walk on wings, tread in air: Testimoni : Ephyra : 3 cerita <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Testimoni : Ephyra : 3 cerita
2013-04-22

Hari ni ada 3 benda besar jadik.
Satu mengundang kegelabahan.
Dua lagi mengundang amukan.

Hari ni aku off sehari sebab ada sesi shooting dengan reporter TV9 untuk appear dalam program Saffiya. Tarikh tayang May, tarikh tak tau. Basically dia appearkan aku dalam segmen 'Addicted to Online Shopping'. Haaa, gitu. Sesuai tak agak-agak dia appearkan aku dalam segmen ni? Hahahhah.
Macam setepek kena kat muka sendiri. Disebabkan aku adelah blogger yang juga offer produk sendiri, jadi segmen ni sekali harung la. Aku sebagai pembeli dan juga penjual di internet.

Seb baik website dah siap, walaupun belum semeriah website lain but at least ada la benda aku nak tunjuk dalam segmen tu kan. Mujur jugak ada website. Kalau tak, menganga la aku bek bek bek cakap. And kebetulan gamba baju peplum 3rd batch baru je aku upload kat FB Fleur so ada la something fresh untuk diceritakan.

Saksikanlah kegelabahan aku jawab soalan.
Aku harap dia tunjuk la visual-visual lain masa suara aku keluar nanti. Tak tunjuk muka pun tak apa. Hahah. Walaupun dia tak bagi cermin tapi tapi aku dah boleh bajet muka aku rupa camana. Dah la aku pakai baju pregnant aku okeh?? Aku pun tak pasti apesal baju kembang-mambang tu yang aku pilih. Ah, gasak lah.

Dalam segmen tu dia tanya sejak bila aku blogging, apa yang aku ceritakan (oh kalaulah dia tau apa yang aku cerita dan tatabahasa yang cukup indah dalam blog ni), apa yang aku jual, apa respon, etc.

Yang best dalam sessi interview ni adelah pengalaman. Baru aku tau untuk program-program macam ni, bukannya interview semata-mata tapi banyak melibatkan visual. Seb baik Pak Aji ngan Mak Aji datang bawak Rayyan lari kejap ke Giant. Kalau tak mesti dalam segmen tu lagi banyak dengar "Ma! Ma! Ma! Yipapa ah neng! Ma! Ah neng! Ma! Ma!", dari suara aku.

Oh yes, Rayyan skarang suka cakap "Ma! Ah neng!"

Ntah apa yang 'Ah neng' pun aku tak tau.
Tau la mak ko jawa kan. Takyah la panggil aku Neng Neng bagai.


 
Eceh..kemain lagi aku berlakon.


Baju merah tu reporter


Baju lain semua dah jual, tinggal baju-baju aku je, so terpaksa la keluarkan baju sendiri. Tak ketinggalan Ephyra and kukis atas meja. Sekali harung promosi.


Masa ni takde interview apa-apa, ni ambik visual je.
Ambik visual aku turun dari tangga bawak baju.
Ambik visual aku tengah susun-susun produk aku.
Ambik visual tengah packing pos laju.
Ambik visual tengah update blog kat wakaf tengah-tengahari buta.
Menjejes-jejes peluh aku. Harapnya tak nampak la muka aku yang berlendir.

Miza (founder Ephyra) datang sekali, soooooo Miza telah memberitahu aku satu news.
News tentang testimoni Sya (yang aku letak kat entri aku sebelum ni pasal jeragat tu) telah dicilok oleh Official Page Aurawhite sendiri.
Elok je sejam pastu aku terima email dari reader yang cut and paste bukti testimoni yang sama diguna oleh salah seorang dealer Aurawhite. So aku terus mesej dealer tu bagitau yang testimoni tu adalah hak Ephyra. So dealer tu reply cakap dia tak tau menahu pasal ni, dia dapat dari Aurawhite sendiri. terus aku masuk page Aurawhite dan ohooooooooo..terang lagi bersuluh PENIPUAN YANG NYATA!

Yang aku takleh digest tu, macamana OFFICIAL PAGE boleh buat kelaku macam ni?
Kalau admin sendiri tak yakin dengan produk sampai kena cilok testimoni produk lain jadikan konon-konon testimoni berjaya untuk produk dorang, macamana dealer-dealer korang nak buat keje weh?? Ko sendiri tak yakin ada hati nak yakinkan dealer untuk try the produk?

Apesal la lepas satu, satu terjumpa kes-kes macam ni.
Aku bukan kondem mana-mana produk sebab aku pun tak try semua produk so aku tak boleh nak judge, tapi aku kondem tebiat yang suka cilok testimoni orang, cilok gamba orang, cilok entry orang....apa ni??? Kot ye pun nak kaya cepat bukan ini caranya. Manusia busuk hati tak pernah terjadi dalam sejarah boleh berjaya, boleh hidup senang. TAK PERNAH!

Dia berniaga, aku berniaga, kau berniaga. Sama-sama berniaga.
Dia ada produk dia, aku ada produk aku, kau ada produk kau.
Dia ada crowd dia, aku ada crowd aku, kau ada crowd kau.

Dia ada otak, aku ada otak, tapi kau takde.
Itu beza dia.



Kan????

Pihak Ephyra kata masih tak ada tindakan untuk mengeluarkan 'testimoni' ni dari page dorang.
Ok fine, takpe.

Sebenarnya sekarang ni ada 2 pilihan.
Samada settle dengan cara saman-menyaman (ni pihak Ephyra sendiri yang akan usahakan), atau tunggu sehingga dapat malu besar apabila video testimoni Sya (pengguna Ephyra) sewaktu event Ephyra hari tu akan direlease. Tak lama dah, maybe dalam minggu ni jugak video tu siap. Kalau rasa-rasa nak kemaluan tu membesar boleh la.

Series tak paham apesal mesti nak curik usaha orang.
Kita mesti yakin dengan produk kita.
Kalau produk kita ada kekurangan, dapat negative feedback, gunakan itu sebagai satu point untuk kita perbaiki and melangkah lebih jauh lagi. Bukan dengan cara ubahsuai testimoni orang lain dan perasan macam testimoni sendiri. Boleh la kot guna testimoni ni untuk capai sales target bulan ni. Abis tu bulan depan?  Lagi 2 bulan? Lagi 4 bulan? Tahun depan?
Nak gunakan kekdah yang sama gak? Cut and paste hak orang lain?

Bersaing la secara sihat.
Keje-keje menipu macam ni sebenarnya jauh lebih memenatkan.
Sebab kau sentiasa tak tenang asik kena stalk page itu, page ini, nak carik bahan untuk diplagiatkan. Pastu nak sentiasa perhati if she's doing good, how great is that product, bla bla bla.
Gila letih wehhh.
Daripada letih stalk bahan orang, baik letih majukan produk sendiri. At least masa tengah berusaha majukan produk sendiri tu mungkin ada 1-2 pelajaran and pengalaman baru yang kita dapat.
Plagiat hasil orang apa dapat?
Dapat memperhebatkan skill menipu je la.



Ok ni lagi satu testimoni aku nak buat.
Testimoni ini adelah testimoni sendiri.
Model di atas juga adelah model sendiri.
Bilik adelah bilik anak aku sendiri.
Ephyra dalam cawan tu pun adelah Ephyra sendiri.

Rayyan ni dari sejak lahir tapak kaki dia tumbuh bijik-bijik yang ada air. Pastu badan dia selalu naik gatal-gatal. Boleh dikatakan setahun kitorang sentiasa sapu Hydrocortisone. Dah jumpa Paed 2 orang. Dua-dua kata ni bijik-bijik biasa, tak merbahaya and selalunya bila reach 6 mths old, bijik-bijik tu akan hilang sendiri. Ok la, kita ikut je la nasihat dokter. Sementara nak cecah 6 bulan tu kiat sapu la macam-macam krim, antaranya Hydrocort tu. Lepas 6 bulan masih lagi ada bijik-bijik. Nak lagi kat tapak kaki, kesian sangat aku tengok. Dia asik menggesel-gesel je. Baby kan, mana la dapat bagitau kita dia sakit ke, gatal ke. Balik-balik nangis.

Tak puas hati, bawak la pi jumpa orang-orang tua yang pandai-pandai. Dorang kata bijik-bijik ni akan hilang once Rayyan jejak tanah (boleh mula berjalan). Ok lah, tunggu la lagi sampai setahun. Sapu lagi Hydrocort. Sampai dah setahun masih lagi ada bijik-bijik. Gatal-gatal kat badan masih ada lagi cuma dah kurang. Until tahun lepas aku minum Ephyra, aku bancuh sekali untuk dia. Tapi disebabkan dia baby, jadi aku tak bagi hari-hari. Aku bagi 3-4 hari sekali. Alhamdulillah lama-lama bijik-bijik semua kering then hilang. Mungkin waktu tu dah sampai masanya bijik-bijik tu hilang. Tapi tak mustahil jugak Ephyra yang membantu kan?

Sampai skarang aku masih continue Ephyra untuk Rayyan. Bukan sebab aku nak bagi tapi sebab dia pun dah suka. Everytime aku ambik Ephyra mesti dia "Ma! Abat! Ma, Abat!" (ubat). Cuma aku tak bagi hari-hari. Sebab tu bila ada kawan-kawan aku yang kata eczema anak dia makin kurang, aku sangat percaya. Sebab Rayyan pun sama. Cuma Rayyan bukan eczema, tapi ntah apa ntah bijik-bijik.

Ok tu 2 cerita.
Lagi satu cerita aku cerita kendian. Sebab aku ngantuk.

Nite.





Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form
posted by aveo757 @ 10:17 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER