walk on wings, tread in air: Once upon a time...En Wan and his X <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Once upon a time...En Wan and his X
2008-07-23





Oh, nak update ye?
Meh sini aku bukak cerita.

Nampak tu gambar apa?
Maaflah kalau orang yang berkenaan terjumpa blog aku. Takde, aku takde apa nak cerita pasal kau pun, bukan aku kenal.

Ahad lepas kat Tganu, aku ni gatal tangan nak kemas-kemas bawah katil dia (katil kitorang kat Tganu). Dah takde keje nak buat cuti lama sangat. Kemas punya kemas, jumpa menatang atas tu.

Tiba-tiba je guruh berdentum.
Kilat sabung-menyabung.
Dan letusan gunung berapi berlaku!!

GEBANGGGGGGGG!!!
GEBUNGGGGGG!!!!
TERBUSH!! TERBUSH!!
TERBABOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!


Nak sangat geledah kannnnnnnnnnnnnnnnn.
Melepek kejap aku kat lantai.

Akhirnya jumpa jugak aku ngan gamba ex gerfreng En Wan masa kursus bahasa Jepun kat UTM Semarak dulu.

Masa aku jumpa kad matrik dorang yang diklip bersama-sama (ewahh jiwangnyaaaa laki aku), sentap jugak. Bukan jeles tapi sentap sebab jumpa gamba budak ni. So aku bawak turun letak kat peha En Wan and aku naik bilik.

En Wan kejar aku.
Maka lagu hindustan pun bergema....

Wohoooooooo!!!!!!
Muahahahahahahhahaha. Sebenarnya tak jeles pun, tapi seronok kan tengok laki kita kejar-kejar kita?

Beria-ia En Wan pujuk aku.
And yes, aku menangis. Bukan sebab jeles tapi sebab En Wan gelabah memujuk.
Dia sayang aku ke?
Eh, buat-buat tanya pulak.
Lempang diri sendiri laju-laju kang.

Budak ni nama dia Katy Perry (bukan nama sebenar).
Cantik kan?
Mestila...En Wan pilih yang cun-cun je.

Pangggggg!!!!

Lagi sekali lempang diri sendiri.

Dia ni asalnya sesama nak ke Jepun ngan En Wan tapi dia under UM, En Wan under UTM.
Jumpa masa sesama pi gathering pesta jepun kat stadium shah alam kot. Aku pun ingat-ingat lupa cerita dia. Takde keje aku nak ingat, bukan ada kelibat aku pun dalam kisah dorang ni.

En Wan cakap awek dia ni tak lepas final exam so dia takleh gi Jepun sama-sama, last-last dia apply Asasi Sains. Maka pergila jejaka hitam dalam gambar tersebut ke Jepun.

Hitam kan En Wan?
Eh, bukan hitam, MELEKIT. Banyak main bola. Selenga je muka. Kalau lalu sebelah aku pun aku tak pandang.

Hahahahah.
Statement yang sangat angkuh.

Aku malas nak tanya lelebih ngan En Wan, tapi se-tau aku, laki aku ni merana jugak la kat Jepun, long distance relationship katakan. Actually masa aku kenal En Wan, dia baru je lepas recover dari putus chenta. Dia memang ada cerita kat aku pasal ex-gf dia ni. Tapi masa tu aku pun baru lepas putus chenta, so malas la aku nak layan perasaan orang, perasaan aku sendiri huru-hara.

Masa aku chat ngan En Wan, at the same time aku kenal ngan sorang kawan En Wan yg sama-sama blaja bahasa kat UTM Semarak and sama2 fly ke Japan ngan dia, kira close la. So masa kawan dia dapat tau now dia rapat ngan sorang chatter yakni aku, sanggup dia pi search sorang-sorang tanya sapekah aku ini.

Rupanya kawan dia ni nak inteview aku.
Memang masak la aku kena ngan budak ni.
Dia tanya apa aku nak dari En Wan??

Aku nak telor dia, boleh?

Bodoh gila punya soklan. Dah tentula aku nak menggatal, bodohhhhh.

Lama-lama lepas tu baru budak ni bagitau yang En Wan penah down and menangis hampir setiap hari for 8 months lepas awek dia tinggalkan dia pi kat laki lain. Kawan-kawan rapat dia 'jaga' dia so that dia tak terus down. Baik kan kawan-kawan dia?...dan juga hensem-hensem belaka.

Bla bla bla bla..bohsannn...bla bla bla bla...

Akhirnyaaaaaaa...En Wan dapat tau yang kawan baik dia yang sama-sama study kat Japan yang take over 'tempat' dia. And this same guy jugak yang call aku kat UNIMAS sound aku :

Z : Ko kat mana ni? Apsal laki angkat HP ko?

Aku : Kat rumah F (tungau), prektis teater.

Z : Apesal ko ada kat rumah dia pulak?

Aku : Bukan aku sorang la, ada lagi budak pompuan lain. Dah kitorang satu group.

Z : Ko jangan main-mainkan Wan ye, aku warning kau.


Warning aku gila-gila.
Tapi dia yang ambik awek En Wan dalam diam.

Tapi bersangka baikkkkkkkkkkkk.
Dah memang jodoh dia agaknya kan.

Kawan En Wan yang chat dengan aku tu ada bagitau yang dari dulu lagi pompuan ni sebenarnya suka kat budak Z tu (hubby dia now), tapi En Wan tak tau. Or maybe buat-buat tak tau???

Yang bestnya dorang kawen sama bulan, selang 2 minggu je ngan aku and En Wan.
Budak Z ni siap datang area rumah aku nak jumpa En Wan untuk hantar kad. Masa ni kitorang baru nikah so jumpa dia somewhere kat Bangi tapi En Wan tak kasik aku kuar dari kereta. Dia nak man to man talk ngan Z. En Wan kata ex-gf dia ada dalam kereta Z, tapi tunduk je. Aku pun taknak la tanya lebih-lebih, aku pun dah kawen, dia pun dah nak kawen masa tu kan.

Sampai sekarang budak Z ni jauhkan diri je ngan En Wan, padahal dulu macam isi ngan kuku. Tapi dorang berdua ni kadang-kadang ada call each other tanya khabar, tapi masing-masing tak pernah nak kata 'jom jumpa'. So dorang just call tanya khabar anak bini.

TANYA KHABAR BINI DIA??????

Tapi tu la, kata orang, benda yang main ngan hati and perasaan ni susah sket. Adik-beradik pun bleh putus sedara apatah lagi kawan.
Sometimes En Wan tanya aku 'Abang heran ngan Z, pesal dia taknak join gathering'

Entah, aku taknak komen.
Maybe dia segan ngan En Wan?
Sebab dulu dia yang 'menyabarkan' En Wan, last-last dia yang kawen ngan Katy Perry ni.
Jodoh bang, jodohhhhh. Jangan menyesal pulak, kang aku lari kang.

If ex-gf En Wan terbaca entry ni (kalau la...), setau aku dia ni cikgu somewhere in Melaka kot, please contact me. Jom datang rumah aku. Kesian kat laki-laki kita, how I wish dorang rapat balik macam dulu.

posted by aveo757 @ 5:10 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER