walk on wings, tread in air: 04/2008 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46blogFollowUrl\75https://plus.google.com/108023594649590263359\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

FLEUR by MRS HIM

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

BEAUTY AND HEALTHCARE
FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Ye la, aku update
April 28, 2008

Dak Intan tanya apekah aku lupa password blog sampai blog ni tak berhapdet sekian lama.

Apekah kau tak reti baca aku dah tulis aku adelah berstatus HIATUS???

Busy ok lately.
Dengan keje kat ofis.
Dengan keje kat ofis lagi.
Lagi-lagi keje kat ofis.

Benak. Benak. Benak.

Oh ye, last Thursday adelah hari performance review. 7 keturunan punya butterflies sudah ada dalam perut dari pagi. Sampai aku takde selera nak makan, minum, nak gi toilet pun tertangguh-tangguh kot2 bos panggil.

Kol 2.30pm sampai 5.30pm dia review aku.
Roughly ok, cuma aku cam tak boleh menerima hakikat bila dia kata 'Diana, are you shy? I hardly hear your voice when you were around'

Well, wanita bijak memang macam ni. Kurang bercakap, tingkatkan produktiviti. Lagipun aku adelah wanita yang kaya dengan sifat ketimuran memang macam ni. Tinggi dengan kesopanan dan kesusilaan.

Tapi apesal la nak kena cakap kuat-kuat kat ofis?
Aku ni kalau boleh taknak orang tau aku ada kat ofis. Semak okkk paler aku, kang orang tu tanya, orang ni tanya. Bila time aku nak start keje camni?
Tapi sebenarnya aku memang tak banyak cakap pun kat opis.
Banyak menaip je.
Chatting.

Sehari lepas review aku kena maki ngan bos.
Memang cam haram.

posted by aveo757 @ 8:33 AM  
Newer›  ‹Older
Hiatus aku akan disambung lepas tulis entry ni..
April 17, 2008

Aku di tagged oleh Asnor filza....

Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu!
Kuasa di mana lagi banyak anda makan, lagi cepat anda kurus. Walaupun badan kurus tapi di tempat-tempat tertentu yang anda ingini adelah dibolehkan mengadjust dengan hanya memicit sahaja.
Contoh, hari ni saiz tetek hanya 32A. Ohh, tak best. Kecik sangat, mana nak nampak cleavage beb. Pabila kita picit saja tetek tersebut, secara otomatiknya dia akan beranjak ke saiz seterusnya bergantung kepada saiz bra di pasaran.
Power ini juga adalah bersifat vice versa, aku picit orang pun boleh, orang picit aku pun boleh. Aku picit sendiri je la, apa nak suruh orang picit aku pulakkk.
Picit sekali, 34A.
Picit lagi 32B.
Picit lagi sekali 34B. Ha, ni saiz tetek aku skang.
Ngehehehe.

Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan anda?
Tyra Banks.
Walaupun dia banyak makan, dan suka membeli barang-barang murahan (apa kaitan pun aku tak tau), juga berkulit itam, dia tetap maintain slender, jelita dan seksi.

Kenape atau untuk apa superpower itu yg anda pilih?
Sebab saya adelah perempuan gemuk. Sudahlah gemuk, badan tak bercurve pula. Kulit juga agak kelabu asap. Bontot juga hampir-hampir hilang dari pandangan. Sangat tak gorjes. Saya mendambakan semua mata berpusu-pusu memandang bontot saya lantas terpegun dan mengatakan ‘Wahhhhh..bontot tonggek siallllll, picit sedap ni’.
(Agak gila seks juga statement saya ini)

Kelemahan superpower anda? Wajib ada!
Kadar sensitiviti yang extremely tinggi. Satu kali picit, satu kali tukar saiz.
Tetiba terbayang kalaulah laki aku picit tetek aku tujuhblas kali satu malam. Hah, kauuuuu. Tak terbawak.

Nama anda sebagai hero?
NICETOTOUCHNICETOHOLD.

Moto anda sebagai superhero?
MemBESAR sebagai johan.

posted by aveo757 @ 11:19 PM  
Newer›  ‹Older
Hiatus

Busy la beb.
Nak baca blog korang pun makan tahun ni.
Pada yang tagged aku, sabar ye, akan diusahakan.
Banyak sangat keje nak dibuat.

Weekend nanti kalau sempat aku update sekali lima blas entry.

posted by aveo757 @ 12:42 AM  
Newer›  ‹Older
Entry for you, itupun kalau kau singgah blog aku. Tak singgah lagi bagus.
April 11, 2008

Dengan selesanya aku bekerja dari rumah pagi ni.
Masuk opis jap kol 8-10am, buat la apa2 yang patut, agak-agak semua yang patut dibuat telah dilaksanakan dengan terbilangnya, aku pun mintak diri.

Kepala aku pening pagi ni. Macam nak pitam pun ada.
Kat elevator tadi pun rasa cam nak tumbang. Kot ye pun nak tumbang biarla kiri kanan ada orang, ada gak tukang papah nanti.
So now kat rumah, rest, tunggu En Wan balik lunch sama-sama.

Takde apa nak cerita, cuma aku perlu meluahkan sesuatu yang dah lama membusut lam kepala.

Aku tak suka orang tipu aku. Tapi aku lagi tak suka orang yang hipokrit. Tipu tu lain cerita, tapi ini HIPOKRIT. Dah la kau hipokrit, boleh tak ko simpan hipokrit ko jangan kasik satu dunia tau?

Contohnya, si A adelah berspesis keji, and si A ini juga sebenarnya tau yang dirinya keji tahap dewata tapi dia mengharapkan orang lain tak tau yang dia ni amat keji. Tapi too bad, siapala yang tau kau ni keji? Semua tau. Kau je yang ingat orang lain pandang kau tinggi, sayup mata memandang. Bukan sayup memandang ke atas, sayup nunnnnnnnnn di bawah.

This Mr-Ambik-Gambar-Kontrol-Tuck-In-Perut (ehem..ehem) memang dasar kepala weng.
Nak kata bangang, blaja agak tinggi jugak la, tapi tak pasti flying colors ke tak.
Nak kata good looking, memang sah takde tapi lagak cam eligible bachelor of the year.
Nak kata ramai peminat, ada la kot, 3-4 kerat.
Nak kata berduit, boleh la sebab kau bekerja tapi takde la kaya mana so boleh tak rentikan canang yang kau menginherit kekayaan dan kemasyuran serta cerita-ceriti sesiapa yang kawen ngan kau bakal tido atas duit.
Nak kata pandai hukum-hakam agama, jelas dan nyata tawaduk ko kurang. Cakap pasal agama memang ko lah masternya, berdegar-degar segala sunah, petikan surah segala.

Tak kisah la kalau ko nak berdakwah.
Benda tu baik, boleh dijadikan panduan pada orang lain dan juga at the same time mengingatkan diri sendiri.
Masalahnya skang, ko cakap mengalahkan mufti, teori bagus, perlaksanaan ZERO.

Well, siapa aku untuk mengatakan akidah seseorang tu betul atau tak, kan?
Tapi aku rasa tak salah untuk aku mengingatkan kau supaya kau sedar diri and sedar ruang.
Tatkala ko sibuk publish cerita pasal agama, kutuk orang sana, kutuk orang sini seolah-olah macam ko wali, orang lain sibuk pecahkan tembelang kau yang "he will look for me everytime he's horny".

Macam lanchauuuuu.

Tapi cukup la kalau aku bagitau (kalau kau sedar la entry ni untuk kau) yang setiap kali ko bercanang tentang agama, kau digelakkan. It's just like sebelah tangan ko pegang tasbih, sebelah lagi ko meramas tetek girlfren kau.

Please.
Sebab aku penah baik dengan kau dulu, aku tak sampai hati nak biarkan orang terus-terusan gelakkan kau. Walaupun sekarang ni aku sekali join gelak. Aku dah takde cara lain nak nasihatkan kau sebab kau jenis yang tak makan nasihat. Dah kena kat batang hidung sendiri pun kau still nak tuding jari kat orang lain. Aku dah penat nak ingatkan kau jangan wat ni, jangan wat tu. Kau pun dah tua bangka, so LU PIKIRRRRR LA SENDIRIK.

posted by aveo757 @ 12:06 PM  
Newer›  ‹Older
Sakit tak boleh kencing
April 10, 2008

Malam semalam around 10 sumthing, tetiba je aku rasa macam nak pitam, mata dah blur, kepala dah weng, pastu pinggang sakit gila. Tak tentu rasa sakit kat mana, ingatkan sakit perut, sapu la minyak gamat segala, tak jalan gak. Siap makan ubat diarrhea tapi ciritnya tak. Tak tau nak point sakit tu kat mana. Maka berjaga la aku sepanjang malam asik kuar masuk toilet. So, aku suspect (sendiri diagnose) aku ada UTI, urinary tract infection. Sebab masa keje ngan Prudential dulu aku selalu dapat case untuk luluskan policy for people yang ada medical history of UTI, so from the simptom-simptom tu aku rasa macam kena UTI je ni.

Dr suruh ambik sample urine.
Aku tak boleh kencing laa, sakit okkkk.
Dia paksa aku kencing gak.

"Kalau sikit je takpe?"
"Tak boleh. Sebab nak dip strip tu kat lam urine container."

Ala aku tau la. Saje je nak tanya soalan bodoh. Tak payah la ko buat muka strict tu. Aku simbah kencing aku kang.
So, aku minum air banyak-banyak dengan harapan boleh mengencing sebanyak yang mungkin. Gila sakitttttttttttt nak kuarkan kencing tu. Macam nak tertanggal pepek.

Dr kata, sah, aku kena UTI.
Bla bla bla bla bla...malas nak cerita. Apehal la nak citer pasal najis mutawasitah kat blog? Bukannya benda yang seronok cerita pasal sakit ni.

Tetiba rasa nak terkencing lagi.
Permisi.

posted by aveo757 @ 1:23 PM  
Newer›  ‹Older
Sakit hati
April 08, 2008

Tadi belek magazine. Nampak satu dress adelah sangatttttttt cantik. Nak beli kena tanya En Wan dulu. Dah la Sabtu lepas baru beli kasut, 2 minggu sudah aku dah balun a few baju. Takpe, kita try tanya dulu. Lalu aku meng-sms En Wan ...

Aku : Abang, Di nak beli dress?

En Wan : Nanti abang belikan Jaya Jusco.

Boleh tak kalau aku taknak masak sampai minggu depan tanda protes???


posted by aveo757 @ 3:31 PM  
Newer›  ‹Older
En Wan masuk spital - Part III
April 04, 2008

Busy okkk.
Tak sempat nak update blog, blog korang pun aku pilih-pilih je nak baca.
Huahauahuah, statement paling keji.

En Wan buat major operation Rabu lepas, menyaksikan hidung dia kembung cam Shrek.Kulit je mantain putih. Siap la pulak ada tube terkuar dari lubang hidung, dah macam sesungut aku tengok. Additional sensor gitu.

Tatkala suamiku kena operate kat Sunway Medical Centre, aku boleh la pulak buat keje kat Hospital Ampang. Abis, kata mak dia datang, sila la jaga anakanda mu itu. Ngan mak bapak aku sekali berumahtangga kat spital.

Lepas sedar dia terus call aku kata hidung dia dah takde. Macam nak keras aku dengar, dah la dalam keta on the way back from Hospital Ampang. Lawak sangat la tu? Kot ye nak berjenaka pun biar yang kelakar sikit ye.
Aku tampa kang.



Jangan terpedaya ngan mata yang kuyu. Ni bukan high sebab drugs, ni memang dia tengah stim. Wakakaka. Kiddin'.

Pastu Selasa lepas aku gi berpoya-poya ngan satu blogger yang amat disegani dan dikagumi (hak tuihhhhhhhhhh!!). Celebrate birthday dia. Tapi malas nak cerita lelebih sebab laki orang, so tak perlu memberi liputan meluas. Takde saper nak ambik tau.


Bagi menjaga hak ekslusif yang ada pada diri kau, aku snap tang kaki je.


posted by aveo757 @ 9:46 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: aveo757
Home:
About Me: Yes, I am Diana Ishak.
Yes, you are right, I am also known as Green Apple.


See my complete profile
TRAFFIC
POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST (dropdown menu)
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER