walk on wings, tread in air: 03/2009 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Sorry la tetiba je aku block blog ni tadi, nak melarikan diri dari masalah kejap
March 30, 2009
Ok, masalah telah pun settle.

Kepada orang itu kalau nak baca, baca je la blog ni.
Tapi everytime jumpa aku tolong la buat-buat profesional sket okeh?
Kalau tak, forever aku tak jumpa ko dah.

Jumaat lepas macam selalu tetiap malam pun aku melayan DVD ngan En Wan, this time Bride Wars. Boleh la pulak emo tengok cerita tu pun nak nangis. But memang best la cerita ni. Tteiba je rasa nak kawen lagi.

Dulu aku kawen takde potong-potong kek semua.
Takde buat kat hotel.
Takde pakai wedding planner.
Tak sempat nak ber-bachelor party.

Semua buat sendiri.
Hiaskan keta pengantin untuk diri sendiri nak naik jap lagi.
Potong daun rampai nak renjis kat diri sendiri.
Buat bunga telor sendiri sampai bertabur riben aku dalam komuter.
Khemah pun kanopi belang-belang biru.

Apesal mak aji sabotaj aku huh??

Ini tidak adillllllllllllllllllllll.


Sabtu adelah waktu senggang yang sangat dinantikan sejak En Wan malas nak masuk ofis hujung minggu. Dari pagi kitorang merayap. Merayap saje takyah beli apa-apa sebab aku macam dah malas sikit-sikit kuar nak beli barang, sampai tak tau nak beli apa dah.

Lepas men-rasuah Redza ngan PS, ko tinggal la kat rumah ngan bibik, aku ngan bapak ko nak melayan movie kat Bukit Tinggi.

12 rounds.

Sangat best!!
Sila tonton.
Aku malas nak review.

Akhirnya setelah setahun aku tak jejak Black Canyon sebab....aku pun tak tau sebab apa padahal ada je satu outlet kat Summit.

Mungkin takde duit agaknya.

Dapat la tekak aku makan balik favourite dish, evertime masuk Black Canyon aku memang takkan order benda lain selain rice with combination with prawn, egg, chicken and chilli.



Ni sedap wehhhh.
Aku malas la nak snap gamba pinggan aku lepas makan.
Memang nampak benar kuat mentekedarah sampai daun pudina yang tak pernah-pernah aku makan pun aku golek-golekkan kat gravy dia, selamattttttt

Lepas maghrib aku belum tanggal telekung lagi En Wan dah start enjin kereta, siap horn-horn lagi.
Kem salam la aku nak pakai makeup segala.
Dapat sembur toner pun dah besar rahmat.
Aku cuma berharap je la Bukit Tinggi support Earth Hour so takde orang nampak muka aku yang bersememeh ni.

Sekali diorang tak bergelap.
Takde hal la kan.
Memang nak masuk wayang pun.

Before kuar kereta, 'Bang, ok tak muka Di?'

Coolnya jawab 'Takpe, tak selekeh sangat'

Ada aku suruh ko komen aku selekeh ke takkkkkk????
Boleh tak lain kali tolong fahamkan soalan sikit.

Ok ni aku nak bagi resepi spageti kat YUZZ.
Kat YM pun dah bagi, kat email pun dah bagi, ni aku buat entry bergamba pulak.
Kelau lepas ni ko tanya lagi, aku hempokkkkkkkkk.


Yang ni ko beli, bukan angel hair. Ada faham?



Memula tumis cili, bawang merah, pastu campakkan sepaket daging cincang Ramlee, rebus biar masak.


Pastu potong dadu 2 bijik tomato and satu bijik carrot.
Beli mushroom butang Ayam Brand tu and ambik la berapa bijik ko nak makan, ko potong empat and semua ni ko masukkan sekali lam periuk.


Pastu masukkan sos spageti Prego. Ko tak pakai Prego pun boleh, tak kisah la apa tajuk sos dia janji untuk spageti.

Ko masukkan sebotol.
Kalau takat ko laki bini je nak makan, beli je la tin kecik.

Pastu ko adjust, agak-agak nak pekat takyah tambah air.
Pandai-pandai ko lah.


End product adelah begini. Kalau nak best letak cheese powder. Tapi aku tak suka yang best-best so aku tak letak. Pun habis jugakkk.


Kalau takat nak suruh aku bagi resepi simple-simple sesuai dengan tahap kemalasan aku yang semakin berganda sejak perut aku berlipat 3 ni, boleh la.

Nama nak suruh aku letak resepi yang bahan-bahan dia sampai 2 muka surat tu kem salam la.
Memang aku pantang makan makanan yang menyusah aku.





posted by green apple @ 1:23 PM  
Newer›  ‹Older
Apesal ko boleh termasuk sini??
March 28, 2009
Someone dah terjumpa blog ni dan juga FB aku.

Kalau tetiba blog ni hilang sok (which is very unpleasant move) sila lah maafkan aku.


p/s : to that sumone, plissss..it's not that I do not like you, but I just want to keep it profesional.
posted by green apple @ 1:47 AM  
Newer›  ‹Older
How much do you know about your ROTI PAUNG
March 25, 2009
Tag lagi….

1.He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Laki aku hanya dok dendiam depan TV kalau dia tengah tengok berita. Masa tu memang jangan harap ko nak suruh dia alihkan bontot dia sikittt pun. Silap-silap bontot tu melekat kat muka kau. Memang aku takkan suruh dia buat apa-apa dari kol 8 sampai 9mlm. Ko hadap la berita tu puas-puas.

Tapi kalau dia kejap tergeliat sana, tergeliat sini maknanya dia tengah tengok TV dengan aku la tu. Biasa la kan kalau dah tengok berdua tu, takkan nak dok statik je, haruslah diselang-selikan dengan urutan cakar harimau.


2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
Dia tak makan sayur la.


3. What's one food he doesn't like?
Semua boleh asalkan jangan berkuah. Dia memang suka torture anak tekak makan kering-kering.


4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh O ais.

Walaupun ada ketikanya time stress ngan keje, kepala dia weng, nak teh o ais tapi mulut mintak teh o ais limau.
Kalau kejadian begitu berlaku, maka aku yang nak minum teh tarik ni terpaksa mintak teh o ais. Sebab konfem kalau air tu sampai, dia kata 'Saya tak mintak teh o ais limau pun?'

Sebelum kepala dia kena hentak dek mamak tu, baik aku buat kaedah penyelesaian secara bijak.
Apekah ini tanda-tanda awal alzheimer oh tuhanku?


5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Belara, Manir, Trengganu.

Dulu bila aku tanya skolah mana, dia jawab 'Belara High School'

Tengkorak kau la kan???
Aku ni yo yo an je percaya.

Sedap sikit la bunyiknya kalau skolah nama omputih.


6. What size shoe does he wear?
42


7. If he was to collect anything, what would it be?
VCD Blue (kot....)


8. What is his favorite type of sandwich?
Kaya sandwich, tu pun kalau ada jual la.
Selalunya aku yang buatkan.
Tapi laki aku ni bukan peminat roti.
Kalau dah takde makanan sangat baru dia pilih roti.

Lain la aku.
Dari kecik sampai ke besar asal breakfast je cekik roti.
Pemalas nak buat bfast katakan.


9. What would this person eat every day if he could?
Maggi goreng kari ayam.


10. What is his favorite cereal?
Dia tak makan cereal.
Kecuali cornflakes tu ko rendam dalam air budu, insyaallah.


11. What would he never wear?
G-string bini dia.


12. What is his favorite sports team?
Ape ko ingat dia nak sokong Red Giant?
Biar Tganu tu masuk liga paling bawah sekali pun, dia tetap sokong.
Tapi sokong dalam maki la.


13. Who did he vote for?
Undi adelah rahsia.


14. Who is his best friend?
Seorang wanita awal 30-an yang suka tarik kain pelikat dia lepas sembayang.


15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Blogging, chatting, facebooking.
Too bad, dah terlambat bangggg, terlambat.


16. What is his heritage?
Chinese + Siamese + Malay


17. What is his favourite colour?
Hitam.
That explains kenapa dia pilih aku jadi bini dia.


18. What is his habit?
Pantang baring, konfem tido.
Jadi kalau dia tengah baring tu, tindakan susulan harus pantas.
Atau ko terpaksa berpuas hati dengan khidmat self service saje.


19. What is he proud of?
Apa yang dia ada skarang.
Termasuklah adinda ini.....huahhuahauahuahauahuah.


20. Who he loves the most?
Before kawen lagi dia dah bagitau, dia takkan sayang orang lain lebih dari mak dia.
And aku pun tak kecik ati sebab apa ko ingat ko sorang je sayang mak kauuuuuuuuu????
posted by green apple @ 11:21 PM  
Newer›  ‹Older
Hero zaman dulu
March 24, 2009

Karakter : TOOKOO

“Aku skolah sampai darjah nam tauuuu, hmmmm“


Aku pernah terserempak dengan arwah Sudirman ni sekali, masa tunggu time nak depart to Fukuoka kecik-kecik dulu. Masa tu Sudirman dengan signature dia – pakai trench coat kaler hitam, spek itam ngan hat itam. Tapi saper la on earth tak kenal Sudirman? Leslie Cheung aku tu pun kenal Sudirman okkkkkk. Memandangkan dulu jarang nau dapat jumpa artis, sekali nampak artis jakun dia memang tak dapat disangkal lagi. Suara paling kuat menjerit haruslah adik laki aku, Ibal.

‘Suliman!! Suliman!!!’

Sedap anak tekak ko terpekik panggil Sudirman, macamkan sedara-mara ko je.

Tapi Sudirman sporting, dia toleh sambil angkat hat dia.
Wahhhhh, time tu tetiba je aku jatuh chenta kat Sudirman.
Tinggi pun lebih kurang je, kira jadik lah.

Dia ni takde la kategori hensem, tapi attractive.

Tiap kali aku tengok cerita KAMI ni mesti aku nangis.
Aku pun tak tau pesal.
Maybe sebab teringat zaman-zaman kecik dulu, time susah dulu, nak beli kaset pun usha kat pasar malam punya.

Tapi heran ek, dulu kalau ko beli kaset kat pasar malam takde hal pun, takde saper nak kondem ko beli barang pasar malam. Kalau sekarang tolongggggg sket, orang sekarang punya telepati jangan memain. Ko berdiri sebatu dari dia pun dia leh tau spek itam ko beli kat Focus Point or pasar malam seksyen 13.

Tapi beli DVD kat pasar malam boleh pulakkkkkk.



Karakter : ZACK.

"Cik Azura, sudikah Cik Azura berkawan dengan saya?“

Muntah kejap.

Ini kalau ada jugak yang tak kenal, aku hempokkkkk.

Tak ramai lelaki Mesia yang dah tua pun hensem lagi. Ni, antara lelaki yang aku kagum hensem dia kekal sampai sekarang walaupun aku rasa rambut dia skang rambut sampel.

Kalau dah nama orang tu hensem, tak kisah la ko kuar masuk Pusat Serenti pun. Boleh aje.
Si Salem tu takde pulak aku nak minat.

Tapi now Jamal dah berubah kan?
Alhamdulillah.

Aku rasa cerita AZURA cerita paling best Jamal.
Walaupun aku benci motor scrambler, tapi kalau Jamal yang bawak, aku ok je.

Bagi aku scrambler ni bukan semorang boleh bawak. Orang yang tinggi-tinggi je.
Orang cam Jamal, Rafi Hussin, Faizal Hussin, Faizal Tahir, tu sedap la kalau bawak.
Kalau kaki ko pendek toksah berangan nak bawak motor ni okkk, banyak-banyak buat solat taubat sket.

Actually lagu Jamal tak banyak yang aku suka, walaupun suara dia sedap.
Walaupun aku tak suka, ko bagi je la lagu Jamal kat aku, konfem aku leh habiskan.



Karakter : Azroy

Dialog paling tak bleh blah was dialog si Kuzi "ENTAHHHH, KATANYA DIA AKAN DATANG KE DEWAN PEPERIKSAAN’.

Cakap sekuat-kuat ada, padahal ko tengah dalam dewan periksa ni.

Bangang.

Cerita ni yang buata ku gelak simpati sebab dialog dia bahasa malaysia rapi.
Ko tak jumpa la bahasa-bahasa pasar kat lam cerita ni.
Gurau-gurau ngan member kat McD pun tatabahasa, nahu, semua nak kena jaga.
Memang masih bersopan laki zaman dulu.
Kira tak sesal la kalau ko kawen ngan laki tahun 80-an.

Tapi 80’s masih the best aku rasa.
Life penuh dengan kaler-kaler.
Pakai baju pun kena kaler yang terang-terang.
Sponge kat bahu tu selebar-lebar yang ada. Dah nampak macam pemain rugby. Tinggal ko tak sarung helmet dia je lagi.

Pastu skirt dulu-dulu mana ada singkat-singkat ni, semua pakai skirt labuh kembang paras betis.
Rambut trend kerinting kasar, jangan ikat rambut, biar kasik kembang. Fringe sampai bulu kening.

Oh rimasssssssssssssssssss aku.
Rasa cam nak tarik rambut dia sengkak sampai ke belakang.
Apa tak juling ke bijik mata ko rambut jatuh-jatuh kat depan mata?

Itu yang pompannya.
Yang jantannya seluar tu kalau boleh biar saiz XSS.
Seketat-ketat yang ada nak carik seluar.
Sampaikan kalau boleh telor tu nak termasuk celah bontot punya la takde space nak parking. Tak sampai hati aku tengok telor ko terkepit tak bernafas macam tu.

Tapi, I’m glad, Faizal Hussein masih aktif sampai skang.
Tak kisah la dah kawen dah ada anak pun.
Bukan aku nak kat ko pun kalau ko bujang.



Karakter : ................ (takde yang aku ingat, sebab dia tak penah jadik hero sorang-sorang. Kalau jadi hero pun ngan Isma Alif ngan Shah Reza)

Ni saper yang kata geli tengok dia pakai singlet??
Aku tak geli punnnnnnnnnnnnn.

Janji dada dia takde bulu.

Walaupun aku geli jugak sebab dia suka nau pakai jumpers.
Pantang betul aku tengok laki pakai baju camni.
Memang tertutup nafsu syahwat aku kalau En Wan pakai macam ni.
Sehensem mana pun laki tu kalau dia pakai baju ni terus aku macam kenselllllllllllllll.
Tolong la Dr Muz, jangan la ko pakai macam ni.

Tapi aku suka Ebby Saiful sebab suara dia best. Suara dia kategori MERDU.
Takde dah ko nak dapat suara merdu macam ni zaman skang, ada?? Ada??
Takdeeeeeeeeeeeeee.

Suara Anuar Zain merdu ikut lagu gak.
Ada lagu tak merdu lansung, dah macam penyanyi soprano je aku dengar.
Tapi kalau Anuar Zain kata lagu Lelaki Ini tu untuk aku, memang tak disangkal lagi, suara dia la yang paling merdu dalam dunia.



Karakter : Ali


Aku suka time dia panggil "As! Asmidar! Asmidar!"

Masa kecik-kecik tiap kali tengok Ali Setan, aku mesti berangan nak ada boifren macam Ali ni.

Standard la kan, pompuan kalau tak cun, bab berangan nak yang best-best je.
Nak laki hensem, bijak, kaya, kelakar, nakal, tapi beriman.
Dia mesti letakkan syarat kat level paling tinggi so that kalau tak jumpa lagi laki macam tu dia akan cakap 'I belum jumpa my Mr Right’.
Padahal takde laki nak kat ko pun.

Muahhhahha.
Keji gila aku hari ni.

But I’m talking about myself here.

Dulu aku macam tu la.
Tu pasal aku berangan nak kawen ngan Leslie.
Sebab aku tau takkan dapat punya.

Tapi sukati aku la nak berangan kawen ngan Leslie kan, aku berangan kawen ngan boifren ko kanggggg.

Orang dulu nama ALI je.
Tapi penuh dengan gaya.

Sekarang nama mantap, kat student list Azrul Affendi Orland0 Mustaza.
Gelupur kakak-kakak senior nak buat adik angkat.
Sekali datang rambut sikat kat tepi, spek empat segi jenis lense tebal tu, butang baju sampai ke tengkuk, kemeja longsleeve butang sampai kat wrist, bawak beg Garfield.

Hambik kau.

Tapi kira ok la kan, balance.
Nama tak best, tapi muka best.
Nama best, muka cam haram.

Sebab tu la agaknya nama aku best.



Ni dia hero paling paling best!!!!!!!!
Dah mati pun tetap the best lagi.

Series la, aku memang chenta mati punya ngan dia ni.
Sampai skang aku minat lagi dia ni.
Kenapa la Ya Allah, ada manusia hensem macam ni.

First movie dia aku tengok 'For Your Heart Only'.
Terussss aku say 'I Do' sorang-sorang depan TV.

Sampai satu tahap aku tengah gila punya angau kat Leslie, aku sangggup bayar extra kat kawan aku semata-mata nak dapatkan poster Leslie padahal poster tu ko dapat free beli bra Triumph betul tak ARIFAH???

Hampassss.

Kumpul duit belanja skolah okkk.
Dah la Form 3 pun duit belanja aku 50sen lagi.
Punya la ikat perut nak beli poster Leslie.

Pastu aku tampal poster tu lam almari.
Kalau aku study atas katil aku bukak pintu almari aku so that aku leh nampak muka Leslie.
Kalau dulu lepas mandi je aku bogel lam bilik.
Sejak ada poster Leslie tu aku jadik sopan sket, tetiba je nak tutup aurat.
Tengah berkemban tetiba towel jatuh, 'Opss, sorry'
Tetiba je aku nak say sorry kat Leslie.

Tahap kronik punya chenta, aku start beli kaset Leslie pulak.
Padahal aku tak paham pun.
Tapi kalau dah minat tu kan, beli jugak.
Pastu tekan play, pause, play, pause.
Nak tulis lirik punya pasal.
Ntah hapa yang aku tulis janji bunyik dia lebih kurang, boleh nyanyi sama-sama.
Kalau orang Cina dengar apa benda la pompuan ni sebut, silap-silap kena penampar.

Sampai satu level yang Mak Aji tak bleh tahan, sikit-sikit pasang lagu Cina, sikit-sikit aku tengok Jade Solid Gold sampai ponteng tuition, terus dia masuk bilik aku koyakkan poster Leslie.

Menangis okkkkkkk.
Aku rasa macam nak kuar dari rumah nak kawen lari.
Gila saiko jugak aku ni dulu.
Tetiba je ada plan nak kawen lari, saper ntah nak kawen ngan aku.

Dulu aku berangan nak masuk Universiti of Hong Kong.
Tu kira last resort nak jumpa Leslie la tu.
Tapi last-last Leslie aku ke mana, leh terjebak lak ngan Roti Paung Tganu.

Roti Paung pun roti paung laaaa.
Roti Paung ni jugak la yang rupanya plan sekian lama nak bawak aku jumpa Leslie.

I love you Roti Paung!
posted by green apple @ 11:06 AM  
Newer›  ‹Older
Attention Cheq and Rozie!! Aku jumpa En Zek kat YouTube
March 21, 2009

Ni namanya takde keje.

Aku dengan En Wan dah jadik hantu movie sejak sekian lama. Tapi lately ni makin menjadi-jadi. Tak pernah laki aku tak layan Diari AF, musim kali ni, toksah kata Diari AF, Konsert Mingguan AF pun lom tengok lagi. Ni semua sebab every nite kitorang layan DVD. Sampai apek DVD tu heran apesal aku asik mintak movie yang merepek-repek yang dia lom dengar.

Tapi apek ni punya DVD best okkk, gamba cun gila babi even cerita tu tak tayang lagi kat Mesia. Mana dia cilok aku malas nak tanya. Yang aku tau 7 DVD = RM48.

Murah kan?

Rachel Getting Married saper dah tengok??

BOHSANNNNN.
Tu je komen aku.

Semalam layan Race to Witch Mountain kat Bukit Tinggi.
Not bad, full dengan action.
Dok couple seat tapi terselit si kenit kat tengah-tengah.
Seb baik cerita tu ada robot, UFO semua, kalau tak konfem aku dalam tu 20 minit je, mesti Redza mengamuk nak balik.

Tapi bapak dia pandai.
Rasuah dulu sebelum masuk cinema.
Main game.

Tapi aku rasa yang merasuah tu yang lelebih main.

Tapi silap pilih seat pulak semalam.
Selama ni kalau duduk tak kisah la apa bentuk seat pun, kitorang akan pilih at least row ke 4 dari belakang and duduk kat centre.

Semalam kitorang pi dok kat tepi pastu kat area couple seat, row kedua dari belakang pulak tu.
Belangkas kat belakang aku ni aku rasa kalau ko tanya review filem tu konfem menyeringai tak reti jawab.

Sepanjang-panjang dalam tu dari mula cerita start sampai habis, dia dok bersok sek sok sek borak cerita pasal mak awak, mak saya, abang saya, kakak awak, semua suku sakat famili tujuh keturunan dia cerita.

Ni aku bajet sessi berkenalan dan tukar-tukar biodata la ni.
Before movie start, budak pompuan tu gayut kat telifon.

Laki tu tanya ‘Sape?’

‘Mak saya la’

‘Mak tanya ye awak keluar dengan siapa?’

‘Ha’ah’

‘Abis awak jawab apa?’

‘Saya tak cakap’

‘Kenapa tak cakap?’

‘Dia boleh agak saya kuar dengan awak’

‘Eh, mak awak dah kenal saya ke? Dia cakap apa-apa tak pasal saya? Ohhh, mak awak dah tau pasal kita yeeeeee’.

Pastu geletek-geletek budak pompuan tu.

Pantekkk.
Rasa cam tekak aku tercekik tongkeng ayam je dengar dua-dua ni berborak.
Walaupun aku tau dulu aku pun macam ni jugak.
Muahahahha.

Tetiba je laki aku ‘Mesti awak ngan **** dulu camni kan? Masuk cinema tapi tak tengok cerita.’

Hek elehhhh, apa lak aku kena ni.
Ko tu cuma takde peluang je nak tengok movie ngan aku before kawen, kalau tak ko pun sama cam jantan kat blakang ni ambik peluang nak geletek tetek aku kannn???


Pagi tadi awal-awal pagi dah sampai KL.
Dah lama gila kitorang tak merayap KL.
Sekali masuk KL lepak Time Square, tempat yang aku jarang gila pegi.
Masuk Sungai Wang segala.
Dah masuk pun still tak tau nak carik apa.
Last-last En Wan jugak yang mendahului carta bershopping, sudah rembat satu watch.

Dah la park kat Time Square pastu merayap masuk Sungai Wang, BB Plaza, LowYatt, sampai ke Pavillion…JALAN KAKI!!!

Mujur la aku ni pakai sandal je.

Dia bawak aku jalan kat tepi restoran-restoran and stall-stall cha ya nun alif ni dengan alasan nak kasik aku prektis dengan bau-bau masakan chinese stall so aku tak buat perangai kat HK nanti. And nak kasik aku exercise jalan kaki, sebab walaupun dapat pass MRT, kat HK dia tetap nak suruh aku berjalan.

Pastu dari Pavillion nak patah balik Time Square dah penat, alih-alih dia ajak naik monorail. Tau pulak penatttttt.

Tapi aku pun penat jugak.
So aku malas nak bertekak kat tengah-tengah jalan panas-panas buta ni, aku ikut je la.
And baru aku teringat aku lom pernah naik monorail lagi.

Jumpa pulak pakcik Jepun lam tu. Tetiba je aku jadik tak laku kejap.
Tapi memang horror la naik monorail tadi.
Entah nasib tak baik ada satu grup beruk dari mana punya bukit ntah, tak sure dari negara mana tapi foreigner. Macamkan tak penah naik train.

Bertolak-tolak dalam tu.
Padahal aku ada kat tepi ni tengah pegang tiang, dia boleh tolak aku ke tepi sebab nak pegang tiang tu jugak.
Memang sebijik cam lembu nak kena sembelih, dia punya gelupur tak hengat.
Tau la train nak bergerak, semua takut jatuh.
Tapi boleh tak ko bersopan sikit kot ye pun nak pegang tiang, yang ko mesti nak tolak aku tu apekejadah nya bangkaiiiiiiiiiiiiii???

Sampai kat stesen Imbi, ‘Sebab tu la abang nak Di belaja bawak kereta dulu, abang taknak Di kena tolak-tolak macam ni’

Sayang rupanya kat aku.
Kalau sayang, jom masuk McD.

Balik from KL singgah Summit beli Marley and Me, Bride Wars and Role Models.
Kalau nak tengok cerita-cerita macam ni memang kena beli DVD la jawabnya.
Takde de ko nak tengok laki aku masuk panggung nak layan cerita simple-simple camni.
Kalau nak ajak dia masuk cinema, movie tu haruslah yang sound efek dia sampai telinga ko berdengung. Kalau tetiba dia nak masuk cinema layan cerita cam Bride Wars, 7 Pounds ni semua mungkin kerana dia enjoy dengan performance aku the nite before.
Wahhh, puji diri sendiri.

Sekarang, En Wan tengah tido.
Dia ajak aku sekali.
Sorry la bang ye, aku tau sangat la modus operandi ko kalau tengah boring-boring takde keje nak buat ni.

Sorry, saya sedang period.

So, aku tengah layan YouTube.
Layan sekali dua, Ali Setan ngan Mekanik.

Bertahun aku tengok Ali Setan baru hari ni aku perasan budak ni lecturer aku kat UNIMAS dulu!

Cheq, Rozie, cuba ko perati laki ni, kenal tak saper??



ENCIK ZEK okkkkkkkk.
ENCIK ZEK!!!

Aku konfem ini Encik Zek sebab dia kan dulu ambik course teater, and from USM.
Cerita ni filming kat USM lak tu, maka sohih lah.

Terbayang-bayang aku kena sound ngan dia sebab acting aku dalam cerita ‘Bagaimana babi hilang ekornya’ nan ado.

Ni semua si **** punya pasal la.
Dia berbulu aku dah bertunang ngan En Wan, bila aku panggil datang latihan drama, dia tak datang. Last-last drama aku macam babi jugak hasilnya.
posted by green apple @ 6:46 PM  
Newer›  ‹Older
Ingat lagi tak?
March 18, 2009
Tadi aku tengok dokumentari pasal some secluded area kat Thailand.
Ntah apa tukang cerita tu merepek tetiba kamera zoom kat a group of budak-budak tengah main ting ting. Aku ingatkan ni permainan orang Mesia. Universal rupanya ting ting ni. Sampai ke Thailand perginya.

Tak salah aku first time aku main ting-ting kat kampung, kat Tampin.
Nak main kat depan rumah aku mana ada pasir nak toreh buat kotak-kotak tu.
Kalau kat kampung lain cerita la, pasir bersepah.
Sebenarnya aku nak main pasir tapi kang kalau mak aji nampak konfem pasir tu masuk lam mulut aku pulak. So, kita main ting-ting.


Ting-Ting
Sampai sekarang sebenarnya aku tak sure camne nak main ting-ting. Yang aku tau kena baling batu and langkah batu tu. Ada pulak version aku nampak sampai kat kotak ketiga tu tetiba ko kena mengangkang. Apesal nak kena kangkang atas kotak tu aku tak tau pulak.
Aku main lompat je dalam semua kotak. Takde pulak orang nak tegur kot-kot aku main salah. Maklum lah, ketua kumpulan, siapa berani tegur kan.


Polis Sentri (sentri tu apa kejadah la??)

Polis sentri (police and thief) paling aku tak suka sebenarnya. Sebab aku memang takde ong kalau main menatang ni. Manjang je aku kena tangkap dulu. Selalunya memang aku je yang kena jadi thief, nak jadik polis jangan harap la. Kaki dah la pendek, camne nak lari laju. Sudahnya aku berlari sorang-sorang sampai habis. Time lari-lari tu sempat pulak aku feeling-feeling passing baton.
Mana yang jenis pukimak haram sikit berlari sampai kat Kedai Milah siap berenti beli eskrim batang. Barua.


Galah Panjang
Yang ni memang aku suka gila walaupun aku tak penah dapat sep sesiapa. Mana yang tau aku main sekali cukup la gembira sebab konfem aku tak sampai nak sep dorang punya. Sampai ke sudah aku tertonggeng-tonggeng nak sep orang. Cuba ko bayangkan kalau Ziana Zain main galah panjang. Tak ke pandangan indah saper yang dok belakang dia tu. Seb baik la masa kecik dulu bontot tak berapa nak laku tak kira la ko tertonggeng 45 darjah sekalipun. Kalau tak, konfem abang-abang UKM belakang umah aku dulu sanggup benti main badminton awal nak bagi laluan penggalah-penggalah panjang pinjam court badminton.

Kalau yang jenis over main galah panjang ni boleh sampai merangkak nak sep orang punya pasal. Gila punya bersungguh. Apa ko ingat dapat medal main bendaklah ni??


Main titik kat buku matematik
Ingat lagi tak game ni?
Ala yang main titik kat buku matematik pastu sambung titik-titik ni saper dapat kepung kawasan lawan, dia menang.
Sebenarnya aku ingat-ingat lupa mainan ni. Yang aku ingat buku matematik tu singgah kat dahi aku bila Mak Aji terjumpa.
Mungkin jugak sebab tu aku bodoh mengira kerana menyalahgunakan buku matematik.


Biji Getah
Aku tau ni mainan zaman mak-mak kita.
Aku penah tanya Mak Aji apa mainan paling best masa dia kecik, dia cakap main biji getah. Apa benda yang bestnya pun aku tak tau. Kalau main bijik tu lain cerita la kan. Memang best.

Panggggggg!!!!
Lempang diri sendiri kerana aksi lucah berlebihan.

Tapi dari cara Mak Aji cerita tersangattttt la bosannya version dia main getah.
Main getah version aku lagi best!!!

Gosok-gosok buah getah kat simen sampai lebam, pastu cocoh kat tengkuk member.
Melambung member ko okkkkkkkkk.
Silap-silap ko dapat terajang se-das.

Tapi berani la ko buat kat aku, aku buang basikal ko kat longkang.


Main Getah
Ni mainan wajib masa rehat and masa nak tunggu masuk kelas waktu pagi.
Saper yang skolah petang, kalau main ni masa rehat, konfem ketiak ko berlendir masuk kelas nanti.
Aku rasa mainan ni hot masa aku darjah 3-4 camtu.
Time tu pulak gi skolah pakai pinafore, melompat-melompat la skirt aku kan.
Saper yang pakai skirt kalau ada hati nak main getah tu sila la pakai spender yang senonoh okkkk. Kalau terselak pun panorama tu agak indah la jugak

Bukan apa, dengarlah nasihat dari aku yang berpengalaman main getah pakai pinafore. Bila terselak nampak spender aku yang koyak kat bontot. Aku pun tak perasan aku pakai spender koyak. Dan yang aku muskil macamana boleh kat bontot pulak ko nak berlubang???

Tapi tu dulu la.
Zaman spender tarik sampai ke pusat.
Spender berlubang sikit dah taknak pakai.
Skang ni tak dapat la nak suruh aku pakai yang berlubang sikit.

"Apesal sikit sangat lubang dia?"

Sengaja je pi beli yang takde kain lansung, main lilit-lilit tali je.


Nama Negeri Buah
Ni mainan budak-budak pompuan. Kalau set-set budak bijak tu memang tak jumpa la nak tengok dorang main getah, galah panjang semua.

Main game pun yang menguji IQ je.
So korang boleh bajet la kalau aku main game ni ngan dorang.
Kalau ada gred, memang aku la yang gred F9 tu.

Dulu aku mana ada pendedahan sangat kat dunia luar ni, let alone nak suruh aku ingat nama-nama negara luar.
Mana yang cilaka babi saje nak kenakan aku tu, sengaja je pilih huruh E.
Kalau buah tu memang takde lain la selain aku letak EPAL.
Tang negara tu manjang je EGYPT.
Orang lain ngan Equador, El-Selvador, bla bla bla. (sampai skarang pun 3 negara ni je aku tau)

Tu version pelajar-pelajar bijak yang hidupnya sangat memboringkan.
Kalau aku punya version bestttt.

Nama.
Negeri
(bukan negara, so kalau negeri sukati aku nak bantai negeri mana pun. Selalunya aku cipta sendiri)
Buah
Nama Penyanyi
Nama Pelakon
Nama Lagu


Main Tepuk Gambar

Ni mainan budak laki.
Tapi aku pedulik apa, aku nak main jugak.

Beli kad yang ada banyak-banyak gamba tu, ada la satu gamba 3 copies.
Selalunya kalau aku main, beli kad banyak-banyak pastu campur. Lama sikit boleh main.
Main dalam 4 orang camtu, pastu baling kad.
Kalau kad yang before tu sama dengan kad yang after, cepat-cepat tepuk.
Sambil tepuk sambil jerit COPPPPP!!!!!

Selalunya kalau main ni memang kena main kat luar rumah.
Kalau main lam rumah, muka aku pulak yang bakal kena tepuk dek Mak Aji.
Memang bingit okkkk kalau main game ni.
Aku pun tak paham apesal ko nak tepuk.
Maybe sebab nama game ni Tepuk Gambar sebab tu ko kena tepuk.
Lain la kalau nama dia Hempuk Gambar, baru dia ye kuar semua bantal, bulu ayam, buku teks Alam Dan Manusia segala nak hempukkan.


Malam yang sepi
Ini konfem semorang penah main provided ko lahir between tahun 1976-1984 (kott).

Malam yang sepi pi pi ... pakmat jual topi pi pi
Topinya koyak yak yak ... pakmat jual tempoyak yak yak
Tempoyaknya basi si si...pakmat jual nasi si si
Nasiknya hangit ngit ngit....

Ingat lagi kahhhhhhh?????

Duduk dalam bulatan pastu sorang kena start dulu.
Standard la saper tak dapat sambung ayat dengan segala hormatnya get lost dari bulatan ni.
Kalau main dengan lelaki lagi hazab.
Jantan-jantan keberet ni kalau buat ayat merepek-repek.
Tetiba kang 'Thundercat pun datang tang tang..datang dengan mambra bra bra'.

Ha, apa ko nak jawab pastu?

'Mambra pun memundek dek dek, memundek dengan engkau kau kau'


Version asalnya aku rasa yang Assalamualaikum, kom apa kombat, bat apa batman, man apa mentol...

Tapi maybe version ni tak best (memang tak best pun), so ntah hamba Allah mana pi alter jadik la version Malam Yang Sepi.
Terima kasih la pada saper yang mencipta mainan ni.
Sebab mainan ni banyak guna otak, ko nak kena pikir ayat apa ko nak sambung, mungkin sebab tu aku layak masuk pesta pantun.
Latihan dah diasah sejak kecik.
Syabas untuk diri sendiri.
Syabasssss.


Sep Tiang
Jangan tanya aku apesal nak kena sep tiang.

Tiang kantin selalu jadik mangsa kalau nak main bendalah ni.
Selalunya keadaan jadik lagi best kalau time tu ada orang lalu-lalang.
Time tu ko sep sepuluh tiang pun still tak mati-mati lagi.
Macam beruk jugak la masing-masing bersenggayut kat tiang sorang satu.

Masa ni time rehat bukan untuk makan, masing-masing kalau lam kelas tu dah standby dok kat meja belakang tepi pintu. Bunyik loceng rehat je, berterabur kuar nak cop tiang takut budak kelas lain cop. Kalau nak tengok aku lari pecut pun masa ni la. Loceng rehat belum habis bunyi, aku dah sampai kat tiang dulu.


Kawen-Kawen
Oh, ini memang mainan harian.
Aku konfem jadik Mak Andam.
Sebab aku suka mekap-mekapkan orang.
Dulu bahan tak cukup, ada bedak Jonhson & Johnson tu pun dah cukup baik.
Boleh la buat eye shadow.
Putih je kelopak mata pengantin.
Aku la punya keje tu.
Mampos la kan, muka kau bukan muka aku.

Fun gila main kawen-kawen ni, toksah kata menepung tawar, siap berlakon jiran-jiran datang tengok pengantin lagi. Yang si pengantin ni pun yo yo an je dok tercongok atas pelamin sorang-sorang, yang lain-lain ni boleh la pulak dok bersila depan pengantin macam kan memang datang kenduri la gayanya.

Macam tak lojik je kan aku nak jadi Mak Andam?

Tapi saper yang penah main kawen-kawen ngan aku tau kalau aku offer diri nak jadi Mak Andam maknanya pengantin laki tu tak hensem.

Muahahahahahhha.

Padahal tak sedar diri muka aku pun sama je berkeladak jugak, kalau aku jadik pegantin perempuan tu, laki yang tak hensem tu terus nampak sangat-sangat hensem kalau bandingkan ngan aku yang dok kat sebelah dia ni.






posted by green apple @ 5:20 PM  
Newer›  ‹Older
Boleh tak bagitau Ebby Saiful aku sukaaaaaaaaaa kat suara dia?
Thanks to :

1. mizz_benz
2. syarifah zuriani
3. miss shada the angel
4. nor salini
5. cahaya hayati


Thank you for the DEBU DI HATI song.
Aku memang dari dulu suka layan jiwang-jiwang 80-an.
Kalau aku lahir awal sikitttt je konfem aku skang aku dah kawen ngan Ebby Saiful tak pun Azmil Mustapha tak pun Razis Ismail tak pun Dato' Shahreza tak pun Herman Tino pun jadik lahh.

Ramai nau yang tanya pasal plan aku nak ke HK.
Ni saper yang nak pegi ni aku ke korang???
Kemain lagi sexitednya.

Aku ni nak kata sexcited pun tak, tak sexited pun mustahil la kan.

Tapi tu la, aunty-aunty aku pulak dah bukak story HK bau hamis la, hancing la, makanan payah nak carik la. Tang bau busuk tu insyallah aku leh tahan lagi sebab aku dah biasa tido ngan seorang lelaki yang suka kentut kat tepi aku, tu belum lagi kalau Redza kencing atas katil aku, hancing pering! So, bab-bab busuk ni aku rasa aku leh tahan lagi kot.

Tang makanan susah nak carik tu sangat la story yang mendukacitakan cacing-cacing dalam perut aku ni. Kalau dok kat rumah sendiri tak makan takpe beb, sebab aku tau kat rumah aku je takde makanan, kat luar rumah konfem ada.

Ini kalau ko pegi negara orang lepas tu makanan payah dapat (i mean yang halal la, apa ko nak suruh aku mentekedarah babi panggang??), tak lapar pun boleh jadik lapar.

Jiran bapak aku baru balik dari HK cakap kat sana chapati harga lebih kurang RM60 duit kita. Takkan aku nak mencekik chapati je kot??

Tapi takpe, aku pujuk diri sendiri.
Kita bawak sambal ikan bilis, tak pun serunding.

Tu bab makan, bab hotel satu hal lagi.
Aunty aku dah pesan, kalau nak book hotel book at least yang 4 stars.
Tapi berapa banyak star pun ko letak, ni kalau aku berak kang camne aku nak basuh ni?

Aku ni basuh bontot sendiri pun taknak guna gayung. Aku nak guna hose. Let alone la nak suruh aku basuhkan bontot orang. Mungkin boleh, tapi aku basuh bontot ko guna berus jamban.

Kalau balik Tganu pun aku paksa laki aku carikkan hose, aku taknak guna gayung.
Kalau tak, aku taknak berak sampai balik KL.
Bila aku tak berak, angin-angin toksik akan memenuhi ruang-ruang badan dah akhirnya naik ke kepala. Bila kepala sudah penuh dengan toksik maka aku akan meroyan.
Kang tak pasal-pasal aku terpekik depan mak kau kanggggggg, nakkk???
So baik ko carikkan aku hose.

Penah dulu dia tak jumpa hose, aku cakap 'Kalau abang tak carik hose, Di berak atas katil ni'

Bergegas dia redah stor carik hose.

Bersyukurlah Ebby Saiful tak dapat aku.

Tapi aku cuba mensaikokan diri sendiri.
Takpela, kalau takde hose kat HK, aku bawak gayung dari rumah.
Janji toilet dia ada pintu.
Jangan jadik cam uncle aku pi China masuk tandas awam tapi takde pintu.
Dok atas jamban sambil bukak payung tutup depan.

Tapi macam bodoh la ko nak pi bercuti siap nak bawak gayung, sambal ikan bilis, mamee in the cup, roti gardenia.
Sebijik macam nak pi camping kat Sungai Tekala.
Bayar ribu-ribu tapi makan maggi.
Tak ke menyiksa diri namanya tu.

Nak jumpa Leslie punya pasal, aku tutup mata je la.
Aku harap keadaan takla seburuk yang disangka.

Ok, hari ni aku masak Mee Sata.
Jangan tanya mana datangnya resepi ni. Nenek aku cakap, mak dia dulu suka masak ni.
So, aku guess from Singapore.



Resepi sangat simple.
Aku kan pemalas, tak dapat de nak tengok aku dok 3-4 jam kat dapur nak masak.
Masak biar cepat, aku rimas tengok dapur aku berkecah.

Resepi ni hanya untuk orang yang tak makan pedas macam aku.
Dia tak gunakan cili melainkan cili jeruk.

Memula tumis satu sudu besar bawang putih (blend) and satu sudu kecik lada sulah.
Tak main bawang besar, bawang merah ni semua.
Pastu dah naik bau, masukkan daging.



Dah masak sikit, masukkan sotong.
Pastu masukkan garam.
Taknak letak garam pun boleh, biar laki korang terbeliak-beliak makan mi tawar.
Pastu korang makan penampar.



Pastu masukkan carrot and tomato bijik hiris-hiris (ikut suka berapa banyak).
Jangan nak memandai masukkan segala kailan, sawi, kacang panjang..aku tampa kangg.
Mee sata ni pakai carrot and kobis kalau ikut resepi asal.
Tapi aku takde kobis, so kira halal je la apa aku masak malam ni.



Lepas sayur dah layu sikit, masukkan sikittttttttttt je sos cili nak bagi mee ko tak nampak pucat.
Tapi hari ni aku tertuang banyak pulak sos, terus jadik merah.
So kira gamba ni gamba salah, ko tak sepatutnya dapat kuah merah macam ni, dia merah ala-ala kusam lebam gitu.

Tererkan Chef Diana?
Mana ko nak jumpa chef macam aku ni.
Resepi salah pun publishkan jugak okkkkkkk.



Tapiiiiiiiiiiii, atas kebijaksanaan otak aku, maka mee sata aku tetap jadik putih.
So ni la hasilnya di kuali.
Ni kalau mak aku nampak gambar ni aku boleh bajet benda pertama kuar dari mulut dia 'Rumah beli sampai dua bijik, kuali berdano tak berganti!'

Apa ingat aku hidup kat dunia ni nak kumpul kuali???



Tepat pukul 7pm, tuan besar pulang.
Maka makanlah bersama-sama.
Sebab menu aku pun ala-ala je malam ni, mimpila nak suruh aku hidang beralas bagai.
Aku dah sendukkan mee untuk ko dah besar rahmat.

Jangan lupa, mee ni makan ngan cili jeruk.
Cili jeruk buat sendiri.


Aktiviti selepas maghrib tadi adelah menyerang Summit cari DVD baru.



Saper dah tengok The Reader?
Aku tengok 2 hari lepas.
Cerita tu best gila sampai aku mimpi beromen ngan David Kross.
Walaupun dia tak le hensem mana tapi dalam cerita tu dia adelah sangat kiut.
Dan juga suka berbogel.
Kira 2 malam lepas En Wan tak laku.



Tapi mungkin malam ni laku.
posted by green apple @ 12:49 AM  
Newer›  ‹Older
Matta
March 16, 2009

Pada hari Jumaat yang lalu saya telah memonteng secara berjemaah bersama-sama suami saya kerana panggilan Matta Fair sudah tiba. Walaupun di luar keadaan adelah hujan lebat dan kereta saya yang kecik itu sedikit menggigil-gigil apabila ditiup ribut, tapi kami pedulik apa. Sampai di The Mall, hujan masih belum reda dan payung adelah tertinggal dalam kereta suami saya. Kereta saya memang tiada payung kerana tidak voguelah saya memakai skirt berkasut high heels sambil membawa payung label Anakkku. Habislah saham saya kalau begitu. Berbekalkan motto 'Makan biar banyak, kerja sikit takpe', kami pun bersarapan nasi lemak yang sejuk kejung.

Hamlau punya makcik tak panaskan dulu.

Gila bapak punya orang bersesak-sesak kat PWTC Jumaat lepas.
Dah la aku dengan baju kurung segala. Konon nak masuk opis, tapi En Wan tukar plan gi PWTC pagi, petang baru masuk. Sori la aku nak keje petang-petang.

Nasib baik la hari tu aku pakai sandal je.
En Wan kalau buat survey mau sampai melecet tumit aku.
Tapi kalau aku pakai high heels pun hari tu aku terpaksa gagahkan juagk berjalan kalaupun kaki aku melecet sebab dah takde masa dah ni. Lepas book pi HK last year kitorang wat dek tak book-book lansung accomodation kat sana. Macam kan HK tu dah pegi tigablas kali nak buat rilek-rilek.




Aku tak snap banyak gambar, sebab orang ramai sangat.
Ni je aku sempat snap, kat Reliance.
Aku masuk Reliance ni pun sebab nak minum teh free.
Makcik yang dok sebelah meja aku selamba sign booking 14 ribu.
Kalau aku tengah sakit perut time tu konfem terkencet tengok dia bayar deposit duit berkepuk-kepuk kuar dari envelope.

Laki aku ni memang over kalau dibagi apa pun bentuk task, bersungguh-sungguh betul sampai sanggup bersila kat tengah-tengah pentas nak go thru pakej-pakej.
Pi la carik restoran ke hendaknya, kau tu dah la pakai baju keje. Kalau kau pakai T Shirt Pagoda tu satu hal jugak la kan.





Tak cukup setengah hari kat PWTC, sambung pulak menonggeng meniarap pulak kat rumah anak-beranak baca map. Laki aku ni memang jenis payah nak puaskan hati sendiri. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu la ko jangan harap nak mintak dia belai-belai kau, ko terkangkang bogel depan dia pun dia boleh buat dek je. Tapi yang bestnya time ni, ko masak ikan bilis goreng je pun konfem dia tak komplen. Sebab kepala dia dah tune ke lain. Sangat sesuailah berbinikan pompaun pemalas macam aku.






Aku dan Mr Mickey kat Hong Kong Tourism.
Ni gamba mukadimah sebelum aku snap gamba kat Disney sok.
Mana la tau kot-kot time aku pi HK tu banjir ke takleh masuk Disney takde la kemponan.

Sebenarnya jakun.

Tak cukup ngan Jemahat, semalam kitorang serang lagi PWTC, last kopek punya. Pagi-pagi lagi dah kuar sebab konfem PWTC lagi banjir sebab orang cuti and semalam Matta last buat show.

Jumaat lepas kitorang tak confirm apa-apa lagi dengan mana-mana travel agency. Lepas dah study pakej semua, semalam baru close deal.

Alhamdulillah, skang ni semua settle, tinggal nak fly je.

Sebab one of the tour tu aku pilih pi Museum of Wax (Madame Tussaud's), so per person dapat satu bear. So banyaklah bear aku. Tapi aku tak bukak plastic dia. Ni kalau sok-sok tak sempat nak beli souvenir utk kawan-kawan, aku bagi je bear ni.

'Mintak mahap la ye, takde beli apa pun, ni je jumpa kat Hong Kong'.

Mangsa-mangsa yang bakal dapat bear cap PWTC ni (tapi made in HK okkkk) adelah Cheq, Rozie, Yuzz, Nahar dan lagi 2 orang aku pikir malam kang.

posted by green apple @ 4:08 PM  
Newer›  ‹Older
YanDarwisy, SEDULUR tu apa benda kah??? Aku ni JAWA murtad okkk, sici loro tolu je aku hafal, lain harammmm.


Tolong la saudara-saudara sekalian, aku tengah carik lagu ni dalam mp3 format, tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sila lah tolong.










Entry macam sial je.
posted by green apple @ 12:22 PM  
Newer›  ‹Older
Gambar tetek ada di sini
March 03, 2009
Tagged by Chics


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Entah, tak penah pulak aku tanya. Mungkin sebab mak aji bernama DAHLIA dan pak aji bernama ISHAK, jadi mereka merasakan nama mereka agak keDESAan, lalu mereka medambakan anak-anak yang bernama keBARATan. Lalu terhasil la DIANAwathy. Aku tanya mak aji apesal nak jugak letak Wathy kat hujung.

'Saje je nak bagi ko sedar yang ko tu asal-asalnya Jawa'

Pendengki.



2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Semalam.

Sebabnya Redza conquer TV bawah tengok katun, En Wan conquer TV atas tengok DVD.
Bengang la aku tak dapat tengok cerita.
Dah bengang-bengang takkan aku nak beriang ria, nangis la jawabnya.
Selalunya kalau aku nangis, En Wan masuk bilik slowly landing atas katil pujuk aku.
Semalam, dia slowly landing dan landing dan terus landinggggggggg sampai pagi ni aku jugak yang kena kejutkan dia.

Memang berbulu sampai skarang la kan.
Siap dia, dia balik kang aku nak buat perangai sampai dia pujuk aku ngan blueberry cake!!



3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?

Kadang-kadang aku pun tak paham apa aku tulis.
Paling suwey sekali masa aku participate pesta pantun.
Punya la nak kejar masa nak jawab pantun, aku tulis lebih kurang je asal nampak hujung ayat like 'tang', 'nyi', 'nga'.
Ayat-ayat depan tu pepandai la aku oter.

Contoh kalau aku tulis '**cakar cakar cakar cakar** LANG'.
Nanti aku buat ayat 'Anak itik anak helang'.
Cam tu la lebih kurang, janji hujung tu nampak, boleh bagi aku idea.

Time peringkat negeri la pulak tangan aku nak buat extra doktor's handwriting.
Ntah apa yang aku cakar cakar bila aku bangun nak balas pantun, aku tak nampak lansung apa aku tulis.

Seb baik aku dianugerahkan kepala otak yang payah nak jam.
Ntah apa la aku merepek meraban atas pentas tu asal bunyi dia jadi sedap aku belasah aje laaa.

I dapat no. 3 peringkat negeri selangor okkkkkkk.
Kan Arifah kannnnnn???

Tapi dulu lain, dulu kepala aku berseni.
Penuh dengan bunyik-bunyik sastera.
Skarang jangan harap la, penuh ngan karya-karya carutan abadi.



4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Ayam goreng berempah.
Ayam masak kari tak best.
Ayam masak kicap boleh la.
Ayam masak sup hanya kalau letak bawang goreng baru kick.
Ayam masak rendang sangat-sangat rejekkkk.
Ayam 'KFC original drumstick and wing, taknak daging padat ye dik'. Ni paling best.
Ayam golek kat pasar ramadhan Cabang Tiga paling kawwww!!!!



5. DO YOU HAVE KIDS?
Ada.

Sorang tengah tunggu aku kat syurga.
Sorang lagi yang busuk berlengas sebelah aku ni.
Sorang lagi masih tersangkut kat telor En Wan taknak kuar-kuar.




6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Tengok keadaan jugak la.
Sebab mulut dia berapi cam aku rasa nak tendang bagi koyak.




7. DO YOU USE SARCASM?

Aku tak suka gunakan mulut kalau nak ber-sarcastic. Mulut lagi best diguna kalau ko cakap bagi lepas. Selalunya kalau orang tu tak suka aku pakai skirt, lagiiii aku pakai skirt. Kalau orang tu tak suka tengok muka aku, lagi banyakkkkkkkkkk aku letak gambar aku kat sini.

Hahaha.




8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Habis tu nak letak kat mana?




9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?

Aku lagi rela naik roller coaster.




10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Tak suka sangat, aku suka nasik lemak.




11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Tak kuasa okk nak tanggal kasut pun nak bersopan segala.




13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Choc chip vanilla free of charge.




14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Kalau lelaki : muka dan gaya

Kalau perempuan : muka dan tetek




15. RED OR PINK?

Pink




16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Outspoken.




17. WHOM DO YOU MISS THE MOST?
Dalam suasana meriah dengan bunyik TV, bunyik suara Redza jadik otromen lawan raksaksa dia yang over tu aku nak sentimental pun takde mood.




18. WHAT COLOUR OF TROUSERS AND SHOES ARE YOU WEARING?

Aku tak reti pakai seluar malam-malam sekalipun seluar dalam. Tak bernafas pepek aku.
Aku tengah pakai nighty kaler white black polka dot (macam hanjing pulak aku rasa) dengan robe kimono.




21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?

Suara Redza mintak bibik buatkan Ribena.




22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?

Taknak jadik crayon. Melekit.
Aku nak jadik kaler pink poster colour BUNCHO.




23. FAVOURITE SMELL?

Entah, rasanya takde favourite smell.
Bau busuk pun kalau benda tu aku suka, jadik favourite jugak.
Tapi yang pastinya, aku akan cium sesuatu benda sebelum aku guna tak kisah la makanan ke, kertas A4 ke, ink printer ke, apatah lagi kalau Leslie Cheung menyerahkan diri. Haruslah aku cium. Dah ko sedekah, aku ambikkkkkkk.




24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?

Customer.




25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Aku tak kenal sangat la dia ni, aku kenal laki dia je.




26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Bolos saje dinding ituuuuuuuuuuuu.

Sport jugak kan?




27. HAIR COLOUR
Kalau masuk Kampung Sarang Buaya kat Muar tu, aku lah keturunan Jawa yang paling vogue dengan kaler rambut yang aku pun tak tau apa kaler. Nak kata oren tak, bronze pun tak, yang aku ingat hairdresser tu kata 'I bagi you kaler no. 11'.

Gigih oter rambut nak bagi taknak nampak muka Jawa.




28. EYE COLOUR?
Kalau ikut passport dark brown.
Nak gak tukar mata biru tapi buruk benar rambut coklat, kulit hitam, mata biru.

Sakaiii!!




29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Aku ni rabun okkk.




30. FAVOURITE FOOD?
Apa sahaja asalkan jangan suruh aku tolong masak.




31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Ikut mood.
Macam minggu ni aku dah tak larat nak menangis. Baca buku pun sedih, tengok movie pun cerita sedih.
Kasik la aku girang sikit this week.




32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
7 Pounds




33. WHAT COLOUR SHIRT ARE YOU WEARING?
Aku pakai nighty la bangang.




34. SUMMER OR WINTER?
Winter la.
Aku tak penah rasa sonata musim salju.
Selalu tumpang feeling-feeling main salji kat car wash.




35. HUGS OR KISSES?
Kiss tanpa hugs adelah umpama makan tak minum air.
Tercekik sialllll.

Dah bagi kiss tu haruslah se-pakej dengan berpelukkan dan meraba-raba.
Baru complete.




36. FAVOURITE DESSERT?

Teh tarik and kuaci.




37. MOST LIKELY TO RESPOND TO?
I am most likely to respond to NO IDEA.




38. LEAST LIKELY TO RESPOND TO?
I am least likely to respond to someone yang baru chat 2 minit dah 'I think I love you'.
Pantek kau lah.




39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
Stop semua buku, ada banyak lagi keje aku nak habiskan.




40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Tak pakai mouse pad.




41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Raja Lawak ulangan.




42. FAVOURITE SOUND(S)?
Suara En Wan cakap sorang-sorang kalau mengigau.
Cakap Jepun okkkk.
Gila stress kat opis laki aku ni.




43. ROLLING STONES OR BEATLES?

Beatles.




44. WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Tak kuasa la aku nak ingat.




45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?


Striptease.


Elehhhh, aku kalau buat ni jangan kata kaki takat naik tinggi 45 darjah, sampai 180 darjah aku putar. Cuma pompuan ni punya body mantap lagi. Kalau aku pakai camni, mungkin tetek ngan perut aku tak nampak beza.




46. WHERE WERE YOU BORN?
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, New York.




47. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
Alah malas la, dah berbuih mulut aku bercerita.
Pandai-pandai la check archive.




49. IS THE CUP HALF-FULL OR HALF EMPTY?
Dua-dua tak suka.
Aku suka full cup, no underwire support, starpless. Hehe, boleh tak jawab macam ni?


Aku tak faham kenapa ko nak pakai bra macam ni.
Baik ko bogel je terus.

Ni kalau bagi kat aku pakai konfem 2 minit sekali jatuh.




50. IF YOU COULD SIT DOWN TO DINNER WITH FIVE PEOPLE WHO WOULD YOU
CHOOSE?
Ex-UNIMAS
posted by green apple @ 7:01 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER