walk on wings, tread in air: 10/2008 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Nuthing
October 31, 2008
Macam biasa, Air Asia delay sejam pulak Rabu lepas.
Nasib baik airport Tganu dah marvellous so tak kisah la lepak 4 jam pun.
So, aku and partner habiskan masa tunggu drebar katerbang sampai dengan ber-meeting.

Padahal Tganu tu dah consider kampung aku, baru Selasa lepas aku tau airport dah baru and Sri Malaysia dah ada wifi.

Selama ni kat Tganu En Wan je yang drive, 2 hari kat KT betul-betul menguji skill aku sebagai tourist guide. Memang tak berskill!! Sesat barat okkkk. Sampai kena call En Wan kat rumah tunjukkan jalan.

And macam selalu jugak la...datang Tganu tapi makan Pizza and Secret Recipe.

Sampai rumah kol 12 malam, kepala dah berat tapi layan gak En Wan berborak tanya keje dia macamana and all. Sorry la ye bang, lu raba-raba wa tgh2 malam, wa terpaksa buat dunno. Lu raba diri sendiri je la.

Semalam appointment lagi. Tapi memang nampak sangat kot kepenatan. Sampai customer aku tegur apesal mata aku merah. Sure dia ingat aku putus chenta.

Malam tadi, aku tido kol 8.30 malam sampai 6.15 pagi.
Bangun today, FRESH.

Alaaa...En Wan dah sampai pulakkkkk.
Ok la, nak gi lunch jap.
Later sambung.
Kalau aku ingat laaa...

p/s : Sorry la to those yang aku tak jemput datang rumah open house hari tu, seriously kalau boleh aku nak tampal terus map rumah aku lam blog ni, tapi aku terpaksa blaja-blaja sedarkan diri yang aku lom mampu nak jemput semorang. Insyallah, ada rezeki lebih sok sok aku buat lagi. Tak pun, kita set time, set date, open table kat mana-mana...Wahhhh!
posted by green apple @ 12:04 PM  
Newer›  ‹Older
Ye la, aku salahhhhhh
October 24, 2008
Kemain lagi masing-masing komen ye.
Kemain pantasssss kalau tang gamba-gamba bontot tetek segala.

Tapi series la, aku nampak macam bontot dowhhh. Sikit pun aku tak terfikir objek yang difokus adelah sepasang tetek.

Tu maknanya apa tu?

Maknanya otak aku ni masih kategori suci dan masih terpelihara kedaraannya. Sampaikan tetek ngan bontot pun takleh beza. Ataupun memang betul, aku sangat stress sampai mata pun tak berapa nak center.

Komen-komen dari orang yang lebih arif tentang rekabentuk pentetekkan adelah amat dihargai. Tima kasih korang kerana menyedarkan aku bahawa ini adelah bukan bontot.

Macam kena tembak aku rasa baca komen semorang. Macam kan satu kesalahan besar je. Tapi series la, tetek dia macam bontot. Maybe sebab tetek aku tak sama bentuk macam tu. Ni tetek sape berjuntai ke bawah je aku tengok. Gi ambik breast firm la.

Baru aku perasan memang 'bontot' ni kecik, tak sepatutnya ia dijadikan bontot.
Logik. Logik.

Tapi cleavage dia pelik, sebijik macam alur bontot aku. Memang macam ni. Macam niiiiiii la alur bontot aku.

Muahahahahahahaha.

Dah macam forum lak entry ni. Meh aku kasik tajuk sket.

"Tetek vs Bontot. Di manakah relevannya?"

Ha, discuss. Discuss.
Aku kata discuss, semua kena discuss.

Aku rasa pompuan lam gamba tu gersang. Tu bukan apa tu, letak kucing celah tetek pastu feeling-feeling bulu dada laki dia.

Geliiiiiiiiii.

Tak boleh la.
Aku memang pantang benda-benda kecik bergerak-gerak, apatah lagi yang berbulu-bulu ni melekat kat dada aku. Anak aku hisap tetek aku pun aku boleh geli sampai hentak-hentak kaki, ini kan kucing nak jilat-jilat kat situ.

Kalau En Wan tu lain la kan.
Dia tu kategori kes-kes terpencil.
posted by green apple @ 1:14 PM  
Newer›  ‹Older
Bontot siapakah??
October 23, 2008

To pembela kucing : peej and chics.
Snap satu macam ni la.
Ada berani?
Ngahahha.

Seblom apa-apa hal, INI BUKAN JUBO AKU.
Tolong sket ye, see the skin la.

Macam tenang je aku tengok kucing ni landing celah bontot orang. Ko tengok tangan dia. Pegang tak lepas tu. Hamsap!!

Kalau bontot tu bontot halus mulus macam ni la boleh la ko tido tenang-tenang.
Cuba landing lam bontot aku tengok ko boleh lena ke tak??

Cantik je aku tengok bontot pompuan ni.
Bebas dari noda-noda hitam.

Bontot aku tak dapat la camni.
Laki aku cakap, bontot aku cukup sifat, dengan taik lalatnya, parut chicken pox, parut bisul, tu belum lagi baru-baru ni aku kena bintat-bintat satu badan, dah naik berkerak aku rasa.

Tapi yang mahal tu taik lalat ada 2 bijik okkkk kat bontot aku.
Tu yang bontot aku manissss dipandang.
posted by green apple @ 10:47 PM  
Newer›  ‹Older
SPA
En Wan bawak aku gi tengok SPA house malam tadi.
Dia suruh aku set appointment buat massage, sauna, mandi susu semua nak hilangkan stress.

Ternganga mulut aku tengok dia.

Bila kala pulak dia pandai nak menye-pa semua ni??
Ko ada awek ye?
Ko selalu teman awek ko masuk spa ye????
Ye ????????????

Tu tak bengang sangat sebenarnya sebab jauh di sudut hati aku tau dia takde pompuan lain.
Pompuan mana nak kat dia ni cuba cakap???

Tapi yang buat aku berasap bila dia tgk brochure SPA house tu.

Punya la bersusun pakej kat situ, tang MANDI SUSU tu yang dia highlite kat aku.

Dia masuk lam keta terus tengok brochure siap sebelah tangan picit-picit dagu macam kan payah nau nak pilihkan the best treatment untuk hilangkan gila bini dia.

Tetiba kan 'Haaaaaaa, ni ada mandi susu ni, pergi la'

Lepas tu nampak aku pandang dia, dia boleh 'Apa??'

Memang blur la orang tua ni.

Pehal ntah tetiba nak carik pasal ngan aku.
Jangan banggg, aku kalau dah terlebih putih suci kang, panjang la pulak langkah. Terkemut-kemut ko tengok aku dah macam diva sok.

Ingat nak set appoinment pagi ni.
Wahhhh....sempat nak pi bercantik-cantik kat spa lagi tu.
Siap En Wan suruh aku register yoga class.
Stress benar gamaknya aku ni.
Kang keje nya tak seberapa, bersantai-santai je lebih.
Pastu hujung tahun orang len kira untung, aku kira hutang.
Selisih!!

Sape yang suruh aku buat entry pasal beranakkan Redza tadi?
Aku tengah punggah balik video En Wan snap masa aku kat OT.
Don't worry la, takde gamba pepek yang akan di letakkan lam blog ni.
posted by green apple @ 4:32 PM  
Newer›  ‹Older
Thanx to those yang YM aku tanya if I am ok..Yes, I am now better :)
October 22, 2008
Ada sesiapa pernah rasa satu keadaan di mana ko rasa jammed satu badan sampai apa yang ko buat tak kena?

Today aku macam orang bangang.

Dah la kepala aku tetiba jammed.
Pening macam nak muntah tapi takleh tido sebab bila aku tutup mata je kepala aku start working.
Pastu aku terasa mulut, kepala, telinga aku ada pil besar masuk. Aku pun tak tau kenapa aku nampak pil. Setan suruh aku makan pil kuda kot.
The worst part is ko mimpi pegang calculator.

Apekah lancaunya makna mimpi ni????

Malam semalam macam malam-malam yang lain sejak aku berbisnes ni, pukul 2 pagi aku still tak boleh tido. Aku tau En Wan sedar yang bini dia still terjaga tapi bila Redza merengek mintak susu dia tak suruh aku buatkan lansung. Dia sikit tak kacau aku.

Aku saje bukak sikit je mata aku. Nampak 2-3 kali dia bangun buat susu, salinkan pampers Redza, selimutkan Redza. Aku memang dalam keadaan sedar, aku tak tido lagi tapi aku tak kuasa nak ambik tau. Tak kuasa nak buat. Kalau boleh aku nak Redza salin pampers sendiri.

Aku dah jadik macam ... ko nak apa la Redza memekak malam-malam, aku tampa kang, ha, macam tu la lebih kurang perangai aku skang. Blow sepanjang masa.

Pukul 2.30 pagi, aku bangun dari katil duduk kat sofa dalam bilik.
Nak nangis tapi tak boleh.
Rasa ego tu ada.
Kalau boleh aku nak tunjuk kat En Wan aku strong, boleh terima tekanan, boleh bergerak sendiri, boleh buat semuanya sebab ini jalan yang aku pilih.
So aku taknak nangis.

Then, aku dengar suara En Wan panggil aku dari atas katil 'Kenapa Di?'

Dan-dan airmata aku mencurah-curah.

Ni namanya orang lembik berlagak strong.

En Wan tarik tangan aku tido sebelah dia.
'Takpe, kalau Di tak boleh buat, Di carik keje lain. Abang kan ada. Abang boleh jaga Di. Don't worry ok. Kita tido'

Adekah aku berenti menangis??
Tidakkkkk.
Aku kan drama sikit kengkadang.
Mula la melalak tengah-tengah malam.
Cam syahdu je suami cakap macam tu.
Rasa bertuahnya ada orang yang sanggup jaga kita walaupun kita tak dapat nak offer dia apa-apa selain dari tetek yang selambak ni.

Betul cakap ex-bos aku, stress buat bisnes ni lain.
Hanya orang yang dah join the line je yang tau how bad the stress is.

Kalau dulu, aku pegi keje, still buat keje.
Tapi ada masa nak bukak FB.
Siap ada account MySpace ngan Frenster yang aku tak nampak apa fungsinya. Balik-balik aku accept fren request tapi aku tak kenal pun.
Blog ni jangan cakap la, habis semua blog orang aku baca.
Update tip top.
Siap boleh download lagu lagi.

Maybe bila kita keje dengan orang, task kita terhad.
Headcounts ramai, so masing-masing ada tugas tertentu, workload walau banyak mana pun still terkawal. Tapi the cake is small.

Bila keje sendiri, semua benda ko kena buat.

Dulu, nak buat promotion, brochure hantar kat unit marketing.
Diorang designkan.

Nak buat copy ko lambai je tangan kat admin assistant, kejap je siap 100 keping siap binding.

Nak buat quotation pass kat customer service. Bagi product number je, dia quotekan. Kejap je.

Ordering pass kat account people.
Dia arrange shipment, dia clearkan custom, dia buat payment segala tax, freight,bla bla bla.

Delivery suruh despatch buat.
Dia pack and deliver.
Kalau cold item, siap pi beli dry ice lagi kat Worldwide.

Nak setup database and website ko kenyit mata kat budak IT, settle.

Tak paham about the product ko tanya budak sales, engineer ataupun application chemist.

Sekarang semua tu aku kena buat sendiri.
Berapa banyak orang punya keje, kita sorang je yang buat.
Takde la aku sorang, basically aku ngan partner aku je la.
Budak-budak lab hanya kat lab je. Tak masuk lansung kat line business development.
So, dorang takde masalah jiwa.

Tapi tadi aku terfikir.
Maybe dugaan yang aku rasa cukup kuat ni actually akan jadik lebih kuat kalau aku tak masuk previous company dulu, ABI.

Kalau aku start the business right after aku quit dari company aku yang dulu-dulu tu, mungkin aku akan jadik lebih teruk. Company aku yang dulu sangat tak stress and to be frank tak banyak yang aku belajar dari company dulu sebab dia macam *&%#^Fak^$%$fak&^&%^%fakkkkkkk.

Mungkin Tuhan dah aturkan supaya aku join ABI dulu, supaya aku jumpa Devil Wears Prada tu.
DIA biarkan aku rasa macamana rasanya dimaki depan collegue, paperwork yang aku buat dilempar ke lantai, dia tahan aku siapkan keje sampai 11 malam and balik rumah aku sambung buat report sampai 3-4 pagi sebab esok pagi-pagi at 9am aku kena mengadap dia balik. Tak cukup dengan tu, tiap-tiap minggu ada kuiz and exams. Labour day kena gi keje, Nuzul Quran kena gi keje, Ahad pun kalau dia panggil aku kena datang opis.

Tuhan tu memang dah aturkan jalan untuk kita kan?
Apa yang berlaku memang ada hikmah.
Memang itulah rupanya yang terbaik untuk aku.

Walaupun pada awalnya aku rasa sakit hati dengan dia sebab dia memang macam cilaka bodoh takde consideration lansung aku penat ke tak, aku nak berehat hujung minggu dengan family ke tak. Paperwork yang aku buat dari kol 9 malam sampai 6.30 pagi dia komplen tak lengkap, tak tally padahal dah cukup baik aku buat sebab aku kena extract data dari excel worksheet sejak tahun 2000! Of cos la adasilap, dah la ko bagi aku masa tak sampai 24 jam. Tau la salah tapi boleh tak tak payah nak campak keje aku atas lantai?? Sepanjang minggu dia suruh aku siapkan promotion material padahal aku bukan budak marketing. Dia suruh aku rangka plan untuk develop the business padahal aku bukan Business Development Personnel.

Aku memang menyampah dengan dia.

Tapi hari terakhir aku kat sana, dia jumpa aku and offer aku untuk jadik partner dengan company dia. Aku smiled and say thanks, 'I'll think about it'.

Last week dia panggil aku and partner datang ofis.

Rupanya dia tak main-main.
Aku terperanjat bila dia kata dia memang nak aku jadi partner dia untuk her Bumiputra status company but she just couldn't find another Malay to be my partner. Bila aku resign and form a company, dia nak work together dengan aku. Macam tak percaya bila keluar dari mulut dia "..because of her drive and discipline..". (tolong tahan nanah masing-masing dari meleleh ye. Cerita ni agak riak, nasib la siapa baca kan)

Now I know kenapa dia trained aku macam tu sekali.
Aku selalu tak nampak apa yang orang cuba tunjuk kat aku.
Or kita sememangnya takkan nampak apa yang Tuhan nak tunjuk kat kita until it happens.

Maybe DIA taknak aku jadik terlampau stress sebab peralihan culture so dia jumpakan aku dengan ABI dulu so that aku boleh develop diri sendiri supaya aku tak terlalu lemah bila berada dalam keadaan sekarang.

And mungkin juga DIA nak aku rasa tekanan yang aku lalui sekarang supaya bila dugaan lain datang aku dah cukup bersedia. Setidak-tidaknya aku takkan tertekan macam sekarang lagi. Kan?
posted by green apple @ 10:44 PM  
Newer›  ‹Older
Flaw
October 21, 2008
Kepada Anon, aku mintak maaf kalau bahasa aku buat kau rasa sakit jiwa. The word "pelacur" memang tak sepatutnya aku guna. But, bagi aku, kalau kau beranggapan orang lain takde perasaan sakit hati bila baca komen kau, aku pun pedulik apa kalau ko rasa sakit hati baca ayat aku.

Fair kan?

Ok, enuff with that.

Seseorang telah menge-tagged aku melalui sms.
Macam mana ko dapat nombor aku?
Konfiden lak tu hantar mesej : "..Kak epal, buat la entry pasal benda-benda yang secret ttg kak epal.."

Dah nama secret takkan akak nak tulis dik oiiiiiiiiiiii.

Tapi takpe.
Aku akan men-reveal apa yang aku rasa malas nak di-secretkan.


1. Perut aku buncit sikit hasil dari mengeluarkan seorang budak itam bernama Wan Muhammad Redza Farrel. Scar juga adelah sangat panjang. Misi nak jadik kalendar girl gagal. Tapi takde
la buncit sangat (defend diri sendiri). Kira kalau aku berdiri tegak, still boleh nampak peps (vocab baru, go figure menatang apa tu) aku tanpa membongkokkan badan. Tak pun kalau dah poyo sangat mati-mati taknak ngaku dah buncit, landing bogel atas lantai pastu test tengok kat cermin saper lagi tinggi, perut ke peps.

2. Dahi aku ada scar hasil enam jahitan accident age 11. Ni bukan salah aku. Pak Aji yang salah sebab drifting kat highway. Masa ni dah pakai Subaru boleh la kalau nak rempit pun. Cuba drift ngan Volkswagen dia zaman muda dulu tengok boleh ke tak. Aku rasa, takyah kata nak speed lelebih, baru nak bakar-bakar enjin je dah runtuh lantai keta tu.

3. Suka cabut bulu ketiak. Sampaikan kalau dah takde bulu kat ketiak yang nak dicabut, aku sanggup korek bulu-bulu yang baru nak hidup terbenam lam kulit tu cungkil kasik keluar. Sebelum dia membesar baik aku hapuskan. Kalau ada sesaper yang sanggup habiskan masa tenung ketiak aku, korang akan nampak banyak gila luka-luka, aku korek sampai berdarah. Dah melecet-lecet tu kan, pastu ko sapu deodorant, pehhhhh cakap kau. Macam letak bam gamat kat mata okkkk. Penah gak try cabut bulu bawah. Tobatttttt. Nak selesaikan 2 bulu je boleh kuar airmata darah.

4. Muka aku alhamdulillah takde jerawat ataupun parut jerawat. Tapi Tuhan tu adil, dia bagi aku parut chicken pox. Ada la lam lima bijik. Satu tu terletak cantik je kat area pipi, so kalau aku sengih sekali imbas macam dimple. Dapat la feeling-feeling Preity Zinta barang seminit dua.

5. Masa aku kawin, tumit belah kanan aku ada wart. Sebab banyak sangat benda nak fokuskan, aku tak sempat nak jumpa doktor ambik ubat. Memang pedih gila babi, nak pulak jadik pengantin kena jalan slow-slow. Memang fake gila muka aku jadik pengantin hari tu nak kena tahan sakit setiap kali berjalan. Dah la pakai high heels. Time solat pun kena duduk. Tak boleh berdiri, sakit. Tapi time beromen sambil berdiri tak pulak rasa sakit kaki.

Tetttttttttttt!!!!

Bila dah list down macam ni, baru aku perasan badan aku banyak defect.
Parut sana sini.

6. Susah nak sendawa. Ko bagi la aku kunyah halia sampai 7 inci pun, tetap angin tu kuar kat bontot, takde de nak kuar kat tekak. Aku pun heran pesal adaorang yang kalau badan berangin je jap-jap sendawa 'ghakkkkkk gherrrkkkkk ghakkkkkkk'. Aku toksah kata nak berdeghak macam tu, nak kuarkan 'erhh' pun tunggu lima tahun.

7. Kuat kentut malam. Bontot aku ni kira bermoral jugak la. Siang-siang hari dia senyap tanpa
sebarang aktiviti. Malam kang ko siappppp. Macam perang sedara aku buat. TAPI, tanpa pencemaran bau dan bunyi. Camne aku buat, biarlah rahsia. Tanya En Wan dia penah tak dengar aku kentut? Bau? Tak dapattttttt.

8. Suka makan tulang rawan ayam, bijik mata ikan, kalau dapat mata ikan jenahak lagi best. Lagi satu kalau ko bakar ikan cencaru tulang dia kalau ko patahkan ada nampak cam tali pusat ke apa menatang ntah. Ha, yang tu pun aku suka. Kira aku ni kategori manusia paling menjijikkan sebab suka makan isi perut segala.


Dah la ye, tetiba banyak pulak kekurangan diri yang aku jumpa.

Saper tau mana nak carik database lagu-lagu rock kapak?





Sebenarnya kan aku sangat la lost malam ni.
Aku tak sentuh satu pun keje aku.
Aku dah rasa macam penat sebab terlampau banyak buat keje and terlampau takut dengan keje.

Macam nak marah orang tapi takde orang yang boleh aku marah.
Nak pulak tengah having my menses lagi la dengan takleh solatnya hati tak tenang.
nak cakap kat En Wan, taknak susahkan hati dia walaupun aku tau dia lagi suka kalau aku lepaskan apa yang aku rasa.
But seriously aku perlukan tempat untuk aku vent, nak rant panjang-panjang kat blog pun bukan leh buat hati aku tenang. Saper melintas aku nak tumbuk biar puasss.

Aku tak suka rasa macam ni.
Aku takut sangat.

Kimak la rasa macam ni!!!!!!!!
posted by green apple @ 11:44 PM  
Newer›  ‹Older
Terbahak terbahak terbahak
October 19, 2008
----- Original Message ----

From: Anonymous
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Sunday, October 19, 2008 6:48:53 PM
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on

Ubat yang menggatalkan aku...

Anonymous has left a new comment on your post

"Ubat yang menggatalkan aku..":

apelah yang femes sgt blog kau ni.
biasa je aku tengok.
nak kata cun takde la sangat.
nasib je dapat laki hensem.
blaja pun level master je bukan phd pun.
keje pun biasa je bukan professional pun.
oh! maybe, readers kau pun level-level yang

biasa-biasa je. Tu sebab they all kagum dengan kau.


Komen aku :

Kepada readers 'walk on wings, tread in air' yang
BIASA-BIASA ni ...tolong komen on behalf of aku ye.

Thank you.
posted by green apple @ 8:51 PM  
Newer›  ‹Older
Ubat yang menggatalkan aku..
October 16, 2008

Ni ha, pil yang aku makan tu.
Aku beli masa bulan pose lepas.
Aku memang dah tau pepek aku alergik ngan cendawan. Kalau makan cendawan mesti keputihan. Tapi ada aku pedulik sangat putih ke tak putih? Janji apa yang masuk dalam perut aku adelah sedap.

Tapi sebab macam tak boleh khusyuk nak terawikh asik terkemut-kemut tahan gatal, so aku stop makan cendawan and beli Kacip Fatimah Manjakani ni.

2 hari makan ni, pepek aku ok. Kering dan harum.

Eh, camne aku boleh tau pepek aku wangi??

TETTTTTTTTTTTTTTT!!!!

Hahahahahhahha.

Ubat ni selain hilangkan keputihan (tetiba je aku jadik promoter), ia juga memperkasakan kewanitaan semasa memperkosa suami. Ubat ni la yang kata, aku tak kata.
Lagipun aku takde rasa apa perubahan pun.
Laki aku kata aku lagi terer kalau tak makan ubat ni lansung.

Now aku dah stop makan cendawan supaya aku tak payah makan ubat yang macam bau longkang ni. Ingat tak aku ada bagitau after a few days aku makan ubat ni aku cirit birit sampai lembik? Aku rasa ubat ni dia ada agen pencuci usus jugak. Tapi sehari tu je la aku jadik penghuni jamban, esok tu takde dah.

Tapi aku noticed sejak aku makan ubat ni badan aku naik bintat-bintat. Tapi bukan bintat-bintat yang sampai bengkak badan macam ko makan seafood basi. Ni jenis yang bintat 3-4 bijik kat lengan, pastu lepas aku sapu bam gamat dia hilang. Jap kang dia pindah kat betis lak 3-4 bijik. Pastu hilang. Tapi very constant punya bintat. Sepanjang hari aku terkeruk-keruk. Ye ye je aku spray satu rumah siap perambat En Wan cuci kolam ikan dia siap aku spray air kolam dia ngan Ridset tapi dia tak tau. Nak mampos?? Kalau ada ikan dia mati sok, aku nak cakap Sime UEP cuci tangki air, ada klorin banyak.

Until aku terfikir maybe ubat ni yang menjadi dalang kepada kegatalan yang semakin menjadi-jadi. Gatal kat dalam tu biasa la kan, semorang tau.

Kena inject se-das malam tadi kejap je bintat semua surut.
Doktor tu yo yo je susuh aku straight balik rumah sebab dia kata ubat ni panas, nanti aku akan rasa pening pastu tido.

Takde pongggggggggggggggg.

Macam torchlite mata aku sampai 1am semalam.

Work.
Aku rasa makin penat bila keje sendiri.
Sebab semua kena buat sendiri.
Cuma lab ada orang buatkan.

Tapi sangat satisfying.
Sebab kita sendiri buat keje from scratch.
At least stress dia tak macam dulu.
Lebih flexible.
Cuma kena kuat semangat.
Kalau ikutkan semangat sebenar-benar aku, nak je bangun tido kol 10am.

Thank God En Wan selalu bagi statement 'Takde duit, abang jual keta ngan henfon awak. Kredit kad semua abang tarik'.

Takut wooooo keta kena tarik.
Camne aku nak merayap.
Sengkak ulu ati dok umah manjang siallll.

Ada reader YM aku bagitau aku dah baik now, dah jarang mencarut which is TAK BEST dia kata.

Korang memang sengaja taknak bagi aku jadik role model untuk belia-beliawanis negara kan?
Saje je nak suruh aku menjadik pencarut yang tegar.
Which is....takde hal la.

Aku memang dari sekolah dulu tak suka jadik role model. Nak jadik contoh kepada adik-adik junior, sentiasa bertatasusila bila berada dalam kawasan sekolah semata-mata taknak kena demerit dan memberi salam kepada semua senior yang melintas depan kau (pehal wehhhh??? kalau nak ajar budak respek senior bukan ngan cara suruh bagi salam. Tak kira la saper melintas depan saper, kalau ko rasa ko perlu bagi salam ko bagi je la, pe kes nak tunggu aku bagi lak?)

Mungkin sebab tebiat aku yang payah di ajar ni la yang buatkan aku selalu je jadik mangsa di-attack senior.
Tapi adekah aku kesah?
Adekah aku jenis yang pedulik ko nak maki aku?
Adekah aku mati diragging?

Balik-balik ko yang mati kutu.

Aku tau nilai-nilai tu semuanya murni.
Tapi aku ni pelik dan maybe jugak bodoh sombong.

Lagi sekali...ada aku kesah????
Hehehehe.

Aku penah buat dekkkk ngan sorang pakcik aku yang memang taraf pakcik, bukan bau-bau bacang punya kes. Kuang ajar ek?
Memang kalau ikut senioriti, dia lagi tua, kita kena hormat. Apetah lagi dia sumone yang bergelar PAKCIK.
Tapi kalau ko pun jenis yang tak respek orang, sori la aku nak hormat kau.
Aku tak pernah ajar diri aku sendiri hormat orang tua TAK TENTU PASAL.
(menangis mak aku baca ni kang..)
Aku lebih suka hormat orang kalau orang pun tau hormat kita tak kira la ko tua ke muda ke.
That explains kenapa aku tak kisah yang umur 10 tahun muda dari aku nak panggil aku 'DIANA' instead of KAK DIANA. As long as ko hormat aku, aku akan bagi the same in return.

Dah..dah..aku nak buat keje sambil mengadap takbir Suci 3 untuk ke lima kalinya.
posted by green apple @ 10:16 PM  
Newer›  ‹Older
i is the very lazy, i is on the way to tido, i is warning sesaper yang berkenaan jangan menyamar diri, i is tak KOSSER DAH NAK LAYAN KAU
October 15, 2008
aku


...tengah sakit bintat-bintat satu badan sebab banyak sangat makan pil mencantikkan lokasi bulu ari-ari. semalam dah kena inject now dah ok. tapi baru lepas makan ubat, so aku sangat mengantuk.

...baru tengok DVD Ayat-Ayat Cinta. sangat membengkakkan mata.



Tu je la.


p/s :len kali paksa lagi aku update blog. Kan dah tak senonoh entry aku tulis ni.
Kasik aku ketenangan jiwa dan mental ye baru bleh update dengan bijak.
posted by green apple @ 1:33 PM  
Newer›  ‹Older
Kalau aku buat open house pun aku takleh jemput semua ye, jangan kecik ati.
October 13, 2008
Kenapa Kak Apple dah lembab update blog?

Bukan sebab aku busy sampai takde masa nak update blog.
Tapi sebab hidup aku dah aman.

Keje pun from home, maka saperkah yang jadik mangsa umpatan aku?

Jawapannya adelah..TAKDE.

Sebab tu blog aku pun selowwww.
Blog aku kan tempat untuk aku memaki.
So sebab takde saper carik pasal dengan aku, takdelah makiannya.

Kawan En Wan yang bini dia berlagak gila tu datang beraya kat rumah. Kalau ikutkan hati memang aku mangga je gate, tapi dah dua hari laki dia call En Wan tanya ada rumah ke tak. Takkan manjang je takde rumah kan. Datang la.

Kali ni dia datang bawak anak.

Ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!

Bukan la nak mengata (standard ayat orang melayu nak mengumpat).
Tapi aku mintak jangan la anak-anak aku macam tu.

Memang kalau dah fitrah budak-budak age 6 year old and below tu memang tak makan saman sikit. Tapi, kalau nak ikutkan cara mak dia tu bercakap, wahh, macam anak dia tu amat bertatasusila tinggi.

Asal orang bukak topik anak-anak je, anak dia je yang lebih.
Anak dia speaking berabuk la.
Anak dia terer main PS2 la.
Anak dia suka skolah, tak macam Redza hari-hari tanya hari ni skolah ke tak.

Sampai En Wan pun geleng kepala tengok perangai anak-anak dia.
Dah la masuk rumah orang terus nak naik atas.
Habis semua almari perhiasan aku dia bukak.
Cuak je aku tengok Noritake aku bergegar-gegar.
Kalau pecah sebijik hari tu, konfem suara aku bergegar satu Putra Heights.

Tak cukup bukak almari aku, selamba badak je ambik remote tukar-tukar channel TV, pastu pasang DVD 3-4 kali. Kejap Otromen, kejap Power Rangers. Buku-buku anak aku semua dia punggah.
Aku memang dah berbulu je.
Bersepah gila rumah aku okkkkk???

Anak aku sendiri sepahkan barang aku leh bantai cukup-cukup, inikan anak yang tak keluar dari perut aku?
Silap-silap mati aku keje kan.

En Wan la manusia paling gabra malam tu.
Dia dah boleh baca gestures aku yang tak redha.

Paling tak boleh bla dia main lawan-lawan ngan anak aku.
Dia boleh sepak perut anak aku kuat-kuat.
Aku dah nak menjerit dah.
Aku pikir air muka laki aku je.
Sabar gak lagi.
Sampai Redza cakap 'Sakit la wakkk'.

Anak aku ni payah nak cakap sakit tapi kalau dia berani kata sakit kat orang yang dia tak kenal maknanya dia memang sakit la tu.

Aku tunggu je kalau-kalau dia hentak anak aku sampai berdarah, memang aku halau satu famili keluar. Jangan bagi sampai aku biadap sangat okkk.

Masa time nak balik lagi aku membara-bara. Nak je aku pijak kaki anak dia.
Mak dia bagi Redza duit tapi anak aku dah terlebih terima pengajaran la pulak. Aku ajar jangan ambik barang dari orang, sampai duit raya pun dia taknak ambik. Ni pun satu hal lak tebiat.

So aku la pegang sampul raya tu.

Anak dia salam aku boleh mintak sampul tu dari aku. Siap tarik lagi.
Aku macam...malas la cakap.

Fine la kalau budak raya mintak duit raya, tu biasa. Tapi kalau sampai sentap-sentap duit kat tangan aku, bila aku cakap ni duit Redza dia tarik jugak. That is too much.
Apa yang ko ajar anak ko kat rumah ni????

Memang kali ni pompuan tu datang rumah aku tak banyak cakap.
Maybe sebab dia pun bengang ngan anak dia.
Misi tak sempurna.

Pastu, hari tu ye ye je nak eksyen ngan aku rumah dia beli lagi gempak kan?

That day datang rumah aku siap bawak kamera, tapi dia tak bagitau.
Sekali laki dia pecah lobang cakap bini dia siap bawak kamera nak snap pic rumah kitorang senang nak design rumah dia sok.

Dan dan muka dia berubah.

Terus kamera tak keluar-keluar sampai ke sudah.
Sure bertekak ngan laki dalam keta masa balik sebab laki dia terlepas cakap.
Aku budjet dia nak buat konon macam ambik gamba klorga, padahal nak ambik gamba rumah aku.

Blah la.
Meluat aku ngan orang macam ni.




Kepada yang tanya bila aku nak buat open house.

Ada aku cakap aku nak buat ke?

Ngahahahahahahhhaa.


Insyallah, setakat ni every year aku buat, cuma aku lom jemput mana-mana blogger lagi. Aku kan bertebiatkan suka letak gamba kat blog. Kang ada gamba satu dua blogger kat open house aku, ada lak yang sentap.

See how la ye.
posted by green apple @ 3:08 PM  
Newer›  ‹Older
Lab
October 09, 2008
Aktiviti tengahari adelah di lab. Bukan buat keje lab, tapi nak tengok apa barang yang dah sampai before boleh bawak masuk sample untuk di test. And this is the first time aku jejak lab company sendiri yang agak kosong, tapi ok la for a start kan (sedapkan hati sendiri).

Buat masa ni ada 3 research exec yang aku kebas dari ***. Maklumat tempat keje lama staff-staff adelah rahsia sebab aku tau ada budak *** baca blog aku. Kang dia bagitau kat staff-staff ni aku ada blog terus aku takleh menjadi seorang wanita yang garang, series dan berkaliber sebagai seorang majikan. Walaupun sememangnya aku takde kaliber sangat. Mampos la, biar kita-kita je yang tau ok?

Skamg aku tengah pikir apekah imej yang bakal aku tunjukkan.

Adekah yang mental seperti sekarang?
Ataupun majikan yang pemalu?
Atau yang garang masuk-masuk je opis hempas pintu, dinding, white board segala. Emo tak tentu pasal.
Ataupun yang muka series ganas tapi diam sepanjang hari. (ni imej collegue aku dulu yang naik pangkat jadik manager je terus ubah imej series and senyap. Konon macam taraf dah tinggi sangat. Padahal dia bangang, sebab tu kena buat imej senyap. Kang banyak cakap makin terserlah bangangnya sebab exec-exec bawah dia semua kaw-kaw jenis yang IQ tinggi melangit cam aku).

Muahahahahhahahahkkktuihhhhhhhhhh.

Eh, makin jahatnya ek mulut aku lepas raya ni.

Ataupun yang datang opis semata-mata nak breakfast kat Kopitiam bawah, sign document pastu kuar pi IOI Mall ke, 1-U ke, tak pun balik membuta.

POYOOOOOOOOOO!!!
DIANA POYOOOOOOOOOOOOO!!!



Lab ni ada a few section khas untuk buat research tertentu. Macam yang ni is PCR lab (polymerase chain reaction lab). Bench still kosong sebab kits and chemicals belum sampai lagi and sample pun tak masuk lagi.

Sample apekah?

Rambut sample, bak kata nenek aku.





Yang ni tissue culture lab. Ni laaaaaaaaaaaaagi kosong. Suci je keadaan lab ni aku tengok. Aku rasa lab ni tahun depan baru boleh run sebab keje untuk PCR lab dah menambun tertangguh ni.




Ni conference room. Nampak sangat meja baru sampai, plastik pun lom bukak lagi. Aku nak biarkan je la plastic ni forever kat situ, senang kalau nak jual balik. Macam ofis tak siap kan? Blind pun tak beli lagi. Takde duit okkkkkkk. Masa meeting tadi silau je pandangan aku. Nak gak pakai spek itam tadi, tapi kang tak pasal ada yang kena tendang ke bawah. Tertiarap cantikkkkk je atas keta orang.



Ruang menunggu yang macam berpenunggu.

Letak yang basic je la dulu, sofa ngan meja.

Pantry pun lom siap, kalau rasa tunggu lama sangat, kat bawah ada banyak kedai. Pandai-pandai la ye.

Rack untuk magazine pun belum ada.
Nak baca buku balik rumah.



Aisle ke lab-lab.
Siling pun tertanggal belum betulkan lagi.
Fire extinguisher masih kat atas lantai. Nak beli penyangkuk dia pun takde duit.

Cuma satu lagi lab belum siap. Lab for HALAL detection.

Sesaper budak-budak lab yang baca blog aku, kalau nak kitorang buatkan service untuk halal detection untuk raw meat, processed and unprocessed food, aquaculture OR viral disease detection in shrimp and fish (buat masa ni aku buat ikan ngan udang dulu), sila kontek aku melalui email : aveo757@yahoo.com.

Sebar-sebarkan la ye...thank you in advance.

JANGAN tanya soklan 'mintak keje boleh?'
Aku takde duit nak bayar gaji orang ramai-ramai sangat.
Gaji aku bulan ni pun lom tentu lepas lagi.
Doakan je la aku berjaya supaya peluang pekerjaan tu aku boleh ada kan in future.



Semalam kuar kat paper "Petronas's drive-thru pertama di Malaysia", bertempat di USJ.
Zassssssssssssss tetiba je nak up TnGo.
Hujan lak tu, takde la nampak jakun sangat kan pi drive thru. Ada la alasan takut basah.
Padahal memang jakun punnnn.

Ada aku kisah???

Tapi kan, tak praktikal sangat la.
Lembab okkkkk service dia.
Order kat situ, bayar kat situ, ambik barang pun kat situ.
Tukang carik barang pun orang kat kaunter tu jugak.
Makcik letih tunggu nakkk.



Sangat selesa kan??? Bekerja sambil lepak depan TV kol 4.3o petang di kala korang tengah stress mengontrol diri buat keje sebab bos tengah pandang. Sambil buat keje, sambil tengok Gitar Tua 2.


En Wan punya idea. Dia kata dulu masa kat Jepun dia ada meja kecik ni untuk buat keje depan tv or kat mana-mana biar tak terbongkok-bongkok mengadap laptop. Aku tak paham apesal yang ko nak bongkok???

Dia takut aku stress mengadap laptop kat meja study sepanjang hari, tak dapat tengok tv semua, so dia belikan meja ni untuk aku semalam. Actually boleh kalau aku nak buat keje kat meja makan bawah, boleh tengok tv sekali. Tapi memandangkan tv kat bawah tu dah di-chartered penuh oleh panglima aku, mau tambah stress aku buat keje mengadap otromen manjang.

Balik dari opis semalam, En Wan naik bilik and tunjuk kat aku meja yang berlipat ni. Tapi dia tunjuk bahagian blakang. Pastu siap pasangkan depan TV. Dah siap pasang, dia panggil aku tengok. Aku pun yo yo an je berlari-lari kuar bilik (aku pun tak tau apesal nak berlari padahal bilik ngan living room ni 4 tapak je).






See???

Suami yang sangat saya cintai ni memang kalau bab men-support bini dia nombor satu.
Ko mintak la apa pun, insyallah dapat.

Tapi macam ni la gaya dia support aku.

Ntah hapa motif dia ntah.

Pastu dia nampak aku bercekak pinggang pandang meja ni, cepat-cepat dia jalan menonong masuk bilik nak cover muka. Ingat aku tak nampak la dia tengah tahan gelak.


Ko nak laki macam ni ai???

posted by green apple @ 8:13 PM  
Newer›  ‹Older
Bukan taknak reply
Ni aku nak respond kat YM-YM orang yang tau tektik aku meng-invi-kan diri.
Cam tau-tau je korang kan.
Gigih menghantar YM walaupun aku wat dek.

Sorry ye, bukan taknak reply, aku memang tengah menfokuskan diri dengan keje baru.
Blom boleh goyang kaki lagi.
Sorry ok.

Birthday En Wan 7 Oct lepas.
Macam selalu, hadiah postpone ke suatu waktu yang masih tak mampu nak ditetapkan.
Potong kek je la.


Macam biasa jugak, kek haruslah yang menepati selera tekak aku.
Blueberry cheese.
Tapi aku lom rasa lagi sampai ke hari ni. (tu nak tunjuk betapa busynya sampai makan tak sempat, tapi berat tetap naik)

Kali ni birthday En Wan tak best macam selalu sebab dia pun busy je, stay up malam-malam marathon ngan aku dok depan laptop. Tapi sorry la aku nak stay sampai pagi-pagi buta macam dulu kan, kalau takde urgency baik aku membuta. Esok pagi boleh buat keje lagi tanpa sebarang tekanan dari boss. Wah, bahagia.



Ambik nih aku upload gambar Redza banyak.


Tapi Isnin lepas bangun je pagi aku rasa AMAT BLUR!
Tak tak nak buat apa.
Tak tau nak start kat mana.
Kepala ada banyak benda nak buat tapi tak tau nak start apa dulu.

After a while tak sentuh laptop, kepala pun bengkak dengan kebangangan.
Slowly aku check email, cantik-cantikkkan folder yang bersepah, kemaskini file-file yang aku save lam laptop, susun catalogue-catalogue kat shelf cantik-cantik biar 'ofis' aku nampak macam ofis. Baru semangat nak buat keje.

Alhamdulillah, sekarang aku lebih bersemangat.

Aktiviti baru aku, pagi-pagi bukak Yahoo check forex. Satu benda yang aku tak penah buat masa keje dulu sebab wat the fak bukan keje aku, tu keje accountant. Dulu, masuk je opis, bukak YM dulu, pastu bukak email forward email merepek-repek dalam setengah jam, pastu bukak blog check apa komen masuk (poyo wehhh).

Skang, keje aku check forex 3 kali sehari. Pening tengok USD makin naik. Semalam 3.51. Pehhhhh, buleh bankrupt okkk. Tetiba aku teringat contract yang aku buat dengan JK masa kat ofis lama. Contract 3.5M, based on forex USD3.2. Siapa suruh buat contract based on forex tetap kan? Aku dah kata biar contract tu kekal USD3.2 provided harga tak naik lebih 0.3. Ohhhh, dia dah study okkk the forex sejak bulan Mac kekal 3.2-.3.3. Tak boleh aku bayangkan betapa melepeknya bos lama aku tanggung rugi around RM350K. Mintak-mintak USD turun la soon, kalau tak semua MATI. Termasuk la aku kot. Nauzubillah.

Yakin!
Yakin!

Esok first shipment aku sampai from Lithuania and Cape Town.
Rasa proud pun ada, rasa takut ada, rasa nak nangis pun ada.
Susah orang kecik macam kita nak yakinkan bigger manufacturer apatah lagi omputih yang kita boleh buat benda-benda ni. Thanks to scientist-scientist Malaysia yang penat perah otak invent benda-benda baru sampai menang award kat Geneva. Disebabkan korang la, omputih ni semua ada keyakinan ngan orang-orang kecik macam aku.

Terasa duit macam air diflush-flush lam jamban.
First shipment ni berat barang just 5kg, tapi amount sampai RM10K.
Aku and partner aku bertahan taknak buat pinjaman bank lansung.
Semua korek simpanan sendiri. Half-half. Jangan sampai kering dah.

Skarang, apa yang boleh direcycle semua aku recycle, contohnya resit beli barang kat kat kedai mamak. Kalau dulu main buang je, tak pun malas nak ambik.
Now, semua resit aku simpan buat kertas tulis note.
Sengkek tak bunyiknya???

Redza nak conteng-conteng kertas pun aku bagi used paper, jangan harap ko nak ambik fresh ones, aku hempuk kang.


Ni 1st talk and workshop dari company aku..:)


Semalam pagi-pagi lagi aku kat satu jabatan kerajaan conduct lab workshop 'How to Design Primer'. Alhamdulillah, nampak ada banyak leads in future. Jap lagi, aku nak pi tengok lab baru kat Puchong, nanti aku snap pic lab yang kosong tu ye...:)

Ha, ni sesiapa boleh bagi aku leads mana nak cari set meja and kerusi untuk bilik meeting ngan visitor's room? Yang MURAH-MURAH TAPI STYLO (statement standard orang sengkek tapi nak berlagak cam orang kaya).


posted by green apple @ 8:47 AM  
Newer›  ‹Older
Murah je, janji meriah
October 05, 2008

Entry dimulakan dengan gamba menantu Kak darling8tabby yang sedang mentelaah.


Aku : Tujuh campur enam sama dengan?

Redza : Mama cakap apa ni?

Aku : Ni tengok buku ni. Jangan pandang muka mama. Tujuh campur enam sama dengan???
(suara dah tinggi sikit ni)

Redza : Nooooooooooooooo. Teacher Ija tak ajar macam tu.

Aku : Abis?

Redza : Seven plus six equal to ..... (kira guna abacus)


Berbulu je aku ngan budak ni.
Nak skiping london ngan aku ye.
Tak tau ke aku memang baca paper STAR hari-hari?
Tapi lagi banyak bukak dictionary la dari baca paper tu.


Ok hutang tag diselesaikan.
From Rhin-EY.

Tag berbunyi :
Anda berasa tidak lengkap keluar rumah tanpa........???
Ambil gamba objek itu dan huraikan.

Jawa[an :
Saya berasa tak lengkap keluar rumah tanpa.....COLI DAN PANTIES

Hanya gamba bra saje, aku tak letak tetek aku sekali kat sini. So jangan risau.


Aku tak tau la pulak kalau korang boleh kuar rumah tak pakai dua benda ni.
Aku sorry la beb...eiiiii, terbuai-buai je tetek aku kang.

Aku boleh kuar rumah tanpa duit yang banyak, lima ringgit pun jadiklah, janji minyak keta aku penuh and smart tag aku cukup.

Tak bawak henfon pun takpe, aku lagi suka. Kalau tak memekak je kejap-kejap bunyik.

Coli dan panties saya haruslah bercirikan keremajaan.
Penuh dengan warna-warni dan yang paling penting ia haruslah MURAH dan BERKUALITI.
Kalau murah tapi dua kali basuh getah spender terbarai baik aku pakai suar dalam pakai buang je. Dah tentu lepas ko pakai ko kena buang. Tak tau la pulak kot ada yang berjimat sampai boleh recycle. Konfem berkepam je celah kangkang kau.

Begitu juga dengan coli.
Haruslah berwarna warni seiring dengan kaler panties.
Tak payah sepasang pun takpe, aku terer mix and match.
Agak-agak tak berapa nak match, cuba check laci spender En Wan, pasti ada yang boleh match.

Takyah la tenung dekat-dekat gamba coli aku tu, takde de ko jumpa brand LaSenza ke, Audrey ke, Wacoal ke, aku pakai SCARLET je. Seploh ringgit sehelai. So far ok je. Dulu aku pakai Triumph lepas dua bulan dawai bra tanggal. Pastu kejap-kejap hook terbukak sendiri. Lagi-lagi kalau bertenet ngan boifren kat library, meja blakang, manjang je hook terbukak.

Wakakakaka.
Bodoh.

Cuma Scarlet ni ko kena rajin beli baru la sebab strap dia senang nak longgar.
Tak sure pulak pesal getah strap dia macam senang nak renggang.
Adekah sebab ianya murah?
Atau adekah faktor berat payudara memainkan peranan?
Apa-apa je la, aku takde masa nak buat research.
Agak-agak longgar beli je baru.




Baju pun penting nak kuar rumah.
Aku lom gila lagi nak kuar rumah tak pakai baju.

Baju kalau takat nak dok rumah tu takde de aku nak beli grand-grand. Aku beli kat Giant je. Tak caya, ko klik kat gamba atas ni tengok T Shirt aku semua stok-stok tergantung kat Giant tak pun TESCO.
Kaler pun sepesen, pink, kuning, biru, semua yang jenis bapak shocking kaler dia, pastu ada gamba katun-katun.

Tak kisah la baju Giant pun Giant la, yang penting apa ada dalam baju sekuntum bunga cina itulah yang menjadi persoalan ramai.





Snap sekali almari aku dah alang-alang pegang kamera.
Baju aku tak banyak. Sebab aku ngan En Wan sama saiz.
Pakai je dia punya baju.
Takpe, aku takde kurap.

Macam banyak je baju kurung aku kan?
Terima kasih kepada sistem matrikulasi.
Kalau takde matrikulasi jangan harap aku nak buat baju kurung.
Aku belasah je baju mak aji.
Pedulik apa aku kalau baju dia besar pun, aku orait je.

Baju nak pegi opis tak muat nak simpan dalam almari ni jadi aku tumpang almari bibik.
Lagipun memang baju tu yang konfem dia kena gosok hari-hari jadi lebih baiklah baju tu ada di bilik dia saje.





Ni laci En Wan, khazanah dia menyimpan segala tok nenek bil air, api, maxis, astro ntah apa-apa lagi ntah. Aku memang malas nak ambik tau dokumen-dokumen ni, nak lagi kalau barang tu ada dalam folder dia. Memang aku taknak tengok. Dibuatnya aku jumpa surat nikah dia kawen lagi satu, tak pasal-pasal aku jadik pembunuh.
So better aku tak check lansung.

Tapi kalau ada nampak En Wan kuar ngan pompuan lain tu jangan segan-segan nak bagitau aku.


posted by green apple @ 1:19 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER