walk on wings, tread in air: 02/2012 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Konsep
February 29, 2012
Aku tak sure if aku harus riak sebegini rupa untuk membuktikan kata-kata aku kat status FB last week adelah benar. Puncanya adelah bila aku letak status kat FB :



Aku pun sebenarnya tak perasan lansung berat badan dah berkurang sebab En Wan sengaja taknak ganti bateri penimbang dalam bilik aku ni sebab dia menyampah tengok aku kejap-kejap nak timbang. Memang dulu masa penimbang tu bernyawa lagi, asik menimbang berat je keje aku. Jogging 10 minit, timbang. Sit ups 50 kali, timbang. Macam la efek dia jam-jam tu jugak kan. Tapi tak kisah la, janji timbang.

Bila bateri dah takde, aku pun dah stop timbang berat, rasanya tahun ni, minggu pertama je aku timbang berat. Pastu tak timbang-timbang dah.
 
 

Tau-tau last week aku terpandangkan jeans ni.
Jeans ni aku beli kat HK masa zaman berat badan aku 47-48kg dulu.
Lepas bersalin Rayyan, aku tak berani nak sentuh jeans ni, takut meroyan pulak bila tengok jeans ni sangkut sampai peha je. Jadi, aku peram.

Bila hari tu aku try pakai, walahweiiiiiiiiiiiiiiiiiii muat sialllllllllllllllll.
Disebabkan puak-puak yang menkomen kat status FB tu telah mencabar aku meng-up-kan gamba, jadi now aku upkan gamba.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

...up gamba seluar dulu. Kang korang kata aku snap size seluar lain, pakai seluar lain pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni je la gamba paling gagah pun aku leh tunjuk.
Harap-harap aci lah ye. Hahaha.
Takde la kurus mana pun.

Aku takde baju baby-T dah, semua aku humban ke tong. Jadi tak dapek dah nak tunjuk bukti pinggang I berlekuk. Auww!!
Yang ada cuma baju makcik-makcik macam ni. Jadi, hadap je la ye.
Redza kata 'Mama macam orang yang keje buat simen pakai baju kotak-kotak'. 
Dasarrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Bila aku letak status tu, berduyun PM tanya pasal jamu.
Tapi yang paling ramai tanya apa dah jadi dengan korset yang aku model-kan dulu.

Kalau nak tanya pasal korset tu, korset tu alhamdulillah, ada lagi dalam simpanan. Nape, nak ke?

Aku dah lama tak pakai korset tu.
Rasanya bulan 5 ni genap setahun kot aku tak pakai.
Tapi bukanlah bermakna korset tu tak berfungsi. Pada yang nak pakai, pakai je la.
Yang nak-kan option lebih murah, maybe boleh try Jamu Mak Dara Gold yang aku makan ni. RM49 je.

Tadi ada budak bagi aku link ke satu blog, ada blogger buat entry pasal that korset.
Aku pun baca sekali lalu je. Aku rasa ramai yang dah baca kot. Komen gila beratus.
Tapi ujung-ujung aku tak paham apa sebenarnya yang dorang kecohkan sebab tetiba banyak komen yang point kepada penjual korset A (bukan nama sebenar).

Aku dah naik rimas sana-sini orang dok menjaja cerita pasal korset yang satu ni.
Bukan aku bengang dengan si korset tu. Tapi aku rasa penat bila tengok masih ramai lagi yang tak faham konsep korset pastu nak merempan cakap korset ni tipu la apa la.

Korset tak pernah menipu.
Yang menipu mungkin tukang jual korset.
Ataupun kau yang tak paham apa itu korset.

Ladies and gentleman...
Ni akak nak bagitau lagi sekali (rasa dah banyak kali aku bagitau dalam blog ni).
Korset tu fungsi dia nak BANTU kau kuruskan badan je. Bukan kau pakai pastu tadaaaaaaaaaaaaaaa kurus. Korset tu alat bantuan sebab kau ni jenis yang kalau tak diBANTU konfem mentekedarah macam bela hantu raya.

Korang mesti perasan mana-mana agent yang jual korset ni akan pesan 'Korset ni kalau dah pakai, kita makan la apa je pun, tak kisah'.

Tetapi.......eh, mesti ada tapiiiiii...

'Pakai kena disiplin'
'Pakai mesti 8 jam'
'Kalau nak kesan yang lagi hebat kena ambik this..this..that...bla bla bla'. 
'Lagi berkesan kalau lepas pukul 7pm jangan makan'


Betul tak dorang cakap macam tu?
Betulllllllllllllllllll (aku jawabkan).

Kenapa dorang tanya pesan macam tu?
Sebab it is just a korset!
THIS IS NOT A MAGIC KORSET!
Bukan korset tu yang buat kau kurus.
Jangan kata korset, kau makan jamu sekalipun, susu pengurus badan ke, apa ke, kalau bangsa kejap makan kejap tak, boleh turun ke berat badan kau?

Kalau bukan korset tu yang buatkan kita kurus, then apa?

Jawapannya adelah DISIPLIN.
Sebab tu agent-agent ni pesan mesti ada disiplin kalau nak pakai. Pakai mesti mau hari-hari. Pakai mesti 8 jam.
Same goes to mana-mana pil diet ke, air diet ke, susu diet ke, mesti ada note something like "makan ikut peraturan, disusuli dengan senaman".

Semua yang kita buat kalau nak berjaya mesti ada disiplin.
Sebab tu ada pepatah "usaha tangga kejayaan". Disiplin tu adelah salah satu kaedah berusaha untuk kurus.
Tak kisah la kau pakai korset ke, makan jamu ke, jogging ke, apa ke, kalau kau takde disiplin, kejap buat kejap tak, kau takkan dapat apa yang kau nak.

Korset hanyalah alat BANTUAN untuk memudahkan kau kuruskan badan.
The saintifik elemen kat dalam tu (kalau benar bagai dikata) berfungsi untuk melancarkan peredaran darah hence meningkatkan metabolisma. Bila metabolisme kau tinggi, kau takde chance nak tambah berat badan.

Sebab tu ada agent yang kata, pakai korset ni tak perlu exercise dah.
Of cos tak payah exercise, sebab dah memang korset tu ada benda (katanya...) yang stimulate metabolisme.
Sebab tu jugak dia pesan kena ada disiplin. Pakai hari-hari.

Kalau kau jarang pakai, tak exercise pulak tu, mana nak naikkan metabolisme??
Konsep dia sama je kalau kau jogging hari-hari.
Cuba try tengok kau sebulan jogging hari-hari secara disiplin.
Jangan makan jamu, jangan minum air diet, jangan pakai korset.
Kerat jari kalau berat badan kau tak turun.

Deyyy, simple la beb!
Benda ni putar belit kot mana pun, ujung-ujung masuk konsep yang sama - disiplin.
Kau buat sit ups 100 kali sehari, cukup sebulan, mesti perut kau kempis.
Takyah beli apa menatang belly belly tu..??

So takyah tanya-tanya aku dah pasal mana lagi sesuai antara jamu, korset and air diet bla bla bla bla.
Nak pakai korset, pakai.
Nak makan jamu, makan.
Yang penting - DISIPLIN!

Clear??

Akan tetapiiiiii ada benda yang aku curious jugak pasal korset ni.
Sebab pembeli korset ni dinasihatkan untuk pilih saiz yang kecik sikit kalau kita nak kuruskan badan.
Kalau nak maintain berat badan, kita di-recommen-kan pakai saiz yang muat-muat.

Macam klaka pun ada.
Mula-mula kata ada elemen yang men-stimulate peredaran darah dan meningkatkan metabolisme, hence kau jadi kurus. Kalau betul bagai dikata ia ada elemen tu, then why kena pakai kecik dari saiz sepatutnya sampai nak sujud sengkak nafas macam nak terbuasir.

Pakai je la saiz yang sedap kat badan, and nampakkan curve pinggang tu lebih kurang.
Bukan ke nanti korset tu tetap akan bersentuhan dengan kulit and produce whatever yang melancarkan peredaran darah.

Atau adekah the elemen yang melancarkan peredaran darah ni sebenarnya memang tak wujud, maka kena jugak beli saiz yang kecik-kecik so that perut jadi kempis and takde ruang untuk makan banyak?

Hmmm..adekah apa yang aku cakap ni lojik?

Whatever lah, cuma aku rasa benda-benda like korset, jamu, ke menatang apa lagi ni semua konsep dia sama je. Pakai la mana-mana pun, kalau takde disiplin, tak jalan.


Pernah ada sorang budak ni (bukan reader) promote kat aku barang dia.
Dia cerita pasal produk tu ada la 20 minit je, dah la takde apa yang special pun bagi aku. Aku tanya soalan kona sikit dah gagap. Ujung-ujung cara dia explain tu nampak produk dia sama je dengan produk-produk lain, harga je tak sama.

Tapi, dia punya sembang pasal sistem sampai sejam.
Nampak sangat beza cara dia promote produk comparekan dengan the way dia bercerita pasal sistem dia yang 'at least sebulan dapat 4K' tu.

No, aku tak salahkan the sistem. Itu lantak kau la.
Tapi aku menyampah dengan orang yang macam ni.
Dia sebenarnya bukan nak sangat jual produk tapi lebih aim kepada carik downline.


Benda macam ni buatkan aku dan ramai lagi yang terkilan sikit dengan MLM-ers.

Sebab hala tuju tu macam dah menyimpang.
Atau maybe tujuan asal sememangnya begitu.
Mula-mula macam jual produk tapi ujung-ujung semua akhirnya jual sistem.

Produk cuma nak cukupkan syarat.



Contohnya macam email kat atas ni la...
Padahal dia jual acai berry, tapi dia suruh kita baca sendiri kat web.
Yang dia dok berdegar-degar cakap pasal sistem.
Dey, kau nak jual apa sebenarnya ni??
Nak jual auta?

Pftttt.
posted by aveo757 @ 6:30 PM  
Newer›  ‹Older
Thanks!!
Shawl gradient silk yang tersangkut punyala lama tu hari dah sampai semalam.
Aku pulak saje bawak extra.
Budak-budak yang dah book shawl tu hari tetiba ramai pulak yang nak tambah kaler lain.

Hajat hati tu aku nak offer kat korang-korang kot ada yang nak beli jugak.
Jadiknyaaa, now ni kepada sape yang nak beli, sila la email aku cepat-cepat sebab stok yang ada now cuma AR01 (1 pc), AR05 (2 pcs) and 2pcs lagi shawl baru kat bawah ni :




Shawl yang aku advertise semalam (2 color) tu dah tinggal 5 helai je lagi out of 20pcs.
Kalau ada yang nak, email aku before 2pm sebab kalau boleh aku nak clearkan semua hari ni. Dah macam nak terbalik rumah aku bersusun-susun shawl segala.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I am wearing AR04.

Stok lebih ada 4 helai, tapi semua dah gone budak-budak yang beli shawl nak beli jugak kaler ni bila aku kata ada stok lebih. Kalau ada yang teringin nak yang ni, beli la aku punya ni. Hehe.
posted by aveo757 @ 9:54 AM  
Newer›  ‹Older
New
February 28, 2012
Sementara aku dok menyemak delivery untuk shawl gradient yang tu hari, sila cuci mata untuk shawl baru yang ada dalam simpanan. Boleh di-deliver bila-bila masa. Just drop me an email and aku akan instruct which akaun to pay.

aveo757@yahoo.com


Material : 100% polyester
Size  : 180 x 45cm
Design : Lace
Price : RM75





SOLD OUT



SOLD OUT



available 1pc



SOLD OUT



Of cos aku dah cop satu set :)
posted by aveo757 @ 4:44 PM  
Newer›  ‹Older
Info
IKLAN 1




IKLAN 2


**brochure takleh paste, so korang plis email dia.




IKLAN 3





IKLAN 4




IKLAN 5




IKLAN 6

(Pulau Perhentian)






IKLAN 8



posted by aveo757 @ 10:23 AM  
Newer›  ‹Older
Kisahnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau nak tau apa kisahnya perempuan yang melalak kat video tu...tungguuuuuuuuuuuu.
posted by aveo757 @ 9:29 AM  
Newer›  ‹Older
Pizza keras
February 27, 2012
Last week aku ngidam Pizza Hut.
Mengidam taknak makan kat rumah, nak makan kat restoran jugak.
So, Sabtu lepas kitorang pekena Pizza Hut kat Giant Puchong.
Aku memang dah selalu sangat terkena dengan Pizza Hut kat Giant Puchong ni. Lembab nak mampos. Tapi sebab malam tu aku nak kejarkan cerita kawen Yusry-Lisa, so kitorang makan kat dekat-dekat je. Ingatkan boleh la balik awal. Dari lepas Maghrib kitorang keluar, pukul 10pm jugak sampai rumah. Padahal Puchong je pun.

 
Budak dah 3 minggu dapat kaki. Asal celik mata terus jalan tak benti-benti.


Masa kitorang masuk Pizza Hut tu, nampak kat ruang restoran cuma ada 4 orang. Kitchen wallahualam la kan. Yang ambik order meja aku pun budak cashier. Aku tengok takde la ramai sangat orang kat dalam tu sebab maybe masa tu awal lagi, tapi atas meja dorang cuma ada air je, pizza takde. Aku dah sound En Wan 'Ni lambat nampaknya, bang. Shah Alam jom?'.

Tapi En Wan kata malas la pulak nak ke Shah Alam sebab siang tu dia dah sehari suntuk kat Shah Alam (opis). Ok la, kitorang tunggu je kat restoran tu.

Tunggu air je dah 20 minit.
Air coke je pun. Tak tau la aku kalau dia bancuh coke sendiri.

Pastu lagi 15 minit sampai garlic bread.

Lagi 40 minit baru sampai pizza!!!


Dah la pizza lambat kan, pastu bila sampai ko tengok pizza dia apa rupa.
Kat dalam gamba ni susah nak tunjuk, tapi meh aku cerita yang pizza dia SEJUK!!!
Selama ni kalau pizza sampai mesti kau nampak minyak-minyak and cheese aats pizza tu bergenang-genang kan? Ini tak!
Toksah kata nak tengok cheese bergenang, aku potong pizza tu pun takde cheese yang meleleh.
Aku ni ye ye je la ingat pizza tu panas, bila nampak cheese tu kejung, aku pegang plate tu siappalis gila sejuk!
I mean bukan la sejuk macam keluar dari petisejuk tu, tapi tak panas lansung!
Takde ciri-ciri baru masak.

Kot ye pun kau hidang kat aku pizza kelmarin, panaskan la sikit.
Ini kejung kering macam tu, tercekik aku nak telan.



Penyudahnya gini.
Tak habis pun. Aku punya lagi la, sekeping pun tak habis.
Terus aku mintak budak bungkus-bungkus and balik.
Rasa sakit hati gila!!
Dah la lembab, bila sampai, tak seperti yang kita harapkan.

Kang aku amukan kang, tak pasal jadi macam kes KFC tu.

Masa aku mintak adik tu bungkuskan aku tanya 'Staff takde ke?'

'Takde orang kak, kat kitchen pun 2 orang je'

'So ni pizza bila ni? Sejuk je bila sampai. Ye ye je tukang hantar pakai glove pegang plate ni, tapi plate sejuk.'

'Sorry ye kak'

Tu je dia cakap.
Sikit tak menjawab soalan.
Tapi sebab kau cakap SORRY, so aku diam je la.
Malas nak tanya-tanya dah.



Masa nak bayar lagi la.
Ada satu chinese tu sampai pegi kat cashier untuk order sebab dia kata dah 20 minit dia tunggu kat meja, sorang pun tak datang ambik order.
Kesian memang kesian la kat staff-staff Pizza Hut tapi bukan pertama kali dah jadi kat Pizza Hut Puchong ni. Dah selalu sangat lembab.
Cuma kelmarin super lembab.
And first time aku dapat pizza kejung.

Pastu yang best tu masa aku nak bayar, ada sorang budak Pizza Hut datang kat cashier (cashier tu pakai tag manager) tanya 'Kak, Pizza Hut regular dah habis kan?'

Konfius kejap.

Dorang selama ni buat pizza pakai readymade dough ke?
Bukan gentel dough sendiri??
Kalau dorang gentel sendiri, then mana datang soalan 'Pizza regular dah habis kan?'



Ok off topik jap.

En Wan kata aku kalau ambik gamba mesti mata aku terbeliak.
Padahal mata dia yang kecik, nak salahkan mata aku pulak.
Kalau korang tengok gamba kat atas ni memang nampak macam aku sengaja beliakkan mata and angkat kening, kan?

Padahal tak.




Kalau aku letak gamba sorang, tanpa En Wan, mesti akan nampak mata aku macam biasa-biasa.
Tak terjojol pun.
Kening pun tak terangkat.

So En Wan, hentikan lah menfitnah aku.
Blaja-blaja pasrah dapat mata sepet.
posted by aveo757 @ 11:57 AM  
Newer›  ‹Older
Sosej, Follower dan Sakit Otak
February 25, 2012
Email 1
From: Rosniza Rawi
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Wednesday, January 11, 2012 4:27 PM
Subject: ask..

salam. kak D..

saya suka baca blog kak D.. mmg best..
nk tanya,..
produk yang kak D pernah cter dulu yang ada unsur Bxxx tu produk RAMLY ker.. sebab kat opis ni duk riuh stori mori pasal RAMLY ni..
hepi ber-rehat kak D
tq.



Email 2
From: iNDA Ha <***8@yahoo.com>
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, February 9, 2012 12:44 AM
Subject: ujian sampel dna


Salam kak di,
sy ada bc byk gak entry akak yg sblm2 ni. Ekceli sy x brape sure apa bidang akak, cume main agak2 yg lebih kurang biokimia la gitu which ada kaitan ngan teknologi makanan, sebab akak slalu sebut pasal tester dna.
Kalu betul, soalan sy, macammane tester dna tu tu digunakan utk menentukan halal or x sesuatu benda or makanan tu. Sy x penah tgk n tau apa bentuknya. Bukan pe, sy cume corious sbb sblm ni sy ada mkn beberapa spplment kapsul yg ada tanda halal, tp hubby sy kata x byk kilang yg buat kapsul pakai gel yg halal sbb mende ni masih mahal d pasaran bbanding yg x halal.
Jadi, tester akak tu bleh test ke? Ada jual x kt mane2 x? Brape harga agak2 yek?
Harap2 akak sudi le jawap. Kalu akak nk publish kt entry akak, blenko2 le nama sy tu, maklumla, x biasa publisiti. Huhu. Tp rs cam x sesuai je publish sbb cam soalan tu cam mempertikai pihak ttentu plak pdhal yg sebetulnya sy nk tau ada ke altenatip utk pguna biasa cek sndr apa yg nk masuk perut ni.
Tq akak yek.
Main serbu je sy ni.


Email 3
From: zahnan wahieyah <******@gmail.com>
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, February 16, 2012 5:16 PM
Subject: Sosej

Assalamualaikum kak D,


Saya nak tanya akak berkenaan entry akak pasal sosej yg ada trace DNA babi tu.. Akak dah buat test tu? Boleh reveal x brand apa? Saya sampai sekarang takut nak makan sosej tp anak2 saya ni x boleh hidup tanpa sosej.takut jugak sebagai ibu bg anak2 makan benda tak halal wpun kat plastik tu ada cop halal jakim..

Itu je. terima kasih..

Zwahieyah.


Sorry la readers, aku lambat buat posting pasal isu halal ni.
Actually, company aku dah buat, collaboration dengan MINT (Nuklear Malaysia) and also INNOBIO. Sebab kalau company aku je yang syok sendiri buat sorang-sorang susah orang nak percaya, at least bila buat dengan government agency ni strong sikit result dia.

Akan tetapiiiiii, result-result ni semua PnC.
Bukan boleh sebarang-sebarang publish kat blog/FB.
Sebab tu aku hanya boleh run the test tapi official report and announcement biar authority yang jawab. Apa-apa pun berkenaan dengan isu halal for that particular brand yang orang dok kecoh-kecoh tu aku cuma boleh cakap from the test, ia HALAL dimakan. TPM Biotech pun dah buat this test (ada orang tad kat aku the result), and it is confirmed no porcine detected. Jadi, jangan ada was-was, makan aje la. Aku pun baru je beli daging cincang brand tu semalam. Kita dah ikhtiar, selebihnya tu tawakkal aje la.

Regarding test kit, company aku belum lagi produce test kit, masih dalam testing-testing. Tapi, kalau run test sample makanan atau raw meat, itu boleh dihantar ke company aku, yang tu memang biasa buat. Benda-benda melibatkan halal ni, kalau terlampau sangat was-was pun benda yang sah-sah halal pun boleh jadi haram dimakan. Sebab halal issue ni bukan setakat ingredients saje, procedure pun boleh jadi haram kalau tak betul caranya. Jadi, kita ambik mana yang sesuai untuk kita. Kalau dah kat makanan tu ada cop HALAL, kita ambik. Janganlah was-was bila nampak logo HALAL 'Ye ke halal????'. Kalau semua benda kita nak was-was yang berlebihan susah jugak. Lain la kalau makanan tu takde logo HALAL lansung, yang tu boleh la kot nak was-was.

Just like kau sakit pi jumpa dokter pakar tapi apa dokter tu buat ko cakap salah.
Betul, dokter tu mungkin ada kesilapan tapi kita pun kena percaya dengan kepakaran dia. Dia tau apa yang dia buat. Same goes to JAKIM. Kita kena percaya yang orang Islam sangat sensitif dengan issue halal haram. That explains why JAKIM tu wujud. Kat dalam tu pun orang Islam. Dia pun tau benda-benda ni sangat sensitif so dia tau keje dia.

Aku tak nafikan dulu aku dapat positive procine dalam sample that brand, tapi now kita run test untuk batch terkini and it gives negative result. Jadi, gunapakai la keputusan terkini.


Email 4
From: Yanie Amira
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Sunday, January 15, 2012 9:28 PM
Subject: salam..

salam..

kak Di, sy ni 1 of readers kak Di..tp sy ni kira br lah join blog kak Di..dlm ujung thn lps cm tu la..
sy nk tny cemane nak follow blog akak tu ea?
carik2 gak link 'follow' cm blog2 len slalu ade tu, tp blog kak Di tak de pun?
gigih lah sy duk type url blog akak tiap2 hari sbb nak baca entry akak..hehehe
harap kak Di sudi jawab e-mail sy ni..salam.. :)


Ok yang ni dulu pu ada reader tanya camana nak follow blog aku.
Sumpah aku memang tak tau camana nak ajar.
Aku pun tak tau butang mana budak-budak ni klik sampai blog ni, tau-tau aku nampak ada followers. Kalau ada sesape boleh explain kat aku (send email), aku akan letak tutorial tu kat sini.



Email 5
From: Humaira Khalid <*******@yahoo.com>
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Sunday, January 15, 2012 10:28 AM
Subject: tension

Slm kak di,

saya nk minta nasihat kak di ttg komen2 kt blog.
saya ada blog (*****.blogspot.com) tp x la glmour mcm blog kak di :).
mcm ni, ada bbrpa kali saya dpt komen2 dr anonymous.
saya tk tau apa slh saya. saya x tau klu saya pnh sakitkan hati sape2.
tp saya rasa mungkin ada yg sakit ati sbb saya suka ltk gamba sy and brg2 yg saya beli. Tp tu brg2 biasa je. Tkkan tu pun sakit ati. Saya mcm rsa nk stop blogging. Belum pun setaun blogging tp dh ada org sakit ati. Saya tgk kak di mcm2 kena tp cool je. Mcamana kak di buat?
Hrp kak di bls.


Selalu sangat aku dapat email mintak petua ni. Hahaha.
Nampau nau korang pun perasan blog aku ni selalu jadi bahan orang nak merempan.
Sebenarnya korang ada 2 option.
Satu, balas balik.
Dua, buat dek.

Yang bestnya kalau balas balik ni, pertamaya, korang ada bahan nak update blog.
Kedua, korang boleh jadikan anonymous tu penyebab untuk korang hilangkan stress pada issue yang lain. Sometimes kita stress dengan keje kan. Tetiba ada komen cilaka masuk. Kan ke best tu boleh jadikan bahan nak hilangkan tensi?

Kalu korang pilih untuk buat dek lagiiiiiiiiiiiiiiii best. Sebab yang akan sakit hati pun tetap dorang gak.

Benda macam ni sebenarnya kalau kau gali betul-betul, korang akan rasa takde hal la anony tu nak buat apa pun.

Kalau dapat 1-2 komen cilaka, mungkin orang tu benci dengan kau.
Tapi kalau kau dapat beberapa komen cilaka, siap ada yang buat entry khas kat blog dia untuk memaki kau, tu maknanya dia bukan benci. Dia suka kat kau.

Benda ni boleh pikir lojik.


Ada ke orang yang benci kat kau tapi gamak nak hadap blog kau hari-hari, siap menyamar jadi member kat FB segala? Seriesly kau benci??? Biar benarrrrrrrrrrr. Kalau aku, takde keje. Dah aku tak suka, jadahnya aku nak ambik tau pasal kau kan.
Orang macam ni sebenarnya dia suka kat kau. Dia nak jadi macam kau tapi tak dapat.
Sebab tu dia selalu stalk kau. Segala komen-komen and entry-entry khas untuk kau tu sebenarnya dia create untuk meyakinkan diri dia sendiri bahawa dia pun best macam kau cuma apesal orang tak notis ni alahaiiiiii. Camtu la lebih kurang.

Apa-apa pun buat dek je la.
Kita ni selagi bernama manusia, memang takde de nak satisfied dengan kelebihan orang lain. Jangan nak tipu la kita suka tengok kelebihan orang lain. Kita takkan suka. Apa yang kita boleh buat adelah samada kita berusaha jadikan diri kita lebih baik dari keadaan kita sekarang supaya kita boleh create happiness untuk dri sendiri. Lagi satu, ko boleh pilih untuk jadi sebahagian dari anony-anony tu - LOSER. 


Orang yang hidupnya full of hatred ni sebenarnya dia tak puas hati dengan diri sendiri. Bukan dia tak puas hati orang lain. Disebabkan dia tension dengan diri sendiri jadi dia kondem orang lain. Just like kau tension baju kau buruk, pastu kau kondem baju orang lain sendat la, tak sesuai dengan dia la, kaler cam Jawa la, bla bla bla. Padahal kau bengang ngan baju kau. Orang kalau dia percaya diri dia best, dia takkan sakit hati dengan orang lain. Ada tak dikalangan kita yang sakit hati dengan orang daif contohnya? Ada?
Takde kan?
Kita tak sakit hati dengan dorang sebab kita tau kita lebih beruntung.
Bila kita takde rasa sakit hati, jadi kita lebih terdorong untuk buat baik dengan dorang.

Amenda la orang-orang macam ni. Masing-masing kan ada kelebihan diri. Tapi still suka kat kelebihan yang ada kat orang lain. Apa yang ada kat orang lain tu sebenarnya anugerah. Kau tak sepatutnya pertikaikan anugerah yang ada pada orang lain. Anugerah orang tu mungkin takde kat kau, tapi kau boleh gunakan anugerah lain yang Allah bagi pada kau untuk kau jadikan kelebihan.

Yang membuatkan diri kita istimewa dari orang lain sebenarnya adelah diri kita sendiri, bukan orang lain. Bukan jugak disebabkan followers, peminat, bla bla bla. Semuanya berpunca dari kita.
Kalau kita ok, of cos orang suka.
Kalau kita tak ok, gila apa ada orang nak suka??
So, segala-galanya berpunca dari kita. Kita sendiri boleh tentukan kita nak duduk kat belah mana. Tak payah susah-susah nak jatuhkan orang.
Sometimes heran jugak aku ada orang yang gigih kondem orang lain tapi lupa nak gigih betulkan diri sendiri. Kesian.

posted by aveo757 @ 1:01 PM  
Newer›  ‹Older
Tazkirah
February 24, 2012
Semalam lagi sekali aku mimpi, the same mimpi aku dapat yang telah mengubah penampilan aku, almost a year ago. So pagi-pagi ni aku BBM orang yang selalu jadi tempat aku rujuk apa-apa yang aku tak sure (pasal hukum hakam agama, etc).

Ni aku share la kat korang, tapi tak semua la.

Maybe semua orang dah tau, cuma kita sama-sama ingatkan diri masing-masing.









Wallahualam.
posted by aveo757 @ 11:09 AM  
Newer›  ‹Older
GUT
February 22, 2012
Ini adelah advertorial. Entry the latest ada kat bawah.


Sape sini bagi anak-anak dia minum FRISO?
Aku rasa ramai kot, sebab masa aku buat entry Miracle of Love Womb Scan tu ramai yang bagi feedback. Masa aku dapat susu free from Friso dulu (maternal), aku dah pun bersalin, so aku bagi kat member yang tengah pregnant. Dia kata lepas minum sekali, terus dia continue dengan Friso.
Ok, kali ni Friso ada buat lagi promotion and event untuk parents and kids.
Nama event ni GROWING UP TOGETHER DAYS (GUT).

Friso wujudkan GUT untuk guide kita-kita yang bergelar emak ni,  especially kepada first time mother. GUT ni adelah satu konsep membesarkan anak-anak melalui pengalaman yang sangat menyeronokkan. Ibu-ibu zaman skarang ni kebanyakkannya bekerja 9-5, jadi masa anak-anak tu lebih banyak dengan orang lain. Mungkin dengan bibik (Kes aku la ni), dengan pengasuh kat nursery or dengan nenek. Anak aku kalau letak seminggu dengan atuk ngan nenek dia konfem tak jadi orang pastu. Sebab atuk ngan nenek dia semuanya boleh. Budak tu dari pagi sampai ke petang tak mandi pun orait je.

Selain dari tu, zaman skarang ni semua mak bapak lebih concernkan hal akademik. Kids nowadays dah tak macam kids dulu-dulu. Dulu kita nak UPSR baru hantar tution. Skarang aku tengok Darjah 3 dah ada kelas tambahan. Like…erkkk, seriesly???
Tapi takleh nak salahkan makbapak jugak. Maybe kehendak persekitaran yang buatkan kita terlepas pandang hal-hal yang lain. Sometimes kita lupa buku bukan satu-satunya sumber ilmu, pengalaman juga adelah ilmu. Sebab aku tengok, kebanyakkan street smart lagi bagus dari book smart.
Contoh book smart adelah En Wan.
Kau tanyalah apa aje benda yang melibatkan buku-buku stok-stok subjek yang kita blaja time skolah dulu. Tanya dia pasal semua isu yang ada dalam paper. Semua tau.

Cuba kau suruh dia set up personal email.
Mesti dia nak carik manual.
Hahahahah.

Sebab dia memang jenis buku punya orang.
Dia jenis perfectionist.
Tak suka salah.
Jadi sebelum salah, dia kena study dulu.

Macam aku ehem..ehem..aku la yang smart lagi satu tu.
Wakakkakaka.
Aku takde hal kalau salah. Aku main belasah aje.
At least aku tau oooo tu salah, pasni jangan bagi salah lagi.

So berbalik pada GUT tadi, keyword kat sini adelah PENGALAMAN. Membesarkan anak-anak dengan beri mereka pendedahan kepada persekitaran adelah cara yang sangat berkesan. That’s why there’s a quote : Experience is your best teacher.
Lagi bagus kalau anak-anak tu melalui proses mengenal dunia ni dengan kita. Maknanya kita secara lansung terlibat dengan apa yang dorang lalui tu.

Akan tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, anak-anak ni takkan dapat lalui proses tumbesaran yang menyeronokkan kalau omak-omak eh sendiri adelah seorang yang membosankan. So, apa yang Friso lihat dalam event GUT ni bukan sahaja memberi satu keseronokkan kepada anak-anak tapi juga membentuk ibu-ibu menjadi guru yang paling ideal untuk anak-anak kita.

Ibu yang ideal adelah ibu yang progressive, yang bukan sahaja tau apa yang terbaik untuk anak-anak tapi sentiasa berusaha untuk mencari dan memberi segala yang terbaik.

MODERN/PROGRESSIVE MUM ini adelah ibu-ibu yang enjoy berbuat sesuatu yang kebanyakkan kita TAKNAK buat like ……



…main cat



…menjejeh-jejeh makan eskrim



…main pasir



…main lopak air. Yeayyyy!!!!


Ok. Pitam.



Tapi sebenarnya pengalaman macam ni la yang menyeronokkan and menyebabkan anak-anak tu lebih matang. Bak kata omputih “Let kids be kids”.

Dalam pada dorang “bermain” tu, ibu-ibu bukan saje perhatikan tapi sambil-sambil tu bagi dorang tau yang lepas main pasir, tangan kaki kena cuci bersih-bersih kalau tak nanti ada kuman. Lepas main hujan kena terus mandi nanti demam, nak main masak-masak dengan pinggan mangkuk silakan, tapi lepas tu meh kita main simpan-simpan pulak, etc. Tapi jangan pulak kau main pinggan mangkuk rumah orang, memang siap la.

Tak ramai yang masa mengecat rumah ajak anak sekali join. Most of us akan suruh anak pi main jauh-jauh, betul tak? Tapi, ibu yang progressive/modern akan gunakan peluang ini untuk mendedahkan anak-anak kepada ilmu yang mungkin tak semua orang belajar di sekolah.

Aku dulu contohnya, time tunggu result SRP, cikgu-cikgu suruh buat mural. Masa tu aku tengok some of kawan-kawan aku especially perempuan pegang berus cat macam pegang pensil kaler. Nasib baik sedari Darjah 2 aku dah join Pak Aji cat dinding. Masa tu memang seronok betul dapat buat keje orang besar-besar. Masa aku umur 8 tahun (Darjah 2), aku skolah petang. So siang memang aku sorang je kat rumah. Time bulan puasa, Pak Aji rilek je belikan cat, pesan kat aku siang sebelum pi skolah cat kan gate. 8 tahun okkkkkkk! Skarang ni kita pulak susah nak bagi anak kita pegang cat-cat apetah lagi bagi tanggungjawab mengecat rumah. Oh noooooooooooo!!

Tapi bila pikir-pikir balik, sebenarnya itulah ilmu yang paling baik – pengalaman.
So, apa salahnya kita start buat semua benda dengan anak-anak kita, from now!
Tapi buat sesuatu yang anak-anak kita suka.
Budak-budak ni suka buat something yang ada elemen-elemen fun dan adventure.
Contohnya kalau korang keluarkan tools like spanar, hammer segala, mesti dorang sibuk nak tolong kan? So, from now on, kita cuci kereta sama-sama, siram pokok bunga sama-sama, cat rumah sama-sama, basuh longkang time hari hujan adelah best juga, kan?

So, apekah ciri-ciri modern/progressive mum ni?

Cuba tengok korang ada tak ciri-ciri ni :

Who She is
·         A Leader (Early Adopter)
·         Confident (makes her own choices)
·         Modern
·         Balances Career - Family
·         Progressive
·         Sense of Individuality
·         Authentic
·         Honest

 She is NOT
·         A follower
·         Dependent
·         Traditional
·         Conservative
·         Sacrificing all for Family
·         Fake / Contrived
·         Overpromising
·         Authoritative

Amacam, ada?

Ada ke, takde ke, jom join GUT.
Untuk info lebih lanjut korang boleh ke sini :


Oh yes, Friso GUT Days Event will be launced besar-besaran menggunakan platform TALKING NEWSPAPER. Ini adelah kolaborasi dengan New Straits Times.




Standby tarikh-tarikh ni :

• Week 1 : 22 – 26 February : 1 Utama, Klang Valley
• Week 2 : 9 – 11 March : Sunway Pyramid, Klang Valley
• Week 3 : 13 – 18 March : Aeon Bukit Indah, Johor Bahru
• Week 4 : 5 – 8 April : Queensbay Mall, Penang

Friso akan conduct GUT Activation Days kat venue-venue dia atas ni.

Di situ, Friso akan sediakan platform untuk ibu-ibu and anak-anak explore new and exciting things together.
Apa yang happening-nya kat GUT Activation Days :

Interactive Tunnel – Jump into our virtual world! Mums and Dads are supposed to team up with their little ones to play the interactive games projected to the walls and floor of the tunnel.

Craft Stations - Parents and children are able to get their hands dirty at the craft stations where they can customize their very own T-shirts, badges and hanging mobiles or create their own toys whilst having fun together.

Free Gifts – Bring the tin foil or barcode from one of Friso Gold 3 or Friso Gold 4 pack to redeem a little gift for your little one.


So, apalagi? Jom!
posted by aveo757 @ 9:54 AM  
Newer›  ‹Older
Parit Jawa
Siapa dah tengok cerita Parit Jawa kat Astro Box Office?
Ok ni ada link kepada full movie Parit Jawa.
Kalau korang Jawa, mesti korang suka tengok cerita ni, silakan lah tengok :





Bila aku layan cerita ni aku rasa rindu pulak dengan nenek Muar aku (mak Pak Aji).
Cara nenek aku kalau bercakap memang sebijik macam Ruminah Sidek ni.
Tapi memang melalui pemerhatian aku, orang-orang Jawa ni (kalau kat kampung Pak Aji) memang semuanya bercakap rupa gitu. Lembut, bermadah, tak reti amukan, sopan.

Pak Aji ngan adik-beradik dia kalau bercakap dengan mak diorang (nenek aku) memang tertib. Takde la rupa aku bercakap dengan mak aku kan. Aku ni Jawa yang dah tak berapa nak pure Jawa-nya. Tapi ada la. Bak kata Pak Aji, aku ni JALING - Jawa and Keling (no offense). Sebab nenek aku belah Mak Aji (yang kat Singapore) tu pernah bagitau aku bapak dia (moyang aku) memang pure from Bombay. Tapi jenis India yang kulit putih merah. Aku ni hitam turun dari mana pun tak tau la. Samada hitam ni dapat dari gen moyang aku yang resesif atau dapat dari keturunan Pak Aji yang memang dominan hitamnya.

Tapi dalam adik-beradik, bak kata Ima and Ibal, memang aku la yang paling terserlah ke-jawaan-nya.
Sebab kalau aku bercakap dorang kata sleng Jawa aku tu tebal sikit dari dorang.
Ceh pirahhhhhh.

Tapi dari dulu sampai skarang, kalau aku adik-beradik tak bagitau aku ada darah Jawa, mesti orang tak sangka kitorang Jawa sebab kebanyakkan orang yang kenal kitorang semua kata kitorang macam anak India. Sebab Jawa ni trademark dia putih and mata dia macam kecik sikit (selalunya macam sepet).
Aku memang takde elemen-elemen tu. Tapi aku tetap bangga aku ada darah Jawa walaupun persepsi orang terhadap orang Jawa ni selalunya tak best. Jawa ni kononnya macam darat-darat sikit.

Kalau kau pakai tudung kuning, baju biru, seluar merah, mesti orang akan cakap 'Apesal kau pakai macam ni? Macam Jawa'.

Tapi itu duluuuuu.
Skarang pesen Jawa tu la yang jadi trend.
Now kalau korang pakai macam tu takde dah orang nak kata kau Jawa.
Color block katanya!!

Kalau masuk rumah orang Jawa mesti ko perasan rumah dorang gila kalerful.
Sofa purple, langsir shocking pink, karpet kuning.
Memang nampak macam darat tapi tu la sebenarnya the beauty of being Jawa.

Tapi elemen yang palinggggggggg jelas jika kau seorang Jawa adelah the way kau berkomunikasi.

Orang Jawa ni dia punya tolak-ansur memang superb. Dia kira boleh dibawak runding. Kalau dia jumpa ko 1-2 kali, kali ketiga dia jumpa ko, dia dah ngaku ko sedara dia. Be it kau susah or senang, dia akan tetap mengaku kau sedara (at least dalam klorga Pak Aji, ini yang aku nampak). Sebab tu kalau beraya kat kampung Pak Aji, seluruh Kampung Sarang Buaya tu dah jatuh wajib kitorang redah beraya. Sampai stress la aku adik-beradik nak kena beraya satu kampung. Ada la kot 20 buah rumah. Semuanya sedara. Tu cuma sedara dekat. Kalau bangsa bau-bau bacang ni ada la kot 40 buah rumah lagi. Tak larat ok kejap-kejap nak berenti beraya. The first 4 house tu larat la kau nak makan. Rumah-rumah yang kendian pastu semuanya jadi port kau tumpang jamban.

Lagi satu, aku tak pernah nampak orang Jawa bertekak bertempik bergaduh.
Adik-beradik Pak Aji kalau ada dispute, ko takkan notice ada perselisihan faham. Sebab tu aku kata Jawa ni tertib sikit. Cakap pun berlapik.

Just like lakonan Eman Manan kat filem ni.
Pak Aji kalau bercakap dengan mak dia, memang rupa tu lah.
Orang Jawa ni kalau nak bercakap dengan mak, dia duduk bawah. Kalaupun Pak Aji duduk atas kerusi, and kebetulan nenek pun duduk kat kerusi, time dia nak bercakap mesti Pak Aji rendahkan badan dia.
Kalau aku, blasahhhhhhhhhhhhhh.
Kadang-kadang bapak aku dok atas kerusi, aku telentang depan tv. Jadik je nak bersembang pun.

Lagi satu yang aku perati, orang Jawa ni susah nak tinggikan suara dengan makbapak.
Bukanlah maksudnya menengking.
Contoh kalau aku kat hall, tetiba ada call masuk untuk Mak Aji, aku jerit je "Maaaaaa. Ooooooo Maaaaaaa. Call niiii".

Kalau Pak Aji, memang tertib.
Ada call untuk nenek aku, dia carik atas bawah, dah jumpa nenek aku nanti, pergi dekat-dekat cakap 'Mak, Ngah telipon'.
Kalau aku la takde kejeeeeeeeeeeeee.

Tapi aku rasa elemen Jawa yang aku notice pada diri aku adelah - lurus.


rom: Nur Azrina Asmawi <*******@gmail.com>
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Friday, February 17, 2012 4:30 PM
Subject: Terima Kasih Kak Di..

Salam..

yg hat entry kak di tgh mlm smlm pasal silent reader tu buat sy trpanggil utk mensemakkan inbox email kak Di ni..since dah xleh nak direct komen kan..huu, ke laptop sy ni ada problem...
Mmg niat murni kak Di tu nak tolong, tp kekdg manusia ni biasa la, bisnes nye pasal, sggup tipu.
sama jugak dgn ahkak saiko yg tipu kain2 kak Di hrtu.. apa yg sy kenal kak Di kat alam maya ni (aicehh..ayat..) kak Di ni mmg suka tlg org, and kekdg agak lurus.. sy bukan nk judge org, tp ni dr apa yg sy baca dr penulisan kak Di..sbb kita xkan kenal diri kita sepenuhnya sbb kekdg org sekeliling akan lebih kenal diri kita (or memandai berlebih2 pun ada) dr kaca mate diorg..masing2 ada perspektif masing2, ye tak? So, bagi sy, kak D byk mmbantu org wlopun org kate memcm kat kak Di..tp xpe, jenuh da mak Aji train kak Di menjadi sekentallll ini..hehe..pe2 pun, kak Di jgn stop blogging sbb kami mmg perlukan bahan bacaan (matikla buku ilmiah xnak bace..haha) mcm blog kak Di ni.. Santai...rilex,,.& lawak tu yg penting..mmg kak Di takde niat nk buat lawak, tp kekdg penulisan kak Di yg lawak tu mcm real kak Di ada dpn mata potpetpotpet ttg pe yg jd kat kak Di..
Alamak..dah terbabas dr subjek lak..asal nk say thanks sbb akak publishkan menatang berbulus (a.k.a kitten) yg sy sent kat kak Di hrtu..hehe..biasa la, manusia mmg suka membabaskan dirinya..eh.
TERIMA KASIH kak Di.. Jasamu kukenang...

P/S:kak Di, boleh x kak Di buat mcm sevinier (E.g sticker yg tmpal kat cermin keta tu etc.) atas brand "green apple"? Alaaa... Mcm ada ManU tu, or mcm apa lg,..oh Herbalife ke..Ganu kiteee tu ke.. Tau kan?haaaa.. Kalo kak Di buat, kami berdoyon2 sudi nk membeli.. Support kak Di la!



Bukan reader ni saje yang notice aku lurus. Even En Wan sendiri kata aku bendul.
Dia selalu cakap aku ni jenis percaya je cakap orang.
Kalau orang tu bagitau aku dia ada masalah camni...camni..aku jenis takde nak selidik sangat. 
Dulu aku penah kena tipu ngan 'member'. Pinjam duit aku ratus-ratus pastu hilang meruyup mana ntah. Ujung-ujung aku dapat trace dia, oh rupanya duit tu buat pi honeymoon. Tak kisah la kalau kau nak pi bercuti, tapi dia cakap kat aku tujuan pinjam duit tu lain, untuk emergency konon. Alih-alih lain pulak perginya. And aku pun satu, bangang. Main bagi je. 

Aku pun tak tau kenapa.
Bukan aku tak pernah kena tipu. Pernah gak.
Tapi tak tau apesal aku payah sikit nak ada rasa prasangka kat orang selagi aku belum terkena. 
Sebab tu aku selalu terkena. Hahahaha.
Bila dah terkena baru lah aku "Ohhh...".

Macam kes budak yang asik mengutuk aku kat blog tu kan.
Nak dijadikan cerita baru-baru ni aku bersihkan folder email.
Sekali aku terjumpa email dari dia.
Aku tak pernah teringat rupanya budak ni dulu pernah email aku bagitau aku idola dia la, siap mintak nasihat bla bla bla apa semua la. Ujung-ujung dia cakap kat orang yang aku stalk dia..??? Seriesly?
Aku publish email ko kanggg.

Aku pernah cerita kat blog dulu time kecik aku selalu jadi bahan belasah Mak Aji.
Everytime Mak Aji cakap 'Korang siap! Korang tunggu!'
Mak Aji gi carik rotan nak blasah kitorang.
Last-last aku sorang je kena blasah.
Ima kata aku bodoh sebab pi tunggu buat apa, sah-sah Mak Aji nak ambik rotan. 
Bila pikir-pikir balik, ha'ah. Apesal aku tunggu? Apesal aku tak join je Ima lari menyorok?
Bodo gila aku.

Ala tapi tak kisah la lurus ke bengkok ke.
Jawa pun Jawa lah.
Janji rock.
posted by aveo757 @ 9:22 AM  
Newer›  ‹Older
Update Adik Faris
Aku baru tau pasal news adik Faris dah meninggal pagi ni, tu pun lepas tergerak hati bukak FB. Thanks pada yang inform.

Terima kasih pada yang hantar bukti bayaran ke akaun klorga adik Faris.
Dari sejak entry dipublish malam tadi sehingga pagi ni, kita berjaya kumpulkan derma for 34 shawls.


Terima kasih semua.


Al-Fatihah.
posted by aveo757 @ 9:21 AM  
Newer›  ‹Older
En Wan sakit
En Wan kelmarin buat hal lagi.
Balik dari opis terus dia rebah atas katil. Muka pucat. Aku tanya kenapa?
Dia kata kat opis since tengahari dia dah rasa pening-pening tak larat. Dia check kat ofis, blood pressure dia turun 56 over berapa ntah. Memang low.
Dulu pun dia dah penah buat keje rebah-rebah kat ofis.

So aku suruh dia rest.

Tengah solat, aku sedar (nampak nau tak khusyuknya) dia bangun dari katil nak ke toilet. Pastu aku dengar dia jatuh. Oh lagi la fikiran aku ke mana-mana kan.
Kebetulan masa tu dah rakaat last.
Aku dengar dia mengerang 'Panas! Panas! Tolong mak, sakit!' (dia ni memang over sikit kalau sakit).

Mana la mak aku nak dengar sebab aku tutup pintu bilik.
Cepat-cepat aku bangun dari sejadah dengan badan masih bertelekung lagi aku masuk bilik air tengok dia dah terduduk atas lantai, tersandar tepi dinding, betul-betul depan toilet bowl. Dia kata nak muntah. Tapi muntah semua keluar air.

Pastu aku rasa badan dia panas gila.
Dia cakap tiba-tiba dia rasa panas dari hujung kaki naik ke kepala sebab tu dia masuk bilik air nak jirus badan tapi tak sempat, terjatuh.
Aku tanggalkan baju dia tapi tak larat nak bangunkan dia untuk tarik seluar. Aku terus jirus badan dia dalam keadaan dia terduduk atas lantai tu.
Masa aku jirus-jirus ni mak aku berlari masuk.
Gelabah la kan mak aku tengok anak kesayangan dia mengerang macam tu.
Nampak pulak menantu ganas simbah air. Troma mak aku kejap.

Bila dah jirus air berkali-kali tu suhu badan dia turun sikit. Aku tepuk-tepuk sikit pipi dia nak bagi dia sedar "Mandi eh? Di mandikan abang eh?". Dia angguk.
Tapi sebab aku tak larat nak angkat dia, so aku terpaksa mandi and sabunkan dia dalam kedaan seluar dia masih kat badan. Seb baik tak berjaya, kalau aku berjaya bukak seluar lain cerita dia kang.

Lepas mandi dia menggigil macam kena simbah dengan ais.
"Sejuk, Di..sejuk, Di. Tolong abang Di..sejuk".
Laki aku ni kan, suka tau buat aku gelupur.
Dia kalau sakit walaupun sakit perut cirit-birit, mesti nak guna perkataan "Tolong! Tolong! Tolong!".
Stress aku.




Aku lap badan dia, sarungkan sweater.
Lepas tu suruh dia baring jap, bagi makan roti, tu pun nak muntah balik.
Lepas tu aku hantar pi klinik.
Doktor cakap blood pressure normal, tapi heartbeat macam lain sikit so En Wan kena buat ECG and full medical checkup. En Wan ni ada family history sakit jantung, so aku dah pesan banyak kali buat checkup, buat checkup, tapi orang tua ni degil.
Hari Sabtu ni aku tak kira, aku nak hayak dia pi hospital buat ECG.
Malam semalam pun time nak tido "Di, sakit dada. Sakit dada".
Time tengok bola tu takde pulak dada kau sakit. Asal nampak aku baru nak landing je, macam-macam penyakit kau sampai.

Tu pun kan semalam ada hati nak pi stadium!
Aku ni ye ye je tak masuk opis sebab nak jaga dia. Alih-alih petang tu dia cakap 'Abang nak tengok bola malam ni'.
Ha, buat, buat!
Kalau tertangkup kat dalam stadium tu sape nak jaga?
Harimau Muda jaga?
Akuuuuuuuu jugak!

Aku cakap no way!
Duduk rumah.
Kau nak bertempik ke, nak bersorak ke, biar dalam rumah.
Time tengok bola kemain sihat walafiat.
Elok je bola habis, dia punya mengerang start balik.

Ni la dia orang laki kan.
Time kita sakit, contohnya laki aku ni la.
Hari tu kan aku sakit belakang. Aku cakap kat dia 'Bang, Di sakit belakang la.'
Dia tepuk-tepuk je bahu aku 'Ala, Di asik buat keje je, tu yang sakit. Tido la. Esok baik la tu'.

Rilek je kan?
Dia suruh aku tido je.
Takde hal.

Cuba kalau dia yang sakit.
Siap mengerang-ngerang.
Kalau kita buat dek je nanti dia up sikit lagi 'TOLONG! TOLONG!'.

Tapi seb baik la perempuan ni fitrah dia lain.
Macam ustaz dalam ceramah yang aku dengar, dia cakap perempuan ni tak payah disuruh kalau bab menjaga suami. Walaupun benda tu tak jatuh hukum wajib untuk dia buat, tapi sebab perempuan ni ikhlas yang cukup tinggi, jadi dia tetap akan buat walau tak disuruh. Semoga Tuhan sempurnakan ikhlas kita.
posted by aveo757 @ 9:20 AM  
Newer›  ‹Older
Pulangkan pada yang berhak
Dasar tak baca blog orang memang jadik macam ni la.
Bila aku dapat mesej ni kat wall baru aku tau pasal adik Faris ni.
Sedih aku baca.


Ramai kot yang dah tau.
Aku je baru nak tau.

Yang belum tau boleh la baca kat blog ni : http://www.mazidulakmal.com

The parents buat masa ni kena settlekan bil hospital almost RM100K.
Itu baru sehingga ke tarikh semalam.
Belum lagi kira esok lusa punya bil.
Harap kita sama-sama boleh bantu keluarga ni.

Ingat lagi entry shawl polyester kat sini?
Now, kepada yang dah beremail-emailan dengan aku nak beli this shawl, korang just masukkan duit tu to akaun parents adik Faris di sini :


Maybank
1628-5200-2738
atau
1140-1115-2218 
(Shamrulismawi Ismail) 


Lepas tu email aku payment slip/bukti transaksi then aku post shawl korang macam biasa.
Don't get me wrong. Walaupun shawl ni memang aku tetapkan harga RM39, tapi aku tak jual shawl ni pada korang. Kita sama-sama niat sedekah and salurkan duit tu pada dia.

Mungkin ni salah satu cara kita semua dapat bantu dia.

Kalau ada yang nak buat the same, shawl ada lagi, tapi dah tak banyak dah tinggal but semua kaler ada lagi.
Email me nak shawl mana satu, bila aku dah confirmkan, korang masukkan duit to akaun parents adik Faris (atas), email aku slip and aku pos.

Thank you.
posted by aveo757 @ 9:18 AM  
Newer›  ‹Older
Face
Hari tu aku dapat email dari reader.
Reader ni email aku just nak bagitau yang muka En Wan macam muka Tony Leung Chiu Wai.

Kenal sape Tony Leung Chiu Wai?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 Ini Tony Leung Ka Fai, bukan Tony Leung Chiu Wai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ini pun Tony gak nama dia tapi Tony Fernandes, bukan Tony Leung Chiu Wai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Ini baru Tony Leung Chiu Wai
Ala yang berlakon Tokyo Raiders, Infernal Affairs, Police Kadet, bla bla bla...


Aku tak terperanjat dengar reader tu cakap macam tu sebab sebelum ni pun dah ada reader yang mention benda yang sama. Kawan-kawan aku pun ada jugak yang cakap benda yang sama. Actually aku tak pernah notice pun En Wan muka macam cina until adik-adik aku Ima and Ibal yang bagitau muka bakal abang ipar dia macam Tony Leung Chiu Wai. Masa tu aku just pandang En Wan, belek lebih kurang, hmmm...ada kot. Entah.

Bila dah kawen, everytime masuk kedai yang ada sales Cina, mesti dorang cakap cina ngan En Wan. Masa kitorang pindah rumah yang dulu pun, jiran kitorang panggil En Wan guna bahasa cina. Lama-lama tu aku dah lali dah. Baru je kot 3-4 minggu lepas, ada sorang pakcik cina deret rumah aku jalan-jalan dengan cucu dia, stop depan rumah aku sebab nak bersembang. Konfiden je pakcik tu speaking cina dengan laki aku. Masa pakcik tu mulakan mukadimah aku dah macam terdengar bunyik-bunyik bahasa cina tapi En Wan ni alal-ala pekak jugak kadang-kadang. Dia ingat orang tu cakap omputih. Dia gi kat orang tu 'Sorry, what is it?'

Orang tu cakap lagi bahasa cina.

En Wan lagi sekali 'Sorry..?'

Last-last aku yang tensi kat dalam dengar.
Aku sound 'Bahasa cina la, bang'.

Pastu baru la En Wan bagitau dia yang kitorang melayu.

Sampai skarang aku tak nampak tang mana yang cina-nya En Wan ni.
Selain mata dia sepet.
Tapi Mak Aji memang sejak first time jumpa lagi dah perasan muka En Wan macam cina. Siap perli aku lagi 'Anak kau esok mesti semua sepet'.
Klorga aku kan semua mata belolok-belolok so bila nampak orang mata sepet macam what the..???? Hahahah.
Bila Mak Aji perli-perli aku pasal mata sepet, aku pun jadi takut.
Ntah apa aku nak takut pun tak tau la. Macam la mata kau cantik sangat kan.
Kau tak pikir ntah-ntah mak dia kat kampung pun tengah takut sok dapat cucu itam. Kahhhhhhhh!

Tapi kan, disebabkan orang kata En Wan macam cina, jadi aku telah menggunakan kesempatan itu untuk beberapa kali pesan MekDi drive thru time puasa. En Wan pulak bangsa muka takde efek. Kadang-kadang selamba je bulan puasa dia tapau untuk aku snack plate sama naik beratur dengan cina india kat dalam. Yang si bini pulak tak agak-agak. Dah tau tak puasa tu makan la meggi je hendaknya kan, ini tak. Kalau mentekedarah tu nak yang sedap aje. Seb baik laki muka selamba.

Masa makcik-makcik aku kenal En Wan masa hari bertunang, semua macam surprise la bakal laki aku putih sialllllllll. Wakakakka. Ha, baru kau tau keupayaan aku untuk mentekel lelaki berkulit putih!!
Masa tu agak kagum jugak la kawan-kawan aku, sedara-mara aku tengok En Wan. Aku tak tau la kot dalam kekaguman tu dorang cakap dalam hati 'Gila takde taste laki ni'.

Gila kau tak kagum.
Tanya mana-mana manusia yang tak cantik.
Bangga tak dapat laki hensem?

Cuba tanya laki tak hensem.
Bangga tak dapat bini cun?

Toksah hipokrit la kata tak bangga.
Tak banyak sikit mesti ko bangga gak.

Dalam kes aku ni, aku dapat laki putih.
Mau tak bangga??
Gila eksyen aku kejap. Hahahhahaha.
Maklom la stok-stok kulit berkeladak macam aku ni kalau zaman kecik-kecik dulu asal main kawen-kawen asikla kena couple dengan budak laki kulit berkerak jugak. Kira macam tak lojik la pompuan kulit hitam kawen dengan laki kulit putih. Laki hitam kawen pompuan putih takpe. Until aku takde selera lansung dengan laki kulit cerah. Rasa macam bapok pun ada. Last-last hambik kau, dapat.

Tapi aku perasan masa aku datang rumah En Wan nak bersanding kat sana pulak, semua tetamu yang datang nak tengok isteri ADIK AYIE ni bila salam aku buat muka terkelat-kelat. Pastu sorang-sorang tanya 'Orang Pulau Pinang ke?', 'Anak mami ke?'...alah cakap je la 'Bakpe itang sangatttttt'.

Gua takde hal der.

SAYA HITAM. SAYA OK.
posted by aveo757 @ 9:13 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me:
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER