walk on wings, tread in air: Pengalaman mengajar aku....(di-tagged oleh Nahar gila sengal) <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Pengalaman mengajar aku....(di-tagged oleh Nahar gila sengal)
2008-09-24
1. happy go lucky jangan berduka nestapa

Masalah come and go cuma kena tau the best approach to overcome the masalah. Jangan mentransferkan masalah ko kat aku sudah. Jawabnya ko memang nak carik masalah.
Kalau nak nangis sebab tension dengan masalah boleh, sekali dua nangis aku halalkan lagi. Kalau dah hari-hari nangis pastu jaja masalah kat orang tapi ko dok situ lagi tak buat apa-apa jawabnya aku buat entry khas untuk ko lam blog. See if ko still ada airmata nak sambung nangis pastu.


2. duit harus sentiasa ada

Ni kalau takde bakal mengundang global catastrophic. Duit bukan segalanya adelah betul. Tapi dunia millenium macam skarang, money can buy solution. Tengah-tengah busy bershopping sekali perut ko buat hal. Lari-lari masuk toilet tapi takde duit nak bayar. Apa ko ingat akak tu nak lepaskan ko masuk semata-mata muka ko macam John Schneider?? Tak dapat okkkk. Terkemut-kemut la ko kat depan akak tu.

Masalah tak?

Masalah juga pada kakak tu nanti kalau daya kemutan ko menjadi semakin lemah.


3. memaki pada yang memerlukan

Kalau dah tau ko pendek, tidak muscular dan tiada black belt kaler biru jangan ngengada nak carik pasal bertumbuk dengan orang. Gunakan senjata mulut. Ingat peribahasa Hang Tuah 'Lidah itu lagi tajam dari mata pisau'. Kalau rasa lidah ko lagi power memaki orang sehingga membuatkan dia terbaring lesu tidak bermaya (oh, aktiviti apekah ini??), silakan. Tapi kalau masih level beginner takat 'apelah awak ni, bodoh tau' sambil gelak-gelak manja nak marah macam taknak marah maka ko bakal membawa pulang berbakul-bakul hamper berisi carutan tahap raksaksa gogorn.

Well, aku memang pencarut yang tegar dalam blog. Kat luar tak sangat kot, betul tak Cheq?


4. buat baik perpada-pada, buat jahat banyak kali pun boleh jugak

Ni satu stupidity aku yang tak terkawal.
Aku ni payah sikit nak kata orang tu jahat selagi tak kena kat diri sendiri dalam 4-5 kali.

Contohnya :

(i) tungau
dah kena belasah kaw-kaw pun still aku sayang dia lagi. Dia bagi bubur-maggi-perasa-abalon-kangkang kat aku kot. Dulu dia rajin buatkan bubur and hantar kat aku. Maybe sebab kangkangan dia yang buatkan dia sentiasa nampak baik serba-serbi sampai kawan nasihat pun aku tolak tepi.

Meh melintas depan aku skang kalau berani, tengok siapa pastu yang balik rumah jalan mengengkang.

(ii) 'saya hensem dan kaya'
Oh! pleaseeeeeeeeee. Kenapa la ko bagi topik ni Nahar oiiii???
Untuk spesis hensem ni aku kena buat satu blog khas, bukan takat point-point je.
So, abaikan.
Tapi dia ni penyebab aku rasa menyesal nak berkawan baik dengan orang.
Baik aku bela beruk nama Mikel.

(iii) masa kat UNIMAS ada sorang senior pompuan ni suka nau mengendeng kat aku kalau time teater class (aku bekas pelakon. Harap maklum, off the record pliss). Tak kisah la, aku pun baik la ngan dia, takyah cerita la apa benda kebaikkan yang aku buat. Biar Tuhan yang menilai...Wahhhhhh.

Satu hari tu aku nak withdraw duit kat ATM. Dia ikut sebab dia pun nak kuarkan duit. Lepas aku done, dia pulak. Tapi suruh aku cover blakang dia takut orang nampak berapa balance dia ada. Pehal lak orang nak intai duit kau. Sekali duit takde. Selamba tapir dia bagi statement.

Statement tau, bukan question.

'Duit aku takde la. Boleh jugak ye pinjam duit kau seploh ringgit'

Ewahhh.
Ko pulak yang memandai.

Aku yang bodoh lagi hina amat benar merindui moga cahaya lelatu tak membutakan mataku semoga segala puji takku meninggi diri moga segala janji dpt juga ku penuhi ni boleh ikutttt je apa dia kata. Aku pun bagi RM10 dengan harapan takyah bayar balik. Tapi aku tak mention, cuma dah tau sangat. Bak kata En Wan, kalau orang mintak pinjam RM10, takyah pinjamkan. Bagi je terus. Tak pun suruh dia pinjam RM100, tu baru la namanya pinjam.

Bang, pinjam RM10 enam keping?
tetiba je pulak....

Moral : nak buat baik biar berpada-pada. Aku ni bukan buat baik. Buat orang nampak aku lagi bangang ada la.


5. jangan pandang rendah kat orang lain

Ni satu pengajaran yang aku belajar melalui pemerhatian aku yang sebelah power 5.5, lagi sebelah 5.0 ni.

Takyah tengok jauh-jauh. Tengok Pak Aji je cukup.
Pak Aji ni jaman mudanya (kan dah start sleng Jawa aku), bijak tapi miskin. Standard la citer melayu kalau mak bapak miskin anak mesti bijak pandai. Sebab tu Tuhan jadikan makbapak aku miskin. Ngahahahahha. Pangggg!! Pelempang sedas.

Sebab miskin sangat maka dia menoreh. Dah form 4 camtu pakcik dia bela. Pakcik dia cikgu. Tapi sebab pakcik dia anak berderet seploh, bila Pak Aji dapat tawaran masuk U, dia tak bagitau pakcik dia. Dia apply maktab perguruan. Hari dia mendaftar, makcik dia jumpa surat tawaran dia sorok kat almari. Lambat dah, dia dah mendaftar pun.

Tapi maybe dah tersurat, masa dia mendaftar tu kerani yang key in nama dia adelah Mak Aji. Jodoh.

Time blaja dia jadik jaga parking keta sambilan. Ada ek keje sambilan cam ni.
Aku takleh bayangkan camne rupa bapak aku jaga parking? Dia nak masukkan keta sendiri kat porch pun go head go stan seploh kali. Kalau nak terkencing, dah terbarai lam keta tu jugak.

Sesaper mak atau bapak yang dulu skolah kat Tun Fatimah JB or Sekolah Sains Selangor, sila tanya kenal tak Ishak bin Naim? Orang kampung panggil Sahak. Standard la panggilan jawa.

Macam cerita cerekerama malam raya je budak benti skolah jadik penoreh akhirnya jadik cikgu pastu ********** (letak je la apa ko nak letak). Bila balik Bangi, nampak frame Pak Aji terima pingat, aku rasa pepatah 'everyone has an equal chance to get to the top' tu betul. Cam skang, makcik yang tengah vacuum karpet blakang aku ni entah-entah anak dia sok arkitek yang buatkan banglo 4 tingkat aku. (berangan Diana...berangan)

Korang jangan pandang rendah kat aku okkkkk.
Tetiba esok aku ganti Pak Lah baru kecut telor sorang-sorangggggg.

..tak pun aku ganti Jeanne.

Oh tidakkkkkkkkkk.


6. Blaja pandai-pandai bukan jaminan ko dapat keje best

Pada sesaper yang rasa down sebab pointer tak sampai target tu takyah la menangis sampai nak terjun bangunan.
Lom tentu ko dapat 4 flat sok ko dapat keje bagus.
And belum tentu keje bagus yang ko dapat tu ko mampu buat dengan cemerlang.
Belum tentu kecermerlangan dalam bekerja tu dibayar dengan bayaran setimpal and position yang gempak.

Cuma, bila result ko best, peluang tu lebih sket dari orang lain. Tapi bukan bermakna orang lain takde peluang.

Dunia skang dunia cable okkk.

Usaha + tawakal + doa je la.
Tu dia, nasihat dari pengacara baru Ar-Rayyan di Astro Oasis.


7. Takyah try very hard nak bagi orang kagum ngan kau

Buatkan aku teringat kat satu makhluk yang berjaya buatkan aku beristighfar panjang semata-mata nak elakkan dari terbunuh dia. Cakap memang 1st class je, tak main la 2nd class ni. Keturunan yang kaya-raya. Pakai yang branded-branded. Blaja bijak, hampirrrr pegi ke overseas tapi rejek sebab lagi suka study kat Malaysia, ramai lelaki yang kehampaan tak dapat bercouple dengan wanita sehebatnya, rumah tahap mansion tapi semua cakap jeeeeeeeeeee. BUKTI ADA?????

Apa yang ko ada, dia dah lamaaaaaaaaa ada.
Apa yang ko beli, dia dah lamaaaaa beli, dah nak buang pun.

Apa yang aku nak carut ni, ko dah penah dengar ke blom????


8. Sabar

Maybe sebab aku anak sulung, so dah biasa mengalah and sabar dengan buruk kelaku adik-adik gue. Bapak aku pesan kalau tengah marah, basuh muka, or ambik wudu' pastu buat solat sunat. Aku basuh muka, tido.

Bangun tido aku dah ok.

Itu lebih baik dari aku solat sunat yang sepatutnya 2 rakaat, aku bantai sampai tujuh rakaat. Tak khusyuk punya pasal.

Eh, pernah terjadik okkk.
Aku ikut cakap bapak aku buat solat sunat.
Hasilnya, tahiyat akhir aku baca Al-Fatihah.


Dah la..tu je kot yang aku sempat belajar.
Nak buat keje ni.

















posted by aveo757 @ 10:28 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER