku jadi merah-merah sikit. Tapi tak sakit. lepas beberapa hari baru aku perasan yang kulit aku jadi lain, muka aku macam dah 'penuh'. Lips pun macam tebal sikit. Hahaha. Angelina Jolie kauuu.

Aku ni memang payah and liat nak ambik health supplement. Vitamin rajin beli. Asal masuk Guardian je aku suka habiskan masa kat bahagian vitamin. Beli kemain lagi, kalah Kevin Zahari punya vitamin intake. Tapi 1-2 hari makan dan vitamin tu pun terbiar sampai lebam.

Tapi yang buat aku stay dengan Ephyra pertama sekali adelah sebab rasa dia.
Aku ni kalau perasa vanilla, stobery, susu, memang payah sikit nak telan. Kalau choc lagi la. Jahanam tekak aku. Tapi Ephyra punya rasa tu best. Masam-masam sikit. Dia potong muak tau. So tu elemen pertama yang buatkan aku stay dengan Ephyra.

Pastu yang buatkan aku kekal guna Ephyra sebab energy. Sebab aku ni bukan bangsa yang kisah sangat dengan muka. Tido dengan mekap pun aku boleh lagi. Selamba. Tapi sebab energy tu yang buat aku rasa aku nak continue Ephyra. Tapi tak sangka pulak bila dah lama-lama guna Ephyra, kesan dia nampak kat muka.

Memang ada yang bagitau ada yang rasa letih and mengantuk bila ambik Ephyra. Aku pun dah explain kenapa boleh jadi macam tu and how to overcome, dalam entry-entry yang lepas. Kalau ada yang nak aku explain apa-apa lagi, bagitau ya. Insyallah, aku explain mana yang boleh.



Akak ni pun bagi testimoni sama



Puan ni umur 58 tahun. Cucu dah 13 orang. Dia adelah pengguna Ephyra and dia sangat satisfied dengan Ephyra.

Toksah kata aunty ni la, mak mertua aku tu sendiri rasa perubahan Ephyra pada diri dia. Patutnya aku bawak mak mertua aku sekali datang event ni biar dia bagi testimoni. Mak mertua aku ibu jari kanna dia macam kebas tau. Aku heran apesal dia asik la pakaikan Rayyan balik-balik baju yang sama. Baju yang berbutang dia tak pakaikan. Ujung-ujung baru aku tau yang rupanya ibu jari dia kebas, jadi dia nak pasangkan butang payah, Even dia salinkan pampers Rayyan pun kesian aku tengok. Terkukis-kuis dia nak bukak plaster pampers sebab jari dia tak berasa. Aku pun try la bagi Ephyra. Alhamdulillah rasanya dalam 20 hari minum, dia sendiri bagitau jari dia dah boleh rasa sikit-sikit.

Even Mak Aji sendiri dah booking siap-siap nak Ephyra sekotak bila time nak buat kukis raya nanti. Tahun lepas dia keletihan buat kukis so aku bagi la sekotak Ephyra kat dia. Dia kata walaupun penat buat kukis, malam tetap larat pi terawikh 20 rakaat lagik.



Miza, the founder and CEO of Ephyra bagi ucapan.


...turn Renee bagi ucapan pulak


Kemain lagi kek Ephyra.
Dengan sachet-sachet sekali dia jadikan kek.


Mula-mula kasik orang-orang Ephyra dulu yang rasmikan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Lepas tu baru kita join!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Kaler aku sorang je yang pelik kan?


Lepas potong-potong kek, masing-masing buat hal. Yang nak makan, silakan makan. Nak bersembang, silakan bersembang. Nak bergamba pun pegilah.

Tak lama pastu ada sesi cabutan bertuah.
Aku busy bersembang dengan Renee discuss pasal kain-kain segala.

Tengah elok berwasap-wasap tetiab En Wan cuit bahu aku "Eh, gi ambik hadiah tu"
Blur blur blur.


This lady menang 2rd prize - kamera Samsung yang boleh upload terus ke FB tu. 
Apa ntah tajuk dia aku lupa.


This guy menang microwave, 2nd prize


This makcik menang Grand Prize.
Sampai ke sudah TV ni tak berpasang-pasang lagi.
Ko tau je la kan En Wan tu camana. Kalau ada barang baru, semua benda kena setup baru.
Nak tunggu setup lagi satu tv cabinet agaknya raya haji tahun depan baru berpasang tv ni kot.


Over kan? Tak cukup satu sepanduk, nak pakai dua.


Bergambo dengan wartawan, Kak Rahana MD
Kak, kalau akak baca blog saya mohon abaikan la tatabahasa yang 'indah' dalam blog saya ni ya.


 Ok now aku nak korang perhatikan bunting kat kiri kanan tu.
Itu adelah wajah baru Ephyra.

Nak tau siapa dorang berdua tu???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini lah dia model yang bertudung tu


Dan inilah model yang lagi sorang tu.


Now, pegi naik scroll balik ke atas and tenung balik muka-muka model kat bunting tu.

Kan???

Tak sangka kan?

Dorang sendiri tak sangka wajah dorang akan jadi ok lepas guna Ephyra.
Now sudah jadi model Ephyra lagi. Kelassssssssssssssss.

So, kalau rasa-rasa nak nak jadi the next wajah Ephyra, silakan bertindak sekarang.
Sementara haraga tengah murah.
And aku ada offer best Buy Deal + FREE GIFT.
Silakan lah...aveo757@yahoo.com




Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra for Peninsular Malaysia, RM197
Ephyra for Sabah and Sarawak, RM207
Ephyra Best Buy Deal 2 boxes + Free Gift, RM390 (Peninsular)
Ephyra Best Buy Deal 2 boxes + Free Gift, RM410(Sabah/Sarawak)
Quantity
Address
Contact Number
Remarks

posted by aveo757 @ 12:14 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER