walk on wings, tread in air: 10/2011 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Ujung-ujung.....DANG!!!!
October 31, 2011



 

Bahagian yang aku padamkan tu adelah komen dari orang yang sama.
Tapi dia komen banyak kali.
Tak puas hati kot...

Akhirnyaaaaaa.....kan?

*smile*

*big smile*


Mula-mula cakap macam syukur...syukur....rezeki Allah...berusahalah...last-last riak dengan tanpa disedari.
Or sebenarnya dia memang dah ada riak dalam diri tapi cover line.

Tu la kan, bila orang persoalkan kenapa orang-orang sebegini (not all yang terlibat dalam bisnes/line yang sama gunakan kekdah marketing posing depan kereta) balik-balik tunjukkan kejayaan dalam berbisnes dengan cara berposing depan kereta, nanti dikata kita jeles.
Masalahnya, aku bukan takde keta.
Aku ada keta.
Tak kisah la aku pakai keta apa, kau pakai keta apa.
Keta aku, aku bayar.
Keta kau, kau bayar.

Masalahnya apesal modus operandi kau mesti nak berposing depan kereta?
Kereta tu lambang kemewahan ke?

Series?????

Kalau buat bisnes saje boleh pakai kereta mewah (???), tak buat bisnes takleh pakai kereta mewah?

Oh btw, kereta mewah tu yang macamana ye?

Toyota mewah??
Honda mewah?
BMW mewah?
Ke, Bugati mewah?

Aku pernah tengok CDM Premium Beautiful berposing depan ASX siap denagan caption 'Alhamdulillah, akhirnya kereta ni milikku' (ha, check cepat saper, saper?)
Aku macam eh, ASX?
Bukan ke korang kalau bergamba kalau tak dengan Merz tak sah?

Tapi tu la kan, 'mewah' tu adelah berbeza untuk setiap orang.
Tak mewah bagi kau, tapi cukup mewah bagi dia.
So apesal nak megah sangat dengan 'kereta mewah'?
Kau je yang rasa mewah, kalau tunjuk kat orang kaya-raya dia kesian kat kau ok?
Takat 'kereta mewah' kau, dia buat gi pasar tani je angkut daging.

Orang-orang macam ni bangsa gelabah dapat pakai kereta gempak sikit (sikit je pun) dari kereta-kereta kebiasaan kita, memang sakai sikit perangai. Sebab dia rasa kawan-kawan kat FB and blog takkan ada kereta macam dia, so boleh la berlagak. Cuba kita ajak masuk group lain tengok takat mana kau boleh berlagak dengan 'kereta mewah' kau tu. Jangan la perlekehkan sangat kawan-kawan kau kat FB/blog tu bai. Dorang tak tayang kereta mewah macam kau bukan bermaksud dorang sengkek.


Orang-orang macam ni aku pelik.
Konon taknak menunjuk padahal sebenarnya kau memang nak menunjuk.
Kalau kau yakin dengan produk kau, kau patutnya marketkan produk kau.
Bukan gunakan gambar kereta and rumah sebagai tools utama untuk market the product.
Kau nak jual apa sebenarnya ni?
Jual produk ke apa?

Nampak sangat kau sendiri tak berapa yakin dengan keberkesanan produk kau maka kau lebih marketkan 'kekayaan' kau dengan harapan orang lain akan kagum lalu nak jadi macam kau.

"Nak jadi macam saya?
Baiklah, mari saya tunjuk bagaimana anda boleh menjadi seperti saya!"


Kan?

Ada sorang makcik ni, orang kampung En Wan mengajak aku beli barang dia.
Pil kesihatan apa ntah.
Aku layankan aje la dengar. Orang bagi ilmu kan, kita dengar je la.
Kau nak suruh aku beli memang tak la kot.
Aku punya jamu Mak Dara pun tak habis makan lagi.

Mula-mula dia suruh aku makan pil ni, makan pil tu, minum air ni, pastu tepek dengan bendalah tu, eh macam-macam la.
Bila dia tengok aku banyak bertanya pasal produk dia, dia ingat aku  berminat kot, terus tetiba melencong ke line 'Kalau nak beli, akak suggest awak jadi member. Boleh dapat murah'.

Takpe la, itu standard.
Kau beli buku kat MPH pun dorang suggest kau jadi member kan.

So aku ambik je form keahlian tu saje nak tengok-tengok.

Pastu dia masuk lak ke topik 'Akak ajar Diana macam ni. Diana masuk bawah akak, pastu nanti Diana jual produk ni kat orang, ajak dia masuk bawah Diana. Jangan sub-sub tau. Rugi. Kalau masuk bawah Diana, Diana pun akan dapat sikit percentage dari apa yang orang bawah Diana jual.

Ha'ah kan?
Dalam erti kata yang lain, kau pun dapat kan?
Pastu apa yang aku jual pun kau dapat jugak kan?

So skarang ni kau aim nak jual produk ke nak apa sebenarnya?
Kau bukan nak jual sangat produk kau kan?

Aku tau masih ada orang yang betul-betul jual and market produk dorang tanpa gunakan modus operandi tayang 'kemewahan'. Tapi kebanyakkannya guna modus operandi macam ni la.

Baru-baru ni ada satu blogger call aku mintak pendapat pasal satu korset ni sebab dia kata ada orang approach dia untuk promote korset kat blog. Aku cakap korset tu tak begitu menjadi di badan aku, tapi mungkin menjadi dengan badan orang lain. Tapi mungkin jugak korset tu tak begitu nampak keberhasilannya sebab dulu berat aku 47kg, now 49kg. Tak lari jauh sangat. Kira ok lagi la tu kan, takkan sampai ke tua aku nak maintain 47kg kot.

So budak ni cakap this tukang jual korset mitak dia promotekan.
Bila blogger ni refuse and suggest kawan dia yang promotekan, si tukang jual korset ni boleh cakap 'Ala, yang ni gemuk sangat'

Aik??
Kau sendiri tak yakin dengan produk kau ke dey?
Patutnya dapat yang gemuk la lagi bagus.
Kau boleh buktikan kat orang yang produk kau berkesan.
Melainkan kau sendiri akui produk kau scam!

*opss sorry, aku bukan cakap pasal the produk tapi pasal perangai tukang jual produk itu*

Berbalik pada snapshot FB aku tu, satu benda yang aku selalu peratikan, spesis-spesis yang 'berusaha tangga kejayaan sangat' ni, selalu gunakan phrase like 

"rezeki atas usaha yang tak mengenal putus asa"
"terima kasih Allah"
"Tuhan takkan menzalimi hambanya yang beusaha"

bla bla bla bla....*yawnnnn*

Kelakar kan?

I mean bukan the phrases tu yang kelakar.
But cara dia tu yang mega lawak.

Sebenarnya kau nak meriak tapi taknak orang kata kau riak maka letaklah caption yang berunsur agama sikit lebih kurang so that orang takde la kata kau berlagak.

Kan?

Padahallll.
You know I know.

Just like snapshot FB kat atas.
Tu yang buatkan aku senyum bila baca.
Mula-mula bagi hujan motivasi segala, pastu masuk sikit keagamaan, ujung-ujung terserlah POYO.

Lain kali, apa saje yang kita buat biar dari hati.
Kalau hati kita rasa kita memang nak berlagak, tak payah la nak cover line yang kita sebenarnya tak berlagak. Sebab ujung-ujung terpampang jugak kebelagakkan kau.
Kalau kita rasa kita memang nak menunjuk-nunjuk tapi takut kantoi, bawak-bawak la ambik wuduk bagi setan lari kejap.
posted by green apple @ 11:00 AM  
Newer›  ‹Older
Amacam??
Amacam rakyat Trengganu?
Ada ok kah?

Hahahahha.

Ahad lepas aku kena paksa dengan En Wan ikut dia gi stadium carik tiket untuk Redza.
Dia pandai, tiket dia, dia suruh kawan dia kat Tganu belikan.
Tiket subsidi katakan.
Nak sokong player negeri sendiri main pun nak mintak subsidi. Ceh!

Patut la pagi Sabtu hari tu kemain baik lagi dengan aku.
Selalunya kemain liat lagi aku nak suruh bangun tido, kali ni tak.
Dia yang bangun dulu, siap bukak tingkap semua, pastu tak kacau aku tido.
Aku tunggu gak bila dia nak sound aku suruh bangun. Tapi takde.

Rupanya lepas breakfast 'Di, ikut abang gi stadium eh? Di tak pernah gi stadium dengan abang'.

Masing-masing dah ambik mood dari pagi dengan memakai jersi.
Tapi sebab pagi lagi, so masing-masing malu nak pakai jersi Tganu.
Aku tanya apesal taknak pakai je jersi hitam putih? Baru namanya ambik mood.
Oh taknak okkk.
Dia siang-siang ni penyokong lom ramai, nanti kalau pakai sekarang takut kena belasah dengan penyokong N9.

Haloooooooo!
Orang N9 tak reti belasah-belasah orang okkkk.
Dorang cuma maki orang je.
Yang suka belasah orang tu err...err......sape tau, silalah sambung sendiri.


Even baru pagi, tapi dah ramai dah penyokong Tganu kat stadium.
Maybe sebab dorang jauh, so ramai yang dah sampai sejak malam sebelumnya.
So memang stadium tu dah nampak macam kampung dorang dah waktu pagi tu.

Seronok gak rupanya gi stadium waktu-waktu ada game macam ni.
Patut la dorang ni suka gi stadium.
Semangat dia lain macam kalau tengok live match ni.
Tapi tinggal lagi aku tak tahan la bersesak-sesak ni. Berkuap weh.
Aku rasa reason aku taknak gi Sogo, gi Jalan TAR, gi pasar ramadhan, even gi pasar malam adelah sebab ni la. Aku rimas orang ramai sangat.


Shopping baju.
Asal ada game je rembat selai baju. Asal ada game je rembat lagi selai baju.



Lepas anak try, bapak lak try.



Ok yang ni memang aku takleh tahan.
Siap nak beli bendera tu!!!

Masa ni aku dah risau. Ini kang, kalau menang malam ni mau seminggu bendera ni berkibar depan rumah aku. Bukan leh percaya orang tua ni, dia ni semangat Tganu sangat tebal.



Kesian aku tengok penyokong-penyokong Tganu ni. Mesti dah sampai sejak subuh tadi. Nak tunggu game lambat lagi, nak gi KL maybe dah penat or maybe tak tau jalan or maybe jugak duit bawak cukup-cukup untuk gi stadium je, lalu berpiknik kat tepi stadium. Kalau rumah aku dekat, mau En Wan angkut dorang balik rmah makan-makan, mandi-manda segala.

Kat belakang kereta tu lagi bergelimpangan okkk. 
Alas suratkhabar je. Alahai, kesian pulak.
Bagus betul la peminat bola semua ni. Dah la sanggup datang dari jauh. Datang semata-mata nak tengok player dorang main je. Tu yang kalau kalah tu rasa alahaiiiiii letih! Tapi dah kalau semua nak menang saper pulak nak kalah ye tak?



Sabtu lepas sampai tukar art class Redza ke pukul 2pm.
Kalau attend yang pukul 4pm, En Wan kata konfem kena parking jauh gila.

Sukati laaaaaaaaaaa.

Paling tak boleh bla, aku tengok En Wan solat asar petang tu gila lama berdoa.
Kan?

Malam tu aku la manusia yang paling gembira, tenang dan amannnnnnnnnnnnnnnnnn.
Boleh tengok TV tanpa gangguan.
Siap terlentang-terlentang makan kepok keping (makan sambil baring, jangan ikut ye adik-adik. Ni setan namanya). Kalau En Wan nampak aku makan sambil baring mau kena pijak.

En Wan buat live telecast dari stadium. Ni antara MMS and SMS yang dia hantar kat aku before match start :

Cat badan.

Ni bukan En Wan, ni ntah Wan siapa aku tak tau la ni.
Kalau En Wan cat macam ni memang aku suruh dia berkampung terus kat stadium tu. 
Cantik muka kau kan, beli jersi, beli bendera pastu siap nak tatto-tatto kan badan. 
Don't over-over in my state okkkkk.



Penyokong Tganu dah ramai even masa ni cerah lagi. Petang tu.
Agaknya sebab dorang semua dari jauh, so sampai KL awal.
Mana lagi nak pegi, lepak dalam stadium je la.

Aku tanya En Wan, ape tak bosan ke melepak dalam stadium ni lama-lama?
Dia cakap best.
Tengok gelagat penyokong.
Kenal dengan orang Tganu yang lain, rasa macam balik kampung sendiri.
Pastu dia kata penyokong-penyokong ni perangai gila-gila.
Penyokong N9 salah masuk pintu dorang boo, perempuan cun-cun masuk stadium pun dorang boo, penyokong sendiri buat perangai sialpalis pun dorang jugak yang boo.
So dia kata memang release tension la gi stadium ni.


Penyokong N9 belum sampai lagi.
Takpe, dorang dekat.
Sompek lagi.


Penyokong Tganu yang feeling-feeling juara, siap bawak masuk replika piala lagi.


 Yang atas ni aku besarkan je gambar dari MMS dia. Kat bawah ni actual SMS dari En Wan :


Aku memang bangsa tak bagi sokongan pada laki kan?



Aku baru tau NELANG tu apa. 
After almost 11 tahun kawen dengan orang Tganu.



Ok yang ni sumpah lawak.
Nak gelakkan orang kampung Mak Aji kononnnnnn.
Sekali kau yang kena gelak dengan aku.

Eja pun style Ganu. 
HOBENG??? Apekah itu HOBENG????
Hobin okkkk, HOBIN!!!


Sekali kan kalah, aku cuak gila kat rumah!
Mau kau tak cuak oiii.
Kalau Tganu menang, seminggu telinga aku merekah dengar dia punya riak.
Sekali kalah Sabtu lepas.
Mau sebulan moody ni.

Ok aku dah gabra time ni.
Apa nak buat ni?
Apa aku nak buat bagi dia ok?
Nak bogel, aku period lak malam tu.
Nak pakai sexy-sexy kang tapi kau tak boleh nak bagi servis, sumpah jadi penambah tension.

Ok apa nak, apa nak buat.
Pikir pikir pikir!

Ok dapat dah.

Kita tido.
Jangan bukak mata bila masuk bilik nanti.
Buat tak tau.
Esok pagi pun jangan tanya apa-apa.

Ok tido.

Sekali malam tu kul 12 tayang ulangan Sivaji the Boss lak.
Of cos la aku nak tengok lagi.
Makanya aku takleh la purak-purak tido.

Lalu aku meng-sms En Wan nak tau keadaan emosi dia kat sana, terganggu ke tak.

Dia reply 'Memang la tension. Tapi takpela, adat bertanding'

Eh???
Laki ku kah ini???

Lalu aku pun nak membantu cool down kan dia, aku pun reply balik sms :


Lepas aku send aku baca balik sms aku.
Apa benda kesiyalnya aku tulis "tapi N9 main bagus...????"

Kau nak mati ke Dianaaaaaaa????!!!!!!!


Masa ni aku dah syak aku takkan dapat burger la malam ni. Konfem dia takde mood nak belikana ku burger nampak gayanya.
Tapi jangkaanku meleset.
Rupanya dia sms aku "Siap-siap, nanti abang sampai kita terus gi mamak, makan.'

Fulamakkkkk.
Menang dapat burger.
Kalah dapat terus gi mamak.

Ini macam kalu, tetiap tahun lu kalah je la.
posted by green apple @ 10:30 AM  
Newer›  ‹Older
Siapa lagi smart?
Ini adelah advertorial, nak baca entry the latest, scroll bawah lagi. Kalau ada lagi entry advertorial kat bawah, scroll lagi sampai tak nampak disclaimer ni.


Aku kan sejak dua menjak berjinak-jinak dengan iPAD2 ni (poyo gila) dah rajin-rajin gak la google gadjet-gadjet terkini kat pasaran. Tu pun sebab aku tak paham lansungggggggggggg camana nak download segala menatang haram masuk dalam iPAD ni. Bahabi betul la. Menyusahkan aku je. En Wan memang takde la nak libatkan diri dengan gadjet-gadjet ni. Dia kata benda-benda ni semua tak boleh jadi aset yang balik modal. Cipet.

Memandangkan aku takut kena tengking dengan orang sebab asik-asik aku tanya macamana nak tu, macamana nak ni, so aku terpaksa la google-google.

Baru lah aku tau gila bersepah dah smartphone-smartphone kat dunia ni.
Ntah merepek-merepek je henfon skarang.
Dah jadi satu beban aku nak kelebet sebijik-sebijik nak tengok mana satu yang best.
Padahal paling banyak aku guna pun sms, call, BBM, email, camera.
Blogging dari phone jarang.
FB dari phone jarang.
Twitter banyak sikit la dari FB, tapi takde pun takpe sebenarnya.
Tapi bila nak beli henfon mesti aku jadi macam semak sebab henfon ni ada this features and application, henfon tu lain pulak. Padahal tak guna pun.
Nak pulak now ada iPAD la, tablet la, playbook la, lagi aku rasa kalau boleh henfon tu untuk sms ngan call je la sudah. Tapi ada lagi ke henfon yang semata-mata untuk dua benda ni je? Takde dah kot.

Semalam melepak dengan ex-ofis mate.
Dia punya henfon perhhhhhhhhhhhhh!
Selimmmmmmmmmmmmmmmmm.
Seriesly thin I tell you.
Rasanya lagi leper dari CD case!
Kalau kau letak kerengga duduk kat tepi phone tu, gerenti bontot kerengga tu tekeluar. Lagi panjang badan kerengga dari tebal phone ni.
Masa aku pegang henfon dia umangaiiiiii, ringan nak mampus.

Aku tanya dia, 'Eh apesal nipis sangat henfon kau ni? Kalau la jatuh, masakkkkkkk!'

Dia tanya ak balik 'Kau nak try jatuhkan?'

Ewahhhh.
Aku pijak terus kanggg.

Nak tau apekah tajuk henfon beliau??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Samsung Galaxy S II u'olllllllllllls



Lepas layan video ni aku macam 'ho hem jiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!'

Sepatutnya aku lah orang yang selayaknya membeli henfon ni sebabaku cukup rajin menjatuhkan henfon. Nak lagi kalau waktu pagi. Azan Subuh je, aku pun meraba-raba carik henfon kat side table. Pastu gedegangggggg jatuh.
Jatuhkan telifon waktu Subuh ni dah jadi upacara harian kat rumah aku.

Lagi satu port aku letak telifon adelah kat sini :


Jadi, bila dah port-nya kat sini, kebarangkalian untuk jatu adelah hampir pasti.
But still, kat sini jugakla port paling best untuk aku letak.

Dan sebagai seorang camwhore tegar, benda yang paling aku jeles adelah gamba dari Samsung Galaxy S II ni lagi cerah, lagi cantikkkkk dari smartphone aku yang dah tak berapa nak smart dah ni. Patut la iklan smartphone ni tunjuk ayam terpedaya peram telur dalam henfon. Memang sharp gambar dia. Kaler dia sejibik sejibon macam real.


Pastu aku tengok kawan aku layan YouTube macam rilekkk je guna Samsung Galaxy S II ni. Phone aku ni lenggang mak limah sikit kalau nak bukak You Tube.
Samsung Galaxy S II ni macam zas zas zasssss (ala-ala Padaiyappa sikit) terus leh layan video. Ni aku rasa kalau dapat kat Redza memang masak la phone ni jadi hak dia terus. Sebab Redza memang suka buat henfon aku jadi hak dia untuk melayan Ultraman kat You Tube. But since itu je pilihan yang dia ada, so takde la merungut sangat walaupun nak download lembab. Cuba kalau aku beli Samsung Galaxy S II ni, memang selamat la punah harapan aku nak pegang henfon sendiri.

Apetah lagi kalau peminat game, aku rasa memang aku bagi sokongan padu untuk korang angkat smartphone macam kawan aku ni. Pueh hati la. Dah la laju, kaler cantik.
Seb baik la aku bukan jenis layan internet sangat via henfon. Kalau korang memang jenis suka browsing-browsing ni, aku suggest pakai la henfon ni. Gila high speed. Konfem korang tak sempat nak carut-carut tunggu download.


Pantek gila ahhhhh aku tengok budak dalam video ni main game Shrek.
Gila kau gambar dia sharp gila babi.
Macam tengok kat TV.

Tak cukup besar kalu, haa ambik nih! :



Cukup besar tak??


Lagi satu yang aku notice, Samsung Galaxy S II tu ada application untuk store favourite books/novels korang. Boleh jadi readers hub. Ni baru betul punya serious smartphone!

Boleh tahan la lagi kau nak reading thru Samsung Galaxy S II ni sebab screen dia besar. Kalau membaca kat phone aku memang juling.

Eh tapi kan aku tak sure pulak if BB ada features voice solution.
Ada ke?
Aku tak pernah explore pun.
Tapi henfon kawan aku ni ada.
Kemain stylo lagi dia call mak dia, main sebut nama je.
Eh, aku rasa phone aku macam ada. Ke takde?


Kat atas ni antara video yang di-submit oleh suer Samsung Galaxy S II tentang apa yang henfon tu boleh buat untuk dorang.

Kalau korang nak tau apa lagi Samsung Galaxy S II boleh buat untuk korang, korang leh masuk SINI and type APA_APA je yang korang nak tau apa lagi korang leh buat dengan henfon ni and see apa yang keluar. Hehehe.
posted by green apple @ 10:11 AM  
Newer›  ‹Older
Kali ni kat..
October 29, 2011
Ini advertorial. New updates kat bawah. Plis scroll.


Dulu aku ada buat entry pasal XPlay coming to Sepang and KK kan?

GREAT SUCCESS!!

 Ni event kat KK

Yang ni pulak event kat Sepang. Dah macam konsert mega!




Soon, XPlay akan hitttttttttttttttttttttttttttttttttt ....




 Oghang Kuching, mun kitak oghang fghee, ghamei-ghamei gi Paragon Club nangga DJ Malika, seksi gilak!
(testing...testing cakap Sarawak. 10 tahun dah tak cakap ni)





 Orang Penang, hangpa mai sini noooo - Mois Reece.

Masuk adelah FREE.

Tapi kena masuk (http://facebook.com/xpaxfb) and U.O.X. (http://facebook.com/uoxfb) untuk register dan dapatkan free passes.

Faham?

Ok kalau faham, boleh ambik pass skarang.


posted by green apple @ 4:56 PM  
Newer›  ‹Older
..................
October 28, 2011

Sebelum aku terlupa (sebab dah banyak hari aku lupa nak tulis ni sebenarnya), aku nak MINTA MAAF sebab buat masa ni aku tak dapat nak tolong iklan kan business/products/services/used items/lost and found yang korang emailkan kat aku. Request dah semakin banyak masuk akhir-akhir ni and aku tak rasa fair untuk korang kalau aku peramkan request tu lama-lama and korang tertunggu-tunggu bila aku nak upkan entry.
Maybe korang boleh try option lain dulu buat masa ni.

Again, sorry.
posted by green apple @ 3:09 PM  
Newer›  ‹Older
LIBAS

Dah seminggu aku pujuk En Wan subscribekan filem LIBAS kat AstroFirst.
Sebab utama aku nak tengok cuma nak make sure-kan betul ke tak instinct aku cakap citer ni ada sangkut-paut dengan Shaolin Soccer.
Tak kisah la dia Malay version ke, takraw version je, soalnya betul ke tak?

Bila aku tengok cerita tu, aku rasa jawapannya adelah YES!
Jalan cerita dia of cos la tak sama. Nak mampus tiru sejibik sejibon?
Jalan cerita memang ada olahan tapi IDEA-nya tetap sama.
Tak payah la nak tipu diri sendiri cakap 'mana adaaaaaaaaaa!!'.
Aku pun rakyat Malaysia jugak, orang Melayu.
Kalau aku tak suka cerita Melayu, aku takkan layan lansung LIBAS ni.
Tapi tak semua benda kita kena backing, kalau mengkritik tu akan bagi perubahan yang lebih baik, rasanya lagi baik dikritik. Tapi haruslah yang membina kan.

Pada aku la, cerita dia ok.
Kalau kau suka Shaolin Soccer, mesti kau akan suka LIBAS gak. Sebab ideanya sama.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii yang buat cerita ni jadi tak best mungkin sebab BAJET dia ciput.
Aku konfem bajet dia ciput.
Kalau bajet dia besar, cerita dia akan jadi lagi best.
Sebab jalan cerita dah ok dah.

Kalau tengok cerita ni kan, kau akan cakap 'Apesal Rosyam Nor berlakon citer macam ni, eh?'

Series!
Aku sendiri macam tak percaya Rosyam Nor nak berlakon citer macam ni.
Sebab suasana citer ni macam kampung gila.
Like pertandingan melibatkan America, Iraq, Pakistan, China, Japan, kira peringkat world champion la ni, tapi suasana pertandingan, gelanggang, costume, bla bla bla, rasanya sukan skolah Redza lagi gempak kot.

I mean aku tau maybe kau nak masukkan unsur-unsur lawak kat cerita ni sebab tu pakaian pengadil, tukang kutip bola, bla bla bla semua macam terencat je aku tengok. Ok la tu, nak buat lawak sikit-sikit, tapi kau buat dorang tu macam terencat sangat okkk? Tak caya korang gi tengok.

Sebenarnya apa yang LIBAS ni buat sama je dengan citer-citer omputih tu cuma garapan omputih tu lebih kemas sebab tu nampak macam real. LIBAS ni macam buat 'asal ada' je sebab tu nampak kelakar. Tapi maybe macam yang aku cakap la, bajet sikit. Kalau bajet besar mungkin cerita ni akan jadi lebih baik. Just like ceria KRU Merong tu. Tu sebab bajet besar, maka kita asa bangga je tengok. Real je nampak walaupun part si Khir bergasak dengan Stephen kat beach tu ada angle-angle dia nampak cam katun bergaduh. But still, acceptable sebab itu kesalahan yang terlampau minor. Takde benda yang perfect pun kat dunia ni.

Tapi dalam LIBAS, frankly aku rasa macam dorang buat asal jadik je.
Penonton tengok rasa macam tak puas sangat-sangat.
Bila kita komen nanti dikata 'tak sokong filem Melayu'.
Padahal kalau kita tak sokong, takde de aku nak tengok lansung citer ni.


Walaumacamanapun, cerita dia kategori boleh layan la.
Cuma takde la sampai kau nak ada rasa 'wowwwwwwwwwwwww!!' bila tengok.

Aku rasa citer-citer Melayu ni memang bole pegi jauh, tinggal lagi nak kena ada bajet besar. Contohny citer Syamsul Yusof bandingkan dengan yang Farid Kamil arahkan tu (aku lupa apa tajuk dua-dua ni). Padahal cerita dorang lebih kurang je tapi yang bezakan adelah bajet. Bajet kau tinggi, konfem kau dapat pengarah yang baik, prop yang baik, semua yang terbaik.

Just like Puteri Gunung Ledang. Gila cantik cerita tu kan?
Walau cerita tu tak balik modal tapi bukan sebab cerita tu tak bagus.
Cerita tu tak balik modal sebab tayangan kita terhad.
Omputih tu satu dunia dia pasarkan filem dia.
Citer merepek pun balik modal.

Lagi satu, Malaysia ni (especially Malyu) kalau buat filem/drama asikla tonjolkan yang kaya gempak-gempak, bisnes yang gempak-gempak, stylo-stylo. Sebab tu la budak-budak skarang banyak yang berangan je lebih sebab banyak sangat hadap cerita-cerita macam ni. Balik-balik berangan kalau nak carik keje mesti kat company besar, kalau keje pejabat tu mesti nak pakai yang stylo, coat siang malam, bawak keta posh, makan tempat class-class, beli rumah yang tahap mansion.

Harapnya in future Malaysia akan produce lebih banyak cerita-cerita macam LIBAS ni (action + CGI teknik) sebab aku dah rimas dengan love story, love story, love story.
And kalau nak buat teknik gempak-gempak ni biar bersungguh sikit ye.
Kalaupun apa yang kau tayangkan tu tak lojik like tangkap bola sambil terbang (tetiba teringa Moero Attack), tapi biar nampak real and kemas.

Just like cerita my SUPERRRRRRRRRRRRRRRRRRR HERO..


Walaupun dia sorang je manusia dalam dunia ni boleh lari lagi laju dari peluru, dan mempunya pistol berpandu, tapi kenapa cerita dia semua orang tengo tak jemu-jemu??
Sebab dia buat dengan sangat kemas!

Sebab dia SUPERRRRRRRRRRRRRRRRRR!

Sebab dia COOOOOOOOOOOOOOOLL!

Sebab dia BOSS!


p/s : tribute sempena Deepavali.
posted by green apple @ 9:46 AM  
Newer›  ‹Older
Nak marah pun biar la agak-agak...
October 27, 2011
Redza melukis sambil layan Masterchef ulangan.


 Tu dia...chef


 Chef yang gembira.


Boleh aku tanya pendapat korang tentang juri Masterchef Malaysia?

I mean yang ala-ala Gordon Ramsay tu.

Dia tu apehal eh?

Kerana dia aku dah rasa malassssssssssss nak tengok Masterchef (malas malas tapi tengok gak kejap-kejap. Ciri-ciri stalker di situ).
Aku tak kenal tiga-tiga juri tu tapi tak kisah la tu.
Lama-lama sok aku kenal la.
Yang aku berbulu tu dengan juri yang ala-ala Ramsay.
Dah kenapa kau?

Meluat sangat aku tengok part yang dia meninggikan suara tak tentu pasal bajet Hell's Kitchen. Tang buang hirisan bawang tu macam errrr...over-acting sangat kotttt.
Tak payah la nak buat-buat bengis.
Rasanya kat Malaysia ni, be it kau Melayu, India or Cina, masing-masing masih lagi gunakan pendekatan yang polite untuk tegur kesalahan orang. Jarang sangat kita tengok orang menengking kat public. Ada tu memang ada. Tapi untuk Masterchef Malaysia ni, aku tak rasa apa yang juri tu buat adelah sesuatu yang lojik utuk dibuat sebab bukan kesalahan besar mana pun. Bawang tak cukup cantik nak dipotong je. Yang kau nak terpekik tiba-tiba, dah kenapa kau?

It's true juri tu nak train dorang supaya jadi bagus.
Tapi pembawakkan juri tu sangat tak sesuai.
Aku tak rasa di dunia realitinya dorang macam tu.
Nampak sangat dibuat-buat.
Atau bahasa rempitnya - POYO.

Sekian,

Bini Ramsay.
posted by green apple @ 3:42 PM  
Newer›  ‹Older
Menang
Kan hari tu aku menang Skin Breakthrough Challenge Olay (pada sesiapa yang dah tau thru FB). Actually takde sape pun notify aku pasal winning tu, kebetulan hari tu aku bukak FB Olay Malaysia sebab nak copy gamba-gamba yang dorang ambik untuk aku simpan kenag-kenangan. Alih-alih kat wall ada video pasal announcement siapa yang menang. Masa tu video tu diorang baru upload 10 minit.

Sekali tengok untuk Regenerist group (grup tua-tua), kitorang yang menang.
3 kali la aku dok rewind nak dengar part dia cakap "Dianawathy and Fadilla".

Ha kauuuuuuuuuu.

Terus aku call Filla.
Budak ni pulak takleh bukak FB kat opis, pulak tu minah ni nak busy-busy nak pi Korea malam tu, lagi la terlupa pasal Olay ni.
Bila aku bagitau dia haaaaaa kau. Biasa la kan, tetiba sawan dia sampai 'Kau betul sikit Di....Kau jangan Di....aku nak gi Korea ni Di..tak tenteram aku Di.."
Kan??

Tapi masa tu Nuffnang belum call aku lagi so aku just bagitau Filla kitorang menang je.

Around 2pm macam tu, Nuffnang call mintak datang esoknya untuk collect hadiah. Tapi bawak Filla sekali sebab dorang nak ambik gambar.
Bila aku bagitau aku takleh datang esok sebab Filla gi Korea, aku lak ada appointment, so arrange to a week after that, which is Selasa lepas.

Aku : Sorry Andrew, Filla is in Korea. Can we come and collect next week?

Andrew : Great! I can use your iPAD2 first then.

WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT?????!!!!!


Ok.
Terus call Filla.

Lagiiiiiii la meroyan perempuan tu kan.
Tak tentu arah sampai takde mood nak pi packing baju sebab memikirkan iPAD2.

Jakun gila kitorang.

Mau tak gelupur.

Filla memang kebetulan tengah usha bendalah tu.
Yang aku pulak, kalau sesiapa follow aku kat twitter memang tau la aku asik la tanya mana lagi best between Galaxy tab, iPAD ngan Playbook. Memang tengah plan nak pi beli.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiii.

Alhamdulillah.


Kitorang dapat iPAD2, hamper barangan Olay Regenerist harga RM500 and package stay 2D1N kat Cyberview Resort & Spa berhara RM1500 (complete with spa, manicure and pedicure session).

Masa ni terbayang-bayang berbaloi la shooting sampai 12 malam, sampai si Filla ni takutla nak angkat telifon sebab laki dia asik call tanya bila nak habis shooting.
Siap aku pulak yang kena tolong bacakan sms laki dia. Haha.

Tapi masa tu kitorang tak tau lansung ada hadiah.
Dah habis shooting semua, baru lah Olay bagitau aku, dorang akan select winner based on cara kita blog and promote Olay kat reader.
Masa ni lagi la aku cuak kan.
Kalau aku buat entry cincai, tak fair untuk Filla.
Tapi disebabkan Olay pun bagi banyak tools untuk kitorang blog, macam product, gamba, marketing material, so semua tu banyak membantu.

Thanks to Olay and thanks to readers yang banyak bagi respond and feedback untuk aku jadikan reference.



Masa ni dah ambik hadiah, tak sempat-menyempat, dalam kereta bergamba sama-sama sebelum hamper tu barai kitorang kejekan.




Kitorang kan sama-sama kejakunan. So bila Filla bukak pack dia kitorang sama-sama godek menatang ni.

Eh, apesal tak gerak ni?
Tekan kat mana ni?
Aku punya rosak ke weh?
Tak jalan pun? Tak jalan pun?

Sakai gila wehhhhhhh.


Fed up ah tak leh jalan lak menatang tu.
Lepak lunch jap kat Pappa Rich.

Filla ajak duduk luar.
Pastu dia tanya aku 'Eh Di, takpe ke dok luar ni? Kang reader ko nampak'

'Takde sape kenal aku la'.

Ehhh tup tup tengah borak-borak ada orang jerit 'Kak Di! Kak Di!'




Perempuan ni time ni gi sms laki dia 'Ala, orang tak dapat iPAD2, Di je yang dapat dapat. Orang dapat hamper Olay je.'

Pastu gelak-gelak depan aku.

Cibai kan?

Wahhhh.
Tembamnya pipi.
Ada sesape nak jadikan aku guinea pig untuk produk anti-lelemak?

Takpe.
Esok kita puasa.

Eh, tak boleh.
Esok nak gi rumah Mak Aji makan macaroni.
Lusa kita puasa.

Eh tak boleh jugak.
Lusa ada orang kawen.

Senin depan lah start!

Hari ni kita makan dulu.

Aku terpaksa bawak menatang ni ke opis sebab kalau aku tinggalkan kat rumah jawabnya Redza ada masalah nak pegi kelas agama petang ni.

Dari semenjak aku bawak balik benda ni Selasa lepas, aku guna 1% je.
Yang lain semua dia conquer.
Bila aku pegang benda ni (baru pegang, belum start apa-apa lagi) dia dah sound 'Ma, nanti dah guna letak balik kat meja Ija eh?'

Cantek muka kau kan?

Ok ni aku nak bagitau siap-siap ni.
Aku ni almaklomla buta IT.
Jadi sila jangan boring kalau kat Twitter and FB kejap-kejap aku tanya camana nak handle menatang ni.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.
posted by green apple @ 11:08 AM  
Newer›  ‹Older
Mintak perhatian
October 25, 2011
From: nique naque
To: "nurhafiza.burhanuddin@gmail.com" ; "aveo757@yahoo.com" ; "viruspadu@yahoo.com" ; "lilred.farah@gmail.com" ; "ceeramoon@gmail.com"
Sent: Tuesday, October 25, 2011 12:00 AM
Subject: sangat2 memerlukan pertolongan

Assalamualaikum,


Dear bloggers, ive your silent reader to all of you for years now and admittedly sangat jarang bagi comment (my bad, sorry!) but my blog is niquenaque.blogspot.com and if you have seen it before you know i've linked to all of you..


anyway, i've never done anything like this before, ni first time, tapi desperate times calls for desperate measures and i really really need your help!


someone very very close to me "kehilangan" his brother yesterday...
attached is the details...


yes, he is an adult, so you might wonder why we are so desperate, its actually because he is not really well, so we are worried sick something bad happened to him. minta tolong sangat2 if you could post this on your blog and ask if anyone have seen him to please call or sms me;



nik - 014 924 7795

if you cant, its ok, but really appreciate if you could.
thanks sangat sangat!


thanks again,
nik



posted by green apple @ 10:39 AM  
Newer›  ‹Older
Keinginan dan keperluan tu lain
October 24, 2011
Tadi sementara tunggu customer aku sampai, aku lepak-lepak kat lounge baca paper.
Tapi bacaan aku macam terbantut bila terdengar something yang lagi best (kott).

Kat lounge tu ada kaunter receptionist, and this receptionist tengah bersembang kat telifon dengan member la kot. Nasib la aku baik hati sikit pagi tadi malas nak record perbuatan kau, tapi dalam pada tak kuasa-tak kuasa tu telinga aku takleh mengelak dari mendengar la kan.

Budak ni pada pemerhatian aku muda lagi.
Dari segi gaya, muka, kulit muka, memang nampak muda. Maybe belum 25 pun.
Sebab cara bercakap pun macam alahaiiiii...no komen.

Tapi tu la kan, nama pun budak.
Kita kena la paham pemikiran dorang macamana.
Walaupun ada jugak budak muda-muda yang bijak tapi this girl...hmmmmmmm..

Budak ni bersembang dengan kawan dia kat phone (phone ofis lak tu. Tau la hunting line banyak tapi aku ni orang luar yang duduk betul-betul depan kau, segan sikit boleh??) pasal rumah.

Wahhhh.
Cakap kemain lebat.

'Memang la skim rumah pertamaku tu sampai RM400K, tapi rumah apa sangat la yang boleh dapat skarang dengan RM400K tu?'

Wahhhhh.
Angan-angan tinggi.
Nak rumah besar.
Bagus.
Angan-angan tu sangat bagus.
Tak salah pun angan-angan tu.

Yang salah adelah KAU NAK DUDUK RUMAH BESAR, RUMAH SELESA TAPI SEMUA NAK DIBANTU.

Tang tu memang salah.
Big mistake.
HUGE!

Dah nama pun skim rumah pertamaku a.k.a. bantuan untuk kau beli rumah sendiri rather than menyewa sepanjang hayat, susah sangat ke nak paham?
Itu adelah bantuan, nama pun bantuan, haruslah dibantu setakat yang mampu.
Kalau kau tak mampu, maka ambik je bantuan tu.
Kalau kau rasa mampu, just beli rumah idaman kau.
Simple.

Ni tak.
Berangan tak nak sikit-sikit.
Tapi tak ukur baju kat badan sendiri.

Kau yang tak mampu beli rumah, pastu kau nak salahkan orang bagi bantuan 'rumah apa sangat'??
Boleh jangan letak otak kat lutut tak?

Come on la dik.
Takde sape nak duduk menyewa sampai mati.
Takde sape nak duduk menyempit-nyempit.
Semorang nak duduk dalam mansion.
Tapi benda yang BEST takkan datang dengan mudah, melainkan kau memang dilahirkan atas duit. Itu lain cerita. Jangan nak bandingkan diri kita dengan orang kaya-raya.
Kalau kau asik membandingkan diri kau dengan orang yang duduk kat kerusi empuk, memang jadik macam ni la. Berangan je la keje kau sampai mati.

Aku agak budak tu entah-entah baru 25.
Umur 25, tapi bercita-cita nak duduk rumah 800K (kot??).
Takpe.
That's good. Kau ada angan-angan. Lebih baik dari takde angan-angan, kan?
Berangan ni boleh bagi kita motivasi.
Tapi kalau berangan nak jadi kaya tapi semuanya nak dibantu, apakebendanyaaaaaaaaa????

Benda ni simple la.

Tanya balik pada diri kau, adekah semorang tak mampu beli rumah?
Atau kau antara yang tak mampu beli rumah?

Jangan disebabkan kau tak dapat beli rumah besar, di persekitaran yang mewah, jadi kau menyalahkan orang lain yang sumpah takde sangkut-paut dengan masalah kau.

Aku pernah nampak orang bersembang pasal rumah kat Twitter.
Rumah skarang mahal, kecik, bla bla bla.

Senyum je aku baca.

Malas nak menyampuk, aku biarkan je la.
Mungkin ada di antaranya yang belum faham dengan situasi dan perlukan masa, sama macam that receptionist.
Tapi yang aku tertanya-tanya tu, bila bercakap pasal kekayaan orang lain pandai pulak keluarkan ayat 'harta dunia tak bawa kita kemana'. Tapi bila tak dapat beli rumah yang selesa untuk sendiri tetiba salahkan orang lain. Boleh pulak macam tu?

Pernah aku menyampuk, tapi ada yang reply 'Kak Di lain, Kak Di gaji besar'.

Ini bukan soal gaji.
Gaji kita bukan untuk bayar rumah semata-mata.
Sometimes gaji sebulan 20K pun belum tentu boleh duduk rumah idaman.
Sebab keinginan manusia ni memang besar.
Dulu teringin nak rumah dua tingkat.
Gaji naik sikit, beli rumah banglo dua tingkat.
Naik lagi gaji beli tanah pulak, buat rumah sendiri.
Kita memang selalu lupa antara keperluan dengan kehendak (mengingatkan diri sendiri jugak).
Letak la gaji kau banyak mana pun, kalau tak berjaga-jaga, sampai ke sudah kau duduk menyewa. Percayalah cakap aku.
Pokok pangkalnya kita kena la ukur baju di badan sendiri. Kalau kau asik ukur baju kat badan orang lain memang payah la. Semua orang nak jadi Sultan Brunei kalau macam tu.

Aku kawen umur 23, En Wan 24.
Kitorang tinggal 3 bulan kat rumah Mak Aji lepas kawen sebab En Wan tak larat nak berulang-alik dari Bangi ke Shah Alam pergi keje. Aku pun tak sampai hati tengok dia keluar pagi-pagi. Duit minyak lagi. Duit tol lagi. Nak makan lagi.

Kalau nak ikut duit gaji memang tak cukup nak menyewa pun.
Tapi kitorang kena decide and sacrifice.
Memang kalau duduk rumah Mak Aji lagi jimat.
Rumah dah tentu tak bayar.
Makan konfem free.
Tapi penat travel hari-hari.
By the time sampai rumah dah 7.30pm, mandi, makan, tido.
Esok bangkit kul 5.30am.
Rutin yang sama dok ulang-ulang.
Takde life.

Jadi kitorang pindah.
Menyewa kat USJ.
Dengan gaji En Wan yang fresh grad, ditambah lagi dengan aku yang sambung blaja time tu, memang sepatutnya harus kunyah biskut meri je.
USJ memang dah lama sedia maklum kawasan mahal.
Tapi kitorang takde choice.
Sebenarnya ada choice untuk duduk tempat lain.
Tapi En Wan nak dekat dengan tempat keje dia. Sebab as an engineer kilang, dia pun ada on-call gak. Kalau tetiba mesin rosak tengah-tengah malam buta, memang dia kena pegi. So dia perlu rumah yang dekat dengan kilang. Kalau boleh duduk depan pintu masuk kilang tu lagi bagus.

Ini rumah pertama aku.
Menyewa RM820 sebulan, selama 3 tahun.
Kat Fairville Apartment, USJ.



Meja makan pertama kitorang, yang dibeli dengan harga hanya RM800 kat Homelife tapi dibayar secara hutang.Bayangkan meja makan RM800 pun aku nak hutang. Punya la semikin-nya!!

Tapi disebabkan En Wan yakin dia boleh settlekan meja makan ni dengan 2 kali bayar, so pejam mata, beli je.
Anggap je la pelaburan.
Hasilnya, meja ni masih ada lagi dalam rumah aku sampai sekarang sebab tahan lagi sampai sekarang walaupun kusyen dia dah belapuk punyalah taknak ganti sarung kusyen lain.

Lepas beli meja ni, aku ada beli satu meja makan lain (3 tahun lepas tu).
Tapi aku dah jual meja makan tu kat sorang reader blog ni jugak, time aku nak pindah rumah dulu sebab aku malas nak angkut banyak barang. But this meja aku tetap takkan jual sebab sentimental value.
Aku ingat lagi masa kitorang pindah masuk apartment yang hanya luas 800sqft ni, hanya pinggan mangkuk, home teater set and katil je ada. Hall memang boleh main galah panjang. Kosong.
Bila meja makan and sofa sampai, punyalah seronok, hari-hari aku lap meja makan ni.
Kalau budak-budak datang rumah, seriau je aku tengok dorang main kat meja ni. Kejap-kejap aku jeling kat meja makan aku. Macam kan kau beli meja tu 8 ribu kan? Padahalllll.


Hall.

Aku rasa hall dengan dining area apartment ni sama saiz dengan bilik aku sekarang.
Tapi aku tak pernah rasa rumah aku ni kecik dulu.
Kejap-kejap aku plan buat makan-makan, padahal rumah kau sofa pun 2-seater je tapi nak bawak masuk 20 pasang bontot.
Jawabnya bersila lah korang.
Dah la kapet pun betul-betul tempat letak coffee table je.
Sape masuk rumah aku mesti duduk atas simen.
Lantak la. Ade aku kisah pantat kau sejuk?
Hahhahaha.

Kesian kan langsir aku?
Kain cotton semeter RM2.10 je kau.
Tu je la sehelai langsir aku yang aku basuh pakai basuh pakai selama 3 tahun menyewa. Nama nak beli langsir lain sorry!


Tu diaaaaaaa dapur aku dulu.

Tak sangka aku jumpa balik gamba ni
Tadi tunjuk kat En Wan gamba ni aku rasa nak nangis.
Tak sangka dulu aku ada dapur macam ni.
OMG nak tulis entry ni pun rasa sebak semacam.

Banyak memori dapur ni kat aku.
Masa mula-mula masuk rumah, kitchen aku cuma ada tong gas dengan dapur yang harga RM49.90 tu je.
Dapur tu pun aku letak kat lantai je.
Macam rumah kongsi pun ada.
Bila dah beli tong gas and dapur, nak masak la pulak.
Sekali takde mancis.
Puas aku pusing-pusingkan dapur tu tapi tak kuar api jugak.
Maklom le, dapur Mak Aji oto, sekali kau beli yang cikai, mau tak mengagau check apesal dapur ni tak kuar api. Cantik muka kau kan?
Beli dapur tak sampai RM50 berangan nak ada api otomatik.

Menangis aku malas pertama tu buat sambal goreng telur sambil mencangkung.
Sedih sangat rasanya.
Aku start life after marriage tak semewah orang lain, tapi masa tu rasa happy sangat sebab aim aku cuma nak duduk dengan En Wan. As long as En Wan ada, aku tak kisah.
Cuma rasa canggung je la.
Kau selama ni duduk rumah besar (takde la besar mana pun, besar dari apartment ni je), tau-tau lepas kawen pindah ke rumah yang jauh lebih kecik. Rasa life lagi teruk dan semakin teruk. Masa tu aku rasa macam apesal aku macam backwards ni?

After 2 years menyewa barulah kitorang cukup duit untuk beli rumah sendiri :


Kitorang pindah rumah ni August 2005, masa tu Redza dah lahir cuma belum cukup setahun umur dia. 4 tahun duduk rumah ni, kitorang pindah pulak ke rumah sekarang.

Semua proses ni berlaku dalam masa yang bukan sekelip mata.
Panjang proses dia.
Walaupun proses tu lambat tapi alhamdulillah sampai jugak.

Sebab tu aku pelik kenapa budak-budak sekarang belum apa-apa lagi nak yang the best.
Tapi tak mampu.
Bila tak mampu, mula salahkan sana-sini.
Padahal option tu ada, cuma kita yang taknak pilih.
Kalau taknak pilih option yang diberi, silakan pilih apa aje option yang korang nak.
Pilihan di tangan korang.
Tapi jangan kecewa bila tak dapat.
Yang aku heran tu, keinginan besar, tapi taknak melalui dugaan.
Tau nak celik mata semua ready.
Mana boleh dik.

Jangan ikut mereka yang bernasib baik dilahirkan atas duit, dan jangan jugak berdengki dengan dorang. Itu bahagian dorang, biar la.
Kau ambik bahagian kau sudah la.

Mintak maaf kalau ada yang terasa hati dengan entry ni.
Entry ni bukan untuk perli or membangga diri. Aku pun banyak lagi benda yang tak tercapai lagi.
Rumah ni pun masih berhutang lagi dengan bank.
Cuma aku just nak luahkan apa yang aku rasa and educate some of you out there yang tak habis-habis nak menyalahkan orang lain.

posted by green apple @ 10:23 PM  
Newer›  ‹Older
Cuti gamble namanya
Jumaat baru-baru ni aku, En Wan and Redza bangun pagi macam hari-hari biasa, siap-siap nak pergi keje. Tapi aku memang dah plan taknak gi opis, nak work from home je, sebab aku bangun kul 6am, so tak sempat nak masak for lunch orang-orang kat rumah. Jadi aku plan buat keje dari rumah je so that aku leh masak around 11am macam tu (gigih nak explain biar semoorang tau aku isteri mithali).

Kebetulan Redza dah habis exam, pulak tu pagi tu dia dedar-dedar sikit badan, so aku cakap takyah gi skolah la. Tetiba En Wan ajak gi bfast sama-sama. Aku on je. Lagi aku suka.

Eh, tetiba lepas bfast dia cakap 'Nak cuti la. Stress'.

Stress apa ntah.
Stress tengok aku melepak kat rumah kot.
Dengki.
Haha.

Dah dia nak cuti tu aku pun cucuk la 'Jom jalan-jalan nak?'

Aku ni nak ajak window shopping je, sekali dia 'Cameron nak?'

Amboiiii.
Lajaknya kau pikir.
Aku tak terpikir lansung nak keluar dari Subang.
Ingatkan nak ajak gi Subang Parade je.

Terus suruh mak ngan bibik siap-siap, zas zas zas...jalan.

Dah half of the way, baru la En Wan cakap kenapa dia ke Cameron.
Rupanya nak celebrate 10 tahun wedding anniversary.
Sebenarnya bulan 5 hari tu, tapi masa tu masing-masing busy.
Aku memang tak terfikir lansung nak ke Cameron lagi apetah lagi nak celebrate anniversarry kat sini sebab aku dok bayangkan nak feeling-feeling Jun Sang kat Korea. But since tahun ni ada Rayyan, tak sanggup aku nak berangkut baby ke oversea. Cukup la pengalaman bawak Redza gi Bali masa dia umur 3 tahun dulu. Pun dah bersilat aku kat plane.

10 tahun lepas maklom la, gatal nak kawen cepat.
Cuma kumpul duit nak lepaskan kawen je.
Tak terfikir lansung nak pi honeymoon ke apa.
En Wan lagi la.
Kawen ngan aku bulan pertama dia start keje. Mana nak ada saving segala.
Jadi honeymoon pun kat Cameron je la.

 10 tahun dulu .... 
Rambut asal pagi je basah. Hahahah.
(tapi aku padamkan gamba rambut)


Dulu kitorang honeymoon kat Equatorial Hotel.
En Wan kata nak bawak aku duduk kat hotel paling tinggi kat Malaysia.
Tak tau la betul ke tak. Aku percayakan aje la..


 Tinggal kenangan je la WJD757 ni... Ntah mana pegi kereta ni.

Punca aku taknak ke Cameron adelah sebab tak sanggup nak menanggung azab jalan zigzag.
First time pegi dulu aku dah muntah-muntah.
Second time ni dah mabuk-mabuk tapi berjaya kontrol.
Bibik aku muntah 2 kali.
Seb baik Redza ngan Rayyan tak apa-apa.

Rasa apesalla percutian yang menyeksakan macam ni yang kau pilih En Wan???
Dah la jalan dia kecik gila. Yang si lori ngan bus makan jalan banyak pastu nak hon-hon kita suruh ke tepi. Lancau.
Terpekik-pekik aku kat dalam keta.
Pastu banyak gila kawasan bukit terhakis. Cuak je aku.
Tak pasal kena timbus.



Stop pekena teh sembelit kat Bharat Tea. 
En Wan ajak aku turun ke bawah ambik gamba kat kebun teh.
Malas.
Dah la aku mabuk-mabuk ni.

Tapi nasib baik aku tak ikut dia tuurn bawah.
Dia kata elok je dia nak snap gamba aku dari bawah, bateri kamera habis.
Seb baik kauuuuu.
Kalau tak, amukan aku kat bawah tu.
Kau pikul aku naik atas balik.



Alhamdulillah budak ni tak buat masalah sepanjang kat sana.
Dalam kereta pun ok je.
Sedap je terlepek kat dada aku.



Rayyan ni aku rasa terkenan perangai camwhore aku la.
Sepanjang aku mengandung aku cukup suka bergamba.
So dia mesra kamera.
Pantang aku halakan kamera or henfon mesti dia senyum.
Sometimes kalau dia duduk depan aku, and kebetulan aku tengan BBM depan dia ke apa, tau-tau dia tegak depan henfon aku sambil senyum. Dia ingat aku tengah snap gamba dia. Kesian anak aku, terpedaya.



Jadik je aku kan?
Toilet pun belasahhhhhh.



Aku rasa Bharat Tea ni membunuh.
Aku pi Cameron hari Jumaat, baru pagi tadi (Ahad) aku berak ok.
Tu pun separuh nyawa aku meneran.
Bahabi betul.
Pantek punya pekat teh dia.




Kali ni kitorang stay kat Century Pine Resort, Duplex Suite.
Aku ngan En Wan dok atas, yang lain dok bawah.
Kata honeymoon kan, harus ambik duplex jadi orang lain tak dengar bunyik bising kat atas.
Wakakakkaa.
Ok tak kelakar.

Ok hotel dia.
Selesa la sebab ada kitchenette, 2 bilik air, 1 superking bed, 1 sofa bed and aku ambik extra bed sebijik lagi.



Duplex suite tingkat atas sekali, tapi the room kat loteng.
Jangan risau, tangga tu berpintu.
So ada privacy.

Katil dia sebenarnya boleh muat 4 dewasa.
Disebabkan hanya 2 dewasa je yang tido kat situ malam tu maka aksi boleh dipelbagaikan.


Kitorang sampai Jumaat, so parking lot kat depan lobby bersepah kosong.
Rasa best je sunyi.
Tapi esoknya dah penuh dah sampai kena park kat basement. 



Lepas Zohor, keluar. 
Kalau berjalan ngan En Wan jangan harap kau nak melepak dalam bilik.
Dia tak kasik chan punya.
Memang kena paksa keluar berjalan punya.



Ni aku snap kat cafe kat kedai souvenir.
Tak reti aku nak makan roti with buah-buah fresh seketul-seketul macam ni.



Beria-ria aku explain. Macamkan aku yang jual kaktus tu kan?



Aku memang takde la nak belek-belek pokok.
Tak panjang umur pokok-pokok ni kalau kat tangan aku.



Dia ni memang cukup rajin bawak balik 'sampah' masuk kawasan rumah.
Kalau beli pokok memang keje dia.
Tapi sampai situ je la.
Beli je lebih.
Pastu mati pokok tu dia kejekan tak berjaga.



Beli kaktus takpe.
Memang sesuai orang pemalas bela kaktus.



Lepas tu gi petik strawberry.
Dulu duduk sebelah Equatorial tak sempat nak petik strawberry padahal ladang tu kat sebelah je.
Maklom la, masa tu busy di ladang yang lain. Eh.


Satu lagi yang aku takkan buat.
Petik buah strawberry!!!
Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Sebabnya adelahhhhhhhhhhh......curam gila ladang dia.
Aku memang lemah la bab tinggi-tinggi ni.
Gayat.
Lagipun aku tak makan starwberry. Kau tak makan strawberry tapi glabah nak petik??



Masuk ladang ni kena bayar RM10 sorang.
Setiap dua orang akan dapat satu tray.
Tapi before keluar dia timbang strawberry kau.
Kalau strawberry kau harga dia lebih dari RM20, kau kena tambah amount yang lebih tu.
Macam hari tu kitorang 4 dewasa, so RM40.
Total 2 tray strawberry RM53, so tambah another RM13 (terer tak aku ajar korang matematik?)



Redza pendek, jadi dia gunakan kelebihan yang dia ada untuk petik strawberry belah bawah.
Jangan tak tau, yang terjuntai-juntai belah bawah ni lagi besar-besar and merah-merah strawberry dia.



Kau tak nampak gila steep tu??
Merangkak aku nak turun sampai En Wan snap gamba ni buat bahan nak gelak.



Hasil strawberry dari tray aku :)



Objek yang dofokuskan bukanlah bontot perempuan itu.


Macam En Wan landing kat ketiak bangla tu kan?



Nasib baik terpandangkan restoran seafood ni.
Padahal restoran ni belah-belah belakang, tapi rezeki kitorang agaknya terpandangkan restoran ni.
Kalau tak memang KFC je la jawabnya.
The food ok, sedap, cepat.
Aku ratah kerang sampai 2 piring.
Ikan memang garing gilaaaaaa!!!!



Akan tetapi......malam itu Redza and Rayyan telan menceroboh ke bilik kitorang.
Game over serta merta.



Pemandangan dari balcony bilik, before check out.
Kitorang check out pagi sebab nak pi beli sayur, pastu nak rush balik sebab Redza ada art class pukul 4pm.


Betul-betul macam mak nenek aku skarang dengan baju gedobos-gedobos ni kan?


Redza cukup marah kalau aku sikatkan rambut dia macam ni. Dia kata muka dia macam 'kesian'.
Ewahhhhhh, punai baru sejemput dah pandai nak bergaya.
Aku tak kira!
Aku sikatkan macam ni jugak.
Bila lagi nak tengok dia dengan rambut macam ni?
Esok dah besar sikit dah takde dah nak sikat leper-leper macam ni.
So biar la aku abadikan gamba dia berambut leper ni kat sini.



Adik baru nak tumbuh gigi.
Abang baru nak hilang gigi.



Pemandangan hotel waktu pagi. Cantik kan? Seb baik takde salji.
Kalau tak mesti aku leh menipu korang aku gi Switzerland.



Masa untuk memborong sayur.
Gila la okkk RM10 untuk sepuluh ikat sayur!
Mana nak dapat kat sini?
Aku beli sayur sampai RM34!
Kira berapa ikat sayur ada dalam fridge aku skarang.




Dulu masa honeymoon masing-masing mana ada duit.
Memang pegi untuk cukup-cukup bayar duit hotel, minyak and makan je. So nak beli bunga-bunga ni semua memang tak dapat la. 
Aku ingat lagi En Wan dulu suruh aku bila bunga tapi aku tau dia takde duit, so aku tak beli.
Bila lalu balik depan-depan bunga ni rasa sedih je tetiba.


Tau-tau, dia bungkus kan bunga feveret aku 10 batang sempena 10 years of marriage.



On the way turun, sampai 3 kali la benti kat gerai-gerai orang asli ni. Beli madu la, beli rebung la, beli petai la.
Bukan aku makan pun tapi bibik and mak nak makan.
Tadi dorang berlumba-lumba memasak semua ni, aku pun redha je la terpaksa makan. Kang tak makan mak aku kata apa pulak.
Series kembang la tekak aku m akan petai ngan rebung ni.
Kalau dalam keadaan yang betul-betul darurat saje aku akan sentuh dua benda ni.
Selagi boleh berpuasa aku akan berpuasa.
Over tak aku?

Aku kira ok la, tak suka- tak suka pun, habis gak 4 biji petai walaupun bijik yang pertama je aku kunyah, yang lain semua aku main telan je.
Gila hancing sialllllllllllllll.
Seb baik toilet aku ada air freshner.
Tak sanggup aku nak bau kencing sendiri.
Hancing pering!



Singgah jap kat Lata Iskandar saje nak hilangan mabuk jap.
Sempat la aku rembat tudung saji ngan apa benda ntah yang gantung kat balkoni kena angin berbunyi-bunyi tu. Yang dari buluh tu.

Nak sampaikan ke Tapah gila azab aku kat dalam kereta.
Dah la shopping tak hingat. Dengan pokok hutan, dengan pokok pudina, kaktus, sayur sampai lebih 20 macam, belum dengan mainan Redza, tudung saji segala. Macam peghak sangat gayanya semua benda nak angkut bawak balik KL.


Elok je masuk PLUS.....


Tayar pancit.

Biasa la kan, "racer" kalau bawak kereta memang macam ni.
Semua benda dia langgar.
Tapi sebab dia yang bersalah jadi telan airliur sendiri je la.
Cuba kalau aku yang pecahkan tayar tu?
Sampai raya haji tahun depan dok ungkit lagi.

Tapi Tuhan tu nak tolong.
Elok je kitorang pull over, brader PLUS ni lalu.
Dia tolong tukarkan.


Terima kasih la bang sebab tolong tukarkan.
Abang takyah la susah-susah bagi map kat laki saya ni workshop yang terdekat untuk tukar tayar. Dia memang tak makan saman punya orang.
Takde de dia nak benti tukar tayar kat mana-mana workshop.
Konfiden je bawak sampai rumah.
Kalau la terbocor lagi sekali, mana lagi tayar kau nak bawak keluar?
Tapi sebab dah rasa bersalah, sepanjang-panjang perjalanan balik bawak 100 je.
Tau lak berhemah.
posted by green apple @ 12:31 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER