walk on wings, tread in air: 05/2008 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Apadia????? Aku dah gemuk????
May 23, 2008

Ye, sememangnya aku dah berisi sejak 3 minggu lepas. Dulu berat aku 46kg, sejak 3 minggu lepas berat aku 48kg!!!!

Hambik.
Ni semua gara-gara stress.

Kalau aku stress, maka aku makan.
Kalau aku gumbira, aku tak ingat nak makan.

Lately ni bos dalam agenda membunuh aku. Jadi hari-hari aku tertekan, maka perut la yang menjadik mangsa. Asal aku nak diet je, time tu la En Wan mengoffer aku makan macam-macam. Bila aku tanya 'Di gemuk tak?'

'Elok la gemuk biar nampak cam mak orang sket'

Apa kaitan??
Mak ko tak gemuk pun.
Adekah dia nampak macam anak dara???



See? 48 kilo. Series gemuk macam sial punya gemukkkk. I want my anak-dara-weight!! Gimme 43 kilo plisssssssssssssssss.


Tapi sebenarnya aku blom gabra lagi selagi tak jejak 50kg. Kalau dah jejak, aku pasti blog ni takde gambar-gambar aku dah.
Muahahahahha.
Barang siapa ada tips untuk kurus, sila kemukakan.

Ok la, ni kira gambar last kat Phuket aku boh sini. Dah tak larat dah aku nak update pasal Phuket tak abis-abis. On the day we all balik KL, pagi tu pegi elephant trekking. This is something that I won't do again. Aku tak suka tak suka tak suka tak suka benda yang tinggi dan bergerak-gerak. Pulak tu aku tak suka binatang.

Laki aku la gatal nak naik gajah. Dia kata kalau sampai Thailand tak naik gajah tak lengkap. Pi heret aku sama pehal. Aku boleh pitam okkkk atas gajah tu, siap dia boleh snap gambar aku tengah pitam.

Ada satu part, gajah ni nak kencing, dia punya mengaum (gajah mengaum ke??) punyala kuat, aku dah kejung kat atas. Terbayang gajah ni buat willy pastu lari masuk hutan, pastu langgar pokok, aku tersangkut kat dahan, pastu aku jatuh kepala terhentak kat batu, lepas tu aku hilang ingatan....mula la aku imagine bukan-bukan.

Sepanjang naik gajah ni segala ayat aku baca. Dah la 45 minits ride. Gila lama.
Ni binatang okkkk...buatnya dia naik minyak. Ngeri.

Gambarssss...

Naik gajah pakai mini skirt okkkkk. Tak tau undang-undang punya worang.



Siap leh benti kat pokok, ambik buah makan atas gajah.



Tengok muka En Wan. Muka keji kan nak snap gamba bini dia pitam.


posted by aveo757 @ 10:52 PM  
Newer›  ‹Older
Phuket - 3
May 22, 2008

Malam lepas balik dari Phi Phi Island memang letih maut punya. Dah la aku lupa bawak panties extra, sudahnya lepas mandi laut aku salin suar tak pakai panties. Seksi pulak rasa. Auwwww!

Sampai hotel mandi-mandi, 3 beranak sekali masuk lam bathtub, jimat air. Pastu siap-siap gi carik dinner sementara hari cerah lagi. Kang dah malap apa benda pun tak nampak. Letih tak letih, malam ni aku kena carik souvenir gak!

Semalam Restoran Pattani, tonite Restoran Dubai. Siap terpampang tajuk restoran tu 'PAKISTAN-INDIA-MALAYSIA FOOD'. Tapi makanan punya la berminyak macam dok kat Abu Dhabi je aku rasa. Dah la nasik dia sepinggan terak macam nak bagi 4 orang makan. Cam perli aku je...


Aku order prawn beriyani, En Wan chicken beriyani, Reza lak diet makan mushroom soup je. Itupun, aku jugak yang belasah bagi habis. Restoran dia ok la, biasa la Pak Arab kan kaya-kaya. Restoran tak laku blakang cerita, janji deco grade A. Tapi makanan haruslah aku bagi B- sebab berminyak!


 Sebab restoran ko macam ekslusif maka ko tekan harga Icelemon tea lam tin sampai RM5. Ko ngan AirAsia sama je la...cekik darah. 


Lupa lak nak bagitau hotel yang aku dok tu betul-betul mengadap Laut Andaman, laut yang bertsunami dulu. Tapi tempat kena tsunami tu jauh sket dari sini. Apa-apa pun, kalau kena simbah ngan air laut, aku yang terbang dulu. Sah-sah dekat je ngan laut bilik aku ni.

Lepas makan, we all round the city cari souvenir. Seb baik mak aku beranak 3 kali je, takde la sengsara aku nak beli hadiah..muehehehhe.

Pehhh, kalau bapok ni la, heran aku okkkk. Camne dia yang terang-terang bapok, pinggang gila curve macam kerengga siallll. Bontot boleh tonggek nihh. Kalau skirt la, takyah tunggu bongkok. Ko tolak dia kedepan sket je dah nampak panties. Yang heran boleh pulak mat saleh ni melayan bawak pi beli baju siap pegang tangan lagi. Nak je aku terajang sekor-sekor. Tapi memang tak dapat disangkal, bapok sana lagi cun dari pompuan-pompuan tulen. Ni tetek ni yang aku tak puas ati. Cantek gila bentuk dia. Nak je aku ramas tengok apa dia letak.

Esok pagi gi pulau lagi, tapi kali ni naik boat. Pegi James Bond Island tempat yang En Wan nak sangat pegi. Kalau James Bond Island ni takde aku gerenti dia tak jejak Phuket punya.

Lagi sekali bfast hanya roti. Tapi En Wan bantai gak makan nasik goreng with crab meat.
Ye ke crab meat????? Eh.



Mak dia pulak disebabkan sudah gemuk maka hanya makan sekeping roti dan oren jus. Diet sangat la tuhhh.

Journey nak pi Pulau James Bond ni jauh gak, dengan bus je dah sejam, pastu dari jeti nak ke pulau tu naik boat 45 minit. Sebelum aku tetido lam bot, maka sila tido dalam bas siap-siap. Tapi sebelum nak ke jeti tu, dia bawak gi cave ala-ala Batu Cave. Dalam tu ada la 3-4 bijik patung Buddha.



Dalam bas. Dah nama blog aku, harusla muka aku paling banyak kan.

Tourist guide dalam feri that day English power gila, slang American, muka pun agak hensem. Yang tourist guide 2nd day ni, muka piauuu Thai, English sangat la susah aku nak paham. Aku pulak yang jadik translater kat satu Aussie blakang seat.

'Ladies and chelren...(gentleman takde tau dalam bas ni) Aftar we araif, you go down da bus to da ferry. Ferry take fort-fai menit. We go small boat. You wear life jacket. You can buy water. We have lunch at Muslim village. Seafood'

Nak je aku bangun 'Pebenda siallll ko carut? Aku tak paham menatang apa ko cakap'

Rupanya nak ke James Bond Island tu ko kena naik jeti dari tanah besar. And ada jambatan rupanya dari Phuket ke tanah besar Thailand, dekat je pulak. Aku rasa pendek sket dari Jambatan Tambak Johor.




 

Ni semua gambar-gambar masa lam temple. Tinggi gak temple ni, tapi tinggi lagi Batu Caves. Cuma kesian kat diorang. Tempat yang cantik-cantik and unik like this temple banyak, tapi government tak support. Kalau tengok entrance sumpah tak selera. Macam Batu Caves tu terjaga la jugak.

Aku memang nakkkkk sangat bergambar kat reclining Buddha tu, sampai hajat..:) Terang-terang kat pintu masuk dia tulis 'Ini tempat suci, sila pakai pakaian bersopan'. Aku nyer baju ni sopan ke tak?

So aku tanya uncle tourist guide tu 'How's my clothes? Obscene?'

'Neverrrrrr!'

Never okkkkkk dia kata.
Kira aku ni consider bersopan lagi...kat Thailand la. Kat Malaysia konfem berbakul dah kena kutuk. Makcik-makcik ni sibuk la bagi nasihat kat anak-anak jantan dia 'Ko kalau nak carik bini jangan bawak pompuan macam ni masuk rumah aku. Aku tak halal air susu aku'

Bla la makcik.



 Kat Phuket ni ATM machine just like nite market in Taiwan, it's everywhere. Takyah nak letak pak guard jaga pun. Dalam kedai-kedai runcit pun ko boleh jumpa ATM machine.


Paling excited holiday kali ni tentulah anak aku. Apa taknya, segala macam transport dia rasa dalam satu trip, dari airplane, van, bus, ferry, boat, lori je belum naik. Masa kena pakai life jacket, cam ye-ye je tau pakai.



Seb baik aku tak bawak Mak Aji ngan Pak Aji sekali. Kalau tak, mati idup balik dia taknak naik boat tambang ni. Seriau gak masa naik, dah la ko nak masuk laut, pakai boat camni. Dibuatnya ombak besar, melambung-lambung aku dalam tu. Tapi memang basah la naik boat ni. Dah la aku pakai jeans. Apa-apa pun seb baik semua (especially aku) tak mabuk masa naik ni.

Journey dalam 45 minits to 1 hour jugak dengan boat sebab arus kuat jugak that day. Maybe sebab terlampau banyak highcliffs so ombak yang pukul ke batu tu datang balik hentam ke arah bot. Aku pun buat la muka maintain, padahal En Wan tau dah muka bini dia toreh pun tak kuar darah.

'Di, you ok?'
'Jangan takut, abang ada'

Abang ada???

Abang tau berenang ke banggggg??
Abang pun dua kali lima je kelepeh kelepeh kelepeh terkapai-kapai lam laut.

Tapi at least kata-kata dia tu buat aku tenang sikit..:)

Nak ke pulau tu kena lalu lam cave. Dah la rendah, ngan staglamit dan staglatit (aku lupa which is which, belasah je) panjang-panjang. Laki aku suka la benda-benda mengganas macam ni.

Pastu kitorang melintas kat area perkampungan Muslim pertama di Thailand. Tengah-tengah laut beb. Yang amazing tu, kampung ni betul-betul dihadang oleh highcliff. Kalau ribut ke, arus kuat ke, kampung ni insyaallah tak kena. Dari jauh ko nampak batu tinggi, bila ko lepas batu tu, ko nampak daratan, pastu kampung-kampung nelayan. Ada masjid lagi kat tengah-tengah laut. Satu benda yang menakjubkan.

Tourist guide tu kata, walaupun kampung ni tengah-tengah laut, tapi kat sini satu-satunya kawasan yang ada fresh water and dia kata jangan tanya mana sumbernya, dia sendiri tak tau mana datang.



Pulau James Bond ni pun satu benda yang pelik. Jalan nak masuk ke pulau ni satu macam. Macam ko tengok cerita dulu-dulu lanun-lanun buat port kat celah-celah batu. Cara bot-bot ni masuk dalam kawasan pulau James Bond ni pun macam bot-bot pedagang dulu-dulu, beratur je tunggu giliran nak pass ganja.

Bila ko sampai je kat perkarangan pulau tu, serta-merta suara riuh-rendah orang dok tawar-tawar harga. Sebijik okkkkk macam cerita lanun dulu-dulu. Penuh ngan gerai-gerai kecik atap nipah, bersusun je ngan rantai siput berjurai-jurai. Best gila.



TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!

At last we are here!!
En Wan la orang paling happy akhirnya dia nampak pulau ni depan mata.
Aku selamba rock je. Mana ada perasaan. Perasaan aku muncul bila ko ajak aku gi shopping.

Kat pulau tu je dah habis RM100++ just beli siput and pearls. Pantang benti depan gerai je konfem kena tarik 'You beautiful. I love you. You smile good. I love you. Buy me. I love you. I sell cheap'

Itu je la modal ko, I love you tak sudah-sudah.

Tapi En Wan kata kesian, beli la.
Aku no hal kalau suruh membeli. Membayar je aku taknak.



On the way back to jeti singgah dulu lunch kat Muslim village. Tapi sebab makan ramai-ramai benda sedap pun jadik tak sedap, dengan berpeluhnya, dengan penat, kepala aku dah nampak katil je. Dalam bot tu aku boleh tido. Terhangguk-hangguk kepala. Nak landing kat En Wan tak sampai hati pulak. Kesian dia, dia pun penat.

Kat bus, memang aku belasah tido. Ingatkan terus balik hotel, rupanya dia gi singgah kat Cashewnuts factory. Adooooo la. Tobat aku bejalan ngan badan belendir macam ni. Tapi sampai kat sana aku jugakkkkk yang lelebih shopping.

First time aku tengok buah gajus, selalunya tengok lam buku je. Bijik gajus selalu. Buah je blom. En Wan pandang je muka aku seolah-olah muka dia kata 'Kesian kat ko, buah gajus pun tak kenal'. And diorang buat jus cashewnuts. Sedap gila jus dia. Ala-ala Xango gak aku tengok sebab dia kata sesuai untuk orang yang baru lepas operation cancer, sakit buah pinggang, etc. Terus aku teringat kat Syana..:)

Jumpa kedai tulis melayu. Terkujat aku kejap pandang sign dia. TEH TARIK ADA DIJUAL DI SINI.
Siap promo teh tarik lagi. Tak tunggu dah, terus duduk. And untuk malam terakhirnya kat Phuket, aku pekena tomyam lagi. Kali ni tomyam campur pedas nak mati, ikan siakap masak 3 rasa ala Thai (piaww punya), pastu sayur kailan ikan masin, telur dadar, nasi separuh. Nak gak mention nasik makan separuh. Pastu kat hotel lapar, bantai Pringles sebotol.

Lepas dinner round lagi city carik hadiah. Tapi kali ni hadiah untuk diri sendiri. Carik album, carik photo frame, carik perhiasan rumah, bla bla bla. Sekali lalu lori promo Tomoi. Kecik-kecik ko ajar budak ni bertomoi bermekap segala. Jadik pondan sok kang baru tau.


posted by aveo757 @ 8:14 PM  
Newer›  ‹Older
Phuket - 2

Depan hotel, tapi flash tak jalan pulak...nampak muka aku je la jawabnya.

First nite kat sana, menggagau jugak la carik tempat makan yang halal. Kebanyakkan orang sana tak reti sangat cakap omputih, so guna la segala prop yang ada. Habis angkat segala tangan kaki nak bagi dorang paham. Laki aku siap azan depan driver tut-tut tu nak bagi sampaikan maksud kitorang nak carik makanan Muslim. Macam nak pecah perut aku bantai gelak.

Bila dia paham apa kitorang nak, baru la 'Oooooooo...Islam?? You Islam? Islam food?'

Ye la. Habis ko ingat aku dari mana? Maghribi?

Pastu dia bawak we all makan kat Resoran Pattani sambil tengok Uber match.
Baru la aku nampak ramai rupanya orang Malaysia datang Phuket. Semua menggelupur carik halal food.

The food. Tak banyak beza dengan Malaysia. Cuma tomyam dia gila kaw!!
Malam tu Redza tido awal, aku ngan En Wan tengok Meet Joe Black..pastu...pastu..
Muahahahahhaha.

Esoknya bfast kat hotel. Macam biasa, bantai roti ngan telur je la. Telur tu goreng atas apa, guna minyak apa, aku taknak ambik tau.

Lepas tu we all gi Phi Phi Island. Antara tempat wajib untuk semua yang jejak ke Phuket. Naik feri 2 jam. Memula tu nak naik speedboat, so save time sket, maknanya boleh la lepak kat pulau tu lama sikit mandi-manda. Pikir-pikir balik, kang speedboat ke mana, aku tercampak ke mana, satu hal se-feri menjunam ke laut carik aku. Tak payahhhhh.



Masuk je feri aku yang tido dulu. En Wan dok sebelah, baikkkk punya landing kat bahu dia. Nyenyak gila. Sedar-sedar tengok si kecik baring atas riba aku, bapak dia pun sama out. Dah nak sampai ke pulau-pulau kecik tengah laut, tourist guide tu buat la story sket, pulau ni pulau apa, apa sejarahnya, apa kekdahnya, aku pun terus salin swimming suit standby kot-kot rasa nak terjun kang. 



On the way nak ke pulau-pulau kecik tu feri stop kat satu pulau pelancongan. Lebih kurang cam Pangkor Laut la.

Feri stop kejap kat area Maya Bay, tempat ni ada dalam satu scene cerita apa ntah, tapi En Wan kata citer Leonardo d Caprio. Pebenda ntah aku tak tau. Tapi bay ni memang cantik. Cuma kitorang takleh masuk sebab bay tu muat untuk speedboat je. Kang sangkut lak tayar feri ni.





This is Maya Bay. Aku curious nak tau apa benda ada kat dalam. Macam cantik je.


Upacara menyapu sun block


Aku tengah kontrol sebenarnya ni. Gila kuat ombak time tu, kalau aku angkat sebelah tangan konfem melantun lam laut.Masa dia stop tu semua keluar bergambar macam nak rak. Panas pun panas la, janji ambik gamba. Actually banyak gamba yang we all snap kat sini tapi takkan nak letak semua. Balik-balik muka aku je.







Agak-agak dah nak sampai ke Phi Phi Island, feri stop jauh sket sebab nak bagi peluang sesaper yang nak bersnorkling. Aku yang tak bersnorkling ni sila naik speed boat ke beach. Kat pulau ni memang takde pebenda kecuali sebijik resort. Dia buat buffet lunch untuk package tour, tapi biasa la, takde apa yang boleh we all makan. Makan la nasik putih ngan salad ngan bawang goreng. Jadik la buat alas perut. Lagipun aku tengah berdiet. Tapi kan, lepas makan nasik aku bantai banana split. Diet kah??

Tengah-tengah lepak makan nasik, En Wan terperasan satu mamat Jepun dok sensorang je dengar radio. So dia pun tegur la, ntah apa menatang dia cakap aku tak paham, terussssssss mamat tu beralih ke meja kitorang. Excited gamaknya jumpa orang yang boleh cakap Jepun. Dah tau ko tak pandai cakap omputih yang pi travel sensorang wat pe? Aku tengok En Wan pun macam dah tak reti nak cakap omputih, terus aku angkat bontot slow-slow pi main pasir ngan Redza.



Masa ni memang aku berbulu je ngan Redza 'Cepat Ma, cepat! nanti feri langgar kita'

 Lepas main pasir, aktiviti mandi junub anak-beranak kat tengah laut. Redza sangat spoil. Lately ni sejak aku masukkan swimming class dia takut air. Dah takut tu takut je la, siap la pulak pi jerit 'Ada jaws! Ada jaws!' Eiiiii...ringan je tangan aku nak bagi backhand.


Nampak cam perenang pro, padahal aku tengah duduk tu. Kalau aku bangun ada la air tu takat lutut.

Agak-agak kulit dah hitam 50%, naik beach, lepak. En Wan ngan Redza sambung mandi. Aku tak tau bila masa aku tetido tau-tau laki aku kejut ajak gi shower sebab feri dah nak gerak. Kalau nak tau aku ngan En Wan beza camne, ko tengok kulit Redza ngan bapak dia. Haaa, camtu la keamericanan-latino aku.



Ok, aku nak masak pulak...sambung lagi la ok?


posted by aveo757 @ 4:52 PM  
Newer›  ‹Older
Phuket - 1
May 21, 2008

Aku sampai from Phuket 7pm semalam, singgah Bangi ambik keta dulu, siap makan sebab Mak aji dah masak. Pandai Mak Aji, cam tau-tau je menantu ngan cucu dia konfem kelaparan sebab aku memang takkan masak. Penat okkk bawak kapal terbang.

Phuket.

GILA BEST!!!

Perkataan yang mempu mengexplainkan segala-galanya.

Jumaat lepas, kalau ikut nawaitu, 5.30pm sharp aku nak blah dari ofis. Tapi training dah la lambat habis, elok aku nak angkat beg laptop je bos aku cakap 'Diana, we are going to ** this Tuesday. I want you to be there as well'.

Pekejadah sialllll.
Aku dah apply cuti!!

Dia bleh wat muka terkujat 'Did I approve you leave?'
Tak ke maha bangsat jawapan tu?

Pedulik apa gua lu approve ke tak. Panggilan pulau sudah tiba.
So, aku ayat dia lebih kurang, dia suruh aku siapkan proposal malam tu jugak aku kena email kat dia. Membunuh betul la dia ni.

Malam tu aku stay up sampai kol 2am siapkan report. Dah la malam tu aku balik Bangi. Aku gi bawak laptop baru yang takde install streamyx line rumah Mak Aji. Pak Aji lak kalau bab simpan barang konfem dia lupa mana dia letak. Puas la malam tu dok memunggah laci cari CD streamyx. Aku dah nak gantung diri dah ni, kalau report tak siap mau aku start enjin keta balik umah ambik CD. En Wan dah blow ngan aku sebab kecoh malam-malam nak wat report.

Tapi Tuhan tu selalu ingat kat aku, aku je manjang lupa kat dia.
Malam tu uncle sebelah guna wireless, pehhhhhh, dia tak secure lak line dia. Aku pun menumpang le. Banyak pahala uncle sebelah tolong aku siapkan report. Sampai kol 2am still leh guna lagi. Uncle ni tenet kat YM ke haper. Kul 2 pagi tu jugak aku email terus kat bos siap sms kat dia soh check email. Nak sangat tengok report kannnnnn.

Esok pagi-pagi dah bangun, siap-siap, mintak Pak Aji hantarkan ke airport.
Tima kasih ye..:)


Biasa la kalau dah naik keta Pak Aji haruslah dok belakang jadik tuan besar kan...


Redza and papa 

Biasa la kalau dah nama naik AA ni kalau tak gegar tak sah.
Dan orang jakun cam aku haruslah aksi berlebihan kat atas tu. Aku paksa tido. Redza biar bapak dia jaga. Aku memang dah kena sumpahan takleh naik flight. Sawan.

Dan jangan harapla aku nak order makanan kat atas tu. Pulak tu tengah berdiet, kem salammmmmmm. Actually banyak gambar masa kat airport tapi aku tak jumpa lak bluetooth laptop.



Sampai je airport Phuket, terus on HP, macamkan ada orang nak sms aku. En Wan macam biasa, penyakit suka candid gambar.



En Wan macam budak baru balik oversea je aku tengok



Tunggu van sambil baca map.
Melekit gila babi muka aku. Ni cara-cara baru turun kapal terbang, blom gi mana-mana lagi. Dasar kulit fail!!
Our first destination was to the Gem Gallery. Kepada sesiapa yang materialistik macam aku tapi sangat malang berhusbandkan lelaki yang make dunno no matter ko tarik muka patblas or ko hentak-hentak kaki masa jalan tanda protes ataupun ko ugut no sex for 2 weeks, dia tetap anggap Gem Gallery tu macam muzium yang hanya boleh dilihat tapi tak boleh disentuh apatah lagi nak dibeli.

Memang hampagas En Wan.

Padahal kan, kitorang masuk Gem Gallery tu dua kali, masa first day sampai and on the 3rd day. Aku pun tak tau pehal dorang bawak kitorang masuk Gem Gallery sampai dua kali. Tak puas hati gamaknya tengok takde sorang beli. Phuket memang pusat Gem terbesar di Asia, so macam tak lengkap intinerary ko kalau tak beli sebijik. So aku dah aim satu white gold pink sapphire ring with diamond, harga 33,000 Baht, dalam RM3,300. En Wan dah bagi green lite, kalau nak, swipe kad aku sendiri. Apa baranggggg swipe kad sendiri???? Kata pengikis. Haruslah aku nak kikis kau.

Tapi pikir-pikir balik, malas la pulak. Pompuan gedik cam aku, gatal terhadap barang-barang kemas adelah dalam 5-6 minit je. So, En Wan dah paham sangat. Memang patut pun dia bolayan request aku.



Entrance Gem Gallery



Bergambar dengan 'tut-tut'. Gila jakun. ....And seperti biasala 'extra baggage' aku mana nak bergambar ngan mak bapak dia. Buat hal lak tetiba. Aku tampa kang..


Lepas tu dia bawak we all gi TShirt shop. Mula-mula aku macam 'La, kedai runcit macam ni ko bawak aku?'.

Ala, sebijik cam kedai Kak Milah depan rumah makcik aku, sebelah-menyebelah ngan kedai jual cikedis. Dari jauh ko tengok memang takde harapan kedai ni pelancong nak masuk, tapi bukan sebarang kedai.

TShirt dia kualiti, 100% cotton, boleh rasa lagi, boleh kirai-kiraikan baju tu dari plastik kalau ko keji sangat nak pedajal tuan punya kedai. Dia tak marah, dialu-alukan lagi ko bukak plastik baju tu untuk ko test. Kedai ni wholesaler, takde saper nak layan ko kalau ko 'Excuse me, may I know if you haxe XS size?' Mamposla tercangak-bangak ko kat situ sorang-sorang. Takde saper pedulik sebab dia dah gantung siap-siap kat dinding setiap design baju yang ada kat situ, so ko tengok mana design ko nak, ko pilih sendiri saiz, agak-agak nak test muat ke tak, takde saper nak lari kalau ko nak tanggal baju kat situ pun. Sila..sila...make yourself at home.

Dah la murah gila.
Selai baju dalam RM12 je, kira ok la utk 100% cotton. Aku beli baju sleevelss kat Bali dengan kualiti kain macam roti kirai pun dah RM20.


En Wan memang dengki tau dengan aku. Suka sgt candid. Masa ni aku tengah pilih TShirt 'I AM A VIRGIN (THIS IS AN OLD TSHIRT).

Beli TShirt je dah seratus lebih. Tak pernah hayat aku shopping TShirt.
Lepas agenda menabur duit, gi temple lak.
Aku memang suka gi temple-temple ni. Rasa cam satu benda yang best tengok ukiran-ukiran kat temple. Pulak tu Buddha diorang besar-besar. Takut pun ada. Entah apa yg aku takut pun aku tak tau.



Cantik kan? Lupa la apa nama temple ni. Nak masuk tapi sebab aku period so aku rasa takleh masuk kot. Lojik la kan, ni pun tempat suci diorang gak. Respect sket aaaaa.


Lepas tu gi tengok sunset kat Karon View Point. Tapi masa we all sampai tak berapa nak set lagi, terang benderang. Boleh tahan la tempat dia, tapi lagi best tengok sunset depan umah aku. Tak crowded. Dah la gi situ petang-petang. Semua yang datang bau dah masam semacam. Kalau hanjing ni la...bersepah-sepah. Nak je aku tendang sekor-sekor.



Cerah lagi, nak tunggu sunset dalam 2 jam, baik aku balik tido



My extra luggage...


Orang yang snap pic ni gi fokus kat kitorang, wat per? Aku nak panorama blakang tu..



Masa ni aku memang dah letih. Kalau muka tu toksah cakap la kan, dah berlengas.
Seb baik dah takde program dah lepas tu. Terus balik hotel.
Aku stay kat Patong Beach, Andaman Suites. Tapi kalau nak resort style, pilih Andaman Club, sebelah je ngan Andaman Suites, sama-sama 4 star, so tak kisah la dok mana pun. Ok hotel dia. Aku stongly suggest sesaper nak gi dok la hotel ni. Dekat ngan beach, dekat ngan nite market, dekat ngan Muslim restaurant, bapok pun senang nak dapat..



Nampak row yang ketiga tersebut di atas????...:D



Hero aku dah kecundang dari dalam van lagi



Tengah pikir nak dinner kat mana malam ni


posted by aveo757 @ 11:27 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER