walk on wings, tread in air: 04/2009 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Off
April 30, 2009
Pukul : 6.49am.

Serious tak boleh tido.

Dua hari lepas badan dah start demam.

Makan ubat kebah sikit.

Tapi now dah sakit tekak pulak.

Penyakit biasa kalau nak bercuti.

Bukan sexited.

Tapi takut naik kapal terbang.

Mengapakah aku begitu jakun naik katerbang pun nak demam segala?????


Apa-apa hal jawab tag dak Mya ni dulu.


1. nyatakan usia blog anda.
Usia blog ini adelah April 2009 tolak August 2006 sama dengan kira sendiri.
Aku ni kalau melibatkan nombor-nombor adelah bangang sikit.
Untuk melindungi kebangangan aku apa kata korang je la yang kira.
Kalau salah pun korang yang nampak bangang bukan akuuuuuuuuu.


2. terangkan kenapa anda berblogging.
Sebabnya aku memang suka bercakap. Kat ofis banyak sangat benda yang aku nak cakap tapi tak sempat, so aku sambung kat blog. Series aku memang susah nak benti bercakap.
So kalau ada yang nampak aku senyap tu kasik lak peluang aku terus senyap. Sebab kalau ko dah start tegur aku, konfem aku tak berenti dah.

Masa kecik mak aji kata aku gagap.

Aku gagap???????
'Mulut pun bi bi bi bi bi bi bi su, lidah pun ke ke ke ke ke ke ke lu, ka ka ka ka ka ka ka ka ka rena, ci ci ci ci ci ci ci cinta. Ohhhhh aku rinduuuuuuuuu katakan padanya aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu'

Tetiba je kuar lagu Farid Harja.

Disebabkan aku gagap, dorang telah membagi aku makan bontot ayam konon petua dulu-dulu biar kasik lancar bercakap.
Mau empatblas kati bontot dah masuk kat perut aku kot tu pasal sampai skang aku susah nak benti cakap.


3. nyatakan blog pertama yg anda baca (kalu masih ingat)
Blog sorang kawan yang aku kenal thru YM.
Kan kat YM boleh letak custom status kan.
Budak ni letak la status dia 'view my blog http://........'
Agak lama gak aku berchantting ngan dia tapi aku tak penah click kat link tu.
Sebab aku jenis bendul, Microsoft dah pesan jangan simply click on url or attachment ntah hapa-hapa kang tetiba PC ko blow.
So aku pun tak click sampai ke sudah.
Bila 1st time jumpa dia, aku tanya dia macam-macam which semua tu boleh aku jumpa kat blog dia.
So dia cam 'You tak baca blog i ke?'

'Blog tu apa?'

Dan aku pun malas nak meneruskan cerita ni, gerenti aku nampak sangat bodoh.


4. letakkan n3 pertama dlm blog anda..(means ur 1st entry la)
Dey tambi!
Susah payah aku buat archive sampai call call orang tanya camne nak buat coding segala.
Gi carik sendiri.


5. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda. Mengapa?


Sebab gaya posing camni ko dah payah nak jumpa dah skang.

Kalau pose kat dinding, sebelah tangan tu wajib park kat dinding.
Silang kaki tu dah memang gaya kemestian para artis dulu.

Yang mahal sekali tang seluar jerut aku tu.
Punyala dulu aku tak banyak seluar, balik-balik seluar ni jugak yang aku balun.
Sampai dah naik berdano kaler dia aku kejekan.
Seluar ni la bawak gi pasar malam, seluar ni la pakai waktu siang, seluar ni jugak aku bawak tido.
Kalau celah kangkang tu toksah nak lawan aku la.
Segala macam jenis kaler benang ada.
Asal koyak je aku jahit. Benang lak tak ikut kaler seluar, main sebat je apa kaler janji berjahit.
Aku ni jenis yang kalau tido takde nama ko nak tengok aku tido kaki bersimpuh ni semua. Lagi besar katil lagi luas aku terkangkang tersiat.
Memang seluar ni kalau hidup memang dia berdoa siang malam mintak mati cepat.

Pastu seluar ni getah dia dah longgar.
Tapi sebab aku sayang sangat ngan seluar ni (sebenarnya dah takde seluar lain nak pakai, takkan nak pakai seluar bapak aku pulak), so aku jenuh pikir apa nak buat.
Alhamdulillah Tuhan mengurniakan aku akal yang sangat kreatif walaupun idea kreatif tu selalu menyusahkan orang.
Aku pedulik hapaaaaa.

Aku tanggalkan tali kasut Pak Aji dan jeng jeng jengggggg, seluar sudah boleh dipakai semula.
Kira ok la kan pakai tali kasut.
Daripada aku guna tali bra mak aji.


7. harapan anda
Saya berharap supaya pagi ni saya dapat makan nasik lemak.

(sebenarnya aku tak faham apa soklan ni)
posted by aveo757 @ 6:43 AM  
Newer›  ‹Older
HOLA!
April 29, 2009
Chakkkkkkkkkkk!!!!!









Ok aku dah bukak, dah jangan nak memenuhkan inbox FB aku dengan kata-kata rayuan.



Dont't worry, aku tak invite sesaper pun before this.
Aku block all, aku je boleh access kuar masuk sendiri tulis sendiri baca.
Tapi tak tulis apa-apa pun lagi.
Saje mencari ketenangan jiwa.
Eh, jiwa aku memang dah sedia tenang pun.
Mungkin yang tak tenang adelah seton-setonirojim yang cukup suka carik pasal ngan aku.
Apa nak buat, life aku memang happening.
Terpaksa la berdepan dengan kata-kata nista.
Biasa la tu kan adat kalau dah glemer tak hengattt.

To yang bagi kata-kata semangat kat FB, thank you very much.
Aku takde hal nak terima komen-komen najis ni semua tapi kalau dah sampai ke tahap sanggup cari no phone semua tu aku rasa penyakit namanya.
Penyakit tak boleh tengok orang lebih dari dia.





Esok aku pi HK.
Sila berdoa aku selamat pergi, selamat kembali dan tak kebulur di sana.


p/s : aku try import blog ni masuk FB tapi masuk 20 entry je, apesal tak masuk semua huh?

posted by aveo757 @ 3:33 PM  
Newer›  ‹Older
See you ...
April 27, 2009
Hmmm...camne nak mula ye..

Hmmmm..

Hmmmmmmmmmmm...







Lepas ni korang jumpa aku kat Facebook je la.
Seriously aku dah rasa menyampah dengan blogging ni.
Mungkin aku merepek kat FB je pasni.

Aku rasa life "korang" lagi tenang kot tak tengok blog aku.


Blog ni aku on sampai kol 5pm je.

Jumpa kat FB....
posted by aveo757 @ 11:56 AM  
Newer›  ‹Older
House for sale
April 24, 2009
Guys, (guys sahaje....hahahahah ptuihh)

Aku nak jual rumah aku yang aku dok skang.

Rumah baru aku next month dah dapat kunci.
Hajat di hati nak bagi lalang naik dulu baru pindah.
Tapi adelah sakit juga membayar dua rumah sekaligus.
Kitorang lakibini memang gatal sket, orang jual rumah kita pun sibuk beratur nak beli.
Pastu skang gelakkan sesama-sendiri sebab rasa sangat kelakar bila gaji masing-masing lagi banyak buat bayar hutang dari masuk perut.
Jadi, tolong war-warkan kot ada sesaper nak beli rumah aku ni.

Actually matlamat utama adelah bagi pic ni kat S**k*n.
Tapi email ko reject email akak ni dik, so akak letak je kat sini.
Sila la hasut laki ko beli rumah ni.

Actually aku dah advertised ngan Oriental Realty kot entah la apa nama agency tu.
So now tunggu buyer je (kot ye ada).

Rumah ni takde history of leaking di mana-mana. Sebab asal-asalnya row rumah aku ni ada la kot dalam 6 bijik adelah rumah contoh. Tapi rumah contoh yang kosong takde bikin apa-apa. Just nak bagi orang tengok rupabentuk dalam ni je.
Sebab Sime UEP punya rumah pelik sket.
Dalam satu row ada 6 bijik. Enam-enam bijik ni type lain-lain.
Keluasan pun lain-lain.
So kalau rumah contoh selalunya kurang sket defect.

Actually second house tu aku macam nak jual dah mula-mula sebab ada orang nak beli lebih dari harga asal (of cos la kan, saper pulak nak bagi free-free je harga macam aku beli. Gila lama aku berebut kat Sime UEP okkkkk) which sangat la membuatkan naluri mata duitan aku ni bergelochakkkkkk (ikut style M Zain dalam filem Labu Labi scene dalam bilik Sarimah).

Tapi disebabkan azaidymar dah memberikan idea yang sangat bernas untuk decorate taman larangan En Wan, kira konfem la aku nak jual rumah skang ni.
Nak bagi FREE design lak tu.
Heheh, kan????


Further discuss, sila email aveo757@yahoo.com



Rumah aku jenis end lot without land.
Disebabkan takde land kat tepi so we all buat wrought iron grill untuk keselamatan diri dari ancaman luar. Kalau ancaman tu dari dalam sila pandai-pandai cari pintu keluar.

Semua lampu and kipas aku tinggalkan.

Rumah ni asal-asal takde wall lights, semua wall lights aku tambah.



Ceiling bawah semua fully plastered

Atas semua ceiling ada skirting except masterbedroom aku letak full plaster ceiling. Rumah aku tak mengadap west, so fengshui baikkk punya...yehehe


Agak-agak tak suka kaler oren tu pandai-pandai la cat lain ye. Aku letak oren sebab nak naikkan warna kayu kitchen cabinet.


Rumah ni takde la besar nau.
So, aku buat kitchen extension. Ni tempat aku selalu makan, aku letak wood floorboard saje nak differentiatekan dapur and dining area.
Belakang takde tanah lansung, cuma aku ada bagi space sket untuk sidai-sidai baju.

Kitchen cabinet is from nyatoh wood and bench dia original granit.
So ko boleh potong daging terus atas bench tu. Tak calar punya.



Oven ni basically new sebab aku pakai setahun sekali je. Femalas la katakannn.



Sorry la beb, takde flash. Aku tak reti pulak nak adjust flash. Aku ni toksah kata IT saje bodoh, adjust kamera canggih sikit je dari henfon aku pun tetap bangang jugak.


Tak suka kaler ni, sila tukar. Cat beli sendiri. Ni la tempat aku ngan En Wan menggolek-golekkan diri. Sedih la pulak nak tinggalkan.



Kanan bilik Redza, kiri bilik.....kosong. Takde apa pun kat bilik tu melainkan kotak-kotak En Wan dari 9 tahun lepas balik dari Japan tak bukak-bukak. Eh, bukak la jugak. Bila aku tengok takde bahan yang boleh aku guna, aku tutup balik.



Ni masterbedroom, konon dulu nak buat feature wall letak kayu la bagai. Hmphh, hampehhh, lambat sangattttt. Sorry, gamba lama, En Wan tak memberi restu kamar beradunya di snap. Padahal takde yang special pun. Aircond and heater pun aku tinggalkan.



Jiran aku sebelah ni (nampak kepala dia tu?) reporter Nanyang Siang Pau. Kot ko ada benda nak report, ko story je kat dia, konfem kuar headline esok pagi.




Porch pun aku tukar. (Wah, bahasakan 'aku'. Macam la duit aku sorang yang kuar). Actually ada rumput kat depan kiri kanan, tapi aku simen kasi habis sebab aku takde masa nak tebas rumput-rumput semua.


En Wan pencinta binatang laut, so dia buat kolam ikan.



Yang paling penting rumah ni tak berhantu.
Tidur anda pasti nyenyak.
posted by aveo757 @ 11:25 AM  
Newer›  ‹Older
I am not connected
Semalam 3 jam aku mengadap laptop godek-godek nak pasang new router.
Router aku yang aku tengah guna ni LAN and INTERNET lights dia blinking and sometimes went off, so selalu jugak la aku me-babi-barua-kan dia time aku tengah buat keje time tu la dia nak mati.

Semalam hangin sudah meresap ke satu badan, aku pi beli router and build in modem baru.
Memula dah elok dah aku leh access internet semua.
Pastu aku gatal nak create new profile konon nak letak password semua pendengki punya pasal taknak kasik jiran tetangga share guna.

Lepas aku masukkan password, aku off-on balik laptop, terus takleh access internet.
Yang aku berbulu tu, 'You are connected with Ridzuan (nama profile aku)' tapi no connectivity.

Mula la bendalah ni nak kasik aku nampak bangang.
Aku ni dah la buta IT tahap buta bukan sebarang buta.
Memang tahapa yang aku tekan-tekan.

Orang pertama yang aku call, AZTECH.
Hampeh punya technical person, dia suruh aku call DELL dia kata laptop aku problem.
Ok la, sebab aku bodoh aku ikut je la cakap ko walaupun aku rasa laptop aku takde apa-apa.

Pastu orang kedua aku akan call berkenaan IT ni of course la Rozie.
Tapi tengok status YM dia regression la, launching la, pebenda haram jadah lagi, aku malas nak kacau.

Pastu orang seterusnya konfem la Ah Beng.
Pegi melancong ke Singapore la pulak orang tua ni.
Tapi still jugak sms tanya khabar modem aku.
Tima kasih la banggggggggg.

Last sekali ****.
Dia ni kalau aku suruh call je manjang busy dan juga takde kredit.
Tapi balas sms aku berderet ade pulak kredit kau.
Kan dah kantoi besar-besaran.
Tapi sebab aku memang mementingkan diri sendiri, aku paksa dia tolong aku jugak.

But still....tak boleh access internet, tapi YOU ARE CONNECTED.
Memang bangkaiiiiiiiiiii.

Last sekali malam semalam aku call apek kedai tu balik.
'Lu angkat itu router mali sini, kita configure untuk you.'

Kan ke senang dari awal lagi ko buatkan untuk aku.
Takde la aku nampak bodoh satu Malaysia tau aku buta IT.
posted by aveo757 @ 10:25 AM  
Newer›  ‹Older
Tak payah test aku
April 20, 2009
Jumaat lepas agenda tengok movie kat Bukit Tinggi, layan Fast N Furious.
Tak penah aku tengok Fast N Furious 1 and 2, tau-tau bantai yang 3.
Tapi memang best. Agaknya kalau aku tengok dari 1 sure lagi best.
Agaknya laaaaaa.

Apa-apa pun, aku memang suka ngan hero filem ni.
Aku rasa Jumaat lepas aku dah mula jatuh chenta ngan laki badan berketak-ketak.
Selalunya laki jenis ni memang selalu masuk list paling last dalam senarai jejaka idaman aku.
Walaupun beliau tak berapa nak hensem, tapi dia macho, dan tak berlagak bagus.

At least takde la macam si Steven Seagal yang bajet macho tak penah kalah.
Dia bertumbuk ke.
Dia bercatwalk ke.
Dia beromen ke.
Rambut dia memang macam tuuuuu je tak ubah-ubah.
Memang hangin aku tengok hero ni.
Dah la muka lonjong.

"I'm the guy with the gun."
Apesal rambut ko se-pesen je bang?


On the way back home, berdua-duaan di dalam keta menyusuri highway yang tak berlampu, jangan lah disia-siakan situasi begitu dengan hanya berbual sambil mendengar mp3. Haruslah berbuat sesuatu yang lebih advance dan praktikal dengan keadaan sekeliling yang gelap.
Dah la anak tak ikut sekali. Suami pula lupa memakai spender.

Tapi adelah tidak manis kita bercerita di sini.
Cerita begini haruslah disimpan sahaja di dalam hati.
Walaupun saya tau anda semua sudah membuat cerita version masing-masing.


Team CEC Putra Heights


Kawan dia sebatu lagi anak aku dah standby tangan nak sep


Berlari sambil memandang ibunya yang suara tiada tolok tandingan menjerit bagi sokongan macamkan anak dia sorang yang bersukan.



Sabtu, hari sukan Redza.
Tahun ni tak best gila babi punya tak best.
Last year diorang buat kat Stadium Bukit Jalil.
This year diorang buat kat Sri Cahaya International School, buat kat padang, bertambah la itam kulit aku yang sedia itam ni.
Boleh la pulak lupa bawak cap.
Tapi kalau bawak cap bukannya aku boleh jadik putih dari orang lain pun.
Jadi, abaikan cita-cita itu.


Ni bapak dia punya keje. Anak dia ambik medal dia tak snap. Anak dia beratur ambik roti dia pi snap. Mana aku tak hangin????



Lepas sukan, Redza masuk colouring contest pulak.
Walaupun aku tau dia ni memang takde harapan nak menang, harap kat pensil kaler je yang lebih. Apa taknya, balik-balik aku jugakkkkkk yang kena kalerkan buku dia.


Dia ingat aku tak nampak agaknya. Aku suruh ko kaler, ko boleh pegi bertandang ke hulur ke hilir


Fuhhh, seb baik ada budak yang lagi gelap. Nampak la cerah sikit anak aku.
Muahahahahaha.



Petang, aku sudah collapse sebab migrain, kena panas.
Jawapannya adelah makan panadol dan membuta sampai ke petang.

Tengah syok tido En Wan kejutkan aku ‘Di, bangun. Jom gi IOI, beli TV nak?’

Apa ko ingat TV tu cam spender Hush Puppies ko, boleh beli tetiap minggu?

Tapi memang dia beli TV tu.

Lately ni, aku notice ramai benar strangers yang tetiba je muncul kat YM aku.
Lelaki atau pompuan aku tak pasti.
Mungkin jugak khunsa.
Tapi yang pastinya saiko.

Kadang-kadang dorang ni saje je nak kenakan aku. Macam aku tak tau.
Ajak siberseks konon.
Aku tau korang ni semua baca blog aku, and saje je la kan nak test aku ni camana.
Kalau aku letak gamba dedah-dedah tu maknanya aku ni boleh la takat nak buat stok geli-geli?

Sorry la ye, aku tak layan sibekseks.
Cyber adelah cyber, seks adelah seks, dua benda berbeza.
Aku belum gila batang lagi nak buat seks kat cyber.
So tolong jangan buang masa dan membodohkan diri dengan meng-test aku.

Madafaka.
posted by aveo757 @ 11:09 PM  
Newer›  ‹Older
Sickchild : sorry beb, lupa..:)
April 19, 2009
Dah nak masuk 32 ni, aku dah takleh nak pikir apa benda aku nak mintak untuk birthday present. So tag ni sangat tak relevant untuk aku, tapi disebabkan tukang tag ni sangat la comel dan bagi membolehkan aku dapat tempias-tempias awet muda, aku buat jugak la.

1. Barbie Doll
Masa kecik-kecik dulu aku nak sangat menatang bodoh ni. Tapi jangan harapla mak aji nak belikan. Ko kuar masuk kuar masuk Toys R Us tu sehari sembilan kali sampai nak kena halau ngan pak guard balik balik budak ni, balik balik budak ni, punnnnnnnnnnnnnn mak aji tak beli-belikan jugak. Kalau masuk mana-mana toys area, aku akan tuju tempat Barbie ni dulu dengan harapan mak aji ni kesian la kat aku.

Hmphhh, harammmmmmmmmmmmmm.

Dulu kalau Pak Aji sound 'Jommm siap, gi KL’ (dulu KL ni gah bunyiknya), berterabur kitorang adik-beradik bersiap. Tapi takde la siap mana pun, balik-balik pakai suar track kaler kelabu line kuning kat tepi ngan T Shirt Seong Chong Minimarket. T Shirt ni agak gempak jugak la sebab kat depan ada gamba binatang-binatang macam kat kotak Appeton tu. Tang jauh nampak la macam baju beli kat Disneyworld.

So, just imagine la betapa selebetnya aku dulu. Kalau masuk Toys R Us, akak sale tu ikut je bontot aku, macam la aku ni miskin benau takut sangat aku mencurik Barbie tu.

Babi la ko kak.



2. Bantal Garfield
Nak kata minat sangat ngan Garfield memang konfem tak. Katun dia pun aku tak penah tengok sampai habis. Mengantuk aku tengok kucing bodoh ni.

Tapi dulu kan trend beli bantal Garfield. Kalau tengok kat magazine, bilik-bilik anak orang kaya-kaya ni konfem ada banyak bantal atas katil dia, termasuk la bantal ni. Bilik aku jangan harap la.

Masa matrik aku sebilik ngan dak Rozie, dia ni gila sangat ngan barang Garfield. So aku pun berjangkit. Nak beli sendiri memang kem salam, kalau mak aji tau duit dia bagi tetiap bulan aku buat beli bantal Garfield, mau dia serkup kepala aku ngan bantal bodoh ni.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, disebabkan boifren saya yang gila itu mempunyai satu plan yang tak diketahui modus operandinya, beliau telah dengan penuh victorynya mengaburi mata saya dengan bantal Garfield. Ohhhhh, cakap je ko nak apa. Cakapppppp.
Nak bantal Garfield?
Empat cukup???

Tapi tu la macam aku cakap, kalau dia kaya lebih dari biasa tu, konfem duit tu sebenarnya duit aku. Sebab a few days before aku dapat Garfield tu, purse aku hilang.



3. Voucher ke slimming centre
Ni sangat-sangatla aku dambakan ketika ini.
Kalau la En Wan kata, tahun ni budget untuk birthday present adelah 5 ribu (memang berangan tak hengat okkk nak dapat hadiah besar camni), memang slimming centre la aku serang dulu. Kalau gi Taipan tu segala tok nenek slimming centre, Marie France, Buzzy Body, Slimming Sactuary bla bla bla bagai menyeru-menyeru je nama aku. Rasa nak sangatttttttttttttttt masuk.

Tapi bila gi Giant, budak sales tahan aku 'Kak, akak pegi la slimming centre kami, kami ada promotion menghilangkan lemak'
Rasa cam nak tampar laju-laju je muka dak pompuan ni.,
Punya bersepah orang kat sini, aku jugakkkkkkk yang ko tahan.
Aku tomoi ko sekali, berterabur lemak-lemak ko kang.

Ni perut aku ni dah macam boyan mengandung 4 bulan, tau tak.
Kalau berdiri tu boleh jugak la nak sedut-sedut perut.
Tapi kalau duduk memang nampak la berlipat tiganya. Kalau meja makan tu ada alas, nak je aku tarik alas tu tutup perut aku sket.

Teringin benar aku nak badan slim gila babi cam dulu (huak huak huak ...muntahhhhh). Dulu asal kuar bilik air je telanjang bogel selamba tapir tak pakai towel. Saje je nak bagi laki aku stim. Masa tu perut aku kempis wa cakap lu, kalau baring pun tinggi lagi pepek aku dari perut.

Skang jangan harap la nak tengok aku bogel kuar bilik air.
Aku sendiri nak pitam tengok badan sendiri dengan parut beranakkan Redza, ngan strechmarknya, ngan kedut-kedut lemak, kedut-kedut tua.

Apa?
Nak berseks di waktu siang?
Jnagannnnnnn....hilang selera kang terpandang perut aku yang marvelles ni.
Tunggu malam sket boleh?



4. Breakfast ngan Dr Muz.
Apesal breakfast?

Sebab pagi je pun aku leh kuar ngan jantan lain.
Lunch aku skip.
Malam aku makan kat rumah.
So pagi je la kot nak makan ngan aku pun.

Ohhhhh, kalau la mamat ni agree nak breakfast sama-sama, alangkah indahnya pagiku. Sepinggan nasik lemak sambal kerang ngan telur goreng bersama-sama se-chawen teh tarik di mamak.

Saje je nak dok kat mamak kasik orang lalu-lalang jaki kat aku.

'Eh, awek Dr Muz la'
'Dr Muz ngan awek dia la ni’
'Awek dia ke tu?’

Dan mereka pun menelifon press.
Lalu datang la Abang Naz, Abang Zubir, Kak Pora, Kak Nam, team Melodi dengan kamera flash tak henti-henti ke arah kami.

'Dr, boleh kami tau siapa wanita bersama Dr ni?'
'Dr, inikah wanita yang bakal menjadi isteri Dr?'
'Dr, adakah hubungan Dr dengan wanita ini istimewa?'


Dan kami pun terpaksa meredah lautan manusia untuk ke kereta lantas aku menjawab 'No komen ye, excuse me...no kamera plis, excuse me, no komen ye...’

Eh, aku pulak yang lebih-lebih no komen.



5. Kawen ngan anak raja.
Ni memang penyakit aku dari sejak tengok filem Puteri.
Aku memang suka berangan benda-benda yang tak mungkin dapat.
So that aku tak letak harapan yang tinggi.
Kalau dapat, dapat la.
Kalau tak, aku tak gila deeee.

Tapi tak relevan dah kalau aku nak realisasikan impian ni pun.
Anak raja pun tak hengennn ngan aku.
Mungkin anak raja gila.

Tapi anak raja tu kena hensem. Paling tak pun muka ko kena cam Ahmad Mahmud ke, Nordin Ahmad ke, Mustapha Maarof ke.
Mesti tinggi. Aku tak minat anak raja pendek okkk. (laki aku pendek takpe, dia tak termasuk dalam ini cerita. Ni cerita anak raja saje)

Broad shoulder.

Bijak.

Kaya.
Konfem la ko kena kaya. Kalau ko anak raja tapi lagi sengkek dari aku harap kat nama ko yang ada 'Raja' tu, baik aku kawen ngan hulubalang ko je.

Eh, Que Haidar tu anak raja ke?




**Sesiapa yang nak masuk blog Zara Dania tu, ko klik je la kat link yang aku letak kat entry aku before this, sila scroll down. **

Dengan syarattttttt!!!
Jangan maki-maki dia dah.
Aku rasa dia dah sedar kesilapan dia.
So, takyah nak bambu-bambu, aku letak link dia kat sini pun dah cukup memalukan dia dah.

Aku pun penah gak kena kutuk-kutuk ramai-ramai macam ni.
So, aku tau macamana rasanya.

Jangan kutuk-kutuk sangat dia.
Manusia ni boleh berubah.
Takut kita je yang tak berubah-ubah balik-balik tang tu gak asik nak mengutuk orang je keje, orang yang dikutuk tu dah ke langit ketiga empat berjayanya.

posted by aveo757 @ 9:57 PM  
Newer›  ‹Older
Cukup-cukup la
April 17, 2009
Udah-dah la tuuuuuuu.

Tadi aku masuk blog Zara Dania kemain lagi korang pi hamun kat chatbox dia ye?
Udah, udah, balikkkkkkkkkk!!!!
Aku tak suruh pun.

To All Readers Zara Dania,
As what have been told by one of Zara's follower this morning, you all dah pun kuar masuk blog aku semalam untuk buat research samada aku yang plagiat Zara.
Aku dah letakkan proof, it's all up to you guys untuk percaya atau tak.
Tak percaya pun takpe, aku tak rugi apa-apa pun.
Aku akan terus berblogging macam biasa (walaupun sebenarnya aku dah malas dah ni).
Blog aku takde nuffnang, so tak timbul soal saper nak rebut readers saper.
Nak baca, baca, taknak baca kaluuuuu aku tak paksa.
Tapi agak-agak nak maki aku tu letak la ID sket, jangan pakai anonymous, nampak sangat takut kerana salahnya.


Cuma apa yang aku boleh bagi idea kat sini, yang jelas lagi nyata :

a) rumah yang dia claim rumah dia tu adelah rumah aku.
Lojik la sket beb, kata anak load, beli merz segala, takkan la anak load dok rumah teres kottttttt. Orang kalau kaya-raya tak pakai de meja makan kerusi enam macam aku tu. Diorang pakai meja makan kerusi duoploh lapan.

b) and as far as I know, budak offshore takde kejadahnya nak ambik course Food Tech.
Tak tau la kalau dia pengkaji seaweed ke, gamat ke. Mungkin kena ambik course tu kot. Entah la aku pun tak sure, sebab aku bukan engineerrrrrrrrrrrrrrr.

c) Kak Zu yang terselit kat 'dapur' dia tu was my first maid. Tapi tak sure la kalau maid aku tu skang keje kat rumah dia and maid tu yang bagi cadangan buat dapur yang sama.

d) gamba kat bilik aku yang dia claim bilik dia tu actually ada 2. (pandai-pandai la check archive aku ni). Ada potret wedding aku ngan En Wan lagi. Mujur jugak la dia tak letak gamba tu kat blog dia, and edit gamba kawen tu ngan muka dia. Kalau tak konfem aku bakar kilang En Wan semalam.



Apa-apa pun to Zara Dania (ni mesti minat cerita Mia Zara ngan Awan Dania ni), if you are reading this, thank you sebab berminat ngan entry-entry Green Apple. Tapi tolongggg la jangan jadik mental sangat. Biar la aku sorang je yang gila.

Apa-apa pun, aku rasa cukup-cukup la membambu Zara tu.
Aku kata balik, balikkkkkkk!!!
Aku siat kulit korang kang.


p/s : Zara, kebetulan aku nak jual rumah ni, ko nak beli?
posted by aveo757 @ 5:12 PM  
Newer›  ‹Older
Ko syok kat aku ke???
April 16, 2009
Cik Zara Dania, aku harap ni nama betul, kot ye pun sangat mentaksubi aku, jangan la habis semua ko plagiattt. Tinggal la sikit untuk generasi akan datang dik oiii.

To my readers, anda boleh menyilakan diri untuk klik pada link untuk baca actual post yang aku rasa takde beza benau ngan 'post' dak Zara Dania ni.

To Zara, mungkin kita ditakdirkan mempunya life yang sama, cuma aku tak pernah jadik model macam ko, dan aku pun bukan engineer macam ko.

Tapi paling tak boleh blahhhhhhh....janganlah sampai umah akak pun ko ngaku umah ko dikkkk

Aku rasa ni rumah aku

Camana pulak rumah kita leh sama ekkk? Bini no. 2 En Wan ke apa ni??




Green Apple 1

Zara Dania 1




Green Apple 2

Zara Dania 2




Green Apple 3

Zara Dania 3
Zara Dania 4




Green Apple 4

Zara Dania 5




Green Apple 5

Zara Dania 6




Green Apple 6

Zara Dania 7




Green Apple 7
Green Apple 8

Zara Dania 8




Green Apple 9

Zara Dania 9




Green Apple 10

Zara Dania 10




Green Apple 11

Zara Dania 11




Green Apple 12

Zara Dania 12




Green Apple 13

Zara Dania 13




Green Apple 14

Zara Dania 14




Green Apple 15

Zara Dania 15




Green Apple 16

Zara Dania 16




Green Apple 17

Zara Dania 17




Green Apple 18

Zara Dania 18




Green Apple 19

Zara Dania 19

posted by aveo757 @ 2:15 PM  
Newer›  ‹Older
Update
April 15, 2009
Mak Aji bagitau yang Sara masih tinggal dengan mak dia.
Aunty aku sendiri yang tak kasi dia tinggal asing.
Reasonnya dia taknak anak dia pergi lebih jauh, kalau dok dekat, at least ada peluang dia nak pujuk anak dia balik.
Dengan syarat dia taknak anak dia bawak balik, simpan or practice anything to do with agama baru dia (isskk, meremang bulu roma aku nak sebut)

Ok, soalan dari orang yang jahil kepada sesiapa yang boleh tolong tunjuk ajar aku kot-kot ada ustaz/ustazah ke kat sini (wahhh, perasan ada ustaz teringin nak baca blog aku yang full ngan carut-carut ni) :

Boleh ke dia tinggal serumah?

Aunty aku teruk gak la kena fire ngan mak aku. (mak aku la yang kata dia men-fire).
Tapi aku tau la cara mak aku fire tu.
Penuh dengan lemah-gemalai kesantunan anak melayu konon nak pendekatan psikologi.

Cuba kalau aku buat slack.
Terpecahkan bekas isi telur yang dapat free tu punnnnnnnnnnnnn dia tembak aku bertubi-tubi.

Lepas upacara Kristian tu Sarah balik rumah and bagitau mak dia, dia dah Kristian.
Aku dapat rasakan masa ni aunty aku dah takde airmata dah nak keluar.
So aunty aku cakap dia still nak Sarah duduk rumah tu.

Baru-baru ni masa keadaan tengah tegang, Sarah ada keluar dari rumah about 3 days kot.
Baru now we all tau rupanya dia hilang tu dia pi mintak pendapat kat anak-anak tiri another aunty aku. Aunty aku yang lagi sorang ni laki dia convert masuk Islam tapi anak-anak tiri tak ikut. So, this Sara dah pegi jumpa anak-anak tiri ni mintak pendapat.

Entah apesal dia boleh terpikir nak jumpa si anak-anak tiri ni pun aku tak paham.
Ni la masalahnya kalau orang proud to be kebaratan.
Nak geng pun ngan yang ada tempias-tempias western.
Yang Jawa macam aku ni taknak pulak ko mintak pendapat.
Padahal adik-beradik mak aku ada lagi 9 orang kat sana, SEMUA Islam.
Taknak pulak ko mintak pendapat.

Alasan dia, semua sedara macam dah tak suka dia.
Even kakak dengan abang ipar dia dok men-fire dia.

Oh, baru sekarang ko nak kata yang sedara-mara tak suka ko?
Dulu elok pulak ko beramas-mesra ngan sedara-mara, sekarang pulak sedara mara tak suka ko ek?
Tak terfikir ke sebab apa??

Dah ko bagitau ko nak convert of course la semua tak setuju.
Bila orang tak setuju dengan kau, ko kata la orang tak suka kau.
Cuba aku kata 'Yey yey, you nak convert Christian. I loikeeeeeeeeeeeeeee'
Terus aku jadi sedara dunia akhirat kau kan?

Yang aku heran tu, aunty dia (adik bapak dia) ada yang masih Christian.
Apesal ko tak pergi consult ngan aunty X ko tu?
Apesal ko pergi carik anak-anak tiri aunty aku yang hubung-kaitnya sangatlah jauh nak bandingkan dengan aunty X kau?

Sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aunty X ni pun bangkang dia nak convert.
Walaupun aunty X ni Christian, tapi dia takde berdendam dengan abang dia yang dah convert masuk Islam.
Sebab abang dia ni memnag dari kecik mak dia serahkan kat klorga melayu, so takde issue dia pernah practice agama lain.
Cuma bila dia dah skolah kot baru dia official masuk Islam.

So, bila aunty aku bagitau dia pi mintak pendapat anak-anak tiri tu, aku dah ada question mark kat kepala.
Kalau betul ko nak minta pendapat, ko ada ramai orang sekeliling kau.
Ko ada makcik ko yang masih Christian, ko ada makcik yang Islam.
Tanya la.
Apesal tak tanya?
Apesal mesti tanya orang lain?

Sebabbbbbb.....ko memang nak sangat convert kan?
So, ko cari kekuatan untuk teruskan usaha ko nak Kristian tu dengan mintak sokongan orang-orang yang boleh meng-iya-kan niat kau.
Ko taknak orang kata NO dengan niat kau.
So please jangan gunakan alasan sedara-mara tak suka kau.

Tak tau la nak kata aku geram ke, aku menyampah ke, kesal ke.
Tapi hati aku tak tenteram.
Aku rasa tak puas hati sangat-sangat kalau tak tau reason dia convert.
Aku email taknak reply pulakkkkkk.

Tapi macam Pak Aji pesan, kita kena terus usaha.
Insyallah.

Cuma tolong sama-sama doa biar aku ni sabar lebih sikit.
Aku ni bukannya betul sangat, kalau jin aprit belaan aku dah masuk badan, abis semua aku maki.
posted by aveo757 @ 8:44 AM  
Newer›  ‹Older
Misi masih diteruskan
April 14, 2009
Thanks sebab concern dengan kes cousin aku and aku rasa sangat-sangat ringan kepala sekejap bila dah lepaskan beban.

And sorry ye, yang murtad tu bukan Sabrina, tapi Sara, adik dia.
Gamba dia ada, tapi tak payah la aku tempek kat sini.
Bukan leh buat apa pun, buat aku sakit hati lagi ada.
Ke ada yang nak gamba dia buat hembus-hembus sikit?

Nak kata sedih memang sampai sekarang aku sedih sangat.
Kalau time solat tu especially time Subuh, memang rasa sedih gila, airmata aku turun cam air terjun.
Tapi kalau dia ada depan mata, aku rasa aku tak sedih kot.
Rasa nak bagi penyepak ada la.

Nak buat keje pun rasa down.
Tapi apehal la pulak aku nak selamanya down kan, dia tengah elok-elok je bersantai kuar masuk church siap busy plan tahun ni nak celebrate Christmast (agaknya la), aku je yang lebih-lebih nak concern pasal dia.

Pundek la okkkkk.

Pagi Sabtu lepas masing-masing sibuk fikir apa ikhtiar terakhir nak buat kat Sarah ni.
Apa-apa pun mesti halang dia jugak.

Mak Aji suggest aunty aku pakat ngan mana-mana doktor kat sana untuk masukkan aunty aku kat hospital ke apa ke, janji macam cemas la sikit bunyiknya so that anak dia akan cancelkan program nak gi church tu. At least untuk hari Sabtu lepas dia tak pergi church so we all ada masa lagi nak plan untuk tarik dia balik ke Islam.

Tapi tau-tau je la, kadang-kadang benda macam ni, orang taknak ambik decision untuk tak masuk campur.
Kita pun tak pasti undang-undang negara dia macamana kan, doktor tu pun nak kena pikir gak periuk nasik dia.
Lain la kalau kat Mesia ni aku rasa kita lebih ekstrim dengan benda-benda macam ni.

Tapi aku rasa idea nak masukkan aunty aku kat hospital tu macam tak berapa bernas je Mak Aji wehhh.
Kot ye dia nak jenguk mak dia, sekali dia kata 'Kasik I Kristian dulu boleh? Lepas tu kang I datang'
Baru dia kauuuu, elok-elok aunty aku sihat laju je masuk ICU.

Ibal suggest follow kereta dia dari belakang pastu langgar.
Paling-paling pun patah kaki masuk spital.
Siapa nak sedekah keta dia kasik berlanggar ni??
Keta ko boleh?
Tu pun kalau kaki dia yang patah, kalau kaki ko yang patah?
Dah satu hal pulak aku nak menjaga ko angkut pi bilik air cuci berak ko segala, menyusahkan aku je.

Aku suggest mintak anyone kat rumah tu tekup muka dia ngan chloroform kasik pengsan, kurung dalam bilik.
Tapi aunty aku bagitau pagi-pagi lagi dia dah kuar pi opis so takde chance nak buat.

Sekali datang Pak Aji bagi suggestion 'Cuba kita upah gengster culik dia?' (muka series ni)

Ternganga kejap aku.
Gila advance orang tua ni.
Ada bakat jadik pembunuh upahan.
Sangat tak bertepatan dengan kopiah yang ada kat kepala tu.

Tapi last resort kitorang buat solat hajat je.
Mintak kat Tuhan.
Tuhan tu lebih tau apa yang terbaik.


Oh yes, thanks kepada yang email aku lagu-lagu 80-an yang aku mintak hari tu.
Semuanya berjaya aku download tanpa kehadiran virus.

Saper hari tu yang nak lagu Di Sebalik Rahsia Cinta?
Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sila bagi email, nanti aku hantar.

CD aku kalini toksah kata lagu 80an, 60an pun aku belasah.
Layan lagu 'Hidup Bersama' versi A Ramli rasa cam nak beli guitar karan skarang jugak aku nak goreng.

Misi mendownload masih lagi diteruskan walaupun kepala aku agak berdengung lately ni banyak sangat menangis kot, sampai terus dapat sakit mata.
Mata kiri dah ok, hari ni mata kanan dah buat hal macam kabur-kabur sikit.

En Wan kata aku banyak sangat tengok telo dia sebab tu sakit mata.
So, tak boleh kahh??
Abis tu takkan aku nak mandi ngan ko pakai spek itam kotttt.
posted by aveo757 @ 2:12 PM  
Newer›  ‹Older
Tolong sama-sama doa ye?
April 13, 2009
Takde apa sebenarnya jadi between aku and En Wan.
Takde apa yang berlaku dalam famili.
Takde apa berlaku dengan kerja.
Semua ok.

Sila bersangka baik terhadap diri ini okkk.

Cuma aku rasa sangat-sangat terkilan.
Tak pernah aku terfikir benda macam ni akan terjadi dalam keluarga aku.
I mean dalam keluarga mak aji.

Actually benda ni we all dapat tau since a month ago.
Mak Aji called aku pagi-pagi sambil nangis-nangis.
One of anak sedara dia yang kat Singapore (sepupu aku) nak convert to Kristian.
Ni bukan sedara jauh, memang rapat sangat.

Since we all tau berita tu, semua ikhtiar macam-macam.
Yang kat Singapore dah pergi jumpa MUIS, tapi MUIS couldn't help much sebab dia kata kes macam ni dah banyak sangat berlaku.

So????
Sebab tak terkena kat anak ko maka takyah buat apa-apa la?
Ke, tak kuasa nak layan?

Tapi entah la kan, maybe undang-undang yang jadikan benda macam ni susah kita nak selesaikan. Dah namanya dok dalam negara majmuk macam ni la kot.
Nak salahkan undang-undang pun tak boleh jugak.
Apsal orang lain tak murtad tapi ko pulak boleh murtad??
So aku rasa benda ni pokok pangkalnya diri sendiri.

Ingat tak aku ada buat entry pasal aku baca buku about Kristiniasasi?
Aku cari buku tu sebab kes sepupu aku ni la.
Aku nak tau apa sebab and apa approach untuk kes-kes macam ni.

Everyday mak aji and pak aji call Singapore untuk dapatkan update kes sepupu aku.
Aunty aku bagitau, actually benda ni dia rahsiakan, tapi Tuhan nak tunjuk kat kita, dia terlepas cakap.
Puncanya, diorang sefamili lepak-lepak borak-borak pasal kawen.
And one of adik dia tanya kakak dia bila nak kawen, boifren bila nak convert? (Boifren dia Chinese tapi free thinker).

Sekali dia terlepas cakap 'Wait until I convert this April'

Sial tak???

Satu famili terkujat.
Aunty aku desak dia bagitau apa maksud dia cakap macam tu, last-last baru dia bgtau dia nak convert April (bulan ni), everything dah dalam jadual.

Ko boleh bayangkan tak macamana rasa aunty aku?
Aku yang mendengar kat telipon dia nak convert pun dah bergenang airmata inikan mak yang mengandungkan dia.

Sejak dia tau satu famili dah tau, and aunty and uncle aku semua dah asik tanya dia macam-macam, dia dah asingkan diri dari keluarga, tapi still dok dalam rumah tu, cuma taknak jumpa orang, taknak bercakap.

Bapak dia dah memang lost hope, balik-balik sebut 'My daughter cheated me!'.
Uncle aku ni Chinese tapi dah Islam since sebelum kawen dengan aunty aku.
Aku faham betapa frustnya uncle aku, dia yang Cina boleh percaya kat Islam, anak dia yang dilahirkan Islam boleh nak keluar masuk agama lain.

Bila desak sepupu aku since when dia terjebak dengan benda-benda ni, baru la famili tau yang dia dah kuar masuk gereja since secondary school lagi, bukan sebab boifren dia.

Alasan paling bodoh bangang aku dengar dari dia.

'I don't understand a single word when I read Quran'

Kalau aku ada depan dia memang aku perkataan bodoh sampai kat muka dia.

Apa bezanya kalau ko tak faham apa ko baca dalam Quran dengan perkataan yang ko tak faham dalam buku?

Kalau ko tak faham satu-satu word tu boleh pulak ko bukak dictionary carik makna?
Sama la konsepnya kalau baca Quran.
Kalau ko tak faham, ko tanya.
Tak jumpa orang yang tau, ko beli tafsir.

Aku pun tak paham jugak apa yang aku baca dalam Quran, tapi tu bukan alasan kenapa ko mesti nak kaji agama lainkalau basic agama sendiri pun ko lemah.

Dari dulu lagi mak aji dah sound adik dia 'Anak ko ni takde kawan Melayu ke?'

Aunty aku cakap, kat Singapore ni tak ramai melayu.

Ye keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee?????

Bukan nak salahkan berkawan.
Tak salah ko nak berkawan dengan saper pun be it Cina, India, Omputih, or Jakun.
Aku pun dulu kat ofis sorang je Melayu.
Kalau ko tercampak kat US pun, majoriti dok sana bukan Melayu pun. Omputih keliling.
Tapi kita yang kena pandai-pandai jaga diri.

Another aunty aku sound dia 'You tau tak kalau you convert secara tak lansung you heret makbapak you and sedara-mara semua ke neraka?'

Dia reply 'So unfair la Islam like that, huh?'

Boleh tak aku tampar muka dia ngan kaki?

Kesian aku tengok mak dia, asal solat je menangis.
Solat je menangis.

Dah macam-macam ikhtiar we all buat.
Dah jumpa Ustaz Farhan (bekas paderi now Ustaz), jumpa anak murid Dato' Harun Din mintak nasihat, mintak bantuan.
Ustaz tu ajar satu ayat hanya mak saja yang boleh baca ayat tu untuk seru anak dia. Masa baca tu kena bayangkan anak tu ada dalam rahim.
Sedihnya aku dengar Ustaz tu ajar.
Betul kata orang, kalau kita dah ada anak baru kita faham perasaan ibu yang hadapi situasi macam ni.

Tapi, nampaknya tak berhasil.
Mungkin kitorang yang tak nampak lagi apa hikmah di sebalik semua ni.

Pak Aji mintak buatkan air Yassin, air ayat Kursi and sembur kat baju-baju dia, letak dalam nasik, and segala lauk-lauk even air nak minum kat rumah pun letakkan, tak kisahla semua orang boleh minum, sebab nak matikan Holy water yang dia dah minum tu.

Ohhh, pandai okkkkk.
Balik rumah taknak makan, taknak minum.
Beli air dari luar.
Ni mesti diorang dah nasihat dia jangan minum air kat rumah.
Of course la diorang tau kekuatan kita kat mana kan.

Makan ko taknak, minum taknak, tapi tumpang tido ko nak pulak???

Aku dah hasut mak dia halau je anak dia dari rumah.
Tapi Pak Aji kata tak baik, kalau kita marah-marah nanti dia lari dari rumah lagi susah kita nak tarik dia balik ke Islam.

Betul tu.
Tapi sumtimes, ada orang yang tak paham bahasa.
Bila kita redha je apa dia buat, dia ingat kita suka sangatla tebiat dia tu.
Kita approve la apa yang dia buat.

Aku tanya balik, ok lah sekarang ni takpe lagi.
Esok kalau dah convert, nak tinggal sebumbung lagi?
Bawak masuk rantai salib dalam rumah?
Ko kiblat lain, dia kiblat lain?

Lagi sekali Tuhan nak bagi pertunjuk kat aunty aku, entah macamana aunty aku terjumpa kertas schedule dia nak dikristiankan.
Kat situ ada tulis, program starts at 5pm, memula pakai robe, pastu beratur nak kena jirus dengan air apa benda ntah. Kebetulan mak aji pun ada kat Singapore last week, so dia pun baca sekali.
Sepupu aku tak tau yang kita semua dah tau bila tarikh dia nak convert.

11 April baru-baru ni (Sabtu), aku balik Bangi, berkumpul kat sana.
Dari pagi sampai malam, we all sekeluarga habiskan masa dengan buat solat hajat, baca Yassin, tasbih, etc.

Every hour mak aji akan call Singapore tanya perkembangan sebab Sabtu lepas pukul 5pm waktu dia dikristiankan.
Walupun hati aku dah tak yakin dia akan kembali ke Islam, Pak Aji suruh aku yakinkan diri.
Sampai aku berdoa, supaya terjadik la apa-apa pada diri dia hari tu asalkan dia masih Islam.

Sebak bila another aunty aku bagitau, mak dia tulis surat for anak dia on how kecewanya keluarga bila dia pilih jalan macam tu.
Surat tu mak dia letakkan dalam beg dia sekali dengan jadual Kristian dia.

Aku tau dia baca, tapi mungkin kita yang dah terlambat.

Memang Sabtu lepas aku banyak sangat menangis lebih-lebih lagi masa solat.
Rasa buruknya salasilah hidup aku ada ahli keluarga yang murtad.
Rasa macam amalan aku payah Tuhan nak terima.
Rasa sia-sia je aku solat sedangkan sepupu aku ada yang dah keluar dari agama.

Kadang-kadang aku terfikir, mungkin ke semua ni terjadi bukan sebab dia, tapi sebab we all ahli keluarga ada buat salah?
Aku yang ada buat salah?
Perlu ke satu ahli hilang untuk yang lainnya sedar?

Yang aku terkilan sampai sekarang takde sorang pun nak bagitau nenek pasal ni.
Alasan, takut nenek terperanjat.

Arwah atuk cukup yakin cucu-cucu dia semua jadi manusia sebenar-benar manusia.
Dia la yang paling happy bila tau cucu-cucu dia khatam Quran.
Dia la yang akan muncul dulu kalau ada majlis-majlis keraian utk cucu dia.

Mujurlah arwah atuk dah takde untuk tengok semua benda ni.





Atuk, Sarah dah Kristian, tuk.

posted by aveo757 @ 9:58 AM  
Newer›  ‹Older
Aku sangat gagal!
April 12, 2009



Pernah tak korang rasa satu situasi sangat menyakitkan hati sampai tak boleh nak cakap apa-apa melainkan menangis?











AKU GAGAL!!!!!
AKU SANGAT GAGAL!!!!

posted by aveo757 @ 10:51 PM  
Newer›  ‹Older
Mp3
April 10, 2009
Aku tengah dalam misi siapkan CD compilation lagu-lagu 80-an.
Takde saper suruh, aku memang tetiba gatal nak buat CD ni.
Bosan ok balik Tganu naik keta En Wan balik-balik nak pasang lagu Crazy Frog, Konsert Faizal AF (gila kenegerian betul laki aku ni), tak pun entah apa lagu yang aku tak paham. Terkehel tulang osikel aku dengar lagu-lagu takde unsur keharmonian ni.

Minggu yang sangat busy sejak balik Tganu last week.
Ahad lepas memang full day aku melepak kat UMT dari pagi sampai kol 6pm, working di hari Ahad yang mendung dan hujan-rintik-rintik-air-bergelora-emak-kasik-duit-saya pergi-skolah-tiga-campur-tiga-saya-jawab-enam. Sepatutnya hari-hari hujan sebegitu kita harus teruskan saje tarik selimut dan membuta sampai tengahari.

Nak pulak dapat mak mertua cam aku yang bangun-bangun je makanan dah siap, aku nak ambik mug buat air pun dia tak kasik, biar dia buatkan.
Apa lagi kannnnn, makin luas la kaki aku mengangkang kat dapur.

Disebabkan aku tension kena pi kejer Ahad, En Wan la jadik mangsa aku.
Dengan dia dia sekali aku heret masuk UMT, tapi dok je la dalam kereta baca paper.

Malam tu aku ajak En Wan bawak kak long and mak gi dinner kat restoran kote.
Restoran kote ni besttt dari masakan kampung, bandar, luar negara, semua complete. Tinggal lagi sedap ngan tak je.
Tapi aku lom pernah rasa western food dia , selalu aku bedal sup daging (menu wajib).



Klik kat gambar untuk tengok kenapa aku panggil dia restoran kote.
Saper suruh ko eja camtu kan.

Semalam Redza ada field trip ke Pizza Hut, diorang buat pizza and boleh bawak balik pizza tu.

Wah, anak aku kemain lagi excitednya, sampai-sampai rumah je tengok keta mak dia ada, terus berlari naik atas nak tunjuk pizza yang dia buat.



Ok la kan, walaupun chicken ngan nenas tu berterabur je aku tengok.
Tapi roti dia cam keras sikit, maybe tak cukup uli, budak-budak la katakan.
Aku yang tua bangka ni pun part menguli pun fail apa lagi budak umur 5 tahun.
Beria-ia dia suruh aku rasa, aku jawab nanti la, nak makan ngan papa.
Last-last aku suruh En Wan je makan.

Eiii, kembang tekak aku nak makan pizza ni.
Boleh aku bayangkan sampai hitam gamaknya tepung tu dia uli.
Tak suaiiiiiiiii.

Anyone ada mp3 :

1. Interlud : Nora
2. Akukah yang terlewat : Royston Sta Maria
3. Jauh dirindu : Freedom
4. Bersama pertemuan ini : Francisca Peter
5. Andainya : Francisca Peter

Tak payah nak gelak-gelak ye aku layan Royston Sta Maria.
Itu belum apa-apa lagi.

Kat CD yang aku tengah compile skang ni toksah kata Royston, lagu Bunga Melur A Ramli pun ada okkk.

Ye, aku memang kampung.
posted by aveo757 @ 1:31 PM  
Newer›  ‹Older
Cuti
April 03, 2009




Tengah pack barang nak gi outstation a.k.a balik Trengganu jap lagi, until Monday.

Blog adelah dalam status berpuasa sunat.

Terima kasih.






Sila layan lagu ni.

Sangat best!!!
posted by aveo757 @ 4:00 PM  
Newer›  ‹Older
Hambik nih nak sangat!!!
April 01, 2009
CERITA 1

Siapa tau mana nak download game mahjong online yang forever FREE?
Aku taknak yang 30 days trial, nak yang FREE FOR LIFE, agak-agak ada?

Dah naik sangap mengadap Text Twist ni, tapi kira ok la dari mengadap solitaire.
Asal kena tunggu orang je konfem aku bukak game ni lam keta.
Padahal ada je file pocket Islam lam ni, baca la surah-surah ke zikir-zikir ke hendaknya, harammmmmmmmmmmm.

Ntah apa motif aku install ntah.



Game dia cenggini.
Sangat-sangat menguji vocab.
Dapat pulak yang vocab semput macam aku ni.
Meraban-raban je words yang aku letak.

Semalam ada satu words lagi yang aku tak jumpa.
Puas aku pikir ape menatang la word ni.
Masa nak time dah ni.
Last-last kecundang juga.


Ni dia word yang aku tak jumpa dan tak terfikir - ASS.

See...betapa sucinya otak aku sampai ASS pun tak tercapai dek akal ku.

Sorry la brader, aku tak biasa la carut-carut bahasa omputih ni.

Hari ni anniversary Leslie yang ke-enam.
Tetiba je aku nak berkabung jugak, hari ni tak masuk opis, dok rumah je buat keje.
Tapi appointment tetap pegi, makan tetap tak miss.
Yang mati tu mati lah, yang hidup ni takkan nak masuk kubur sekali kot.
Kat tepi-tepi dah la.

Ok, ni aku nak jawab soklan kenapa aku block blog aku semalam.
Bukan test line.
Bukan invite certain-certain orang.
Aku tak invite sesaper pun.

Bukan aku serik berblogging.
Kalau aku serik, baik aku delete je terus.
Kalau aku nak private or nak delete pun mungkin today, bukan semalam.
Semalam tu kes dia lain.
Tak penting pun.

But today, aku rasa this sumone memang betul-betul nak carik pasal dengan aku.
Aku pun tak tau apa motif kau.

Yang aku spot reader ni cuma akan menjengah bersama ayat-ayat macam bagus dia kalau I put sumthing on my blog.

Macam kalau komen aku banyak untuk that entry.
Or kalau aku letak gamba aku.
Or kalau aku letak gamba aku pegi mana-mana.

Biasa la komen yang like 'Kulit kau tu dah la hitam', 'Ambik gamba macam bitch', 'Laki ngan bini sama-sama gedik', 'Macam la bagus sangat life kau tu'.

Va..va ..vaaaaaaaaaa!!!
(sambil silang-silang selindang)

Aku tak sure apa motif orang-orang macam ni letak komen.
Memang la hak bersuara tu hak masing-masing.
Tapi bersuara la guna akal, bukan guna hati.
Kalau kau rasa insecure dengan kelebihan orang lain, apa ko ingat dengan mengutuk orang tu hidup ko bahagia and sempurna ke?
And ko pasti ke aku tertekan dengan komen-komen ko tu?
Ke ko yang tertekan tengok aku rilekkkkkkkkkkkk je.

Aku nasihatkan ko, kalau rasa diri tu ada kekurangan, jangan alihkan perhatian terhadap kekurangan diri ko tu dengan mencarik kekurangan and kesalahan orang lain.
Itu menipu diri sendiri namanya.

Kalau rasa orang lain lebih dari ko, terima je la.
Apa salahnya letakkan diri ke tempat KALAH.
Sesekali rasa KALAH pun susah ke?
Asik nak MENANG je pun tak baik untuk kesihatan dikkkk.

Siapa tau esok-esok ko pulak lebih dari orang.
Apa yang ko nak susah hati sangat.
Tuhan tu adil.

Tapi kalau ko sedar diri dan sedar ruang yang hidup ko tetap tak sebaik yang ko harapkan, itu sendiri boleh fikir la. Bukan nak kata life aku superb, tapi kalau dah ko macam takde keje lain asik nak carik silap aku je, aku terpaksa la pressume yang hidup aku lagi happening dari kau kan.

'anonymous' ni mungkin di kalangan yang baik dengan aku jugak, which aku tak kisah la ko siapa pun. Kalau ko rasa ko dapat kepuasan, ketenangan hidup and kegumbiraan dengan mengutuk aku, that's your call. Buat.

Sometimes kita yang kena kutuk ni pun kena faham la jugak, mungkin orang tu tengah weng, too bad dia masuk blog kita pulak. Memang sedang elok sangat la kalau nak dapat maki free kan.

Takpe, go ahead.

Cuma, what goes aroud comes around.
posted by aveo757 @ 10:56 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me:
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER