walk on wings, tread in air: 12/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Pening terlebih kambing
December 31, 2012

Dah beberapa hari ni aku dok pekena kambing.
Padahal dulu aku la paling tak suka dengan daging kambing. Tak pernah rasa pun, tapi sebab bau dia tak menahan, jadi aku pun tak suka. Menjak akikah Rayyan 2 tahun lepas, aku try rasa kambing. Eh sedap la pulak. Terus sekarang kalau plan nak buat BBQ je, memang kambing la yang aku carik dulu. Ni kira cam appetizer aku la.

Agaknya disebabkan 2 hari berturut-turut belasah kambing, terus migrain.
En Wan sibuk memunggah kotak ubat nak carikan Eno. Ada ke Eno nak bagi aku telan? Aku mana boleh makan ubat air (Eno ni adelah kategori ubat air untuk aku). Dia nak pi carik air badak. Hell noooooo! Amende ni air badak? Aku mana penah togok air badak air gajah segala.

Takut gak sebenarnya makan kambing 2 hari berturut-turut sebab Mak Aji and mak mertua aku selalu ada cerita-cerita yang tak best pasal makan kambing. Mabuk la, pening la, pitam la, pengsan la. Tapi tak tau la kenapa craving for kambing tu sangat tak boleh blah last week.

 
 Lamb cutlet, mentekedarah kat Mr Food.


Gila laju aku makan bendalah ni. Toksah kata nak toleh kiri-kanan, nak borak ngan En Wan pun tak sempat. Punyalah gelojoh makan kambing.
Tapi aku suka steak kat Mr Food ni. Sebab selain dari setak dia not bad, mashed potato dia sangat lain dari yang lain. Dia punya bawang tu dia potong dadu so bila ko makan mashed potato tak rasa bogel, ada rasa bawang-bawang sikit.

First time aku rasa mashed potato Mr Food terus aku mati syahwat dengan kentang-kentang putar yang lain. Apetah lagi KFC punya. Terasa sangat lousy. (wah belagak. padahal dulu ni je la yang ko hadap).

Yang ni RM45. 

Boleh datang ke Mr Food di Putra Height. Plis don't expect kedai dia cam Victoria Station ada usherrette segala. Yang ni kedai kat shoplot biasa-biasa je but bila ko masuk kat dalam tu ko tau dia agak 'luar biasa'. Dia ada display segala daging-daging, sosej-sosej, daging cincang, etc semua kat dalam. Ko boleh beli raw meat sekali. Agak-agak tak tau nak pilih bahagian mana, dia ada sediakan gambarajah struktur dan bahagian-bahagian daging. Kira ni makan sambil blaja.



Rib eye steak, En Wan punya.

Masa plate ni sampai, aku cakap "Nanti nak rasa sikit eh?"
Tapi sebab aku terlampau khusyuk melayan kambing, tak sempat nak rasa sebab dia habis dulu rupanya. Sikit tak pelawa aku. Kebulur ke hape. Sejak blaja makan kambing, aku dah tak heran dengan lembu.



Kambing lagi....


Besoknya aku pekena lamb chop lagi tapi yang ni cikai punya la, RM15 je. Gila pemalas kacang buncis hidangkan sebatang-sebatang macam tu. Apa ko ingat tu asparagus??
Ni la menu paling mahal dalam kedai tu. Tapi not bad, blasah je la janji ada rasa kambing.

Lepas makan ni la terus mata berpinau.
Tapi takde rasa nak rebah. Cuma semua benda aku pandang semuanya nampak dua dua dua. For a split-second aku ingat aku juling. Sebab ada a few cases aku dengar yang makan kambing ni tetiba stroke, pastu tetiba rebah, so bila aku nampak berbayang-bayang je aku ingat mata aku dah krem. Gila cuak. Ko dah la muka bukan taraf-taraf Miss Malaysia kan, dah kalau mata pulak juling, alahaiiii.

Balik rumah cepat-cepat mandi, basuh kepala semua kasik fresh. Pastu minum air sejuk banyak-banyak. Jangan tanya kenapa. Ini bukan petua. Ni aku main redah je buat. Asal boleh redakan pening. Alhamdulillah, pagi ni ok.

Eh, korang nak tengok Agnes Monica pakai tudung tak?
Cun siallllll.
Cun nak mampos!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaa!!!

Amacam? Ada tempias-tempias Agnes Monica tak?
Cantik kan?
Ni bakal isteri cousin aku. Budak ni putih series punya melepak gila kaw-kaw punya melepak, memang tak la aku nak bergambar sebelah dia. Aku harap dia tak kecik ati (cewahhh sape nak kecik ati tak dapat bergamba dengan kau? Pelis lah)

Actually aku pun tak berapa cam muka Agnes Monica camne. Hahaha.
Tapi bibik aku nampak gamba ni tadi "Eh, kayak Agnes!"

Terus aku gugel.
Hmm....ada la sikit macam Agnes. Cantik sudah pasti.



Bersama bakal mak mertua, Andak aku.
Andak aku yang cerah ni pun boleh bertukar jadi sawo matang duduk sebelah si Faezah ni. Ce kalau aku? Mesti semorang ingat aku bibik dari Timor Leste.







Hantaran pihak perempuan



 Hantaran pihak lelaki (kitorang)


 Aku memang suka sangat tengok hantaran style bunga merimbun macam ni. Nak lagi pakai fresh flowers. Dulu memang aku pun berangan la nak pakai fresh flowers je untuk dulang hantaran aku. Tak dapekkk. Nak memenuhkan 9 dulang dengan fresh flowers, ada harapan berguguran bulu-bulu kerinting itu.

Aku suka tengok dulang hantaran Serina Chef Wan. Ya ampunnn punyalah penuh dengan bunga sampaikan aku tak nampak apa isi dulang. Bunga semata. Tapi cantik gila. Dia tak pakai roses rasanya, dia terus pakai lily kau. Gedabak-gedabak. Nak fresh flowers sangat. Hambik!

Kemain lagi orang bertunang sekarang kan, hantaran cam kawen.
Tu la pasal bila kawen dah taknak hantar beg tangan, kasut, coklat segala. Tu semua level-level bertunang je kot. Sok kawen masing-masing hadiah kunci kereta, kunci rumah, iPAD, henfon. Aku dulu masa bertunang En Wan bagi telekung, Korean silk, buah, kek, anddddddd.........................................................................gula, garam dan asam jawa.

Dulu-dulu mana nak paham maksud-maksud tersirat ni segala. Yang tersurat pun aku bengap apetah lagi tersirat. Dulu pada kita, apa yang dibagi time bertunang haruslah yang standard and expected like wangi-wangian, coklat, kek, telekung, sejadah, camtu. Tetiba dapat garam. Masa tu pulak jiran-jiran kemain busy lagi berkumpul naik ke bilik nak tengok barang hantaran. Ada jugak la yang sosek-sosek macam aku tak tau la kan ko nak cakap apa. Masa tu aku ingatkan garam gula asam tu untuk aku guna masa sediakan makan minum untuk tunang. Masa tu aku rasa konfidennya lahai keluarga mertua aku ni nak bagi garam gula macamkan aku pandai masak. Aku mana tau masak. Kalau takat nak bagi aku buat gula tu cecah makan ngan roti canai no sweattt. Rupanya Mak Aji kata gula garam asam tu maksudnya asam garam kehidupan bertunang, mesti ada manis pahitnya. Kira macam lumrah la. Kena ada semua tu baru semuanya jadi sempurna.



Salah seorang reader yang ada di majlis yang sama. Kalau tak salah dia sepupu kepada Faezah. Punyalah nak kasik masuk tema BIRU, baju tak cukup biru, tudung tak cukup biru, dengan mata-mata sekali aku selet kaler biru. Kalau terkeluar jugak dari kaler tema tak tau lah.




Ok update jeans.

Jeans Superdry cuma ada size 30 saje. Yang lain semua habis. Si sesape yang selim macam En Wan, boleh la email dia : wuw757[at]yahoo[dot]com

Jeans aku patut sampai 212, tapi yang sampai 207. Aku tak tau hilang kat mana, supplier kata dorang deliver cukup amount tak lebih tak kurang. Habis mana hilang lagi 5 helai?? Sebab tu aku cuak je bila kat status hari tu tulis box damaged - repacked. Ntah ye ntah tidak la damage. Entah-entah sengaja di-damage-kan. Nak tuduh sape pun aku tak tau. Yang pasti aku dapat refund. Itu je aku nak tau. Nasib baik semua yang booked ada jeans-nya. So aku tak risau sangat.

Ok kalau ada sesape nak, jeans yang available adelah semua kaler tapi cuma ada size 28 and 30 saje. Itupun sehelai setiap satu. Nak kalu email aku aveo757[at]yahoo[dot]com


Sape yang COD and self collect jeans kat rumah aku mesti dah tau apa kaler cardigan aku akan datang. This time aku pastikan kaler cocoa adelah benar-benar cocoa! Sape yang dah tengok mesti tau apa rasa material cardigan aku kali ni. Lebih tebal, lebih labuh, lebih besar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari tu aku tayang green
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kali ni koko
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



posted by aveo757 @ 9:40 PM  
Newer›  ‹Older
Morning!
December 29, 2012

Selamat Pagi Semua!!

Wah ceria kemain lagi.

Mau tak ceria, semalam aku tido pukul 930pm. Dah lama betul tak tido pukul 930pm.
Dulu time sekolah rendah kena paksa tido pukul 930pm, macam nak termuntah sebab terlampau lama sangat tido. Now kalau boleh pukul 730pm aku nak tido dah.

Dulu masa sekolah rendah dari darjah 1 sampai Darjah 6, jadual tido kitorang adik-beradik setiap hari adelah tepat 9.30pm kena perambat naik bilik. Kalau tak, pukul 9pm dah kena tido. Tapi sebab dulu kan berita habis takat 8.30pm je. So selalunya 830 - 930pm ni citer best best. The A Team, Knight Rider, Airwolf, MacGyver......pehhh mana boleh tido lagiiiii. Kata suruh blajo kat overseas, mesti lah kena tengok cerita omputih banyak-banyak (dulu punya pemahaman).

Tak paham apa motif Mak Aji suruh tido awal. Kononnya esok segar senang nak terima pelajaran. Nan ado!Kalau dah dasar lembab tu, kau tido awal ke, kau duduk barisan paling depan ke, takde efek. Nak lagi cam aku ni. Duduk manjang je paling depan. Sampai nak bergasak berebut kerusi meja masa first day punyalah nak duduk depan. Tapi sebenarnya aku tak paham apa sebab aku nak duduk depan. Padahal aku bukan suka sangat gi skolah. Maybe motif utama adelah sebab aku rabun. So kalau duduk depan kalau cikgu suruh salin kat papan hitam tu at least aku salin benda yang betul la kan. Ni kang, kalau duduk belakang, mana nak nampak. Suruh salin pun salah apetah lagi suruh jawab soklan. Konfem berdiri atas meja sepanjang hari.

Dulu aku rabun teruk (sekarang pun sama gak, tapi dulu terasa diri sangat rabun sebab tak pakai spek). Dari darjah 4 lagi aku dah tak nampak tulisan cikgu kat depan. Asiklah kena salin ikut member sebelah. Series tak nampak. Berbayang je. Masa Darjah 6, kan masing-masing dah nak UPSR, so cikgu-cikgu pun tegas la sikit tahun tu. Yang aku ni teraba-raba nak menyalin, asik la pandang-pandang buku member sebelah. Cikgu Khaidir (cikgu ni garang nak mati okeh) nampak aku tertinjau-tinjau buku orang sebelah dia ingat aku meniru. Tau-tau je dia cakap buku aku and lempar keluar. Aku kan bangsa blur. Pehal lak cikgu ni campak buku aku wehhhh??? Dia jerit "Dah nak UPSR pun masih tak tau jawab soalan?". Masa tu dalam hati aku hanya mampu cakap 'Kenapa cikgu marah saya?'. Dulu baik lagi, tak reti carut. So habis hebat itu je la aku mampu cakap dalam hati.

Dah la buku aku kena campak. Kena pulak berdiri luar kelas. Seb baik tak berdiri atas kerusi. Asal ada orang lalu je aku buat-buat betulkan gelas-gelas kat tingkap. Asal ada orang lalu ke aku buat-buat tunduk betulkan stokin. Malu dowh, budak laki lalu-lalang. Cewah bajet cam ramai peminat. Padahal takde orang notice pun kalau takat muka kau ni. Wakakkakakaka. *siku muka sendiri*

Disebabkan semalam landing awal sangat sampai Maharajalawak pun terlepas, pagi ni 545am terjaga dengan relahatinya. Kalau tak, asal alarm bunyik je, aku termenung dulu la. Menggeliat macam nak rabak. Pastu depan sink kang termenung lagi.



Kekalutan En Wan semalam.
Dia kata semalam cuma sempat pos 25 helai je. And dia tak sempat nak email tracking number. Selebihnya dia akan cuba pos next week. Dia kata stok masih ada 30+ helai lagi. Kalau sesape nak, email lah dia : wuw757[at]yahoo[dot]com.

Nyampah betul aku kalut semacam je.
Sampai terlupa agenda malam tadi patutnya dinner kat Mr Food. Punyalah khusyuk menatap email. Kebulur aku pagi ni. Nanti kau, jap gi aku lambakkan skinny-skinny jeans aku pulak.

Skinny jeans aku punya mailing list also melambak.
Aku ingatkan aku bawak masuk 190 helai je, rupanya 212 helai. Aku dah email separuh malam tadi.
Insyallah kalau sempat aku cuba email yang the rest nanti-nanti.
Sesiapa yang dah dapat email, plis respond. Tak kisah la nak buat payment next week ke, janji respon dulu sebab yang waiting list ada 24 orang lagi. So kalau takde respon, aku akan pass pada senarai waiting list. Apa-apa pun respon email aku dulu. Jangan pulak bayar pastu senyap tak bagitau. Kang jeans aku dah pass kat orang lain tapi korang dah buat payment. Kalut aku kang.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Takde la rupanya Padaiyappa sangat kot. 
Cantik gak green dia. Kan?

Green dia yang cantik ke, aku yang cantik?

 Kah Kah Kah Kah Kah Kah.

posted by aveo757 @ 8:05 AM  
Newer›  ‹Older
Izzat and You Guys

To : Ahmad Izzat
Re :
Dec 29, 2012 11:38 AM

Izzat,

Ramai gila yg email akak ckp izzat conned dorg sbb x dpt respond.
Ok Izzat kalau payah nak respond to sorg2, write an explanation to me, akak akan letak kat blog. Bg la apa2 details yg patut so that dorg tau situasi izzat and when to collect. The best way is, izzat kena mintak dorg ikt schedule izzat bukan izzat ikut schedule dorg.
Tq


Reply dari Izzat :

Assalamualaikum kak di.

First of all, saya mintak maaf sangat sangat kat kak di sebab my failure to arrange this, buatkan akak sekali serabut and terlibat sama. This is not an explanation email to buyers, this is an explaination email to kak di. Yang buyers saya akan tulis lain but so far saya dah call semua yang dalam thread email semalam.

1. The cases happened yesterday is the first. Takde sebelum ni and takde lagi so far.

2. Pasal yang 12 orang je tu. It's not 12 orang je, tapi 12 orang je in that thread email yang saya groupkan sekali sebab semua orang tu from kl. KL je, bukan selangor. Takde melibatkan negeri-negeri lain.

3. Saya tak janji any dates pun dgn other buyer terutamanya dalam 12 orang tu. for one, I've been clear yang saya akan mula hantar from 27th sampai lepas new year, 3rd january. Saya dah tulis kalau ada yang ada special request, please bgtahu or kalau takde kat kawasan sepajang tarikh tu or in between those dates. Semua okay kecuali rafiq sebab dia akan fly on 28th to Singapore untuk hadiahkan hp tu kepada mak dia di singapore before he flies to Bandung today. Saya tak bagi final date langsung kat any buyer yet. saya ada ckp, 27 mungkin saya di kl, kalau confirm saya akan bgtau balik but tak, saya cancel and I start from kedah (which I was very clear yang 27 saya akan start di kedah)

4. Bila saya call tadi semua buyer lain, kak lily dan nadirah dan sebagainya, semua ckp, saya mmg takde set any dates and memang betul. saya tak respond to soalan pasal date lg sebab saya start from kedah and taktau bila but in plan mestilah sekitar dates yg saya bagi dan semua memang takde masalah. mcm nadirah tinggal di sepang and she has asked me kalau di nak ambil masa kat airport masa saya arrival dulu but saya dah ckp saya tak janji sebab after arrival is my departure to kedah. saya mungking rush. again, saya dah clear yg saya tak janji on that day.

5. Rafiq was a special case. Saya letak dia priority sebab dia mmg nak fly ke singapore untuk kasi hadiah iphone kat mak and terus fly ke bandung maka saya tak inform org lain dlm 12 people tu sbb saya mmg nak penuhi permintaan rafiq je. Orang lain bukan on that day what more orang lain perlukan saya move from one area to another jadi saya tak boleh janji. Macam saya ckp nak kasi brg kat kak di lepastu saya tak update sbb saya dah cancel on that for that day meaning semua on that day dah cancel. So my focus yesterday was only rafiq.

6. Again, I'm deeply sorry sebab letakkan kak di dalam situasi mcm ni and tambahkan kebusyan kak di. saya dah reply every email and dah call and explain and we are wokring to have a final date untuk 12 org ni suapaya semua boleh dpt at one time on the same day, at the same place without saya perlu keluar from one place to another and missed some other buyer. Ikut nasihat kak di, saya akan buat for them to fir my schedule, bukan saya ikut diorang. So far semua takde masalah cuma part rafiq je saya mcm kak di, kalau boleh lagi better la kalau mak dia dpt hp tu on her birthday day itself kan so saya beli tiket on 27 from kedah to kl on 9:25 pm, something came up and i postpone to the next day tp next day takde flight from kedah kl so ticket burned. Saya beli ticket form penang, drive to penang, sampai kl (boarding pass, flight details semua dah rafiq ada), and still failed to pass. Kalau saya conned diorang takdenye saya nak beli ticket 2 kali just nak fullfill rafiq's request nd have all the details gven to them. cuma kalini failure of communication makes it fail. Selamat saya letak kat tread tu 12 org. kalau saya bubuh semua buyer dalam 1 email alamatnya lg banyak la masalah timbul.
Sorry sgt letak kak di dlm situasi mcm ni. negeri cam penang and kedah dah settle kecuali org yg takde pergi bercuti. kl and selangor and above je skrg. And harap2 takde jadi mcm ni lagi. Saya dah call and explain to the 12 and kalau needed saya akan tulis pulak explainantion ya. Thanks kak di. Yang email latest from rafiq tu saya akan get back to him sebab saya takde pun whatsapp anyone ckp saya dah deliver phone. semua sedia maklum saya tak jumpa rafiq.  

...................................................................................................


Aku letak respond from Izzat supaya yang terlibat dapat info. Harap semua dapat bersabar. Izzat mungkin belum biasakan diri dengan semua ni. He's doing the best untuk deliver and respond to all. Harap boleh bersabar and masing-masing faham situasi.

This is the best aku boleh buat untuk respond to all emails yang bertanyakan Izzat. Aku faham semua excited nak dapat barang yang dipesan, duit pun dah bayar so takut hilang. Ye, kalau jadi kat aku, aku pun takut. Tapi rasanya Izzat pun dah call masing-masing, korang ada details dia. Aku ada bagi suggestion pada Izzat supaya semua yang pesan barang kena 'kejar' schedule Izzat instead of dia kejar you all. Sebab rasanya itu lebih mudah untuk dia sebab dia bukan tinggal di KL. Jadi kalau dia bgtau dia ada di certain-certain tempat, harap dapat squeeze some time untuk ambil barang pada Izzat.

Harapnya semua settle. Tapi kalau ada apa-apa yang nak aku tolong, plis emai.

Tq

posted by aveo757 @ 8:00 AM  
Newer›  ‹Older
Cepat dan ringkas saje
December 28, 2012


Update yang sangat lekas sebab aku dah nak keluar catch appointment ni.


Skinny jeans BLUE

Cenggini rupanya jeans kaler blue tu.
Memang cantik. Cobalt blue.
Pagi ni aku tengok status Jeans aku dah ada kat outward OE, maybe hari ni forwarder akan call aku mintak bank in kan duit tax pastu dorang akan hantar. Petang-petang kang aku email untuk buat payment.



Sape orang Melaka boleh belikan aku udang geragau basah?
Aku teringin sangat nak buat begedil udang geragau. Yang ni semalam aku belasah buat begedil dengan udang geragau kering. Best jugak tapi kurang kick. Aku tak sure kat area mana bahagian Melaka ada jual tapi seingat aku, kat area Pantai Klebang dulu ada. Plis..Plis...teringin sangat.




Lambakan jeans Superdry.
En Wan tengah kalut reply email and buat packing. Semalam stay up sampai kul 2pagi member. Padan muka.

Oh yes, wah wah wahhhhhhh.
En Wan kata "Ni apesal dorang request mintak Kak Di balutkan cantik-cantik letak kad?"
Kemahennnnnn lagi korang ye.
Sorry, aku tak dapat buat, yang ni korang kena mintak budi bicara dan jasa baik En Wan untuk balut, sebab ni bukan bisnes aku. Bisnes dia. Aku sikit pun tak dapat apa-apa. Dah la unpaid advertisement. Puiiii.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi takpelah, aku balutkan la untuk sesiapa yang request.
Dengan syarat, cakap kat En Wan, malam ni kena bawak aku makan pi Mr Food.



posted by aveo757 @ 7:44 AM  
Newer›  ‹Older
Superdry - it's here oready!
December 27, 2012

Aku ni asikla lupa nak update Promo Ephyra.
Ephyra promo masih lagi on this week ya. Yang order last week semua aku dah pos Isnin lepas.
Yang nak order this week, masih boleh order. Sila email.




Terima kasih. The credit goes to bibik Lenny sebenarnya.

Aku kan sebenarnya suka sangat dapat present. Tapi jarang dapat.
Reason aku suka dapat present bukan sebab isi dalam kotak tu tapi sebab presentation. Sebab tu aku suka tengok Hari Krismas. Wrapping kotak cantik-cantik. Tak bagi aku hadiah pun takpe. Bagilah aku kotak tu. Hahah.

Sebab tu aku penyimpan kotak-kotak and paperbag yang cantik-cantik. En Wan selalu kata aku membazir sebab kalau nak bagi hadiah, aku mesti nak masukkan hadiah tu dalam kotak hadiah kat gif shop or belikan paperbag yang kiut-kiut. So kalau korang dapat pembalut cikai tu maknanya masa aku beli En Wan ada kat sebelah.





Bibik Lenny yang buat. Kalau aku tak dapekkkkk. Berkecai kipas ni aku kejekan nanti. 
Kalau sesape nak request balut Ephyra macam ni pun boleh. 
Kalau yang beli shawl or skinny jeans or apa je produk dari aku, nak suruh wrap insyallah boleh. FOC. Tapi kalau shawl Tsugoi, kena ada extra ye, sebab Tsugoi tu usahasama, bukan solely aku punya, so takleh buat macam company sendiri.




Sebut pasal hadiah, hari tu aku dapat email ni.
So maknanya betullah pendapat aku pasal hadiah Krismas ni.
Patutnya memang hadiah Krismas tu bukan bentuk makanan apetah lagi harga murah macam tu. Kesian la weiii, kalau coklat RM5, takyah la kot nak tunggu setahun sekali baru dapat. Agak-agak la sikit. Aku membayangkan betapa kecewanya budak-budak yang berkejar pi geledah hadiah kat bawah krismas tree alih-alih bukak ROCKY???? Kalau bagi The Rock takpela jugak.




Ni aku nak bagitau, ada 2 iklan di sidebar aku now. Satu adelah Fellina Inchloss and satu lagi sape yang gila beg boleh pi sini. Ni kawan aku punya. Kat dia la dulu aku rembat Coack tigo bijik. Dua-dua ni bukan aku jual, kalau berminat boleh klik kat iklan di sidebar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok ini announcement yang dinanti-nanti
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semenjak dah habis, tak putus-putus email masuk tanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
It's original!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Winter Edition.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SUPERDRY JEANS dah sampai kat Malaysia!!!

Tinggal tunggu forwarder hantar ke rumah. Disebabkan ramai yang tanya if stock ada lagi, eversince settle first batch hari tu En Wan ikhtiar camana nak bawak masuk new batch. Dan akhirnya, new batch sampai. Kali ni logo belakang tu kaler white.




Hari tu En Wan kata ada orang tanya kenapa jeans ni made in China.
Nasihat aku, cuba korang pi Empire Subang, masuk TANGS, check Superdry tu made in mana.
It's China.
Bak kata En Wan, China ni manpower murah, banyak negara hantar kat China untuk manufacture produk. Even kilang En Wan pun ada ura-ura nak transfer kebanyakkan department dia ke China sebab manpower murah.

Contohnya baju Esprit aku beli kat Gold Coast ni. Aku beli kat Butik Esprit :





So kalau sesiapa berminat nak rembat, sila email En Wan berpandukan email dia di bawah. Ni email khas untuk online biz dia, jangan pakai email ofis dulu. Dia serabut tak tau nak tengok email mana satu.

Actually dah 20+ booked sejak semalam sebab dia email dulu pada customer-customer yang request tapi tak dapat beli last time. So hari ni baru aku open to readers.



posted by aveo757 @ 9:44 AM  
Newer›  ‹Older
Susahnya tinggal dengan mertua....seriesly?

Aku ada terima satu email dari reader. Tapi dia tak kasik aku tepek email dia.
But secara roughly siatusi dia cenggini..ada a few issues :

Pertama
Dia dah berkahwin, dah beli rumah.
Keluarga mertua duduk dengan dia. Ni kes macam aku la, mak mertua duduk sekali. Ok fine lah tu, takde hal. Tapi dalam situasi dia ni lain sikit. Macam aku ajak sekali mak mertua duduk sama sebab kat Tganu dia duduk rumah tu sorang-sorang. Memang ada Kak Long kat sana tapi Kak Long pun bekerja, kalau nak suruh Kak Long berulang hari-hari jenguk mak, kesian. Jauh. Mak aku pulak bukannya sihat sangat, ada darah tinggi, senang pitam-pitam. Lebih baik dia duduk sekali dengan kitorang je.

But this reader cakap makpak mertua dia, bukan saje masih kuat, tapi ada pencen. Kiranya kat sini, masih mampu buat semua benda sekiranya anak-anak tak dapat nak menjenguk/menjaga. Tapi makbapak mertua dia insist nak tinggal sekali sebab kononnya anak lelaki dia (suami reader ni) tak boleh berdikari tanpa makbapak. Segalanya selama ni mak bapak yang tolong buatkan.

Suami ni ada adik yang masih dalam tanggungan makbapak, secara otomatiknya, sekeluarga tinggal sekali dengan diorang. Dan this reader tak selesa. Main point kat sini is TAK SELESA..

Kedua
Kakak and abang ipar hari-hari tinggalkan anak-anak dorang kat rumah reader ni dengan alasan "suruh mak bapak jagakan". Tapi tinggal bodo camtu. Takde tinggalkan duit ke, apa ke. Jadi reader ni bengang perbelanjaan meningkat sebab anak-anak sedara suami ni semuanya beriarcond 24 jam, main laptop sepanjang hari, etc. Point kat sini is EXPENSES MENINGKAT.

Ketiga
Adik ipar yang tinggal sekali tu taknak lansung bantu-bantu buat keje. Kira macam betul-betul buat macam rumah mak bapak dia. Point kat sini is KEPENATAN.

Keempat 
Bapa mertua campur tangan dalam urusan mendidik anak. Point kat sini is CAMPUR TANGAN.


*lap peluh baca*


Aku berada dalam situasi yang sama dengan situasi Pertama. Tinggal lagi aku cuma jaga mak mertua sorang. Takde adik-beradik En Wan yang lain yang tinggal sekali. Tapi, masa aku belum ada Redza dulu, anak sedara En Wan tinggal dengan kitorang. Lelaki. Aku tak tau macamana arrangement this reader (or sesiapa saje yang ada situasi macam ni) dengan husband dia. Tapi macam aku, aku tak kisah mak mertua duduk sekali sebab jaga mak mertua tu macam jaga mak kita jugak. Tak salah aku, aku ada terbaca kat satu artikel, orang perempuan ni bila dah kawen, makbapak/keluarga suami tu dah jadi priority berbanding makbapak/keluarga kita sendiri. Jadi benda ni patutnya tak jadi issue. Yang mungkin menjadi issue maybe ketidakselesaan.

Biasa la kan, kita ni selalunya bila dah ada rumah sendiri je mesti akan ada topik 'privacy'. Padahal dulu sebelum kawen, kita bukan dudik sorang pun, kita duduk dengan mak bapak. Takde pun pikir pasal privacy mavecy segala. Agak-agak nak privacy kita masuk bilik. Bilik kita adalah private territory kita.

Kalau nak cerita pasal privacy, rasanya dari dulu lagi aku takde privacy. Sebab sebelum ada Redza lagi, anak sedara dia dah duduk dengan kitorang. Bila ada Redza, kitorang ambik bibik, sampailah sekarang rumah aku sentiasa ada bibik. Dua tahun lepas, dapat Rayyan. Mak start duduk sekali sampai sekarang. Ada tailor, pun duduk sekali. So jangan cerita pasal 'takde privacy' kat aku sebab aku hampir-hampir terlupa apa itu pirvacy.

Kalau zaman bujang dulu kita boleh carik privacy tu dalam bilik, kenapa sekarang kita tak buat benda yang sama. Dulu masa aku nak ambik bibik, ramai yang cakap "Ko boleh ke ada orang luar tinggal sekali dengan kau. Takde privacy lah oi".
Tapi, privacy tu macamana sebenarnya eh?

Dapat mengangkang kat hall depan TV bersama suami?
Dapat ke hulu hilir dalam rumah bogel?
Dapat make love kat kitchen?

Pftttttt.

Privacy ni kalau tak dapat dalam rumah sendiri, kita carik privacy dalam bilik tido pun boleh what. Sebab tu bilik aku ada TV, so that itulah 'living hall' aku anak-beranak. Bukan aku tak suka tengok tv dengan mak mertua and bibik-bibik, tapi tak salah kot sesekali nak memerap dalam bilik dengan family kita sendiri.

Kau berani ke bawak bibik tinggal sekali? 
Kau tak takut ke laki kau ada sekali dalam rumah tu? 
Kau boleh tinggal sekali dengan mak mertua ke? 
Tailor kau duduk sekali? 
Kau pegi holiday angkut semua sekali? 
...bla...bla..bla...

Tapi orang tak nampak yang mak mertua aku tolong tengok-tengokkan anak-anak aku.
Bibik aku tolong kemaskan rumah.
Tailor aku adelah extra income aku.
Kalau aku nak tengok wayang berdua dengan En Wan tak risau nak tinggalkan anak kat rumah sebab selain ada bibik, mak mertua ada sekali. Kalau nak pergi attend wedding, anak ada orang jaga kat rumah (sorry la aku nak heret anak pi kenduri. Huru hara majlis orang kang). Kalau aku pi outstation, rumah ada orang tengok-tengokkan.

Kebanyakkan orang selalu kaitkan rumah ramai orang = rumah bersepah.
Macam la rumah kau kemas sangat kalau takde ramai orang pun. Tinggal lagi kita rasa takpe lah kalau bersepah pun sebab yang buat sepah tu pun bukan orang lain, kita and anak-anak kita jugak. Kan?


Situasi KEDUA ni, bukan reader ni je yang bengang. Aku yang baca pun berbulu.
Situasi ni kalau jadi kat aku memang aku bangsa yang akan sound direct. Pernah dulu ada satu kerabat En Wan nak datang rumah kitorang time majlis akikah Rayyan. Nak datang tido sini tu aku tak kisah. Tapi tang takde adab tu aku memang berhantu. Main datang je angkut masuk bantal ngan toto. Macam takde apa je. Mentang-mentang rumah ni kerabat dia punya, agaknya dia lupa aku pun ada share dalam rumah ni kot. Memang aku sound je terus. Terus sampai skarang tak datang-datang. Tapi dia hanya akan datang time aku takde rumah. Sengal kan? Tapi aku tak kisah la. Janji masa aku balik kau dah takde.

Aku memang pantang orang yang buat rumah orang macam rumah sendiri. Walaupun dalam rumah ni ada mak kau, but rumah ni tetap rumah aku. Mak tu memang kau punya. Rumah ni aku yang punya. Sometimes aku pelik ada orang yang takde otak. Mentang-mentang keluarga dia ada dalam rumah tu, maka secara otamatik rumah tu adelah rumah keluarga dia. Yang si bini/ipar ni agaknya apa eh? Sekuriti guard kot.

Contohnya macam kes nenek aku ( mak Pak Aji).
Dulu kat kampung, rumah tu adelah rumah nenek and arwah atuk. Bila arwah atuk takde, so anak-anak sepakat rumah di kampung tu bagi kepada pakcik aku yang paling bongsu. Kebetulan dia je la sorang yang duduk kat kampung, yang lain semua duduk jauh and dah ada rumah sendiri. Jadi now rumah itu adelah rumah pakcik aku. Secara undang-undang, nenek sekarang tinggal bersama anak bongsu dia.

Tapi ada sesetangah orang kurang faham or maybe buat-buat tak faham.
Mentang-mentang nenek ada lagi dalam rumah tu, maka sukati anak tekak je nak balik tido baring makan semua dalam rumah tu. Pada dia, tu rumah nenek aku. Tapi heran pulak, kalau rumah tu kau buat macam rumah nenek kau, patutnya bukanlah setakat tido baring saje sesuka hati. Patutnya jenguk-jenguk la sama apa yang takde dalam rumah tu, apa barang yang boleh diganti, apa benda yang boleh dibaiki. Eh, tak pulakkkkkk.

Jadi, aku sangat faham situasi reader ni. Mungkin akak and abang ipar dia 'lupa' yang rumah tu bukan rumah makbapak dorang. Niat hati nak bagi makbapak jaga cucu tapi 'lupa' nak hulur-hulur. Kalau 2-3 kali bolehlah tuan rumah berikhlas hati nak jaga anak sedara. Tapi kalau dah dua-tigablas kali kau sardin je muka tinggalkan anak kau kat sini, tak pasal je laki bini tu bercera-berai sebabkan kau.

Benda macam ni sebenarnya sangat susah.
Kalau terjadi kat aku pun, memang payah. Sebab benda macam ni perlukan common sense. Kalau jadi kat aku pun, katakan lah aku mengadu kat En Wan kakak abang dia hari-hari tinggalkan anak kat sini tak bagi pun duit ke apa ke, belanja kita makin meningkat, bla bla bla....apa sangat yang En Wan boleh buat? Dia nak sound pun, tu akak and abang dia sendiri. Anak-anak sedara dia jugak. Kang kalau sound, tak pasal masing-masing sentap-menyentap, tak bertegur. Mak mesti kecik ati dengan aku. Benda ni akan jadi jauh lebih teruk. Sepatutnya masing-masing kena ada 'otak' sikit. Tuan rumah pun bukan nak kau bagi monthly fee. Apalah salahnya masa hantar anak tu belikan sekali nasik lemak ke, nak ambik anak tu belikan goreng pisang ke. Anak kau duduk secara tetap kat rumah orang paling tak takkan lah RM100 takleh hulur. Agak-agak la sikit kot ye nak berjimat. Jangan kira kau punya jimat je, orang lain punya jimat pun kena kira sama.


Situasi KETIGA ni, aku pernah bagitau kat anak sedara En Wan. "Kat rumah ni kalau taknak tolong takpe, tapi jangan menyepahkan".

Simple but suwit kan statement aku?

Hahahha.

Menusukkkkk.

Aku bukan marah. Cuma sometimes, budak-budak ni tak paham. Mungkin dia pun tak biasa berkemas kat rumah jadi nak salahkan dorang pun tak boleh. Takyah tengok orang lain la, En Wan tu ko ingat pandai nau berkemas? Kalau aku tak rajin membebel dia takde de nak blaja mengemas. Lipat baju, gosok baju, basuh bilik air sampai skarang dia tak tau buat and tak pernah buat. Even masa aku mengandung Redza 7 bulan aku still terbongkok-bongkok cuci toilet. Sampai dah betul-betul tak larat baru aku mintak tolong dia. Aku tengok dia basuh toilet tu aku rasa nak terberanak sebab stress sangat. Aku tak tau la dia menyental lubang jamban or dia meraba lubang jamban. Kemain gemalai lagi mencuci. Terus aku hambat dia keluar.

Jadi sebab tu aku ni 'mulut jahat' sikit. Apa-apa hal aku bagitau dulu. Macam statement atas tu la, aku bagitau siang-siang kat anak sedara dia kalau taknak tolong, jangan menyepahkan. Sebab aku dulu sebelum ada Redza, takde bibik. Aku keje, En Wan keje. Balik keje mana nak mengemas, membasuh, memasak (tapi selalunya beli). Hujung minggu nak mengemop, nak menggosok, basuh bilik air segala. So kalau taknak bantu takpe. Aku tak kisah. Sebab aku lagi sakit dada tengok orang buat keje tak menepati spesifikasi aku. Kalau kau taknak tolong takde hal. Sila duduk dendiam tengok DVD. Tapi kau jangan menambahkan selerak. Aku silambam dengan mop ni kang.


Yang KEOMPEK, adelah reason kenapa aku tak letakkan Redza kat jagaan atuk ngan nenek (Mak Aji and Pak Aji). Benda ni bukan terjadi kat aku je tapi aku yakin 95% cucu-cucu di Malaysia. Kau cuba tinggalkan anak kau seminggu kat jagaan atuk ngan nenek, konfem tak jadi orang!

Maksud aku 'tak jadi orang' tu adelah anak kau akan jadi manja yang hamat sampai kau rasa kalau kau jegil bijik mata kat dorang, boleh terkeluar terus. Macam Redza, kalau balik Bangi memang dah jadi acara wajib pi ukur tanah kat Kompleks PKNS. Yang atuk and nenek dia pulak "Ija nak apa? Ambik..ambikk". Aku ni kat tepi terjegil-jegil bijik mata sampai nak terjojol pun dia sikit tak takut dah. Tapi modus operandi Pak Aji selalunya berjaya. Siang dia bagi habuan kaw-kaw punya kat Redza, nanti bila tiba time solat, Redza dengan bersiap-sedianya ready untuk solat jemaah. Cuba kalau aku yang suruh dia solat,  "Mama la solat dulu, pastu baru Ija"....."Ija nak solat tunggu Papa"...."Ija nak solat lepas katun"....

Macamana tak selalu kena pelupuh dengan aku.

Tapi mak mertua aku pun kadang-kadang marah aku pukul Redza.
"Toksoh la Diana, jadik jadiklah..."

Bengang gak aku kadang-kadang sebab cara aku lain, cara mak lain.
Mak mungkin jenis lembut dengan anak.
Mak Aji lain pulak, jenis suka marah anak.

Tapi aku rasa aku jadi orang gak.
En Wan walau tak pernah dipukul dimarah mak, pun jadi orang gak.

So aku rasa dorang campur tangan bukan sebab dorang tak suka cara kita didik anak. Tapi sebab dorang nampak dorang dah berjaya mendidik anak-anak dengan style dorang so dorang terbawa-bawa style didikan tu kepada cucu pulak. Maybe didikan dorang tu tak berapa relevan dengan zaman sekarang, tapi kita respek aje la cara dorang. Ko buat dek je la. Iye kan aje. Aku pun kalau everytime mak mertua aku tegur sebab marah Redza, nanti aku naik atas tido pastu bila bangun aku panggil Redza and cakap baik-baik je la. Kadang-kadang aku terbabas jugak tapi aku tengah cuba perbaiki diri gak ni.

posted by aveo757 @ 8:46 AM  
Newer›  ‹Older
Shawl Tsugoi
December 26, 2012

SKINNY JEANS UPDATE

Skinny jeans dah sampai Malaysia Isnin.
Memang aku dah glabah sebab aku check Sabtu lepas masih lagi transit kat HK dari hari Jumaat. Call DHL, dorang cakap belum dapat apa-apa new update dari DHL HK. Isnin check rupanya box damaged. So dorang repacked semula and Isnin baru sampai Malaysia. Tapi semalam aku check box masih lagi kat OE. Maybe kastam belum sempat check. Diharap boleh bersabar. Ada yang dah bayar sebab takut tak dapat slot. Yang lain diharap bertenang dulu. Kasik aku kira betul-betul jeans yang sampai pastu baru aku email sorang-sorang sebab bila dia kata box damaged, aku takut jeans aku terkurang je. Sabar ye. Harap kastam release cepat.

Ok, sementara tu, sila cuci mata dengan shawl Tsugoi dulu.

Material : chiffon
Size : 150cm x 65cm
Design : Pattern
Status : In-stock
Price : RM35 (free postage)
Contact : aveo757[at]yahoo[dot]com



Code : ZZ Green (atas)
Code : ZZ Pink (bawah)



ST Pink (atas)
ST Orange (bawah)



TR Green (atas)
TR Red (bawah)



posted by aveo757 @ 7:30 AM  
Newer›  ‹Older
Dulu
December 25, 2012


Semalam En Wan tanya "Esok (today) apa plan?"

Aku : Ntah. Esok aniversari Mama.

En Wan : Nak balik Bangi?

Aku : Bibik nak gi keje (tailor).

En Wan : So, nak gi mana kita esok?


...................................................................


Antara soalan yang mesti kitorang tanyakan to each other everytime esok hari tak bekerja. Not only on public holidays, tapi weekends pun sama. Kalau Sabtu Ahad tu hanya sebulan sekali takpela jugak. Ni every week ada Sabtu Ahad so benda yang sama la kitorang kena pikir setiap minggu.

Sometimes aku terfikir apesal dulu time kecik-kecik aku boleh je lepak kat rumah sampai 2 bulan tak gi mana-mana? Takde hal pun kalau cuti skolah 2 bulan tak gi holiday. Now apesal pantang sehari duduk rumah pantat masing-masing dah panas. Nak merayap je keje.

Dulu Pak Aji and Mak Aji (mak bapak korang aku tak tau la) memang takde de nak berholiday sesaje nak lepak hotel segala. Hotel pertama aku duduk masa tahun 1984 (Darjah Ompek), Hotel Samudra kat Kuantan. Tu pun sebab ikut Pak Aji outstation. Siang dia pi keje, yang kitorang anak beranak melepak je la dalam bilik sehari suntuk sampai lebam. Tapi tak boring pun. Sebab at least kitorang dapat gak keluar dari rumah. Walaupun hanya 'percutian' yang terperuk dalam bilik tapi kitorang takde hal. Tu je la pun satu-satunya masa nak merasa berjalan jauh and merasa duduk hotel. Tapi kalau makan tetap kat warung depan je. Jangan nak mengada-ngada call room service bagai. Makan tumit nanti.

Masa kecik dulu, perkataan VACATION tak pernah wujud. Kalau cuti sekolah tu setahun, setahun la aku adik-beradik duduk kat rumah tak kemana-mana. Tapi sorang pun takde terkeluar perkatan "boring". Seronok je lepak kat rumah. Bagi aku dulu kalau cuti tu bukan bermaksud gi holiday. Cuti tu maksudnya takyah gi sekolah. Macam-macam aktiviti kitorang boleh buat. Boleh main model-model, main mekap-mekap, main ofis-ofis, main makcik-makcik...

Kalau bukak je sekolah, cikgu mesti takde topik lain nak suruh kitorang buat karangan selain "Apa saya buat semasa cuti sekolah". Waktu ni aku suka sangat baca karangan kawan-kawan aku. Masing-masing cerita pi Minyak Beku (somewhere kat Johor rasanya), Kuala Terengganu, Morib, Batu Feriggi.
Aku pulak balik-balik cerita aktiviti aku kat rumah. Paling jauh pun balik kampung kat Tampin.
Tapi sikit pun aku tak rasa left out. Seriesly. Takde rasa terpinggir, takde rasa kecik ati, takde rasa jeles, takde rasa macam aku keluarga miskin tak mampu nak gi jalan-jalan holiday. Aku sentiasa rasa aku orang kaya. Kahhh!

Tapi walaupun kelihatan cuti aku membosankan sebab orang lain gi jalan tapi kau tak, tetapppppppppp karangan aku dapat A. Aku ingat lagi cikgu Bahasa Malaysia aku time Darjah 2 nama dia Cikgu Fatimah (wife penulis Othman Puteh). Dia pernah announce kat kelas karangan terbaik adelah aku. Berpusing 180 darjah kepala kawan-kawan pandang aku. Pastu sorang-sorang datang nak baca. Padahal takde benda pun. Aku just cerita cuti sekolah aku tolong cat rumah, tolong buat tut kat pokok mangga, jatuh beskal tersagat kulit bahu, betis terkena ekzos motor, buat eskrim Malaysia, dan kena sengat lebah.
Mungkin cikgu tu baca alahai kesian je budak ni duduk rumah boring, apa kata aku bagi dia A supaya dia gembira. Camtu lah kot..heh.

Sekarang ni aku rasa macam satu benda yang jadi kemestian pulak bercuti tu.
Asal cuti je masing-masing mengadap website Air Asia. Gugel hotel-hotel yang best. Check promosi-promosi. Sometimes nak pegi dinner memikirkan mana tempat nak pegi tu pun jadi masalah. Last-last penat memikir, goreng ej la telo mata makan je lah kat rumah.

Dulu aku adik-beradik memang tak dimanjakan dengan pergi bercuti. Toksah mimpi la nak pi holiday jauh-jauh. Pertama kali aku jejak Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Penang, Kedah, Perlis, Langkawi - semuanya sebab ikut Pak Aji outstation. Kiranya, tu semua percutian yang ditanggung. Pergi pun atas sebab ikut bapak gi keje and cuma nak merasa jejak negeri orang. Tapi tak kemana pun. Duduk dalam hotel je siang malam. 

Kalau hujung minggu memang dah biasa lepak kat rumah. Takde de kitorang nak tanya "Pa, hari ni kita nak gi mana?"
Memang tak!
Ko duduk la rumah layan Hindustan.
Paling-paling pun Mak Aji akan ajak "Siap cepat. Nak balik kampung (Tampin)"
Itu pun dah bersorak.

Kalau Pak Aji dapat gaji, "Jom! Kita pegi KL".
Mak aiiiiiii. Gi KL kauuuuu. Gila tak best dapat gi KL dulu-dulu?
Merempit aku ngan Ima naik bilik check apa baju nak pakai.
Nak pi KL ni okeh, jangan main-main. Baju kena pakai yang cantik sikit.

Tapi tu la kan. Baju pun beli kat tempat longgok-longgok, cantik mana sangat la kau boleh dapat.

Aku and Ima pernah gi KL dengan pakai T Shirt putih ada gamba binatang Appeton kat depan.
Botol Appeton dulu-dulu ada gamba katun binatang-binatang kumpul ramai-ramai. So that gamba tu dia gunakan and letak kat depan baju pastu kat atas ada tulis "Seong Chong Mini Market".
Baju tu lah baju yang kitorang rasa paling cantik ada dalam simpanan untuk dipakai pegi KL!
Kau mampu?
Kitorang matchkan dengan seluar track kaler kelabu tepi ada line kuning. Tuck in kauuu. Pehhhh. Hazab mata yang memandang. Tapi, kitorang tetap melangkah dengan penuh rasa yakin. Hahahaa.

Pastu port makan mesti kat Campbell. Dulu area situ macam ada medan selera. Besar sangat. Tak tau la now ada lagi ke tak. Tapi kalau kitorang makan kat situ maknanya bapak aku dapat gaji. Dah rasa mewah sangat dapat makan kat Campbell. Padahal nasik ayam je pun.

Kalau sesekali dapat makan KFC, mak aiiii, sampai seminggu sembang dengan Ima tak abis-abis lagi topik makan KFC. Kalau dapat makan satey Kajang tu dah best sangat.

Heran kan, dulu mak bapak kita (at least parents aku la, parents korang aku tak tau) tak kaya pun. Tak mampu pun nak bawak kita pi holiday. Apetah lagi nak makan restoran mewah-mewah. Baju hanya berganti everytime nak raya, tu pun beli kat tempat longgok-longgok. Tapi aku tetap happy. Takde lansung rasa tertekan or nak bersaing apetah lagi nak jeles dengan kawan-kawan lain. Apa yang ada, ada. Kalau takde, takde. Habis kat situ je. Takde la nak pikir apesal aku takdeeee??? Apesal dia adeeeee???!! Kegembiraan tu macam sentiasa ada.

Now not sure if ini adelah desakan atas perubahan zaman or kehendak diri sendiri yang melampaui kemampuan or simply kita je yang mengada-ngada.

Masing-masing mencari kegembiraan tu dengan mengeluarkan duit.
Masing-masing berhempas-pulas keje carik duit untuk dapatkan kegembiraan.
Duit hasil kita mengerah tenaga tu akhirnya digunakan untuk beli kegembiraan.

Keje macam nak mati supaya dapat kumpul duit gi melancong.
Keje macam nak gila supaya dapat kumpul duit beli barang-barang branded.
Keje macam nak rak supaya dapat merasa lepak kat restoran-restoran high class.
Keje teruk-teruk supaya apa yang orang lain ada, kita pun ada!

But at the end, kegembiraan yang kita dapat tu tak dapat memuaskan diri kita pun sebenarnya.
Dan kita akan terus cari cari cari cari cari cari sampai bila pun tak tau.

Padahal masa kecik dulu kita happy je dengan apa yang mak bapak kita mampu sediakan. 
Mungkin ada yang akan kata dulu kita belum ada tanggungjawab nak difikirkan.
But sekurang-kurangnya kita tetap happy dengan kehidupan yang sederhana tu.Tak meminta-minta lebih dari apa yang mak bapak kita mampu bagi.

Bukannya dulu takde orang yang mampu duduk Banglo. Ada.
Bukannya dulu takde orang yang mampu holiday setiap kali musim cuti. Ada.
Bukannya dulu takde orang mampu makan kat hotel. Ada.
Bukannya dulu takde orang mampu pakai kereta mewah. Ada.

Tapi aku yakin tekanan untuk bersaing tu takde.
Tekanan untuk mengikut kehendak hati tu takde.

Peaceful.
Happy.

Rindunya zaman dulu-dulu.

posted by aveo757 @ 7:57 AM  
Newer›  ‹Older
Amukan di aniversari
December 24, 2012

Semalam aniversari aku.
Tapi aku bukan nak cerita pasal tu.
Ni nak cerita pasal amukan yang telah berlaku semalam.

Kali ni tailor yang aku baru sampai tu buat hal. Memang sengaja nak makan siku aku budak ni.

Kes dia cenggini.

Budak ni bergaduh dengan bibik Lenny aku.
Dah sebulan macam tu kot. Ntah, aku pun tak kuasa nak ambik tau. Aku tau dorang bergaduh pun dari mak mertua aku. Tapi bukanlah bergaduh bercakar macam tu. Dorang bergaduh punca apa pun aku tak paham. Nak kata dengki, nak berdengki apa pun aku tak tau. Tapi mak mertua aku cakap macam lebih kepada 'nak tunjuk bagus depan majikan' kekdahnya. Dia ingat dia keje kat opis kot, majikan nak set KPI segala yang siap nak bodek-bodek bagai. Takde de.

Memandangkan dorang bergaduh secara senyap, jadi memang aku tak perasan. Lagipun depan aku macam everything ok je. Kesian la mak mertua aku, dia la yang kena hadap 'sinetron' hari-hari. Last-last before mak aku balik Tganu hari tu dia ada cakap kes bergaduh dorang ni. Aku nak masuk campur pun aku tak tau perlu ke tak sebab bukan sampai tahap bertekak ke apa, so aku anggap perselisihan faham je. Macam kita ngan colleague kita la jugak kan. Ada sesi sentap-menyentap tapi keje ko tetap kena siapkan jugak. Janji ko tak babitkan masalah peribadi dengan keje, cukup.

Mula-mula tu mak mertua aku pun macam nak taknak je cerita sebab dia tengok aku macam tak berminat nak ambik tau pun. Aku memang macam tu, kalau benda yang takde sangkut-paut dengan aku, aku malas nak semakkan kepala. Until at one point, mak mertua aku tengah tengok Buletin Utama, si tailor baru ni pi selamba tapir ambik remote and tukar channel Zee. Kurang ajar tak? Kau ingat mak aku kuli batak kau yang kau nak buat macam tu?

Ok, aku diamkan lagi.
Aku memang jenis suka perati and bagi chan kat orang. See if dia buat perangai lagi pasni.

Last week, aku pi breakfast.
On that day tailor-tailor ni semua tak pegi keje sebab masa tu aku nak holiday kat Sepang tu, so aku cakap kalau nak pegi keje aku arrange-kan taxi. Dorang kata taknak, nak buat jahit sulaman je kat rumah. Ok fine. So memandangkan dorang ada kat rumah, jadi aku tapau roti canai lebih sikit.
Bila aku balik, dua-dua tailor turun bawah nak breakfast. Bibik Lenny tengah ayunkan Rayyan (buai).
Eh tetiba aku dengar bibik baru ni tanya bibik Lenny dengan suara yang agak biadap "Kak, akak dah makan ke belum roti ni?"

Lenny : Belum. Makanlah dulu.

Tailor baru : Ada disentuh-sentuh ke roti ni?

Lenny : Sentuh apa. Belum dimakan.


Cewahhhhh.
Low class sangat ke kerja pengasuh ni sampai bekas-bekas tangan dia pun kau jijik.

Aku dengarkan je dari atas. Aku diamkan je.
Aku nak tengok apa lagi tebiat dorang nak buat ni.

Sebelum ni, aku ada noticed yang barang-barang dapur (barang basah) aku kejap-kejap habis. Kejap-kejap habis. Aku beli barang-barang pasar seminggu sekali. Setiap minggu aku akan beli bawang besar, bawang kecik and bawang putih (kategori barang basah la jugak ni). Aku tak sure la berapa kilo sekali beli tapi aku memang bangsa beli agak banyak sebab rumah aku ada orang yang akan makan waktu lunch so aku pahamla, kalau banyak kali memasak, banyak la jugak barang akan habis. So aku memang beli sekali banyak terus.

Selama 2 tahun tailor Jamilah keje dengan aku, and 9 bulan yang lepas Lenny pulak ambik alih tugas bibik, belanja barang pasar aku reasonable. Kalau bawang-bawang ni seminggu sekali beli. Sejak tailor kedua ni masuk dapur (dulu tak masuk, sejak bergaduh ni dia masak untuk diri dia sendiri sebab taknak makan la kot air tangan bibik Lenny), aku perasan bawang aku seminggu 2 kali beli. Maknanya bawang besar, bawang putih aku sebulan aku kena sediakan dalam 16-18kg. Tu belum masuk bawang kecik. Aku ni pelik la jugak, dorang ni buat apa dengan bawang yang kejap-kejap aku kena beli bawang ni? Padahal pertambahan manusia dalam rumah ni sorang je, takkan sampai macam tu punya drastik expenses dapur aku.

Pastu minyak.
Dulu 5kg cukup sebulan. Now minyak 5kg tahan 2 minggu je. 10kg minyak aku beli setiap bulan. Mandi minyak ke apa?

Mak aku cakap, tailor tu bukan saje taknak makan air tangan Lenny. Minyak bekas goreng kuih yang Lenny goreng pun dia taknak guna. Jadi setiap kali dia masak dia akan guna fresh oil. Padahal aku ada sediakan 2 bekas, satu untuk letak bekas minyak goreng lauk, another one goreng kuih. Kitanya yang goreng kuih tu memang kategori minyak bersih. Kalau taknak guna minyak goreng ikan, ko ambik la bekas minyak goreng kuih tu hendaknya kan. Oh taknak. Najis la kot gamaknya. Tuang jugak minyak baru.

Sabun basuh aku pun sama. baru 2 minggu lepas beli, minggu ketiga habis dah? Aku bukak kedai dobi ke apa ni.

Telur kalau dulu satu pack yang kecik ada 12 bijik tu dalam 8-9 hari tahan. Memang jarang la makan telur sebab lauk-lauk lain ada. Telur tu selalunya untuk emergency je. Now, sebulan 2 papan okeh! Papan tau, bukan pack kecik tu. Dah macam meniaga nasik lemak aku ni.

Teh uncang pun sama.
Aku selalu beli pack yang 80 keping uncang tu. Now aku kena beli yang 100 keping. Tapi bukan satu kotak, 2 kotak aku kena beli. Maknanya sebulan 200 keping uncang guna. Dah macam bersaing pulak aku dengan kedai mamak Anwar Maju membeli teh.


Dulu rumah ni ada 5 orang dewasa.
Takkan tambah sorang je lagi perbelanjaan aku gila-gila punya melompat? Pelik kan? Ke ada membela?

Bulan lepas, Lenny ada jumpa aku dalam bilik nangis cakap dia tak tahan dengan perangai tailor tu. Semua masakan Lenny semua dia kata tak sedap. Tapi habis. Tapi everytime mentekedarah dia kondem-kondemnya masakan orang tu. Tailor ni suka makan lewat. Dah tau ko makan paling last, lepas makan, kemas la kan. Cewahhh takde okeh. Dia biarkan je. Bagi dia, tu bukan keje dia. Dia kelas sikit, tukang jahit. Yang si Lenny ni terpaksa la tunggu sampai lewat malam semata-mata nak kemaskan meja makan.

Pastu setiap kali Lenny tegur supaya cermat-cermat sikit guna barang, Lenny jugak yang kena sound balik "Apa kau kisah, bukan duit kau".

Semalam memang klimaks untuk cerita ni.

Puncanya, kan last week aku gi holiday, so Ahad lepas tak gi pasar. Jadi Rabu tu En Wan singgah pasar malam time balik keje beli barang-barang basah. Maknanya Khamis baru start masak barang-barang yang dibeli tadi.
Ok, Rabu baru beli. Khamis baru start masak.
Semalam (Ahad) aku dah kena pegi pasar balik!!

Kitorang nak gi Big Bad Wolf pagi semalam (Sabtu tak jadi, En Wan membuta awal).
Masa nak keluar tu Lenny ingatkan kitorang nak gi pasar, dia pesan lah "Madam, ayam tinggal 2 kali masak, sotong satu kali masak, udang satu kali masak, ikan semua habis"

Meloncat la En Wan dengar.
Kejadah apa baru pi pasar Rabu, Ahad ikan semua dah habis.
Dah la memang every week ikan yang wajib ada dalam esbok aku adelah tenggiri bunga. Sape kenal tenggiri bunga tau la gabak macamana ikan dia. Tenggiri bunga ya, bukan tenggiri papan.
Bayangkan Rabu baru beli tenggiri, Ahad dah habis. Seingat aku baru sekali je Lenny masak ikan tenggiri tu last week, Khamis ke Jumaat cam tu. So mana pegi ikan aku?

Lenny dah terpisat-pisat nak jawab.
Bial aku tanya baru dia cakap rupanya selama ni tailor kedua tu masak untuk bekal dorang di kedai punya lah banyak. Nak makan dua mulut je tapi dia masak sampai 4 keping. Dah la makan malam kat ruma aku. Bukan makan lauk yang dia masak tu pun. Takkan kau makan tengahari sampai 2 keping sorang? Aku sendiri makan siang malam cuma sekeping. Tu pun aku rasa dah macam jin aprit join sekali makan sebab ikan tenggiri bunga memang lebar. Memang sape makan sekeping sekali hadap tu konfem bangsa perut lembu empat kompartment.

Sekali goreng sayur guna bawang besar 2 bijik, bawang putih 6 ulas. Masak apekah ini? Kau masak sayur ke masak bawang?

Telur aku check takde dalam peti. Rupanya Lenny sorokkan. Lenny kata dia takut aku mengamuk asik-asik beli telur. Bayangkan lah sebulan sampai 2 papan. Lenny kata tailor tu kalau sekali masak sampai 4 bijik. Sebab tu dia sorok.

Panas dah aku ni. Time ni aku dah kat pasar, aku takleh tahan bengang.
Aku nak call dia aku tak tau nombor, so aku sms tailor Jamilah. Kang kalau aku cakap kat phone kang, memang menengking bunyiknya.



Lepas dapat sms tu tailor Jamilah terus call.
Tailor ni pun satu. Dia ingat aku sound dia. Dia terus je explain dia tak makan banyak bla bla bla.
Aku cakap "Bik, saya tau bibik tak macam tu sebab bibik dah 2 tahun keje dengan saya. Saya takde masalah. Sebab tu dalam sms tu saya sebut nama **** (nama tailor kedua).

Baru dia paham.

Then tailor Jamilah bagitau memang dia terperanjat tailor kedua ni masak banyak. Sekali masak ikan sampai 4 keping.

"Ikan tu ada lagi di peti sini, Madam. Belum habis lagi"

Great!
Kau masak punyalah banyak.
Pastu tak habis kau sumbat dalam peti ais aku. And every morning kau masak lauk baru. Apesal kau tak hadap je lauk yang melambak-lambak tu? Dah sape pulak nak makan?

After a few minutes masuk sms dari tailor kedua :

 

Kurang ajar tak sms dia?
Memang sial okeh.

Kang kalau aku cakap bangang marah. Tapi memang bangang.

Pandai dia putar belit statement seolah-olah aku tak kasik dia makan makanan kat rumah aku. Pantek.

Aku dah la tengah berpanas ni.
Kau buat aku panas lagi.
Terus aku call dia. Ingat aku takut nak cakap dengan kau?


Aku : Masa bila saya tak kasik kamu masak? Ada saya cakap? Ada saya kata tak boleh makan kat rumah?

Dia : Ye lah, tapi madam tu macam tak suka saya masak. Saya mengaku lah itu hari saya ada masak ikan tu. Tapi Lenny kan jaga dapur. Kenapa dia tak tegur saya supaya jangan dimasak?


(wahhh, nak salahkan Lenny jugak ni. Padahal takde sangkut paut dengan sms aku pun)


Aku : Lenny tak tegur sebab memang ikan tu boleh dimasak. Saya memang tak pernah larang sesiapa masak. Tapi apesal kamu masak banyak sangat? Siapa yang makan kat sana? Bibik Jamilah kata masih banyak lagi lauk dalam peti. Tapi pagi ni saya tengok kamu masak lagi lauk baru. Lauk yang kat sana tu nak bagi hantu makan???

Dia : Dah la Madam. Sudah-sudahlah asyik sebelah kan Lenny.


(wowwwwwwwww. Kau memang sengaja jentik aku ni)


Aku : ASYIK??? Saya ASYIK sebelahkan Lenny? Bila masa saya sebelah kan Lenny ni? 2 bulan kamu di sini, baru hari ni saya tanya pasal barang-barang dapur saya. Sejak bila ada kamu dengar saya sebelahkan Lenny? Ada? Bila?

Dia : Takde la, cara Madam tu nampaknya sebelahkan Lenny.

Aku : Kenapa pulak Lenny bersangkut-paut ni? Yang saya tanya ni, pasal barang-barang saya banyak habis sejak kamu ada. Takde kena-mengena dengan Lenny. Saya tanya sebab barang-barang tu guna duit saya, bukan duit Lenny. Kalau saya sebelahkan Lenny pun apa saya dapat, gaji dia tetap saya kena bayar. Yang ada masalah dengan Lenny sekarang kamu, bukan saya. Jangan biadap! Kemas barang kamu sekarang, saya hantar balik.


Aku bajet dia sebenarnya nak kenakan Lenny. Dia habiskan barang-barang dapur so that aku akan marah Lenny. Dia ingat aku bangang cam dia agaknya taknak usul periksa dulu. Ko ni banyak hadap sinetron Bawang Putih Bawang Merah sebenarnya. Tu pasal bengap.

En Wan fetch dorang kat kedai pukul 2pm, sampai je rumah terus suruh dia pack baju and keluar hantar. Aku tak ikut. Tak kuasa!

Kebetulan, Sabtu lepas, En Wan call akak ipar tailor ni. Abang kandung dia duduk Pandan, dah 20 tahun duduk Malaysia. Reason dia sebab nak bagitau tailor ni nak bercuti 2 bulan. 2 bulan kauuu. Nak cuti balik rumah abang dia yang jauh sangatttttttt tu.

Kakak dia macam rilek je.
Cakap "Ok".

So kitorang macam pelik la jugak.
Apesal famili dorang ni pelik gila?
Masa mula-mula ambik dia dari rumah abang dia dulu, abang dia beria-ia cakap "Tak kisah lah gaji berapa, janji adik saya ada kerja sebab dia duduk di rumah tak buat apa-apa"

Ok takde hal la.

Pastu tailor-tailor aku bagi cuti Ahad, Sabtu half day. Sukati ko la nak merayap ke mana pun. So aku expect tailor kedua ni akan ada satu hari dia nak balik jumpa abang dia. Aku pernah tanya taknak balik rumah abang ke? Dia kata abang dia tak kasik balik. Pelik kan?
Kalau kita la, adik-beradik kita keje dekat-dekat, mesti hujung minggu kita nak jumpa. Apetah lagi macam dorang ni keje negara orang. Takkan abang dia selamba dek je taknak jumpa adik dia. Selama hampir 2 bulan dia keje sini, tak sekali pun dia balik rumah abang dia and abang dia pun takde call kitorang ke taknya cemana adik dia punya performance. Macam lepas tangan camtu je. Tapi kitorang malas nak nak pikir lelebih. No news maknanya good news la kot.

Bila jadi kes semalam baru la kitorang start terfikir balik.
Maybe akak ipar dia tak terperanjat bila dengar adik dia nak bercuti 2 bulan.
Sebab mungkin petanda sawan adik dia berulang lagi.
Adik dia ni dulu penah keje kat Rawang, tapi lepas seminggu majikan hantar balik. Abang dia kata adik dia yang nak balik sebab kat Rawang takde keje sangat. Bosan. Pundek kau lah takde keje. Entah-entah majikan kau yang bentikan kau. Perangai cam cilaka.

Pastu baru teringat abang dia berkali-kali pesan dulu "Adik saya ni pendiam orangnya. Dia tak suka bercakap".

Adik kau ni gila aku rasa. Sebab tu dia kurang bercakap.
Sebab kalau dia start cakap sawan tenuk dia sampai.

Memang selama ni dia jarang bercakap.
Pastu dia macam takde common sense. Macam tak tau respect majikan. Tak tau respect orang lebih tua. Tak tau respect harta-benda orang.

En Wan kata tu ciri-ciri budak tak sekolah.
Hello....kalau setakat nak belajar ADAB, kat rumah pun boleh blaja. Tak sementinya kena pegi sekolah. Aku rasa memamg budak ni gila. Fullstop.

Tapi memang lega tak nampak kelibat dia dalam rumah ni dah.

posted by aveo757 @ 2:18 PM  
Newer›  ‹Older
Why mesti nak nyanyi lagu sedih?
December 22, 2012

Today pagi lepas breakfast kat mamak, terus gi beli barang-barang tailoring, then gi Arianni.
Dah la si Ariani buat sale, baru ni aku sempat nak jengah.
Lagipun aku takut sawan aku naik balik bila masuk Ariani. Aku dah lama tak datang sawan ni.
Sampai depan Ariani pukul 10am. Punyalah beratur manusia. Apa murah sangat ke Ariani buat sale kali ni?

Bukak je pintu, makcik-makcik semua tak kasi chan. Mengelupur masing-masing masuk, termasuklah aku. Tapi kali ni aku tak berapa selera nak shopping. Aku cuma aim nak beli tudung kaler hitam 2-3 helai. Cukup. Kali ni jumpa pulak tudung jenis pendek. Oh great. Aku ingatkan Ariani dah taknak produce tudung pendek lagi dah. Tudung pendek ni baru best pakai dengan shawl.
Sekali RM10 je selai kau. Tak sampai hati aku nak keluarkan member card aku. Kedekut kedaung sangat RM10 pun nak mintak diskaun lagi.

Lalu jap kawasan shawl. Gila lapang area shawl.
Mau tak lapang, shawl harga sale pun RM95. Kalau tak sale RM159.
Aku tengok harga, mak aiiiii. Kemain melampai si Ariani ni skarang. Dulu aku beli shawl RM120 je selai. Now dah RM159? Patut la kawasan ni lapang takde orang masuk.

Tapi yang sangat mensurprisekan diri ini adelah aku jumpa shawl yang sama aku tempah (coming soon). Sebijik! 100% silk tapi harga RM159! Dem oh dem yuuuuuuuuuuuu.
Nanti eh, shawl aku sampai nanti aku letak, korang tengok harga aku berapa.
Terus kensel nak beli shawl Ariani. Mesti selama ni harga shawl yang aku beli tu sebenarnya adelah RM** juga.
*cakar pipi*



Lepas Ariani, gi IOI Mall jap cari buku Redza, buku aku and hadiah untuk wedding reader.
En Wan ajak aku beli buku kat Big Bad Wolf je tapi aku tak sure if religious books ada kat sana ke tak, so better aku beli je la kat Popular ni dulu. Insyallah kul 12 malam kang kitorang akan ke Big Bad Wolf. Kena pastikan Rayyan tido dulu baru boleh pilih buku bertenang-tenang.

Settle beli buku siang tadi, gi carik hadiah wedding pulak. Pastu aku cakap malas la nak balut, suruh si AEON ni je la balutkan. Tapiiiiiiiiiiiiiiii punyalah lama orang depan aku ni balut hadiah Krismas. Sati troli dia nak balut. Tapi kan aku pelik. Or maybe aku yang salah. Aku tengok minah depan ni balut hadiah Krismas semua makanan. Sugus, lolipop, cokelat...memang hadiah Krismas macam tu ke? Dia tak kisah apa-apa pun janji present? Gitu ke?

Maybe aku banyak tengok Home Alone kot so aku expect kalau hadiah Krismas tu mesti something yang worth the wait. Sebab kalau tengok mana-mana cerita pasal Krismas, mesti semua excited bangun pagi tak gosok gigi terus pi serang pokok Krismas nak bukak hadiah. So kalau gila-gila punya excited sampai tak tido malam esok bukak hadiah dapat sugus, konfem bentan.




Sebab minah ni lambat sangat, kitorang lepak jap pekena Yee Mee.
Kalau terasa nak makan time dalam AEON, memang ni je la menu aku. Aku memang suka sangat Sizzling Yee Mee walaupun jarang dapat habiskan mee, tapi kuah konfem lichennnn. Kadang-kadang mee belum abis, kuah aku dah kering aku hirup. Terpaksa senduk kuah kat plate En Wan.

Tapi benda yang aku tak suka bila makan Yee Mee ni adelah telo yang bergenang tu.
Aku geli sebenarnya makan telur macam tu. Kalau nak masak, biar bebetul masak. Kalau nak separuh masak biar separuh masak. Kalau bentuk cenggini aku tak suka. Bentuk macam ni aku tak sure apa tajuk dia. Suku masak ke? Yang pastinya aku geli. So everytime kalau makan sizzling Yee Mee, aku akan terbalikkan telor ni biar kuning dia masak betul.




Ini lah pengantinnya - June.
Kalau jemputan tu dekat, and ada kesempatan, memang aku pergi. Sebab masa ni la aku boleh berlagak macam aku kenal reader-reader aku, provided reader tu adelah pengantin la. Kalau tak, memang terbangang-bangang aku kat situ.

Masa aku sampai, dewan dah agak lengang. Pengantin tengah bergambo so aku malas nak kacau jadi aku ngan En Wan bawak diri masing-masing senduk nasik. Aku kalau jumpa makanan memang cukup pandai bawak diri. Jangan risau lah. Nak pulak kalau ada lauk ayam goreng rempah. Memang pandai la aku bawak diri.

Tengah makan, pengantin datang tegur.
Dah la datang undangan orang pastu terus ambik makanan, pastu pengantin lak datang meja jumpa kau. Cantik muka kau kan? Borak dengan June ni aku ok lagi. Tapi bila pengantin laki tegur "Kak, saya baca blog akak. Baru skarang dapat jumpa"
Ok, terus keras kejap.
Kalau perempuan baca aku ok lagi. Tapi kalau laki mengaku dia baca aku macam terkejung kejap sebab macam segan la pulak (ewahh sejak bila kau pandai segan ni??).




Kalau ada sesape terserempak dengan aku, tepuk je bahu aku. Mungkin aku tak kenal, tapi aku takkan buat-buat tak kenal. So, jangan risau, aku punya blur takkan berpanjangan.


Kat wedding tadi, ada DJ jugak. Tapi not sure ada karaoke ke tak, tak sempat nak stay lama-lama. Aku suka sebenarnya layan karaoke kat majis orang kawen. Macam kat wedding sedara bibik Lenny hari tu karaoke dia gila best. Ada sorang pompuan ni, aku bajet umur dia 60 tahun keatas, pakai kebaya sendat ala-ala kebaya Indonesia. Memang orang Indonesia pun. Dia karaoke dengan tangan sebelah pegang mic, lagi sebelah jenjet plastik barkat. Boleh? Kot ye pun letak la dulu plastik tu, Buk. Tapi memang sebab suara makcik tu. Ala-ala suara Titiek Puspa. Memang menganga bapak-bapak yang tengah nak menyuap nasi dengar.

Ada satu wedding kawan En Wan, mamat yang karaoke tu dah la suara kelaut, nyanyi pulak lagu Lemon-T Kekasihku Diambil Orang. Dah kenapa kau der? Aku tak tau aku nak sedih dengar lagu dia or dengar suara dia. Memang sedih sangat. Ye ye dia meneran sambil pejam-pejam mata nyanyi. Aku berharap dia sihat sejahtera la hendaknya sekarang sebab kalau kau dengar dia nyanyi time tu dah macam nak terkeluar buasir. Aku tengok naik genting urat tengkuk dia nak menghabiskan lagu tu. Azab sangat nampaknya. Tertunduk-tunduk aku laki bini nak cover gelak. Mana nak cover gelak, mana nak suap nasik. Dah la makan menghadap dia. Sampai tersedak nasik aku keluar kat hidung. Tercekik gua der.

Kadang-kadang aku perati memang ramai betul yang karaoke lagu sedih-sedih kat kenduri kawen. Yang kau nak merembes kat majlis orang kenapa la?


posted by aveo757 @ 9:29 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me:
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER