2011-02-27

I accept



Minggu yang memenatkan!!

Tapi puas hati!
Cukup puas hati!
Memang betul-betul ho liau!!!
HAHAHAHAHAHAHAHA.

Entry kalau panjang memang memerlukan penaja.
Ok, iklan stop di sini.




Khamis, lepas balik dari keje aku tengok telur sedang direbus. Telur untuk bunga telur Mek. Before that aku rilek lagi, nampak je telo terus gabra. Walaupun bukan aku yang kawen tapi disebabkan semua hantaran ada kat rumah aku, kepala tu agak risau. Dok memikir apa lagi yang belum siap, belum cukup.

Telo baru rebus.
Malam kang nak kena readykan bunga pahar.
Buah belum beli.
Kek belum ambik.

Petang, Mek pulak call cakap takleh datang ambik barang hantaran sebab dia kena rehearsel. Mak aku pun kena rehearsel sebenarnya tapi sebab banyak sangat benda belum settle, lagipun Khamis petang hujan gila lebat ajdi aku takleh hantar mak. Hilangkan nak hantar mak rehearsel, ada yang berenang-renang dalam banjir kang.

Takpe mak, mak ikut je la apa dorang buat esok.
Kalau silap, buat je lah muka takde efek.
Mesti orang tak perasan punya.




Ini cuppies yang aku tempahkan untuk bagi ke pihak Jalal. Kek ni actually datang dengan box putih tu je. Memandangkan plain sangat kotak tu, En Wan suruh aku hias. No halllll. Aku ni bab menjahanamkan harta benda orang memang nombor satu. Aku ambik je la saki baki bunga yang ada, tepek. Ambik riben, tepek. Settle.

Cantik?
Tima kasihhhhh.

Tak cantik?
Pedulik apa akuuuuuu.



Ni kek yang aku tempah untuk Jalal bagi ke pihak aku. Sebab tu kalernya ijo.
Cantik kan?
Besar lak tu.

Of cos la besarrrrr.
Klorga aku ramai nak rasa ni.
Klorga dia yang datang seploh orang je. Dah kira murah hati la aku tempah cuppies namblas bijik.

Berat gila okk kek ni.
Masa ambik dua-dua ni aku ngan En Wan je.
Memang aku la yang kena pegang. Aku letak kotak cuppies atas kotak kek Jalal, riba. Boleh tahan berat la.




Mandor tengah perati hasil kejer tangan orang suruhan sambil kendong anak, sambil makan jeruk kelubi.

Dah aku pesan kat makcik-makcik jangan dibelikan lagi jeruk kelubi ni. Dia ni kalau jumpa jeruk kelubi, aku telanjang depan dia pun dia buat dek. Ngeri tengok dia makan jeruk, siap hirup-hirup air. Dah la air jeruk tu rupa air kencing! Aie kencing dia la. Air kencing aku jernihhhhhhhhhhh.

The hantaran for both sides. Cuma barang dari Jalal je takde lagi, semuanya letak masa kat masjid.


Mandor kepenatan.
Bukan buat apa pun. Pusing-pusing keliling meja je padahal.


Esoknya hari bermula seawal 6 pagi.
Takde la awak mana pun.
Tapi bagi orang yang dah biasa bangun kul 6.45am, kul 6am ni kira awal dowhhhhh. Macam nak buta rasa mata aku pagi tu. Liat nak celik.

Ok now hantaran ada 8.
Satu adelah bunga pahar.
Lagi satu adelah kek 2 kotak.

En Wan drive.
Aku pegang dua-dua kek.
Mak pegang bunga pahar.

Yang lain semua masuk boot.
Padahal semua dah susun-susun gubah-gubah cantik-cantik.
Tapi no choice, sebab kitorang je ada dalam kereta, lantak kau la nak terbalik ke apa ke kat belakang tu. Tak kosser aku nak pikir. Aku nak jaga kek. Seb baik sirih Kak Ngah yang pegang, kalau tak??!! Berselepet-selepet la sirih tu jawabnya.

Mak aku lagi kesian.
Dah la orang tua tu kecik, kena pegang bunga pahar sepanjang jalan ke Masjid KLCC.
Yang tukang bawak keta pulak anakanda tercinta.
Dia tak tau anakanda tercinta ni kalau bawak kereta mana reti slow.
Selamba badak je dia buat lap.
Turun-turun dari kereta aku tengok macam mak aku pulak yang nak jadi pengantin.
Bunga telor tu punya diamond-diamond semua jatuh atas muka mak aku.
Berkilat-kilat muka mak I youuuuuu.
Ni baru namanya solid gold!

Dah la pagi Jumaat tu jam gila babas aku tak expect jem macam ni punya teruk.
Padahal dah lalu MEX. From Subang Jaya to KLCC je 2 jam setengah. Dengan sesat lagi. Jalan ke KLCC tu tau, tapi Kak Ngah En Wan guide ikut jalan lain nak elakkan jem konon. Tapi guide guna telifon dalam keadaan gabra dah lambat memang ko letak signage besar gajah pun takkan nampak punya. Majlis sepatutnya pukul 9am, disebabkan kereta penting belum sampai, makanya pengantin la tunggu aku kan.

Sampai-sampai je, terus aku guide arrange tempat hantaran and all, dan majlis pun bermula....



Mek dengan baju nikah yang dia beli dengan harga RM2300.00.
Gila apa kau Mek beli baju nikah ribu-ribu? Nak pakai pi mana agak-agak pasni?
Tapi takpela, jadikkan kenangan.
But baju dia sangat cantik. Ada sentuhan arab-arab sikit.

Yang baju hijau tu mak mertua Mek, baju biru tu akak ipar dia.

Elok la kan....pengantin duk satu level ngan tetamu, atas karpet.
Petang sebelumnya aku BBM Mek tanya alas duduk pengantin.

Dia reply 'Nak kena ada ke?'

Memang nak kena budak ni!!!

Harus lah ada!
Kau ingat kau menikah duduk atas kerusi?

Tapi takpe, throw kusyen aku banyak.
Aku angkut satu.
Takkan nak biar adik ipar aku duduk tak beralas. Tapi macam tak suai je pengantin perempuan beralas, yang groomnya tak. So, Mek bagi Jalal duduk.

Disebabkan tak sempat nak beli sarung baru, aku pakai je sarung yang sedia ada. Sembur perfume JPG lagi okkk. (nampak nau hamisnya bau bantal tu kan?)



Setuju ke tak aku nak kawenkan kau ni? Tak setuju cakap. Aku ambik.


Yang baju purple tu adik Mek, namanya Awang. Dari se-mak sebapak. Kira adik bongsu dalam keluarga En Wan. Kalau dari emak yang pertama (mak mertua aku), En Wan paling bongsu. Sebab tu semua panggil dia Adik. Sampai orang kampung pun pakat panggil dia adik. Macamkan orang lain tak ber-adik. Klorga kau je ada adik eh?

Tapi bila Awang lahir, takkan nak panggil adik pulak kan? Si tua tu dah ambik tittle tu siap-siap. Maka orang panggil la adik Mek ni - Awang. Padahal nama budak tu kemain sedap lagi - Wan Mohd Rafizan. Mana datang 'Awang' pun aku tak tau. Same goes to 'Mek'. Pak mertua aku susah payah pikir nama - Wan Rahaya. Celah mana datang 'Mek' pun aku tak sure.


Alas ijau tu aku punya!!!!
(wah bangga ni)
Tak dapat kawen ngan pak arab, dapat kasik pinjamkan bantal kat pak arab pun jadiklahhhhh.

Err.. jejaka berbaju oren terlebih series macamkan dia yang nak kena kawen tu adelah laki aku. Kalau ada sesape berkenan, silalah mintak kebenaran aku dulu ye.


Alhamdulillah sekali lafaz je Mek dah sah jadi isteri Jalal.
Maka, selamatlah semua adik-beradik dari keluarga Wan Dagang, semua dah kawen.
Pasni, tunggu cucu-cucu kawen pulak ye, Mak?



Lepas nikah, aku bagi signal kat En Wan untuk guide Jalal. Jalal ni pengapitnya kawan dia from Sweden, mana kawan dia nak tau apa nak dibuat lepas nikah. So En Wan apit Jalal untuk guide bagi mas kawin kat Mek.

Kau nampak itu cash?
Itu adelah mas kawen, 10K!
Menggigil bulu-bulu aku dengar.
Seb baik dah shave sikit pagi tu. Kalau tak, harus berguguran satu persatu.



Lepas dia serah mas kawen, dia diam je.
Dia pandang Mek, Mek pandang dia.
Aku cuit bahu En Wan sikit, barulah En Wan suruh Jalal kiss dahi Mek.
Wahhhh, tak kasik can budak ni.
Aku suuh kiss dahi je. Dia balun dua-dua pipi sekali.
Lek lek Jalalllll.



Cincin nikah.
Aku malas nak close-up gamba cincin.
Sebab aku dengki.
Ngahahahahaha.

Lepas sarung cincin, En Wan bisik kat aku 'Pasni nak kena bagi gelang tu ke?'

'Ye'.

Dan En Wan pun angkatlah dulang gelang tu pulak.



Duit hantaran adelah dalam bentuk gelang, 3 utas.


Seutas Cartier pun aku dah terkentut-kantat nak bayar, ni kau bagi 3 dengan penuh keselambaan.
Dan aku pun melihat dengan penuh syahdu....
Tapi kejap je syahdu sebab lepas tu aku terpandang caterer angkut nasik lemak masuk masjid.
Nevermind the gelang.

Lepas settle dulang mas kawen and dulang hantaran, En Wan gi ambik dulang yang last.
Tapi cepat-cepat aku tarik baju dia.
Gila apa nak suruh Jalal serahkan kek kat Mek?
Kalau ada seploh dulang, seploh-seploh tu kau nak bagi kat tangan Mek ke?
Kau biar betul sikit bang.
Don't drop my water face okk.



Oh, masa ni memang sedih.
Aku ngan En Wan pun bergenang airmata.
Mak dia peluk Jalal ni macam taknak lepas.
Jalal ni the only child dengan bapak sekarang.
Kalau adik-beradik tiri dengan bapak lain ada 2-3 orang jugak kot.

Beria-ia mak dia menangis.
Peluk, lepas. Peluk lagi, lepas. Pastu peluk lagi. Siap cium-cium tapak tangan anak dia.

Agaknya macam tu la emak kita kalau anak lelaki dia kawen kan?

Aku pernah terbaca kat mana ntah, artikel tu cakap, seorang mak lagi susah nak lepaskan anak lelaki dia kawen banding anak perempuan. Sebab anak perempuan, dia dah ajar cara nak uruskan rumah tangga. Tapi kalau anak lelaki, dia tak sure if isteri tu boleh jaga anak lelaki dia macam yang dia jaga.

Selama mak mertua aku dok rumah ni, aku jaga anak dia kaw-kawwwwww. Cuba dia balik Trengganu sok. Siap anak dia aku kejekan.

Apa, kau nak makan?
Pegi mentekedarah kat mamak!


Kiri : mak kandung. Kanan : mak tiri


Bertuahkan Mek ada dua mak?

Percaya or not, masa Awang bujang dulu, dia duduk ngan mak aku tau. Dia tak duduk dengan mak dia. Masa Mek nak kawen ni pun, Mak Ndong (pangilan untuk mak Mek) yang belikan kain untuk tempahkan baju untuk mak pakai masa reception. Dah la tempahkan, dia siap tampalkan batu-batu lagi kat baju tu. Mak aku tinggal sarung ke badan je.

Kalau aku lah, belum tentu boleh buat macam ni.
Tapi kalau dah ditakdirkan nak buat camana kan?
Aku belikan la jugak kain.
Tapi kain kapan la.


Masa Jalal peluk bapak dia barulah airmata dia keluar.
Lama bapak dia peluk, tahapa la yang dia pesan. Aku nak gak pegi dekat sikit kot la boleh dengar apa dia pesan.
Tapi aku lupa aku tak paham arab.
Kahhhhhhhhhhhhhh!


Aku dan Mek.


Teringat dulu kalau balik kampung mesti sama-sama comparekan kaler rambut.
Comparekan berat badan. Tapi dalam pada compare tu mulut masing-masing mengunyah kopok lekor tak berenti.

Berat badan ko berapa?
Ko pegi gym kat mana?
Apa tajuk kaler rambut kau?

Sibuk je kakak ipar nak bersaing ngan adik kan?

Alhamdulillah, Mek dah jumpa jodoh dia.
Penampilan pun dah berubah.
Yang sebelah tu bila agak-agak?
Tudung pun pinjam bibik punya.


Auwwwww!
Ni pun pengantin gak.
Seploh tahun dulu.


















































Going home and get ready for the reception ini malam sebab aku kena preparekan speech untuk En Wan berucap.


Tapi aku cerita pasal reception esok.
Now, nak tido.

2011-02-24

Ni penting!!


Siapa minat Maher Zain and nak pegi konsert dia Sabtu ni tapi tiket dah habis?

Angkat tangan!

Tinggi lagi!

Ok ni ada 2 extra tiket for Maher Zain concert Sabtu 26 Feb kat Stadium Melawati Shah Alam.

Tiket adelah berharga RM300 (with tax), seats 2 row from front. Kira kalau ko ambik seat ni kebarangkalian Abang Maher mintak ko naik stage nyanyi dengan dia adelah PASTI.

Tapi tiket ni bukan aku yang jual.
Sebab aku pun tak tau-menahu Abang Maher datang buat konsert kat sini.
Aku tolong orang jualkan je.

Other details are in this entry



2011-02-23

Mak pengantin

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Minggu ni aku jadi mak pengantin.

Jumaat ni Mek nikah pagi kat Masjid KLCC pukul 9am, malam pulak reception kat DuchessPlace @ Jalan Ampang. Aku pun tak sure apesalla yang kau nak nikah pagi Jumaat. Tetapi memandangkan suka-suka hati aku nak pegi keje ke tak, jadi aku adelah no problem nak memonteng hari tu. Rombongan pihak pompuan akan diketuai oleh abang Mek iaitu En Wan Mohd Ridzuan, dan aku bertindak sebagai penyeri rombongan itu.

Yang nak kawennya Mek, tapi aku ngan En Wan dari last week sampai hari ni tak abis-abis bincang nak pakai baju kaler apa. Pengantin pun tak sibuk nak pakai sedondon.

Eh tapi tahun ni aku 10 tahun anniversary hokeyyyy, haruslah ambik mood kat kenduri orang.

Malamnya pulak reception, semua ahli rombongan kena pakai green apple. Tak kisah la kalau ada mixture of color lain but the green apple has to be there. Tapi aku takde baju kaler green apple. Melainkan aku pakai baju Ben 10 Redza.

Mek asalnya nak buat yang wajib je, nikah and done.
Hantaran pun takde.
Just mas kawen and cincin je sebab plan nak kawen ni semuanya mengejut. Semua sebab nak kejarkan Mek nak ke US next month, so satu benda tak prepare. Tapi En Wan telah me-nyound adik dia at least ada sikit barang kita bagi, takkan nak melenggang je masuk masjid tak bawak apa-apa. Lagipun kawen ngan orang luar, kau bagi hantaran cokelat Tora pun dia kagum sebab kat negara dia mana practice hantaran-hantaran ni semua.

Tak feel la kawen takde hantaran. Biar takde kenduri, tapi kalau takde hantaran sangatlah bukan majlis kawen namanya.

Kenduri arwah pun kenduri gak, tapi ada bawak hantaran?
Kenduri aqiqah ada bawak hantaran?
Kenduri bersunat ada?
Takdeeeeeeeeee.

Jadi disebabkan aku yang sibuk suggest buat hantaran, maka aku la yang kena prepare dulang-dulang hantaran tu. Dem!




Tak berapa nak kreatif la macam si Peej buat.
Main gam je janji melekat.
Bukan aku punya hantaran lagi pun, apa aku kesah?
Muahahahahahaha. Kalau Mek baca ni mampus aku.

Aku tukang buatkan je, ramuannya orang lain yang beli.
Walaupun kaler purple tu aku tak berkenan tapi bukan kau yang kawen Diana, so kau jangan sibuk nak kondem. Orang dah jemput kau dah baik.

So, dari Mek adelah tema purple. Yang lain belum siap lagi. Tapi tak banyak la, sebab pengantinnya tak tau menahu pasal hantaran, kitorang je memandai. Janji ada. Mek 5 dulang, Jalal 3. Nak bagi banyak-banyak pun buat hape, satu hal kau nak mengusung balik ke Sweden.

Jumaat lepas Mek call mintak aku buatkan hantaran untuk pihak Jalal sekali.
Jalal nak green apple.

Owh, you nak I??????

Panggggggggggggggggggggg!

Kau kalau nak merenyam buat sit ups dulu ye Diana?



Untuk Jalal, aku yang sediakan semua ramuan, jadi ikut suka tekak aku la nak bubuh apa. Kau readykan duit je sudah.

Disebabkan aku sendiri yang pilih barang, so pengantin kena ikut cakap aku.
Kotak tu aku imaginekan untuk dia letak cheque hantaran, so aku tak kira, kau kena bagi fit cheque tu dalam kotak.
Yang bekas lagi satu tu untuk letak barang kemas, so ko kena carik barang kemas yang boleh fit atas kotak tu. Ada berani nak lawan wedding planner?
Aku terbalikkan khemah kau kang.

Lagi satu dulang lagi adelah kek. Disebabkan kek dari Jalal adelah untuk pihak aku, so aku kena pastikan perisa kek tu adelah menepati citarasa tekak aku sebab aku jugak yang makan nanti. Kek untuk both hantaran Khamis ni baru aku pegi ambik. Untuk bagi ke pihak aku, aku order kek besar. Untuk bagi ke pihak Jalal, aku bagi orderkan cupcake je. Ngahahahha.

At this point of time aku tak sure aku ni wedding planner ke wedding crasher.
Tak kisahlah plan or crash, namanya tetap wedding jugak.

Ok, tukar topik.



Ini gamba budak busuk no. 2.

Budak ni lagi masam dari abang dia. Minum susu suka ludah-ludahkan. Apa tak masam?
Kau ingat susu kau setin lapan ringgit??

Walaupun dah boleh pakai seluar, dia tetap taknak pakai seluar.
Asal sarung seluar je dia menjerit.
Kalau aku tanggalkan, dia sengih.




Geli tak? Macam bapuk kan dia pose camni?
Padahal masa ni anak dia tengah nangis tapi dia tengok je. Memang dia tak berani nak angkat. Kalau dia nak pegang, aku yang kena angkat Rayyan and letakkan atas tangan dia. Tangan dia pun aku kena adjustkan siap-siap.

Masa ni aku sebenarnya tengah masak, so dia kena take turn tengok Rayyan. Memang betul-betul dia tengokkan je Rayyan tu. Kau melalak ke, kau kencing sampai pampers kau pecah ke, takde la dia nak buat apa-apa. Dia tengok je.

So, masa Rayyan menangis, aku berkejar ke depan....




Aku nampak ni!!!!!!

Ni game apa yang kau belikan untuk nak kau ni, bang????????

Ni wrestling game.
Tapi si Redza tak main wrestling tu, dia seronok tukar-tukarkan jenis spender kat wrestler, boleh???

Yang bapak dia pun layankan aje. Siap bagi suggestion, 'spender ni cantik, Ja. Pakai spender ni la'.

Ke kekuatan wrestler tu ada sangkut-paut dengan jenis spender yang dia pakai?
Mungkin laa..




Ok, ni untuk memenuhi permintaan. Ada yang tanya kenapa dah makin kurang gamba aku dengan En Wan.

Maka tenunglah gamba ni puas-puas.




2011-02-22

Aku adelah aku.






Aku : Papa itam ke putih eh?

Ija : Putih.

Aku : Ija putih ke itam?

Ija : Itam sikit.

Aku : Mama putih ke itam?

Ija : Putih sikit......ada banyak hitam.



Sukorrrrrrrr En Wan takde time ni.
Kalau tak, sampai pagi lusa da gelakkan aku.

Itam hanya luaran.
Di dalamnya ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak akan kamu sangka boleh menjadi putih.

2011-02-21

Mana nak?

Aku masuk ofis today (Orang lain hari-hari masuk ofis pun tak kecoh macam aku kan?). Terasa best jugak sesekali masuk ofis, rasa sangat bertenaga dan fokus sekali (nampak nau selama ni tak fokus). Masa nak balik, aku masuk kedai buku jap, ada la 2 orang akak ni tengah selak-selak magazine.

Akak A : Kemain lagi artis skarang kawen, tak doploh ribu, tak sah.

Errr...sape artis yang kawen baru-baru ni ha? Aku tak tau pun?

Akak B : Kata selebritiiiii, memanglah kena puluh-puluh ribu.

Akak A : Anak dara akak dah ada calon?

Akak B : Hmmpphhh. Ada. Tapi semuanya aku tak berkenan.

Masa ni aku dah nak balik tapi macam best jugak kalau aku tunggu lagi seminit dua. Macam best je akak dua ni berbual, ada gaya-gaya menuju ke arah pengumpatan.


Akak A : Kawan belajar ke?

Akak B : Ha'ah.

Akak A : Ha, elokla tu kak. Sama belajar.

Akak B : Perangai sorang-sorang cukup aku tak berkenan. Yang sorang asikla menelifon siang malam. Yang satu lagi tak beradap bawak anak dara orang ke sana-sini naik moto.


Selebihnya aku malas nak dengar.
Sebab akak ni macam darat sangat. Cara bercakap tu macam nak menyalahkan boifren anak dia 100 peratus.

Marah pulak orang bawak anak kau naik moto. Kalau anak kita tak nak naik, tak jadiknyaaaa. Sebab anak kita nak naik la maka 'kehulu-kehilir' itu terjadi. Alah, lagipun what do u expect? Kata student lagi. Dah bagus la tu ada moto. Takkan nak suruh budak tu beli keta kot kak? Agak-agak la kak, mana nak cekau time blaja beli keta? Pakai duit PTPTN?? Besar rahmat dah tu boifren dia ada moto. Dapat cam boifren aku dulu, naik bas je. Berlendir-lendir aku atas bas. Bau aku dengan bau bangla dah naik sebati kalau masuk bas. Kulit dah memang sama. Mujur bapak aku kasi pinjam moto dia. Dapat jugak la aku merasa berpeluk-pelukan atas moto. Kalau tak, sampai ke sudah aku bergesel-gesel dengan bangla atas bas.

Bergayut siang malam tu adelah satu bukti chenta, Kakkkkk. Yang bergayut pun anak kau, bukan kau. Jadi apekah masalahnya? Kira baik la tu ko nampak anak kau siang malam bergayut. Kurang-kurang dia depan mata kau. Mana nak, nampak anak kita bergayut siang malam or lansung tak nampak-nampak anak dari siang bawak ke malam? Pilih.

Macam aku adik-beradik, kitorang bangsa bawak balik boifren/girlfriend kat rumah. Mak Aji yang suruh buat macam tu. Dia kata senang aku nak monitor korang ni, agak-agak kritikal, aku kawenkan je. Sebab tu aku adik-beradik kawen semua ditanggung, sebab kitorang sengaja buat-buat kritikal.

Boifren-boifren aku dulu (wah, macam ramai sangatla boifren kau?) semua jenis yang tido rumah aku. Dah dipelawa tido tu agak-agak la kan. Semalam sudah la, esok sila la balik. Ni takkk. Selagi tak disound, selagi tu la dia bertepek kat rumah. Macam En Wan, sampai makcik-makcik aku halau dia balik sebab lusa nak kawen, hari tu dia leh lepak lagi kat rumah aku. Padahal makpak dia dah datang KL dah siap- siap untuk kawen dia.

So, aku rasa apa yang akak tu 'tak berkenan' sangat dengan boifren-boifren anak dia tu sangatlah tak relevan. Budak tu keluar kau marah, budak tu dok rumah bergayut siang malam kau marah. Kot ye pun anak ko harga 30 ribu...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Troma



Dah 2 hari aku dok mimpi benda yang sama - HANTU.

Maybe aku troma sangat-sangatnya sebab berani drive sorang-sorang tengah-tengah malam.
Eh, bukan malam. Awal-awal pagi.

Sampai skang aku macam tak percaya mana keberanian tu datang sampai aku yang penakut gila ni boleh terberani nak drive sorang. Padahal before check out tu aku dah imagine yang aku akan lalu Gua Tempurung - tempat yang banyak sangat aku dengar cerita-cerita pelik. Lalu siang pun aku meremang bulu tengkuk, inikan malam???!!

Tapi masa tu aku just pikir, mesti ada keta lalu, takkan takde keta? Alangkan hiway East Coast tu pun ada 3-4 bijik keta lalu walaupun bukan musim cuti/raya. Tapi sialan sungguh la malam tu toksah kata Gua Tempurung, sepanjang-panjang hiway tu aku rasa tak sampai 40 bijik keta yang sealiran dengan aku.

Tapi mungkin betul gak komen reader kat sini yang ada possibility bendalah tu terbang melintas kereta aku sebab nak bagi amaran 'Weiii jangan speed sangat, kang ko pun bakal jadi hantu macam aku jugak'.
Sebabnya aku speed sampai 160 km/h.
Dah tuuuuu, jalan takde orang. Alangkan ada orang pun aku kengkadang terbabas speed sampai 150.

Tapi kan, satu benda yang aku belajar dari pengalaman aku tu adelah, ko akan nampak benda yang kau imagine hanya jika kau nak nampak dia.
Maksudnya, kalau kepala kau asik pikir hantu, konfem ko akan nampak punya.

Kalau ikutkan aku punya bangsa penakut ni memang banyak sangat aku nak bayangkan.

Aku nak terbayang hantu duduk kat seat blakang.
Tetiba pocong berdiri atas jalan.
Tetiba ponti terbang betul-betul sebelah kereta aku.
Tetiba kang ada bau sundal malam mengiringi perjalanan.
Tetiba kang ada suara 'Hussinnnnnnnn..hussinnnnnnnnnnn'.

Tetiba je Hussin.

Dah la certain kawasan kat area Perak tu frekuensi radio Tamil gila kuat. Kau pasang mp3 tetiba kang dengar suara Sivaji. Seb baik malam tu aku dah nasihatkan diri aku yang suara Sivaji bakal ke udara di sesetengah kawasan, takde la aku gabra sangat nanti.

Tapi alhamdulillah aku berjaya kawal kepala aku dari pikir muka-muka hantu ni semua , yang aku pikir cepatlah sampai rumah sebab aku nak tido. Tapi now, aku jadik takut pulak nak tido. Sebab dah dua hari aku tido mesti aku mimpi aku kat lokasi yang sama, tengah drive.
Padahal before tido dah baca macam-macam.
Maybe aku troma kot.

Tapi kan, masa aku drive tu, aku konfiden je akan sampai rumah dengan selamat tanpa gangguan anasir-anasir pelik.
Sikit tak terfikir kalau lah kereta aku tetiba nak buat hal malam tu.
Kang elok je sampai kat Gua Tempurung, jam tu jugak la dia nak mati enjin, camne? Semalam taknak mati. Malam ni jugak kau nak mati.
Ha, camne? Camne?
Ce cite. Ce cite.

2011-02-18

Apekah yang aku lihat tadi?



Aku telah buat satu keje gila.
Iaitu check out dari hotel pukul 3am.
Sebabnya adelah aku boring dan juga takut tido sorang. Nak tido kat lobby nampak sangat bataknya so aku decided untuk balik je la.
Aku tak sure masa aku pack-pack baju nak balik tengah-tengah malam aku dalam keadaan waras ke tak. Sebab memang aku rasa numb while driving, bila ada road block baru aku tersedar yang aku memang tengah driving.

Pukul 3.15am!

Dan perjalanan tu ambik masa lebih kurang a few hours, tu pun kalau aku bawak constant 110 km/h. Tapi lojik ke nak bawak 110 je tengah-tengah malam dengan hiway pun takde orang? Konfem la aku pecut sampai 150 km/h. Harap takde la saman sampai hujung bulan.

Dah la aku period, so ketakutan tu berada pada level yang agak tinggi dari biasa. Tapi aku machokan diri jugak.
Payah betul nak nampak sebijik keta tengah jalan. Yang banyak cuma pada oppoiste direction. Yang satu jalan dengan aku, ada la dalam sebijik kereta every 2km.

Dah tau takut, tapi pasang mp3 rock kapak. Masa tu la baru aku nak bersumpah beli CD mengaji la apa la.
Tau je la suara rock-rock kapak ni semua jenis memekik. Dapat lak time tu lagu kumpulan May. Suara si Mus ni gila punya rempit, meremang je bulu roma aku. Kang tetiba suara rempit tu lagi panjang dari biasa. Tak ke kejang aku dalam tu?

Sampai kat area Selama, aku sorang je atas jalan!!
Oh, cuak.
Ni apehal sebijik lori pun takde ni?
Tapi aku cool kan diri jugak. Padahal mata melilau kejap-kejap pandang side mirror, kejap-kejap pandang belakang.

Tetiba kan aku nampak something.
Bukan nampak benda putih berdiri kat tepi jalan.
But the benda putih melayang betul2 depan windscreen aku.
Tak percaya?
Tolong lah percaya.

Terkejut jugak nampak benda melayang.
Dia melayang style slow dan berpusing-pusing.
Mujur dia tak berenti kat tengah-tengah. Mau makan asap Shumaker kalau race ngan aku masa tu.
Tapi surprised jugak la aku leh slow down kan keta aku sikit sebab aku nak toleh belakang carik mana dia pergi.
Lepas dia hilang tu, aku nampak lori dari hala bertentangan nyalakan high beam.
Ah, sudah!!
Benda ni ada atas bumbung keta aku ke apa??
Masa ni aku dah start takut gila.
Apa lagiiiiiiiiii. Ayat Qursi 100 kali la.
Dari Selama sampai ke exit ELITE hiway mulut aku tak benti-benti baca ayat Qursi. Tapi mp3 rock kapak tetap bukak.

Cuma mujur dia tak tunjukkan muka.
Kalau masa diua melayang tu dia toleh kat aku, aku rasa mesti aku dah terbabas.
Silap-silap aku pulak yang jadi hantu kat situ sok. Ha, kauuuuuuu.

Pastu masa kat area Gua Tempurung pun takde kereta gak lalu-lalang.
Heran betul.
Apesal kat tempat-tempat yang disyaki ada hantu ni mesti payah jumpa kereta?
Selalu tengok citer hantu mesti aku bengang kat jalan ada satu keta je. Takde keta lain. Macam tak lojik. Macam sengaja je pengarah ni nak buat elemen seram.
Sekali kena kat aku tadi, baru tauuuuu.

Tapi pastu aku nampak satu kereta ni. Tapi ni bukan citer hantu la.
Gila selowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww keta ni.
Lampu pun macam nyala tak nyala je. Buruk gila la jugak kereta tu. Aku nak overtake pun takut. Sekali takde orang bawak, camne???

Tapi aku ni punya perangai. Penakut. Tapi sifat ingin tau tu menebal.
Eh, bukan ingin tau. Tapi kepoh.

So aku overtake kereta tu.
Eh siap turunkan tingkap lak tu!
Selamba je aku tengok pakcik tu bawak selow sambil isap rokok. Macam takde rasa apa. Ni kalau hantu sergah, macamana agak-agak kau nak lari dengan kereta kau yang semput macam tu? Mau tertanggal enjin kalau dia pecut jugak. Sebab kereta dia uzur sangat-sangat.

Respek la kat pakcik ni sebab berani.
Dah la selow, siap bukak tingkap lagi. Hantu nak masuk pun pikir namblas kali, ni sape yang hantu ni, aku ke dia.

Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah pukul 6.15am.
Sampai skang aku dok terfikir lagi, menatang apa yang melayang tu.



2011-02-17

Majlis bertunang


Sabtu lepas agak huru-hara jugak la rumah aku sebab adik En Wan tetiba call Jumaat malam dalam kul 10.30pm cakap pihak laki nak datang bertunang Ahad ni kat rumah aku.

Boleh?

Jawapannya adelah bolehhhhhhh.
Sebab bukan aku yang bertunang.

Cerita dia cenggini.

Adik En Wan ni berchenta dengan sorang mamat Arab yang belaja kat UIA. Mana dia kenal aku pun tak sempat nak tanya. The father ius Algerian, mother pulak French. Tapi duduk Sweden. Jiran Maher Zain kot.

Memang baru-baru ni dorang rancang kawen, agak mengejut la jugak perancangan nak kawen tu sebab takde bunyik apa-apa tau-tau nak kawen 25/2 (next week) ni. Memang tau dah dorang in love, dah dua kali jugak la si Jalal (bf adik En Wan yang kami panggil MEK. Padahal nama budak tu kemain sedao lagi Wan Rahaya. Mana datang MEK pun aku tak tau) ni melawat aku kat hospital masa tersadai tu hari. Masa tu takde lak bunyi-bunyi nak kawen.

Disebabkan si Mek ni nak kena hantar pi USA 2 tahun, next month, Jalal ni ajak kawen cepat-cepat. Asalnya takde majlis merisik bertunang segala, alih-alih bapak si Jalal ni datang Malaysia Rabu lepas, nak terus ajak bertunang. Ah, sudah!

Masa dia bagitau nak ajak bertunang tu, Mek baru je touched down from Jakarta. That was Jumaat malam. Dan Jumaat malam tu jugak la Mek bagitau mak dia kat kampung ambik tiket bas esok pagi dan-dan tu jugak datang KL (rumah aku).

Kau ada berani bertunang macam ni?
Hari ni plan, esok terus jadi.
Boleh?

Esok paginya (Sabtu) rumah aku clear lagi, masa tu suasana pun tak berapa nak havoc sebab aura-aura gelabah belum sampai. Malam tu, bila mak Mek, dengan si Meknya sekali dah sampai rumah, dah berdiskusi anak-beranak barulah masing-masing rasa nak tertanggal kain. Gabra jugak la pikir apa nak buat.

Ye la, yang kitorang ni pihak perempuan, takkan main sengih je sambut rombongan laki. Walaupun sebenarnya rombongan laki tu cuma Jalal ngan bapak dia but still rombongan namanya.

Yang aku ni pikir apa nak masak.
Yang En Wan pikir apa nak cakap. Gila kau, tak penah hayatnya jadi orang perantara majlis bertunang, tak ke menggelupur En Wan hari tu?
Yang Mek pulak pikir apa nak bagi.

Memang tak sempat nak prepare hantaran apa pun.
Seb baik la si Jalal tu pun tak bawak apa-apa sebab dia tak tau adat-adat orang sini. Dia bawak kek and cincin je. Kira beradat jugak la kan, datang bawak kek. Kalau dia datang melenggang, aku perambat dia pegi beli sate.

Segala-galanya mengejut punya plan, so Mek tak sempat nak bagitau Jalal cara-cara orang Melayu bertunang, kena bawak wakil untuk bercakap dengan pihak perempuan, kena ada hantaran sikit, bla bla bla. Tapi disebabkan segalanya tak sempat, kita belasah ajelahhhh.



Aku suruh Mek pi beli buah ngan coklat, wrap.
Habis cerita.
Kalau nak lagi senang, aku suruh beli hamper CNY kat Giant je. Macam-macam ada dalam tu. Cornflakes, cokelat, air kotak, gula-gula.
Nak lagi senang????
Pun bolehhhh.
Beli je limau mandarin sekotak.

Toksah kata mini pelamin, baju bertunang pun ilek.
Pakai jubah je.
Dah kau pun kawen ngan Pak Arab kan, takkan nak pakai kebaya sendat kottt.
Haruslah jubah.



Masa diorang datang, aku tengah tidokan Rayyan kat bilik.
Sekali anak sedara En Wan panggil aku turun. Dia mintak aku tolong sama cakapkan kat rombongan Jalal.

Wahhhh, aku pun turun dengan baju kurung and tudung okeh.
Dah macam aku pulak yang jadi minah arab.
Tersengih-sengih anak-anak sedara En Wan tengok mak sedara transform jadi solehah.
Aku lempang sorang-sorang nak?

Masa diskusi tu agak tegang sikit la mula-mula.
Sebab bapak Jalal ni request supaya Mek tak pegi USA. Padahal budak tu dah sign contract, dah bayar deposit apartment semua kat sana. Bulan lepas Mek dah pi sana pun uruskan tempat tinggal and tempat keje dia, alih-alih bapak dia request untuk not to go.

Bila Mek cakap dia boleh je batalkan contract tu cuma not good untuk reputation dia la. Sebab asaknya dia yang beria-ia request untuk dihantar ke sana, last-last bila dorang dah hantar, dia nak mintak cancel.

Dan bapak Jalal pun keluarkan hadis.
Hadis okeh.

Siap dia translatekan hadis tu maksudnya 'Tempat isteri adelah di sisi suami. Buatlah sesuatu yang menggembirakan suami, nescaya kamu akan berjaya akhirnya' - lebih kurang cenggini la bunyiknya. Dia bagitau lagi yang kita kena kejar kebahagian akhirat, bukan dunia. Tuhan akan kurniakan kita lebih lagi di masa akan datang. Kalau travel jauh-jauh ditemani muhrim takpe, ataupun ada muhrim yang menunggu dia sana, Bla bla bla....banyak lagi dia cakap. Aku kat tepi terus insaf kejap. Terbantut rasa nak pegi outstation.

Tapi kejap je la rasa terbantut tu, now tengah menaip ni aku dah pegi outstation dah pun. Hehe..

Mek pun takde kata putus, Jalal pun susah nak buat keputusan, last-last aku cakap 'Maybe we shud take a break. Let's have sumthing first'.

Padahal aku lapar.
Sebab kau janji nak datang lepas Zohor, tapi dah masuk Asar baru kau sampai.



The food.



Udang goreng kunyit plus tepung sikit (sebab tepung habis)



Ikan siakap sweet sour.



Sayur campur


Green curry chicken


Tapi aku tak makan, sebab aku diet. Diet je la keje aku, kurusnya tak jugak.
So, aku ikut resmi Ahmad Nisfu. Ambik bau saje :)
Tapi aku jugak yang paling gemuk dari orang yang belasah 2 pinggan nasi.

Lepas makan-makan semua, sambung balik bincang.

Masa ni kau tolak aku, aku tolak kau, semua segan nak tanya pasal hantaran.
Takkan la pihak perempuan yang tanya kan?
Nampak nau kemaruk tak berduit, harap duit pihak laki.
Last-last semua buat dek, biar Mek ngan Jalal je discus kendian.
Pandai-pandai korang la.

Pastu Kak Ngah En Wan bagi signal kat aku suruh tanya mana cincin tunang.

Ni la payahnya kalau main belasah je. Kita sendiri tak tau apa nak tanya.
Takde orang tua yang boleh jalankan tugas. Maka terpaksa la aku jadik orang tua.

Masa aku tanya pasal cincin tunang, si Jalal ni main keluarkan cincin dalam beg laptop je.
Haaa...kau ada camni? Hahahaha.




Disebabkan mak Jalal cuma akan sampai Malaysia Jumaat ni, takde saper nak sarungkan.
Takkan la nak suruh bapak si Jalal ni sarungkan kottt.
Baru lepas orang tu tazkirahkan pasal aurat, kang kalau aku suruh dia yang sarungkan kat Mek, ada kemungkinan kat situ jugak dia talkinkan aku.

Cincin ni pun kakak Jalal yang belikan, from Sweden. Masa dia suruh Mek pilih, guna MMS je.
So Mek pilih yang ni, white gold. Dia kata ada satu tu simple je so dia tak pilih la yang tu. Sekali yang dia tak pilih tu rupanya platinum okeh. 30K lagi. Taraf-taraf Siti Nurhaliza.
Err...putih mata tak? Ahak ahak ahak.
Tapi kira ok la white gold white gold pun, RM10K harganya.

Aku punya dulu lagi best.
Cincin tunang kemain lagi platinum tempah khas kat Jepun, siap engrave nama aku ngan En Wan - ONE DI FOREVER.
Dah la tempah khas, platinum pulak tu.
Sekali cincin nikah beli kat Kedai Emas Wah Chan, RM800 je. Kahkahkah.
Dah patah pun cincin tu aku kejekan. Mana tak patah, tumbuk sambal belacan pun pakai cincin, basuh keta pun pakai cincin, cabut rumput pun bercincin. Tak sampai 3 tahun pakai, selesai aku kejekan.



Mek yang jubah hitam. Padahal dia ni seksi meksi dulu. Sekali dapat Pak Arab terus berjubah. Alhamdulillah.

Kau bila lagi Diana??? Kahkahkah.

Kesian Mek, simple sangat majlis bertunang dia.
Apa pun tak buat. Jamu makan je. Tapi takpelah, kau generasi moden.

Jimat jugak buat cenggini eh? Takyah nak bersusah-payah hantaran itu ini.
Jadi jugak bertunang, bukan tak jadi. Cuma kuranglah meriahnya berbanding ngan majlis bertunang orang lain. Tapi aku rasa Mek tak kisah, janji dia bertunang.




Masa ni dah settle habis bincang, sarung cincin, time nak adjustkan tengkolok and baju Jalal.
Agak smart jugaklah Pak Arab ni bila bertengkolok.
Tapi laki aku lagi smart kot.
(nak jugak puji laki sendiri)


Ha, ni dia laki aku tido jemaah dengan Rayyan. Masa ni dah habis majlis, En Wan kepenatan.
Jadikla ye bang, nak kawenkan anak pompuan memang dah takde harapan. Tuhan bagi kita rasa kawenkan adik perempuan je. Jadiklahh.


Thanks to Blogger AI (Aizah Kaman) for this present :)

2011-02-15

TOLONG





Ni ada keje untuk korang semua.
Kejenya adelah TOLONG KLIK kat page budak ni.
Dia nak kawen, so kalau menang contest ni wedding diorang ditaja (bukan kesemuanya, maybe taja baju kot, aku pun tak sure).

Sorry dik, akak dah try nak click LIKE tapi takleh sebab frenlist akak dah penuh. So sempena wedding korang, akak leh tolong war-warkan kat readers untuk klik kat page tu ye?

Korang-korang ni semua aku tau malas nak beli hadiah untuk pengantin ni kan, jadi kalau dah taknak bagi hadiah tu, bawak-bawak rajinkan tangan mengklik page ni. Insyaallah, berkat exercise tangan, kita bantu dorang dirikan mesjid.

"kalau boleh,sy nk mntk tlg akk publish Cinderella Dream Contest by Rins Suzana utk dapatkn vote drp reader2 akk. Just follow this simple step:

tolong vote kitorang :D thanks in advance ♥ ♥ ♥

1) like this fan page ---> mula-mula klik sini

2) like this picture --> pastu klik sini pulak



THANKS ALL.




p/s : entry sebenar-benar dari aku akan bermula esok insyallah, skarang mau buat keje dulu.

2011-02-11

Mintak nyawa!!



Ya, Allah!
Mintak nyawa!
Mintak nyawaaaaaaaaaaaaaaa!

Ambik nafas dalam-dalammmmmm.
Pejam mata.
Lepasssssssssssssssssssssssssssss.

Ok, lega sikit.


Baru je kejap tadi si alpoyo tu call "bertanya khabar" lagi. Rajin betul dia buat baik dengan aku skarang kan? Sampai 3 missed call dia bagi.
Mesti nombor aku ada dalam list family & frens dia.


Kali ni tanya khabar bibik aku.

Oh rupanya dia pun nak ambik bibik. Tapi baru dalam planing so now tengah survey-survey harga. Dia tanya kat mana aku ambik, bibik ok ke tak, berapa aku bayar gaji, berapa aku bayar agent.

Dia PLAN nak ambik maid dalam bulan ni tapi agent yang dia ambik tu mahal TAPI dia kata tak kisah janji dapat dalam bulan ni gak. Ok fine. Duit kau, ada aku kesah?

Gaji yang agent tu request is RM550. Tapi, dia PLAN bagi RM600 (takat lebih RM50 pun kecoh) sebab "Rumah I besar". Ada rasa nak pitam tak baca?

Dia PLAN bibik dia sok just kemas rumah je. Menggosok, membasuh, memasak semua dia nak buat sendiri. Katanya lahhhhhh.

Bagi aku simple je.
Cakap banyak tak guna beb.
Baru PLAN, buat la dulu baru cerita kat orang.
Ceh.

Padahal dulu dia la orangnya yang anti-maid.
Masa dia tau aku ambik maid (yang first), soalan yang dia tanya mula-mula sekali was 'Abis kat rumah sape masak? You ke maid?'

Bila aku cakap kadang-kadang maid. Dia reply 'Hmmm...mengelat. Patutnya kita la masak untuk laki kita, kita orang pompuan'.

Kau ingat maid aku orang jantan??

Memang la kau masak untuk laki kau.
Tapi dalam seminggu kau cuma masak 3 hari je, lagi 4 hari makan kat luar.

Kau ke yang masak untuk laki kau kat restoran tu?

Cakap macam bagus.
Now, pe cerita bai?

Nak ambik maid tolong but keje rumah.
Padahal kau tak bekerja.
So now sape lagi pemalas?
Aku at least ambik maid sebab aku bekerja! Lojik la nak mintak maid tolong kemaskan rumah. Yang kau?

Tu la kan, kalau nak kondem orang biar berpada-pada.
Now kena kat diri sendiri.

Yang tu takpe lagi, sebab takde sangkut-paut dengan aku.
Yang tak boleh bla bila dia tanya Redza masuk sekolah mana? Sekolah bistari ke tak?

Bila aku cakap aku tak sure, dia mintak nama sekolah tu 'Biar I tolong checkkan'.

Masa ni aku memang nak gelak.

Sampai ke tahap tu dia nak korek? Punyalah orang lain takleh lebih dari dia!!
Kesian gila.
Ye la kan, nak celen aku konfem lah kau kalah sebab aku blaja sampai MSc, kau takat SPM je. Kahhhhhhhhhhh! Riak kejap.
Jadi harap je la kat anak sape paling bijak.


Kenapa la ada orang yang suka sangat meng-value sesuatu berdasarkan kereta sape lagi banyak, gaji sape lagi tinggi, kereta saper lagi mahal, rumah sape lagi besar, anak dapat masuk asrama ke tak, sape pegi haji dulu (ni aku lom penah dengar la, tapi kalau ada, tak tau la nak cakap apa).

Aku rasa Malaysians dah jadi too competitive pada tahap yang sangat-sangat tak lojik.
I mean, perlu ke kau nilai kehebatan seseorang tu pada sekolah yang dia masuk?

Aku pernah masuk one of the best boarding school in Malaysia, tapi adekah kawan-kawan aku yang duduk sekolah harian tu semuanya tak bijak?
Memang best kalau dapat masuk skolah gempak. Itupun kalau kau leh handle the stress la.

Lagi stress ok dikelilingi dengan manusia-manusia bijak.
Kau dapat no. 11 dengan gap antara kau dengan budak no. 1 cuma 11 markah pun, tetap kau dikategorikan antara yang kurang cerdik sebab nombor kau 11.

Tapi takde la maksudnya lagi baik ko duduk skolah yang tak bijak so that tetiap tahun ko dapat nombor satu walaupun report kad kau macam-macam kaler ada.

Cuma adekah kalau anak kau masuk skolah asrama maka anak kau bijak?
Yang BEST cuma the skolah, anak kau belum tentu lagi best. So, jangan nak bangga yang over.

Aku ada a few frens yang masuk SBP tapi SPM agg 23, masuk MRSM tapi tak grad sebab pointer tak lepas. Aku tak rasa kalau benda ni jadik kat ko, ko nak cakap yang anak kau dapat agregat 23. Mesti kau still cakap 'Anak I yang sulong tu dulu MRSM'. Dengan harapan orang bajet anak ko mesti SPM flying colors.

Tu skolah punya hal.

Kau dah dapat masuk universiti pun masih ada lagi orang nak mengkategorikan kebijaksanaan, 'Universiti mana? Overseas ke dekat-dekat sini je?'

'London'

'Kerajaan hantar ke, sendiri bayar?'


Hoi, apehal ngan korang semua ni ha?
Lantak la siapa tanggung, kerajaan ke, bapak aku ke, kau pulak yang susah?

Kau dah grad, orang tanya kelas keberapa?
Kalau kau jawab 1st class, dia tanya berapa pointer?

'3.7'

'La, 3.7 dah boleh dapat first class??? Universiti I, 3.99 baru boleh dapat first class'

Universiti kau gila!!


Aku penah ada pengalaman dengan orang pesen ni.
Masa aku register masters kat UKM dulu, ada sorang student ni tanya :

Dia : UNIMAS tu universiti baru kan?

Aku : Baru la jugak, tapi dah 4 kali konvo.

Dia : Kawan I kata UNIMAS tu senang nak grad sebab dia Universiti baru.

WTF?

Aku : Universiti je baru, staff mostly orang lama. In fact my Dekan dulu pensyarah kat UKM. Our TNC pun dulu from UKM. So logically, the sistem sama je macam Universiti lain.

Tak puas hati lagi ni.

Dia : Kawan kakak I ada 2-3 orang grad UNIMAS, sampai skarang takde keje. Padahal pointer semua tinggi-tinggi. Last-last ambik master sebab takde keje.

Hahahha.
Nak mengkondem orang pastu kena batang hidung sendiri.
Kau bukan tengah ambik masters ke cik kak??

Oh, dia lain.
Dia ambik masters sebab memang cita-cita nak berbakti kepada anak bangsa.

Blah la.


Penyakit ni bukan takat kat golongan dewasa je tapi dah berjangkit kat budak-budak.
Samada budak-budak kecik zaman sekarang dah pandai baca Motor Trader or mak bapak tu sendiri yang dah spoilkan pemikiran dorang.

Aku sangat-sangat surprised bila one day Redza balik sekolah, one of budak dalam van skolah tu cakap 'Fuiyooooo, rumah dia ada dua Hondaaaaaaa'.

Lain la kalau budak tu cakap 'Rumah dia ada dua keretaaaaaaaaaaaa'.
But ini dia mention HONDA.

Memang la Honda tu tak hebat mana pun. Semuaorang boleh pakai Honda.
But cara dia cakap tu menunjukan kekaguman yang melampau seolah-olah dia dah diajar sape pakai Honda best, sape pakai Saga cikai.

Aku takleh imagine if one day anak-anak kita (mintak simpang) cakap 'Ala, bapak dia pakai Saga je...'.

Mulut budak-budak ni kita bukan boleh jangka.
Diorang bercakap berdasarkan apa yang didedahkan apa dorang.
Sebab tu aku cukup takut terlepas sebut 'pantek' kat rumah, satu hal nak menjawab ngan Redza.
Alangkan sekarang pun Redza dah pandai tanya trajedi-trajedi luar biasa kenapa mama mandi dengan papa, kenapa malam tadi Ija nampak papa tido atas mama. Oh, dem!

Tapi bibik aku ni suka nau sebut pantat.

Kejap-kejap 'Madam, ada berus sabut? Saya mau berus pantat kualinya', 'Ini pasu harus dbersihkan Madam, pantatnya ada akar'.

Sampai Redza tanya aku 'Ma, pantat tu apa?'

Sama la kes budak poyo yang selalu eksyen ngan aku ni.
Salah satu faktor kebelagakkan dia mungkin pengaruh dari husband dia sendiri.
Sebab dulu husband dia penah berborak ngan En Wan pasal kawan-kawan lama.
So husband dia tanya 'Eh, ***** apa citer? Dia tak kontek-kontek aku lansung. Senyapkan diri je'

'Ada, dia keje kat ****** (still dalam negara). Pelantar minyak beb, mesti busy'.

'Eleh, aku pun keje kat pelantar, overseas lagi' ----> EKSYEN!

'Dia pakai Fairlady pulak skang. Mamat tu still gila ngan kereta sport la'.

'Fairlady? Ala, second hand. Berapa sen sangat gaji dia' ---------> BERLAGAK GILA! KAU TAK TAKUT KENA TEMBAK NGAN PETIR KE??

Aku tak pernah sangka ada orang yang tergamak nak kondem orang sampai kira gaji.
At least not from someone yang grad overseas.
Ingatkan kerajaan hantar jauh-jauh makin bijak.
Rupanya tak. Makin bodoh.
Tambah lagi satu - makin kekampungan.
Just like makcik-makcik punya style 'Den tak poi dah ambik belanjo kek kodai Kee Seng. Den poi Maidin skang'.

Letih.


Orang cakap omputih, kau pun nak jugakkk



Ada sesape yang berminat nak join kelas Bahasa Inggeris?

Kelas ni flexible. Home tuition. You decide your own time. (Wahhh baik cikgu ini kan, anak murid sendiri letak jam berapa nak belajar).

Cikgu ni kata, untuk 2 jam seminggu, 4 kali sebulan, yuran dia adelah RM150.00.

Tapi rate ni bukan fix.
Ikut level kau tahap mana dan kategori.
Adekah kau beginners, corporate, english for business, etc.
Jumlah student pun diambik kira, kalau ramai student maybe murah sikit kot. Entah, aku tak sure.

Boleh contact : englishwithizzat@yahoo.com

But, limited to KL and Penang area saje.

Dia cakap semua boleh bincang.
Kau nak home tution ke, kau nak suruh cikgu datang ajar ko kat mamak ke, ko nak blaja dengan skype ke, semua boleh bincang dengan izzat.

Selamat berbahasa inggeris.



p/s : Kalau nak blaja cara nak bahasakan orang aku boleh ajar.

Resepi time





Ini namanya nasi merah. Bukan nasik tomato. Nasi tomato lain, kaler je sama.

En Wan ni kalau hari cuti suka makan makanan berpakej like nasi merah, nasi beriyani, nasi ayam, macaroni bakar, mee bandung, bla bla bla. Kalau nasi putih and lauk-pauk tu cuma weekdays je.

So, Ahad lepas aku buat nasi merah.


Bahan-bahan :

1. Beras 3 pot (kalau nak lebih pun boleh tapi bahan-bahan lain ko adjust sendiri)
2. Daging sekilo
3. Rempah kari daging sepaket kecik
4. Minyak sapi setengah tin kecik
5. Tomato puree satu tin kecik
6. Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis (ambik lebih kurang je)

Bahan blend :

1. Halia sebesar ibu jari tangan, bukan kaki. Tapi tengoklah jugak ibu jari siapa kau guna. Takyah la banyak sangat.
2. Bawang putih satu labu.
3. Bawang merah 3 sudu besar (aku punya bawang merah memang dah siap blend buat stok, so aku agak dalam 3 biji jugak la)



Kekdahnya :

1. Tuangkan setengah tin minyak sapi dalam periuk.

2. Tumis bunga lawang, cengkih, buah pelir, eh pelaga and kayu manis.

2. Dah naik bau, masukkan semua bahan-bahan blend together with rempah kari.

3. Gaul lebih kurang, then masukkan setin tomato puree.

4. Masukkan air satu mangkuk, then daging.

5. Biar sampai daging empuk and kuah pekat sikit.

6. Sementara tunggu empuk, basuh beras and sukat air siap-siap tapi jangan tenggekkan dulu.

7. Agak-agak kuah dah pekat sikit, ambik 3 senduk kuah, masukkan dalam beras.

8. Masak nasi. Sementara tu rebus telo.

9. Nasi dah masak, bolehlah makan. Nak ambik bau je pun boleh.




Aku sebenarnya lapar ni. Tapi takde selera nak makan. Tekak ada rasa macam nak makan something like........................entah. Tekak terasa-rasa makanan tu tapi apa entah.

Spageti?
Bukan.

Nak kata chicken cordon bleu, pun bukan.

Nasi goreng USA?
Lagi bukan.

Tak tau apa dia.
Tapi macam rasa-rasa dah nak sampai je ke nama makanan tu cuma tak dapat tangkap apa dia.

Lately ni aku ada rasa macam tu.
Lapar tapi takde selera nak makan.
Mengantuk, tapi takleh tido.
Nak shopping, tapi dah sampai kat mall tak tau nak beli apa.
Dah la period aku lewat seminggu ni.
Sebab period lewat ke aku jadi camni?

En Wan suruh aku gi jumpa dokter.
Haishh, aku bukan taknak pergi.
Aku takut je dokter cakap 'Tahniah Puan!'

DEM!

2011-02-10

Penangan wanita



Aku bersembang dengan seseorang, sekali termasuk ke topik man vs woman.


Dia : Tau kenapa Adam dicampak keluar dari syurga?

Aku : Sebab makan buah khuldi.

Dia : Kenapa dia makan?

Aku : Sebab Hawa yang suruh.


Dia senyum.

Pastu dia tanya lagi.


Dia : Firaun tu jahat. Pada zaman dia, dia bunuh semua budak laki yang baru lahir. Tapi kenapa Nabi Musa jadi anak angkat dia?

Aku : Sebab wife dia yang nak baby tu lepas jumpa baby kat sungai.

(pehh, masa ni aku tak sangka aku ingat lagi kisah-kisah Nabi. Tapi setakat ingat je tak guna baiiii. Tudung bila nak pakai?? Insaf)


Dia senyum lagi.


Dia : So now you know betapa kuatnya kuasa wanita kan?




Buat aku terfikir....

Alangkan Firaun yang jahat tu pun boleh lembut hati dengan si Asiah, takkan la laki kita lagi jahat dari Firaun sampai tak boleh nak berlembut hati lansung, tol tak?

Tapi kau pun kalau nak menggunakan kuasa wanita janganlah sampai jadi Queen Control pulak.

Baiklah, saya akan gunakan segala kuasa dan kelebihan yang pada pada saya untuk mendapatkan kad kredit saya balik.

Gunakan kelebihan yang kita ada!!!!!! (sambil menyapu breast cream)

Jawapannya adelah .....



Tag dari Tuan Din.

Sorry sayangku, dah berzaman ko tag aku baru skarang aku nak buat.


PERIBADI

1. Saya adalah : anak kepada sepasang ibubapa yang soleh (makpak je soleh, aku tak), isteri yang tak berapa nak mithali tetapi performance tip top, ibu yang sangat penyayang cuma seminggu sekali je menampar anak tapi menampar suami everydayyyyyyyyy. I loikee.

2. Status : Married. Tapi kalau ko buat perangai, aku carik lain.

3. Kalu bukan si dia, pasangan saya adalah : Tiada pasangan. Kerana, si dia saje yang berminat nak tekel saya. Si lain semua hanya berminat nak melayan kote masing-masing. Kau ingat aku vogue kah bersusun orang nak ambik nombor giliran? Nak dapat yang satu ni pun berbagai kekdah aku lakukan untuk perdayakan dia. Kenal kat chatroom katakan, senang la nak goreng. Masa tu mana ada webcam-webcam ni semua, lagi la sedap aku goreng. Last-last, aku yang diperdayakan. Apa nak buat, mak dapat spesis yang visualnya boleh tahan, tapi audionya hazabbbb. Pasrah je lah nokkkk.


Macamana I tak terpedaya. U bagi gamba macam ni kat I. Of cos la I chentaaaaaaa.
Jahatnya kamu!! Jahatnya kamu!!!



But I know, u also sent the photo with purpose riteeeee? Siap mention "MY SPORT CAR" lagi. Boleh tahan poyo.


Aku tak banyak pilihan. Selepas ex-bf aku merejek aku (alah, gua pun tak hingin la!), memang si dia je la yang berani menekel. Tapi sekurang-kurangnya ada la jugak orang nak kat aku kan? Si dia tu lagi la takde pilihan okkkk. Mana yang dia nak semua taknak kat dia. Sebab tu akhirnya dia pilih aku. Kalau pilih orang lain balik-balik ko kena rejek. Pilih yang stok-stok model haruslah kau direjek. Kau ingat kau macho? Len kali kalau nak tekel model, tonasi kena betulkan dulu ye bang?

"Jom kita kuar gi makang malan?"

Kahhhhhhhhhhhhhhhh!

(ciri-ciri tak berapa mithali jelas terpancar di sini)


CINTA

1. Cinta pertama : Selalunya susah nak lupa sebab ini pengalaman pertama rasa cubit-cubit sayang, tepuk-tampar gurau senda, gelak-gelak manja semua. Tapi cinta pertama aku lagi susah nak lupa sebab bukan sahaja aku ditepuk, malah diterajang dan juga diback-hand. Tapi lepas tu dia pujuk aku balik dengan membelikan aku blueberry cheese cake. Sebab duit dah habis buat beli cake, makan untuk 3 hari aku yang bayar. Ceh! Romeo sengkek.

2. Jangkahayat percintaan paling lama adelah : 2 tahun 3 bulan. 6 bulan pertama je macam kat syorga. The rest macam neraka ketujuh.

3. Sifat Jejaka Itu : Boifren dulu tinggi dan kelakar TETAPI sangat-sangat drama queen lengkap dengan pakej poyo extravaganza tak boleh tahan . Dan juga hitam (eh macam aku tak la?). Dan juga sengkek sangat sampai kena mencurik purse aku 3 kali. Dan juga suka belagak anak orang kaya tapi makan balik-balik aku yang bayar. Dan everytime nak sem break suka call mak aku bertanya khabar buat-buat baik sebab nak tiket kapalterbang free.


KERJAYA

1.Cita-Cita Saya : Masa kecik aku memang dah berangankan dua benda - dokter and pakwe hensem (ye, aku kecik-kecik lagi dah gatal)

Nak jadi dokter. Mana ada orang letak cita-cita jadik tukang koyak tiket kat wayang kan? SEbab utama aku masuk PBSM pun sebab nak feeling-feeling jadik dokter. Pantang ada budak luka je aku sapu ubat kuning tu. Tapi bila meningkat dewasa, macam rasa tak berkenan pulak jadik dokter. (padahal tak layak). Mengorat dokter boleh? Dr SMS maybe?

Then, aku bercita-cita pulak nak dapat laki hensem. Biar takde duit beb, janji laki kau hensem. Sok-sok kalau sesak takde duit, suruh je laki kau jadi gigolo. Tapi gagal. Sebab gigolo takde yang hensem, harap buah kerandut je besar.

2. Saya Berusaha : Sorry, saya tak pernah berusaha. Saya pemalas.

3. Akhirnya Saya... : tetap berjaya. Wakakakakakka.


KISAH SAYA

1. Saya Pernah Mencuri : Tabung adik saya. Tapi saya ganti balik. Saya ganti dengan duit yang saya ambik dari wallet bapak saya. Kahhhhhhhhhhhhh!

2. Saya Pernah Pukul : Saya tak pernah pukul orang lain selain anak saya, tu pun saya bagi penampar je. Tapi saya selalu imagine bagaimanakah rasanya memukul cikgu PRS saya. Sebab dia gatal suka buat-buat nak buang habuk kat baju saya padahal nak sentuh tetek. Bini dia takde tetek kot.

3. Kena Tangkap : Saya cuma penah sekali je kena tangkap masa main polis sentri. Tu pun sebab Mak Aji panggil so saya terpaksa keluar dari tempat persembunyian.

Ingat lagi budak tu slow je jalan kaki takyah lari-lari pun nak tangkap aku. Bangga gila. Siap sengih-sengih. Gigi dah la rongak.


LIFE

1.Disco/Livebeng/karoke kenduri : Nak mampos aku pegi clubbing???? Terus Mak Aji lipat-lipatkan aku jadi club sandwich.

2. Movie : Every Friday nite berdating dengan En Wan layan movie. Tapi sejak ada Astro First ni, macam best je layan movie atas katil sambil makan twisties. Agak-agak movie macam sampah, bolehlah kita buat movie pulak sambil memakan something else. Eh.

3. Sosial : Nak berkawan boleh, nak jumpa-jumpa, NO. Sebab aku malas setakat nak jumpa kau sorang aku kena bersiap-siap gosok baju, mekap, nak tempuh jem segala. Nak get together dengan member pun aku malas. Aku memang jenis suka bergayut kat telifon, skype, YM rather than jumpa depan-depan. Melainkan nama kau Farid Kamil.


RANDOM

1. Seks sebelum kawin : Aku tak layan la seks-seks sebelom kawin ni. Kalau berdua-duaan di tempat yang sunyi tu selalu. Hahahaha.

2. Parti Politik saya Undi : Undi adelah rahsia.

3. SMS terakhir saya bertulis : Tak main la SMS. Gua BBM je skang. (patutla trackpad kau asik jem. Riak!)

4. Baju saya pakai today : Baju keje kerana saya sedang bekerja. Tapi stop kejap sebab saya perlu blogging, kalau tak nanti migrain. Bila migrain saya tak boleh keje. Bila takleh keje saya tido. Bila tido saya tak masak. Bila tak masak laki saya kena bawak saya makan kat luar.

Eh, macam best je migrain.


Please ye, aku tak perlukan sampah-sampah macam ni dalam mailbox aku.




Misi anda nak menipu adelah konfem gagal kerana :

1. Kot ye pun nak tunjuk kau kaya, duit berkeliaran, silalah tukar meja makan dulu. Kesian sangat aku tengok meja makan kau ni. Berkerak.

2. Ni apa kes duit kemain berkeliaran lagi, tapi pakai T shirt kepam. Chait.

3. Brader ni beria-ia tunjuk duit tapi muka lemau. Jangan camtu bangggg, kufur nikmat namanya.


Haishhhh, tak abis-abis dengan agenda log-in-facebook-anda-jadi-jutawan.

Yang aku heran tu apesal marketing style dorang sepesen? Semua stok-stok tayang duit, tabur duit, kepuk-kepukkan duit dalam besen, bergamba sebelah Merz. Kalau kaya je mesti nak kena beli Merz.

Tolong la jangan penuhkan messagebox aku dengan 'Bayar bil air, bil elektrik, bil telefon, sewa rumah, duit kereta, apa yang tinggal untuk anda? RM100 sahaja? Anda kini bukan sahaja mampu membayar sewa rumah malah boleh tolong bayarkan sekali sewa rumah jiran anda. Sila email saya, saya akan terangkan caranya'

Aku penah dua kali reply email-email macam ni dengan satu ayat - PUNDEK!


Lagi satu pulak, set-set email 'sila forward email ni kepada 5 orang atau anda bakal menerima malapetaka yang dasyat'.

Ni lagi sial tahap Firaun.
Asal-asalnya kau nak buat pahala menyampaikan ilmu tapi sudahnya kau mengajar orang jadi syirik kan? Elok sangat.

Apesal la kau kena menakut-nakutkan orang dengan benda-benda khurafat macam ni? Kalau kau nak suruh aku tolong forwardkan message kau tu cakap je la baik-baik, takyah la nak selitkan sumpahan segala. Ni apa citer nak pesong-pesongkan akidah orang nih?

Tapi email-email macam ni kita tak pernah nak anggap SPAM kan? Lajuuu je meng-forward. Sebab takut kalau tak forward kang, balik keje kena langgar lori.
Apa beza email ni dengan email 'Anda inginkan zakar yang lebih besar?'.
Kenapa email kote ni kita tak penah nak tolong forwardkan? Bukankah itu lebih penting? Eh.

2011-02-09

Nak gamba klorga ye...hambik.


Aku tak penah jejak Pavillion walaupun Subang Jaya ngan KL tu cuma 20 minit (kalau orang lain bawak, kalau aku yang bawak campur sesat sekali = 2 jam setengah, tu pun kalau aku jumpa KL la).
Motif utama malas ke Pav adelah kerana aku tak tau apa motif aku nak pegi sana.

Nak shopping baju? Sunway Piramid pun ada baju.

Nak beli bag kegemaran? Sunway Piramid pun ada butik beg kegemaran (oh geli sebut butik. Macamkan klas sangat, padahal??!)

Nak beli kasut? Aku pakai Vincci je, IOI Puchong pun ada Vincci.

Nak beli Clinique? Subang Parade pun ada Clinique.

Melainkan aku nak menikmati kesesakan jalan raya sambil memaki carutkan pengguna jalan raya yang cilaka bodoh, maka marilah kita ke KL.

But, last week En Wan tetiba datang gila, ajak aku pi Pavillion.
Aku pandang kejap muka dia.
Blur.

"Apesal Pavillion? Nak cari apa?"

"Saje je. Di kan tak pernah sampai lagi. Mesti jakun".

Takde la jakun sangattttt.
Cuma tercangak-bangak je.

Pendapat peribadi :
Pavillion ok. Semua ada situ. Pilihan makanan pun best. Tapi aku tetap masuk Pizza Hut.
Cuma kalau nak suruh aku pegi lagi sekali, SORRY! Sebab nak tempuh KL tu sangat la hazab. Nak carik parking satu hal, umpama kau belasah roti telur 3 keping sama teh tarik 2 gelas siap pegi berak settle semua, pun parking tak dapat-dapat lagi. Alih-alih parking kat tepi dinding.


Ni fenomena biasa kalau masuk kereta. Mesti nak kena snap gamba dulu. Rayyan tak ikut sebab aku malas nak pegang. Malas nak tolak dalam stroller pun. Malas malas malas.



Aku tak paham kenapa En Wan nak sibuk berhimpit-himpit semata-mata nak ambikkan belon untuk Redza?? Anak kau kat rumah dah main PS2 okkk, tak main dah belon-belon ni semua.


Yes, berjaya!!!
Aku rasa dia sebenarnya yang nak belon ni sebab muka dia macam ceria yang over bila dapat pegang belon kan? Tapi series, muka dia macam satu kepuasan yang tak digambarkan kan? Siap menjerit dari jauh hayun-hayunkan belon 'Dapatttttttttt!!!'.
Eiiiii, malu aku. Laki sape ni?


Dia pass kat Redza tak sampai 30 saat, anak dia terlepas pegang, terussss naik ke siling. Done.
Kalaulah Pak Aji yang ambikkan belon ni untuk aku, mesti aku menangis sebab sedih belon tu terlepas. Susah-susah bapak aku rebut.
Tapi kalau aku terlepaskan belon yang Mak Aji ambikkan, mesti aku menangis sebab kena tampar.
Padahal yang raya tu Cina, tapi kitorang sama naik beratur carik baju.
Bila dah bayar-bayar pastu terfikir apesal si Redza boleh dapat baju, suar, spender siap ngan kasut sekali? Siapa sebenarnya yang raya ni?
Lepas tu terlupa lak ada sorang lagi anak kat rumah.
So terpaksa shopping lagi belikan untuk Rayyan pulak.
Bankrupsi.


Err..abaikan jari-jemari yang dobok-dobok itu. Tumpukan perhatian pada black rose sahaja.


Lalu depan Lancome, awek tu bagi aku ni.
Wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Terus buat muka kesian depan En Wan.
Tapi aku rasa muka kesian aku tak berapa nak jadi, sebab dia kata muka aku macam muka tamak. Dia cakap aku ni asal nampak barang je, mesti nak beli.
Eh habis, yang kau hayak aku masuk mall ni pekejadah?
Window-window tak main okk.
Paling bangsat aku kena bawak balik satu barang. Pantyliner pun takpe, janji aku beli barang. Dah la harung jem, pusing-pusing carik parking sampai sejam, pastu masuk mall just pegang-pegang sengih-sengih kat salesgirl? Sorry the morryyyyyyy!

Aku buat muka kesian pun bukan suruh kau beli hokeyyyy.
Aku cuma mintak kau pulangkan credit card aku je.

Tapi gagal.

Sebab bila dia suruh bagi alasan kenapa dah ada empat perfume still nak beli lagi?
Aku jawab 'Sebab Di busuk'.

Nexttttttttttttttttttttt.




Ahhh, tak kira.
Kalau sampai hujung minggu ni dia tak izinkan jugak aku beli Lancome ni, aku pecahkan semua perfume yang aku ada!
Haa kau kauuuuuu. (hnss hnsss hnsss)


Akhirnya kami pulang jua, dengan semua dalam bag tu untuk Redza and Rayyan only.


Eh silap.
Bapak dia pun ada beli kasut gak.

Aku pun ada.
Hehehehe.

Hari tu aku plan nak gi konsert Fransisca kan?
Yo yo an je tetiap malam En Wan bukak website si Fran ni nak check seat yang best (padahal, yang paling murah).
Aku dah siap hafal semua lagu-lagu Fran. Be it part Fran nyanyi, part Jamal Abdillah nyanyi, sampaikan ke part Royston nyanyi pun aku hafal. Sikitt je lagi aku nak bertukar jadi Manan Ngah.


Macam goggle helikopter.


Tapi disebabkan spek ini, maka Fransisca pun cancelllllllllllllllllll.
Ada huruf 'G' lagi.
Eh, poyo pulak.

Actually aku nak cari spek Christian Dior.
Memang dah lama aim spek tu.
Tapi syukur alhamdulillah, semua CD yang aku sarung tu tak sesuai dengan muka.
Salesgirl tu mati-mati suruh aku ambik jugak dengan alasan ada huruf 'CD' kat tepi so 'u nampak sangat style'.
Wadehellll? Dah kalau tak sesuai dengan muka takkan aku nak rembat jugak semata-mata nak style? Ade sesaper nak kelebet celah telinga aku tengok brand?

Yang ni pun En Wan tak approve sebenarnya.
Dia ni semua aku nak beli, semua tak boleh.
Tu belum cara-cara aku mintak dia belikan.

Tapiiiiii, dia lupa bahawasanya ATM kad aku dia lupa nak ambik balik.
Hehehe.

Aku try-try spek lebih kurang, agak-agak dia leka ngan Redza, aku tanya sales tu 'I takde cash skarang, takde credit card, ATM card boleh?'

'Bolehhh'

Zassssssssssssss.

Impaknya, sampai skarang aku tak jumpa-jumpa dah ATM kad aku.
Tah mana dia sorok.
Lantak lah.