walk on wings, tread in air: 05/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Adekah saya hot? Anda hot? Dia hot?.....HOTak kau.
May 30, 2012
Semalam aku tengok ulangan rancangan apa ntah tapi yang Dato' Dr Fadzillah Kamsah punya.
Topik semalam pasal kawen lebih dari satu kot, yang artis jemputan dia Zarina Zainuddin.
Aku pernah tengok dah dulu tapi semalam saje melayan lagi sekali buat renungan bersama. Ewahh.

Tapi aku konfius la, Zarina Zainuddin ni isteri pertama ke, kedua?
Tak salah aku macam isteri kedua.
Tapi bila dia bagi statement something like "..kalau suami kita kawen lain, kita jangan lah fikir sangat pasal dia, kita sibukkan diri dengan...bla bla bla.."
Konfius.
Sape yang ambik dan kena ambik ni?

Tak kisha la, tapi aku kagum la dengan Zarina Zainuddin yang berkongsi suami.
Dan juga pada sesiapa je yang berkongsi kasih-sayang.
Sebab aku tak sure if aku mampu buat muka takde efek kalau ditakdirkan En Wan kawen lain (eh, ada ke nak? Hahah)

Isu ni sebenarnya kalau aku nak blog pun macam tak best sebab aku takde pengalaman secara lansung. Tapi pengalaman En Wan ditekel janda tempat keje lama dia, ada! En Wan pun wahhhhhhhhh kemain lagi senyapkan diri. Tapi last-last dia bagitau ada perempuan tempat keje dia selalu hantar email yang takde sangkut-paut dengan urusan keje. Like email bertanya khabar gitu. Hahah.
Pastu aku tanya balik 'Nak ke?'
Dia tanya aku balik 'Bagi ke?'
Ewahhhhh melawan.
Ingat aku berbalas pantun ke hapa?

Tapi aku ada pengalaman berada dalam situasi macam ni. Ingat lagi kawan aku yang laki dia kawen lain tu? Hanya mendengar dan tengok sendiri how dia suffer masa pelir laki tengah merenyam, pastu dengan ada anak, takde keje, then bangkit semula, now dah semakin happy tetiba ex-husband datang buat muka sardin 24 tin.

Aku yang takde sangkut-paut pun boleh rasa how sakitnya berada dalam situasi laki kena rampas.

Tapi kawan aku tu sangat rasional. Bak kata dia "Perempuan tu tak rampas. Ali (bukan nama sebenar) yang nak".

Bila aku tengok dia pun macam boleh pikir dengan baik, aku terus tak jadi nak batu api. Hahaha.

But tu cerita lain.

Ada gak kes yang kau dah la kongsi laki orang, pastu kau nak punyakan terus.
Klaka la ok?
Kau dapat yang second hand je pun so takyah la nak possesive sangat.

Ok, ini aku cerita berdasarkan kisah benar ye.

Situasi :
Seorang laki orang berkahwin dengan perempuan lain.
Dia dah ada bini anak pun berderet.
Tapi laki ni spesis telo tersepit.
Sangat tak adil dengan bini pertama dan anak-anak. Sanggup tak balik tengok bini and tanya khabar sebab takut bini kedua rasukan ablasa.

Aku kadang-kadang tak paham dengan sesetengah perempuan yang dah la jadi second wife/bercinta dengan laki orang, ada hati pulak nak conquer from A to Z.

Alasan : I'm just jealous!

Helooo??!

Kalau jeles, takde de kau nak possesive sangat sampai semua benda kau perati, kau kongkong.
Kau tak kasik dia balik rumah bini pertama, tak kasik jumpa anak-anak, and yang paling musibat sekali kau paksa laki kau ceraikan dia.
Ni ciri-ciri jeles ke?
Ni bukan jeles okeh?
Ni namanya busuk hati.


Dah cukup baik bini pertama tak toreh muka kau.
Dia redha je laki dia kawen dengan kau.
Takkan kau takleh nak bertolak ansur sikit kot.
Lepaskan lah sesekali laki kau balik jumpa bini pertama.
At least kau tau dia balik mana.

Ada sorang reader blog ni yang ditakdirkan jadi isteri kedua.
Masa dia chat dengan aku tu 2 tahun lepas.
Dia kata tension sangat sebab seboleh-boleh dia taknak berkongsi.
Tapi sebab dah berskandal hampir 4 tahun, so dia takde pilihan tapi kawen jugak dengan laki tu.
Tapi perkahwinan tu tak bahagia.
Hari-hari bertekak sebab dia nak laki dia ceraikan first wife.
Sampaila satu masa tu laki dia gamaknya tension, keluar dari rumah aku pun tak ingat berapa lama, tapi mengagau jugakla dia carik. Sampaila first wife datang rumah dia.

First wife cakap lebih kurang macam ni (aku pun tak ingat dah exact words), "Saya tak dapat jaga suami saya dengan baik sebab tu suami saya jatuh cinta kat awak. Sekarang awak ada kelebihan untuk jaga dia sebab dia sangat sayangkan awak. Dia tak ceraikan saya bukan kerana dia sayangkan saya, tapi sebab dia taknak anak-anak terasa kehilangan dia. Dia tak ceraikan saya bukan sebab dia sayangkan saya tapi sebab dia kesian, dalam keadaan umur saya macam ni, tak mungkin ada lelaki yang nakkan saya dan terima anak-anak sekaligus sebab tu dia masih jaga saya"

Kan?
Kannnnnn??
Kannnnnnnnnnnn aku dah sebak balik ni.

Sometimes suami tu kawen lain bukan sebab dia tak sayang yang pertama (kalau dia tak ceraikan kau la, kalau dia ceraikan tu nampak nau la memang takde rasa sayang dah so takyah la kau nak kejar-kejar sangat) tapi sebab ada loop dalam hati. Mungkin this small loop saje yang isteri pertama tak mampu isi. Takkan kerana small loop ni maka dia nak buang isteri pertama?

And second wife pun, please consider hati orang lain sama boleh?
Jangan pikir hati kau sorang.

Laki tu dah kawen dengan kau, tinggal dengan kau, dah cukup baik.
Apesal nak paksa-paksa ceraikan bini pertama pulak?
Dia kacau bijik kau ke?

Kau dah pilih suami orang, sepatutnya kau dah bersedia untuk hidup berkongsi.
Kalau rasa tak mampu nak berkongsi dari awal lagi sila lah jauhkan diri.
Kalau rasa kau ditipu sebab suami tak bagitau pun situasi yang sebenar yang dia sebenarnya dah ada isteri, maka yang perlu ditinggalkan adelah laki kau. Bukan kau suruh laki kau tinggalkan bini pertama dia.Ada paham ka?

Tapi apesal kau taknak tinggalkan dia, instead kau suruh laki kau tinggalkan bini pertama?


Sebab kau rasa kau hawttttt.
Kau rasa kau berjaya menawan suami orang maka kau yang berkuasa.
Hawtttttttt lah sangatttt.
Kalau kau betul-betul hot, laki kau awal-awal dah ceraikan bini dia ok?


Aku sebenarnya sampai skarang tak boleh nak imagine macamana perasaan isteri-isteri yang berkongsi kasih, macam bini-bini Salleh Yaakob contohnya. Bini-bini dia tu ingat takde rasa jeles ke? Mesti ada punya. Tapi sebab dorang sayangkan laki, so kena la tolak ansur.

So kepada sape baca dia rasa pedas, jadi isteri ni tak payah nak bajet hot sangat la.
Sebelum jadi bini orang boleh la bajet hot.
Dah jadi bini orang takyah nak kerek sangat dengan laki nak ugut-ugut "Abang tak ceraikan dia, siap abang. Saya lari!"

Kau ingat laki kau sedih sangat ke kau lari? Ingat dia takleh tinggalkan kau kawen lain ke?
Kalau dia leh kawen dua, apesal dia takleh kawen ompek pulak?
Boleh okkkk.
Tinggal lagi dia lom jumpa yang sesuai.
posted by green apple @ 5:20 PM  
Newer›  ‹Older
Renungkan
May 29, 2012
Kisah 1:

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap... hari.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Sayang kucing?
Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."


Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik.
Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak?
Bergadai tanah atau meminjam dari orang?

Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."


Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu.
Dicari kontraktor melayu.
Apa dalam fikiran kontraktor melayu?
Sebut harga hanya 20 ribu katanya.
Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.

Jawapan cina, " Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."


Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar.

~renung2kan


source : email
posted by green apple @ 5:43 PM  
Newer›  ‹Older
Pilih dengan tenang
May 28, 2012

Memandangkan Shawl 14 cepat sangat sold out, so kali ni aku tak bawak masuk dulu.
Aku kasik korang bertenang-tenang dulu window shopping. Decide, and email aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com

Aku akan tunggu sehingga Friday 1st June 2012 then only aku place order kepada factory. Ni untuk memastikan semua orang dapat shawl.

Material : Silk voile
Pattern : Printed
Size : 160 x 55cm

Harga : RM49/pc

Bulk purchase price : RM43/pc (min 5pcs)

Harga termasuk pos.


Ada 5 design :



BDB series


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT



MGH series

AVAILABLE 1 PC


AVAILABLE 1 PC


  SOLD OUT


SOLD OUT


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT



 YDH series

SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


  SOLD OUT

 
SOLD OUT


SOLD OUT


 HBB series

 
AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT



 CH series

AVAILABLE 1PC


AVAILABLE 1PC


AVAILABLE 1PC


SOLD OUT


SOLD OUT


  SOLD OUT




posted by green apple @ 1:26 PM  
Newer›  ‹Older
Respon
Respon 1 




Respon 2 



Tadaaaaaa!!!

Baru sempat nak update korang respon dari pengguna Ephyra.

Yang email tu dari reader.
Yang sms tu dari ex-pengacara Wanita Hari Ini - Najlah Ishak.
Err...Najlah bukan blogger ye, tapi semua phone number dari blogger/reader yang ada dalam list aku semua aku bantai letak "blogger" for easy access.

See?
Aku dah kata, benda pertama yang korang leh spot adelah energy level.
Gila bertenaga.
Sebab tu aku kata jangan makan belah malam, konfem kau berjaga sampai pagi.
Skarang ni, kalau weekend pun aku stop ambik sebab aku nak tido.
Nak bertenaga biar time weekdays je la sudeyyy.

Kepada yang dah beli Ephyra, dialu-alukan untuk bagi feedback kat aku.
Tak kisah la, positif ke negative.
Kalau positive kita share sama-sama, kalau negative, aku akan share dengan founder untuk dia troubleshoot or do anything necessary.

Oh yes, Ephyra ni bukan hanya untuk perempuan, abang-abang ganteng juga boleh guna.
Sebab ini adelah skin food, so everyone can guna.

Harga promotion masih lagi berbaki beberapa hari lagi sehingga 31st of May.
So kalau nak beli, grab now.
Kepada yang rasa produk sesuai untuk anda and nak purchase lagi, dengan segera email aku.

Lagi satu, yang tanya aku bilamasa nak makan Ephyra ni, samada before or after breakfast.
Jawapannya adelah di bawah kotak.
Aku makan after breakfast sebab aku belasah makan vitamin and jamu mak dara sekali so takleh perut kosong. Lagipun aku kan penakut makan ubat, so kalau nak makan ubat tu kena dengan air manis/masam, that's why aku telan pil-pil tu semua dengan Ephyra. Tapi lepas breakfast la.

posted by green apple @ 8:40 AM  
Newer›  ‹Older
Kenapa kau yang susah?
May 27, 2012
Actually aku tak tau menahu lansung pasal orang kecoh-kecoh badan Aishwarya Rai gemuk. Baru tadi aku check recent image of her kat internet.

Hmm...aku ingatkan gedempol sangat lahhhh, rupanya alahaiiii. Standardla kot badan macam tu. Orang baru setahun beranak. Aku dulu pun ambik masa gak nak turunkan air and lemak dalam badan. Setahun jugak.

Tapi tu la kan, best jadi rakyat biasa ni. Takde orang kisah kau kurus ke gemuk. Malang la ko Aish, sape suruh jadi selebriti.

Jadi orang yang dikenal/terkenal ni memang salah semua segi. Payah nak jumpa "betul" pada orang terkenal. Sebab yang "betul" tu semua ada kat tukang kondem.

Kau keluar rumah tak pakai mekap, orang kata "Gila buruk muka dia tak pakai mekap. Cantik lagi bibik aku".

Kau keluar rumah bermekap, orang kata "Eleh, mekap sekati kat muka. Kalau tak cantik memang saje laaaa"

Kau gemuk orang kata "Lahaiiii, dah boyak macam ni hilang semua seksi-meksi. Cantik lagi aku!"

Kau kurus orang kata "Badan tulang sana-sini. Kesian laki dia. Bayar hantaran doploh ribu dapat peluk tiang lampu je".

Ye..ye..ye..
Yang buruk semua orang.
Yang cantik semua kau.
Yang jahat semua orang.
Yang baik semua kau.
(Eh macam pantun pulak)

Tapi perasan tak, kita hanya dapat merasa dipandang cantik hanya apabila orang tu tak pakai mekap. Sedangkan bila kita dan dia sama-sama bermekap, orang tak notice pun kita. Padahal kita pun bermekap gak.

Kita hanya dapat dipandang slim hanya apabila orang tu dah jadi gemuk. Padahal dulu kita dan dia pun sama-sama kurus gak. Tapi takde orang notice kita.

So siapa yang lagi kesian kat sini?

Hahahaha.

(Aku la tu, bukan orang lain pun)

*sambil letak double cheese kat roti*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
posted by green apple @ 7:36 PM  
Newer›  ‹Older
Random and Quick
May 26, 2012
Entry kebizian melanda tapi nak update gak :


1. Untuk yang tanya pasal samasa Ephyra lulus KKM, aku akan letak surat KKM untuk produk Ephyra, insyallah Monday ni. Sepatutnya aku letak awal-awal lagi so that korang tak query, tapi seriesly aku bizi sangat dengan hal-hal company sendiri, asik lupa nak mintak founder emailkan aku surat KKM. Isnin nanti aku letak kat sidebar sebab now penat outstation ke utara pun tak abis lagi. Hari ni 3/4 waktu diisi dengan membuta.

2. Aku dah check email-email yang nak booking untuk shawl. Ada yang dapat, ada yang tak dapat. Kepada yang tak dapat email dari aku today, maknanya shawl yang korang mintak, dah habis. Yang dapat email tu bolehlah buat payment. Aku hold sampai hari Selasa je sebab Rabu aku nak pos semua serentak, ok?

3. Sorry, tak dapat menyerempakkan diri dengan mana-mana reader yang ajak jumpa selama aku kat Penang and Perlis. Sebab aku gi outstation kali ni bawak Mak Aji and Pak Aji sekali. Next time ye?

4. Laksa Kak Su Kuala Perlis masih terasa-rasa lagi kat tekak aku. Gila best. Mak Aji ngan Pak Aji sampai lechennn pinggan habis kuah dia hirup. Seb baik la aku kesiankan customer-customer yang tengah berdiri carik seat, kalau tak memang aku up lagi semangkuk.

5. Sempat masuk Langkawi. Sumpah aku takkan naik feri ke Langkawi dah!! Tapi tu la, naik katerbang pun aku takut, naik feri pun takut, tak tau la apa lagi kekdah untuk aku jejak Langkawi pasni.

6. Masuk Langkawi hanya 2 jam je semata-mata nak beli cokelat (Mak Aji la ni).

7. Aku masuk Langkawi dengan 2 aim - nak beli cokelat Ferrero Roche and minyak gamat. Tapi hasil tangkapan adelah satu dinner set Luminarc, 6 perfume, sebakul cokelat dan sebijik pan. Minyak gamat aku ntah ke mana. Dah sampai hotel baru teringat nak beli gamat. Begitulah sumpahan Langkawi.
Eh silap, bukan sumpahan Langkawi tapi sumpahan Haji Ismail.

8. Perlis hujan lebat selama aku kat sana. So boleh imagine tak camne keadaan feri tengah-tengah laut dalam keadaan hujan lebat??? Series kegelupuran tahap jurus kelapanblas!

9. Agen-agen cookies yang email aku tentang sample, yes, tunggu ye. Aku akan susun schedule and get back to you guys, insyallah. Don't worry, mana yang dah confirm tu aku dah masukkan dalam list. Aku cuma busy sikit dengan keje now.

10. Aku nak tido..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 9:27 PM  
Newer›  ‹Older
For raya
May 23, 2012

Esok sampai Jumaat aku takde, so kalau sesiapa yang email aku untuk book shawl-shawl kat bawah ni, seperti biasa aku akan save the shawl ikut urutan email. Aku akan cuba respon to all emails, tapi mungkin malam-malam sikit sebab siang rasanya tak sempat.

Ni shawl khas for raya.
Tapi sebelum beli shawl, ganti puasa dulu :)

Material : 100% silk
Pattern : Embroidery
Size : 160 x 60cm Price :

RM89/piece



























posted by green apple @ 12:40 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER