walk on wings, tread in air: 05/2007 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Aku demam la
May 31, 2007

Liat aku nak masuk opis setelah bercuti 2 hari.
Secara tak lansung maka terjawablah segala spekulasi mengapa blog ini tak berhapdet.
Takde gi memana pun, just bertafakur dan bermunajat kat umah memikirkan mana la si cilaka tu merempat.

Tapi macam yang aku kata that day, things getting better, much much better dari yang aku expect from bibik gila tu. Dua hari aku cuti ni aku wat experiment. Lepas Subuh aku terus basuh baju, masak air, kemas umah. Kol 9am, bawah dah kemas siap mop, pastu aku sidai baju. By the time aku habis sidai baju, Redza pun bangun, mandikan dia, bfast ngan dia pastu aku bukak VCD Tom & Jerry. Kasik dia layan VCD, aku pun kemas atas pulak. Kol 11am dah siap kemas, aku ajak Redza turun, pasang VCD Mr Bean pulak kat bawah. Dia layan VCD, aku masak kat dapur. Kol 12 lebih kitorang makan. Pastu aku lipat baju sambil layan Redza sampai dia tetido. Masa dia tido, aku gosok baju. Lepas tu aku layan RD sampai tetido. Kol 5pm bangun kuarkan barang-barang mentah nak masak malam kang, mandi kan Redza, kol 6pm laki aku balik. Lepak-lepak ngan dia baca paper, siram pokok, bla bla bla, masak. Lepas Maghrib makan. Dah. Tak susah pun.

Aku boleh buat. Aku rasa semua pompan yang berkerja pun still boleh handle house hold chores, apa lagi kalau sehrai suntuk kat umah kan? Tapi si bibik ni kalau aku balik umah, aku kesat kaki kat lantai je aku dah rasa berpasir. Maknanya betulla apa jiran aku cakap. Bibik aku kol 10am je dah melepak belakang umah jiran berkampung ngan maid-maid. Asal aku tanya je buat apa kat umah, manjang je kata mop umah, basuh baju, sapu umah. Aku sapu kepala ko nak?? Padahal mengangkang je depan TV. Pastu membuta. Sorry la, kitorang dah decide taknak ambik bibik dah kecuali Bibik Yani aku.



::Ni bibik Yani with Redza::

Aku dah survey-survey day care centre. So far dah jumpa la. Maybe next week hantar Redza pi sana. Lagi ok daripada dia memerap kat umah dengar ajaran sesat bibik bodo. Apa bibik tu cakap pun anak aku cam paham tak paham je. Aku beli picture dictionary untuk Redza BM-English. Dah terang-terang kat situ dia tulis Lipas = Cockroach. Ko tak reti sebut yang omputih nya takpelah, ko sebut la yang melayunya. Kemainnnn lagi aku dengar dia 'membetulkan' ayat Redza 'Ini namanya kecowok'. Sampai kat gambar cendawan anak aku sebut 'mushroom'. Ohhhhh, salah niiiiiiii. 'Ini namanya jamur'.

Paler hangguk dia. Dia ingat aku nak masukkan anak aku sekolah Indon?

Tak sabar nak balik umah petang ni nak sok sek sok sek ngan mak metua aku. Sian mak metua aku kena datang sini jaga cucu. Cucu taraf panglima pulak tu.

Kan aku ada cerita yang aku suspect si Sri tu hasut bibik-bibik ni lari kan? Aku rasa memang ya dia punya keje. Salina bagitau aku hari Ahad lepas dia pi datang umah Salina, tanya 'Ibu perlukan pembantu? Saya ada orang mau kerja dengan ibu'. Pelik tak? Aku heran seorang bibik boleh merayap keluar pi umah orang lain hari Ahad. Okla, kalau ye pun majikan ko takde kat umah, apesal ko kuang ajar sangat boleh pi jumpa orang tu orang ni offer pekerja? Biadap sangat aku rasa. Salina tu tak kenal pun Sri, I mean tak penah bertegur sapa, tapi penah tengok muka. Alih-alih ko selambalanddddd je pi ketuk umah orang pi offer maid. Tak ke pelik tu?
Padan muka pastu kena halau ngan Salina. Hambikkkkkkkkk!

Salina tanya 'Dia ada jumpa u tak?'. Aku cakap takde pulak datang sini padahal umah aku lagi dekat ngan umah dia bandingkan ngan umah Salina tu. Boleh pulak ko menapak jauh-jauh tapi taknak singgah umah aku? Taknak tanya ke aku nak maid ke taknak?? Tanya la hoihhhhhh.

Aku rasa Sri ni ngeri dengan aku. Ataupun dia kata aku tak makan saman punya worang. Sebab aku penah pekik kat taman panggil bibik aku yang sengal ni. Macamana aku tak tepekik, anak aku yang dua tahun setengah tu pi panjat gelongsor dia tak tengok, dia elok je dia pi berkampung ngan suku sakat dia siap guna handphone lagi. Terbahak-bahak ketawa macam pompuan sundal. Siapa yang nak pi taman ni? Anak aku ke kau? Agaknya sebab tu maid-maid ni percaya yang aku tak bagi dia makan sebab diorang penah nampak aku terpekik kat taman macam singa lapar. Mampos la. Siapa suruh buat perangai.

So, today back to work. Demam belum kebah tapi keje melambak.
Maka sekarang aku harus buat keje sebab after lunch aku kena pi Nilai. Pastu terus balik rumah, meronggeng di dapur.


posted by green apple @ 9:02 AM  
Newer›  ‹Older
Ooo...ko baca-bacakan aku ye??
May 28, 2007

Semalam, masa aku tengah masak for lunch, aku try la bukak-bukak balik laci lemari bilik bibik ni. Tau aku jumpa apa???

Aku jumpa 2 benda, satu is no tepon HP yang aku dial-dial tak dapat tu. So memang sah nombor tu ada kaitan dengan kes ni. Yang kedua laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi cilaka!!

Aku jumpa jampi serapah dia baca untuk aku and laki aku rupanya. The moment aku baca jampi tu, bulu roma aku meremang. Now aku tau kenapa dia kata kat bilik dia tetiba je kipas mati sendiri. Pintu dah berkunci terbukak sendiri. Lepas tu asal maghrib je autogate aku terbukak sendiri. Ko yang memanggil benda tu pastu ko sendiri takut??

Jampi dia cam ni lebih kurang :

Mundah di atas mundih di atas lebah,
bla...bla..bla..bla..
Umat Muhammad lagikan tunduk padaku,
Apa lagi umat sebarang rupa,
bla..bla..bla..


PUKIMAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!
Ko yang puja, pastu ko yang menggelupur. Patutla aku heran apesal dia ni penakut sangat?

Masa aku dapat jampi tu, baru aku teringat satu hari tu aku solat tak tutup pintu bilik. Selama ni dia tak penah nampak aku bersolat. Dia tanya aku 'Eh! Kakak sembayang ke?' Habis ko ingat aku tak sembayang ke? Patutla ko jampi-jampi aku laki bini tak lut kan?

Pastu dia penah mintak Quran dari aku. Mesti dia ingat aku ada satu je Quran kat umah. So perasan dia kalau dia ambik Quran tu, aku takde pendinding la????

Silap besar la beb. Takde la nak kata aku hebat. Tapi masa aku kat Maahad dulu, ada la jugak benda yang aku blaja. So, takyah la ko susah payah nak menjampi aku. Ko tu nama je sembayang, tapi percaya benda-benda tahyul macam ni. Penat je la ko tonggang tonggek sembayang.

Aku tak penah jumpa la bibik macam ni. Muka macam muka welfare tapi hati busuk cam loji kat Pantai Baru. Muka dah tak lawa, miskin pulak tu, bodoh tak yah cakap la, perangai tu biarla senonoh baru orang respect. Ini dah tau diri tu takde apa yang nak dioffer, buat perangai musibat. Camana laki dia boleh ada hati nak kawen ngan dia ek? Atau adekah perangai diorang memang macam ni?

Memang boleh gila kalau pikir pasal bibik ni. So kitorang dah sama-sama janji taknak pikir dah, sebab apa-apa pun kitorang yang menang, duit ko aku dapat, walau ko dapat passport tapi passport tu ada nama majikan. Kalau polis mintak passport kat ko and tengok alamat majikan kat Putra Heights tapi ko kat Lorong Haji Taib, merasala ko naik black maria. Kalau ko balik lepas cukup setahun pun still ko takkan lepas imegresen sebab kat database imegresen dah tertulis ko lari dari rumah. Ko takkan dapat balik Indon dah melainkan ko berenang selat Melaka tu.

Kitorang nak hilang stress pasal bibik ni, maka terpaksa la shopping. Aku memula nak beli 2 kasut tapi dapat satu je, yang lain macam tak cun di kaki. Tak pasti kasut tu yang bermasalah atau kaki yang memang tak cun sejak azali. Pastu nak cari new suit untuk speech next week macam malas la pulak. Since speech tu Khamis-Jumaat, Khamis je la aku pakai black suit aku, Jumaat tu pakai baju kurung je la.

Tapi laki nak mereleasekan tension memang takkan tercapai akalmu.
Semalam, dia ajak aku pi ronda-ronda 2 shopping mall. Tau dia beli apa?
Nih...



So malam smalam kitorang pasang TV ni. Tapi tak tau mana nak letak, sebab tv yang ada skang ni pun memang gedabak jugak tapi letak kat living room. Takde space nak letak kat atas, lagipun takkan nak letak dua tv kat atas kan? So dia menggunakan alasan, lepas ni dah takde bibik, kesian aku masak sensorang kat dapur malam-malam. So dia beli TV ni so that dia boleh lepak bawah tengok berita sambil temankan aku. Ye ke?????

Takpela, bukan duit aku pun.
Alasan diterima.

Tapi mana nak letakkkkkk??????
Kalau nak hook kat wall pun mesti ada space yang sesuai.
Maka disini la tugas seorang isteri untuk mencucuk dia beli lagi satu cabinet berserta second decoder. Hari ni dia cuti. Aku akan menghasut dia jap lagi.

posted by green apple @ 8:53 AM  
Newer›  ‹Older
Bibik lagi
May 27, 2007

Aku ingatkan cerita bibik aku lari tu habis semalam. Rupanya tengahari semalam sedang aku bersenang-lenang mengadap laptop, door bell aku berbunyi. Ada satu jiran aku nama Salina yang dok dekat-dekat sini tanya 'Diana, maid you hilang ye?'

Aku ingatkan dia prihatin kat aku. Sekali dia cakap 'Maid I pun, semalam. Maid Uji pun, semalam jugak'.

Terusssssssss aku suruh dorang laki bini semua masuk. Membuak-buak pulak darah aku.

Kes Salina
Dia sedar bibik dia hilang pagi before gi keje. Dia suspect bibik dia hilang tengah malam.
Tapi dia dah suspect bibik dia macam nak buat hal, sebab banyak barang-barang kat rumah yang dia hari-hari guna macam tangga nak lap sliding door, bibik dia dah simpan. Lepas tu kalau dia susun baju dalam bilik majikan, dah tak sekemas dulu. Then dia selalu perhatikan mana majikan letak kunci almari. Kes nak songlap passport la ni. Bibik dia dah keje 6 bulan, takde handphone. Tapi passport bibik tak dapat ambik.

Kes Uji
Dia ni lagi kesian, bibik baru datang sebulan lebih. Pun sedar bibik hilang masa dia nak pi keje. So maknanya bibik dia hilang tengah malam jugak. Ini lagi blur. Takde hujung pangkal tau-tau hilang sebab baru je keje sebulan lebih. Tapi ada handphone.

Kes Diana Lopez a.k.a green apple
Bibik hilang pagi lepas aku dah pi keje. Tinggalkan anak aku sensorang. Tapi aku pasti dia tinggalkan anak aku waktu anak aku sedar. Sebab jawapan anak aku sampai skang still konsisten. 'Bibik mana?'. Dia jawab 'Bibik balik kampung'. Maknanya anak aku nampak dia keluar bawak beg. And dia tinggalkan anak aku kat rumah sorang-sorang sampai anak aku tertido sendiri depan tv. Cilaka pantat!!

Salina ngan Uji ni aggresif sket dari aku rupanya. Semalam dia dah pi round dari satu rumah ke satu rumah majikan yang ada bibik tanyakan pasal bibik dorang yang hilang. Jawapan maid-maid ni 'Saya tak tau'. Aku dah agak dah. Ingat dorang nak bagitau ke? Dorang ni ada yang perangai cam cilaka sket, seronok tengok kalau kita-kita ni stress. Tahapa yang seronok sangat ntah. So Salina ni kata dia pi tanya satu maid ni which dia dapat tau yang the day before bibik dia hilang, one of the jiran nampak bibik Salina dok tekan bell dari satu rumah ke satu rumah. Aku tanya pesal lak? Salina cakap maybe bibik dia ni nak carik rumah salah sorang maid yang dia sendiri tak pasti kawan dia ni duduk rumah mana satu, tu pasal dia dok tekan bell semua rumah. Macam ada sumthing dia nak bagitau. And Salina kata masa dia tanya maid ni, maid ni macam sombong gila. Berlagak sangat, seolah-olah macam dia tau tapi dia taknak masuk campur. Tapi pehal ko sombong sangat? Maybe bibik Salina ni pi mengadu ke'sengsaraan' dia keje ngan Salina, tu yang maid sombong tu macam bengang la.

It so happened yang maid sombong ni bekerja ngan majikan yang ada kantin. Aku dah suspect lain dah. Aku cam terasa majikan dia ni pi suruh maid dia offer kengkawan dia keje kat kantin. Kalau ikut lojik la, maid diorang ni hilang tengah malam, takkan la diorang pi bawak beg berbondong-bondong lari dari kawasan rumah and dare to lalu depan pak guard? So, maknanya, diorang ni mesti tumpang tido kat satu rumah area kawasan ni jugak that nite. Rumah siapa aku tak pasti. Itu telahan pertama.

Telahan kedua, mungkin jugak bibik Salina ni nak pi confirmkan kat maid sombong ni yang dia nak lari malam tu, so sumone dah janji akan fetch dorang kat mana-mana. Maknanya maid sombong ni terlibat dalam sindiket ni. (Ada macam style Yusof Haslam tak aku bercerita? Ada styleeeeeeee lahhh). Lojik?

Telahan ketiga, bibik Uji baru sampai Mesia sebulan lebih. Lojik tak dia ada duit nak beli handphone sedangkan kita tau yang gaji dorang cuma akan dapat pada bulan keompek. Aku rasa macam bibik Uji ni penah masuk Mesia dulu, and ejen dia mungkin terlibat. Terlibat dari segi gunakan bibik Uji ni untuk carik maid-maid kat sini and bawak lari keje tempat lain. Lojik?

Semalam aku trace ada satu nombor masuk kat phone rumah aku. Sampai skang kitorang dok call, masuk voice mail. Kalau telahan aku pasal bibik Uji ni salah, ada kemungkinan, dia memang ada handphone yang aku tak tau mana asal usulnya, and dia yang tepon umah aku suruh bibik aku lari pagi tu. And reason kenapa aku call nombor tu tak dapat-dapat, mungkin dorang skang ni stranded kat mana-mana and dia tak dapat nak charge hp dia. (ini anggapan kalau diorang tak keje kat kantin tu). Lojik?

Lagi satu telahan pulak, kitorang memang tau ada sorang bibik kat depan ni nama Sri yang ligat sket ke sana ke mari. Dia ada buat job carik pekerja untuk orang yang nak pakai orang gaji. Aku macam nak pi je tanya maid ni. Sebab bibik Yani aku ada cakap si Sri ni memang jahat sikit. Tapi kita pun walau maid tu baik ngan kita, takkan semua benda kita nak percaya kan? So aku malas nak ambik pot sangat. Tapi si Salina ni dah suspect memang si Sri ni terlibat.

Pasal bibik aku pulak, mungkin dia bagitau kesengsaraan dia keje ngan aku kat kawan-kawan dia. And mungkin ada sorang cilaka yang pi cucuk dia carik keje tempat lain or lari. Tapi aku tau bibik aku ni penakut. Dia takkan lari kalau takde orang lari sama. Macam Jumaat lepas, before aku gi keje dia tanya aku balik makan tak? Laki aku balik makan tak? Aku cakap aku tak balik, mungkin laki aku balik. So, dia kata tengahari nanti dia masak nasik goreng je la. Ok la sukati ko aku cakap.

So, masa aku kemas-kemas rumah Jumaat malam tu baru aku realized yang nasik dalam periuk penuh, maknanya dia memang plan nak masak nasik goreng tengahari. Pastu baju dalam washing machine belum bersidai, maknanya pagi tu dia basuh baju. Pastu kat guest room, baju laki aku terbentang atas iron board, maknanya dia tengah gosok baju masa ada orang call dia ajak lari. So dia tak sempat nak habiskan gosok baju tu. Surah Yassin dia and some of baju dia ada lagi kat bilik. Beg memang hilang la. Beg aku pulak tu. So, kalau ikut lojik la, sumone yang dah rancang nak blah, mesti pagi tu dia dah tak buat apa-apa dah, takde nak basuh baju, takde nak masak nasik, siap nak gosok baju bagai. And kalau dia dah plan nak brambos, mesti surah Yassin dia, baju-baju dia dah kemas siap-siap. Lojik?

Persoalannya, siapakah pukimak alam maya yang sudah hasut diorang 3 orang ni lari? And kemana dorang lari sebab laki aku dah call imegresen Pulau Ketam memang nama bibik aku takde terlist antara orang yang kuar dari situ on Jumaat and Sabtu. Kat mana dorang bawak bibik-bibik ni? Keje ngan majikan lain kah? Keje buruh kasar kah? Jadik pelacur kah?

Bibik aku ni penakut auzubillah okkkkk. Malam Khamis tu, aku ngan laki aku gi mamak, dia dah tido. And suddenly ada barang jatuh, dia pi call aku suruh aku balik cepat. So, aku tak percaya dia berani nak kuar dari kawasan ni sorang-sorang kalau takde geng. Dalam rumah sendiri siang-siang buta pun boleh berselubung dalam selimut, ini nak merayap kat luar sorang-sorang?

Mungkin dorang penah sok sek sok sek kat taman mengadu bengang ngan majikan masing-masing. Tapi the idea nak lari tu takkan datang dari bibik aku. Dia ni mengikutttttttt je. And kalau pun dia nak lari aku pasti bukan semalam, sebab takde dalam perancangan. Macam seolah-olah, ada orang call and ada kereta jemput dia. Sebab cuma bibik aku je yang hilang waktu siang, berani dia nak melintas depan guard bawak beg jalan sorang-sorang?

Tapi yang paling buatkan aku sikitttttt je lagi nak bertukar jadik incredible hulk was bila si Uji bagitau, bibik dia cerita yang aku tak bagi bibik aku makan.

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!
Bangsat. Babi. Anak gampanggggg!

Aku cakap, kalau aku tak bagi dia makan, dia tak sempat keje sampai 6 bulan, bulan kedua je dah mampos mati kebulur. Ko bagi la idea lain kalau ye pun nak mengumpat pasal aku. Buat malu aku je orang ingat aku tak bagi bibik aku makan. Padahal, roti sebuku dia sorang je boleh makan sampai 10 keping, kalau aku beli sekaya Ahad ni, belum sampai Ahad depan sekaya tu dah hilang dari fridge, pagi kol 6 dah makan nasik, kang aku buat sandwich untuk breakfast dia yang dulu-dulu pi asing sangdwich tu untuk bahagian dia. Mentekedarah macam bela hantu. Kalau aku pi beli barang dapur tu siap bagi list belikan biskut la apa bagai. Kalau aku pi mamak ke pasar malam ke, pandai pulak memesan makanan. Aku rasa maksud dia aku tak bagi dia makan tu is aku belum bagi dia makan PENAMPAR!

Dorang ni main ikut je kata orang lari, carik keje tempat lain, tempat lain offer lagi tinggi. Dia ingat, orang kaya-kaya ni nak ambik ke pekerja sebarang-sebarang? Takde proper documentation? Orang-orang sengkek je yang main belasah ambik sebarang-sebarang orang. Ko tu dah la tak tau buat keje, berangan nak keje ngan orang lain. Elok-elok dapat gaji ok, mampus ko tak dapat gaji lansung.

Jangan melintas depan rumah aku. Kalau aku nampak kelibat dia kat mana-mana siap! Tak tersadai kat spital, sah terapung kat loji najis. Cantekkkkk muka. Aku tak bagi makan konon. Semua baju-baju aku bagi dia kata dah makin tak muat. Lagi nak berangan kurus. Memang cilaka ekkk dorang ni. Tak seharusnya aku bagi dia makan nasik. Elok aku bagi dia makan ubat gegat je.

posted by green apple @ 11:53 AM  
Newer›  ‹Older
A blessing in disguise?
May 26, 2007

Pada suatu hari, seorang majikan telah pergi kerja seperti biasa. Tetapi dia tidak menyedari bahawa dia tertinggal barang yang sangat penting kepada pembangunan ekonomi negara. Lalu, dia bercadang untuk mengambil barang itu di rumah pada waktu makan tengahari nanti. Pada tengahari tersebut, sebelum pulang ke rumahku syurgaku, dia telah berhenti makan di mamak bersama suaminya yang gantengggg. Selepas tembolok masing-masing sudah penuh, maka bergeraklah mereka ini pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, majikan-majikan ini melihat bahawasanya pintu pagar mereka terbukak. Berkatalah majikan wanita ini di dalam hati 'Apa la bangangnya bibik aku ni tak reti-reti guna remote. Tau bukak tak tau tutup'.

Masuk saje dalam rumah, majikan wanita ini terus mencarik bibiknya di living room sebab dia terdengar 'suara' tv kat atas berbunyi .

Astaghaaaaaaaaaaaaa!!!!

Bibik aku dah larik rupanya.

Tanpa terkujat mahupun terkesima, aku dan laki aku pun call ejen dia cakap bibik dah lari.

Tu je??

Ye, tu je.

Lepas tu laki aku pun call bibik kakak dia kat Puchong, mintak babysitkan Redza kejap sampai petang.

Sekian, cerita saya.


*******************************************************************


Sikit aku tak terperanjat.

Sebab aku memang takde barang kemas simpan kat rumah, al maklum aku memang rimas pakai segala tok nenek emas ni. Apa yang aku ada, hanyalah apa yang melekat kat badan aku, cincin and rantai.

Tapi passport dia dapat.
Tabung anak aku pun dia pi songlap RM40 hengget.

Mampos ko la. Ko yang nak balik sangat. Aku tanya hari tu nak keje lagi ke tak, kalau taknak, aku hantar balik. Tak nak pulakkkkkkkkkkk.

Yang bodohnya, keje sini 6 bulan, tapi duit kat tangan cuma ada RM50 hengget, yang lain semua kat aku. Tima kasihla atas kebodohan ko yang akhirnya menjadikan aku kaya sekejap.

Patutla 2-3 hari ni dia asikla mintak duit gaji dia kat aku. Pehal lak aku nak bagi kat ko? Ejen dia memang dah kata jangan bagi duit kat tangan, masukkan dalam bank. Kalau ejen dia tak pesan camtu, aku pun takdelah bodoh sangat nak bagi buta-buta RM400 tu kat tangan ko. Nak buat apa simpan kat ko? Bukan boleh beranak duit tu kalau ko kepam celah kangkang ko pun. Sebab tu aku tak terkilan sangat dia lari sebab duit aku tak bagi kat dia. Maka baliklah dikau ke kampung halaman dengan duit 90 hengget tu yang aku pasti buat beli tiket je. Kan aku dah kata, orang lain balik bawak duit, bawak hadiah untuk klorga, dia balik bawak tetek je.

Mak aku risau pasal kitorang, takut kitorang takleh handle situation.

Apa lak takleh handle?
Selama ni Redza tido ngan aku, so malam-malam aku yang bangun buat susu.
Masak pun aku yang buat. Dia jadik ma'am.
Kemas bilik pun aku yang buat. Kalau dia kemas pun aku jugakkkkk yang kena kemas balik.
Dia tu sabit nak jaga Redza waktu siang yang aku pasti sebenarnya bukan dia jaga, sebab dia bantai tido sepanjang hari.

So, ada perubahan apa-apa?

Ye, ada.

Sekurang-kurangnya aku tak payah terpekik hari-hari kat rumah, dan mata aku pun tak sakit balik-balik tengok kelibat dia kat umah ni.

Tapi semalam memang on the way back to ofis aku melalak tak hengat lam keta, sampai opis pun aku menangis lagi. Sebab bukan aku stress, tapi sebab aku kenangkan anak aku. Kalaulah sample DNA tu tak tertinggal, aku takkan balik umah tengahari. Apa jadik kat anak aku sepanjang hari kat rumah? Masa aku balik tu pun aku tengok anak aku tido depan tv dengan tv terbukak, susu anak aku dah basi. Maknanya dia brambus pagi lepas kitorang pi keje. Patut la semalam dia tanya aku balik tengahari ke tak. Apa kes aku nak balik? Pernah ke aku balik makan selama ni? Tapi aku tak pikir la dia nak lari. Dah kalau ko nak lari sangat, sila la, tak payah aku susah payah hantar ko kat jeti. Duit nak bayar denda imegresen RM300 tu pun aku dengan senang hatinya kuarkan duit gaji ko.

Ko ingat aku keciwa ko hilang?
Aku pun tak bercadang nak simpan ko sampai 2 tahun.

Rugi ke aku?

Kalau pikir-pikir balik, macam rugi la, sebab aku bayar duit riban-riban nak bawak dia masuk. Tapi dia pun tinggalkan riban-riban kat aku. So, we lose some, we win some la kan?


Si ejen dia tak abis-abis tanya aku camne nak buat, mak bibik tu dah jatuh sakit kenangkan anak dia lari. Ntak hidup ntah mati.

Aku simpan anak ko dalam rumah, kasik dok diam-diam, dia gatal pantat nak kuar dari rumah. So salah aku ke? Salah anak ko la. Bodoh tak bertempat.

Ejen ni suruh aku tanya one of the maid kat area sini yang nama 'Sri', sebab dia kata that day masa dia datang sini, bibik aku ada bagitau kat dia yang Sri ni boleh tolong dia nak dapatkan majikan lain. Elok la tu, Sri tu tolong ko brambus dari sini dapatkan majikan lain, tapi Sri tu still ada lagi kat sini. Bangang kan? Kalau nak lari pun lari la sama-sama, ini orang tu kekal keje sini, balik Indon bawak duit, ko balik bawak panties 4 helai.

Tu la payah orang kalau bodoh. Dia ingat dia pandai. Konon nak carik majikan yang boleh bayar gaji lebih la, yang tak cerewet macam aku. Dia tak tau yang problematiknya dia! Kalau dah masak pun tak reti, ko ingat majikan kat mana-mana pun tak memekik kat ko?

Tak kosser aku nak pi tanya kat si Sri mana pi maid aku. Dorang ni pun bukan leh percaya sangat. Payah nak dapat bibik macam bibik Yani aku dulu. Superb gila. Senin ni nak carikkan Redza nursery, dia pun lately ni asik la bising nak pi skolah, nak pi skolah. Meh aku sumbat ko kat skolah, ko nangis jaga!

Pagi ni bermula rutin aku sebagai surirumah sepenuh masa. At the moment aku tengah type ni, baju yang aku basuh pagi tadi dah nak kering agaknya, nasik dah masak, anak aku dah siap tido, rumah dah kemas, tinggal nak masak lauk jap lagi sambil tunggu laki aku balik.

Ingatkan ambik bibik nak meringanklan beban, menaikkan darah aku lagi ada.

Oklah, a new day has come....hihii.

Hmm, pasal kejer ada gak story, tapi later la, aku dah sengkak perut bila ingat pasal keje.

posted by green apple @ 12:42 PM  
Newer›  ‹Older
YES or NO?
May 24, 2007

Tima kasih la kat ko an3l al0n3 sebab prihatin kat aku, tanya samada aku suka ke tak role baru tu. Sebenarnya aku suka sangat-sangat, memang bidang ni dah blend dengan aku. Tapi cenggini ekkk, biar aku berterus terang je la kenapakah hari-hari kelmarin kurasakan amat cilaka sekali...

Structure kompeni aku skang, paling atas is CEO, of course. Kang kalau aku letak nama aku atas sekali harus meroyan musuh-musuh aku. So, bawah CEO ada 3 orang Vice President (VP) yang sah-sah BOD.

(i) VP1 (background Biotech, Manchester. Inilah bos aku skang. Starting June dia tukar jawatan lain, sedih okkkkkkkk)
(ii) VP2 (background Pharmaceutical, USA. Ini bakal bos baru aku)
(iii) VP3 (background Biotech, Manchester)

Basically VPs ni tak buat apa la kot, sebab dia tukang kira profit masing-masing hujung tahun, so abaikan.

Bawah VP-VP yang lain aku taknak cerita sebab bukan bidang aku, jadik harus aku bolayan. Bawah VP2 ada 4 HEAD. Salah seorang HEAD ni la yang bakal kasik aku HEADache selagi hayat dikandung kompeni.

4 HEAD ni dibahagikan kepada,

HEAD 1 (biotech, UKM) :
Equipment bussiness

HEAD 2 (tolong jangan tanya aku apekah certificate dia. Misteri) :
Consumables bussiness

HEAD 3 (biotech, UM) :
Keyaccount bussiness

HEAD 4 (biology, UKM):
Dealer bussiness

Bawah HEAD-HEAD ni ada 2 Managers, one of them aku. Yang sorang tu takyah tau la sebab dia tak hensem (apekah kaitannya?).

So, dia still kekalkan ko as manager, mengapakah dikau tetap mengamuk?

Tungguuuuuuu...baca dulu.

Ok, backbone of this company is Life Science. TAPI, VP aku orang clinical. HEAD aku tu lansung takde kene-mengena ngan Science, ntah macamana dia boleh duduk kat kerusi HEAD ni. Muskil. Most probably sebab dia senior and kengkonon berjasa pada nusa, agama dan negara. Atau mungkin CEO aku saje gatal letak dia kat position tu.

Once upon a time.........life science punya team memang strong. Semua yang handle life science market memang asal-asalnya budak biotech.

Bila kompeni gila ni buat grouping exercise, CEO sudah dismantle the whole group, so under Life Science dia pi letak aku as Manager, budak-budak aku semua budak baru yang TAKDE kaitan dengan biotech. Ok now look, VP aku orang clinical, HEAD aku takde kena-mengena lansung, aku satu-satunya budak Life Science, budak bawah aku yang berbondong-bondong tu semuanya memang budak science tapi tempias biotech pun takde. Tapi suruh handle Life Science. Pastu kasik target bermillion-million suruh aku achieve.

Aku : This team is not strong at all. I need sumone from Life Science to help me out.
CEO : No need, we want to see how you mould them. I want to see how you develop the unit.

Taik.

Aku : How can you expect me to run this whole team when you know none of them are from Biotech line? Not even my HEAD (nama kekal rahsia sebab keji sangat nama dia). Should there be any difficulties with regards to Life Science arise in future, who am I going to refer to?
CEO : You can always ask the other VPs and you can also ask HEAD 3 to assist you. (pastu sengih)

Taik la ngongggg.
Ko dah letak aku under VP2, under HEAD2 ni, pastu kalau ada masalah aku pi rujuk VP lain? Pi rujuk HEAD lain? Tak ke aku overrule bos namanya? KONON jadik bos Life Science, tapi haram jadah tak tau apekah menatangnya life science tu. Aku macam keje sorang-sorang. Skang boleh la ko cakap aku bleh tanya VP ni la, VP tu la, boleh mintak HEAD 3 tolong (seresss punya terer life science dia ni).

Pundekkkkk.

Skang diorang belum nampak lagi apa task masing-masing boleh la ko kata diorang boleh tolong aku. Sok-sok keje dah bersusun-susun, aku baru bagi salamelekom, dia dah pekik 'You kan ada bos, you tanya la bos u. I ada banyak keje nak buat ni'.

'Kau ingat aku hingin sangat nak tanya ko? Sebab bos aku amat bangang makanya aku carik ko. Kalau bos aku terer, aku tak pandang muka ko pun . Aku bagi bontot je!'

CEO : Tell me, what is bothering you?
Aku : I cannot work under HEAD 2.

CEO : Why? Is it personal or work-related?
Aku : Both

CEO : Explain.
Aku : First, why her? Why did you put me under her? Why not under HEAD 3?

CEO : Why not? (macam cilaka kan? Tapi takpe, aku maafkan dia sebab dia warga emas)

Aku :
First, she knows nothing about Life Science, not even a basic Science.
Second, she got attitude problem.
Third, why must I agree to work under her?
Fourth, you've left me with no option.
Fifth, why did you put SF (one of the main contributor of Life Science) under Equipment Bussiness when you know she is good at Consumables Bussiness?

CEO : (brengset budak gemuk ni, berani soal aku sambil buat muka cilaka kerek ye? Ko tau tak ko tu kuli aku? Aku buang kang)

Aku : (Oo, berani keji aku dalam hati ye. Cakap la terang-terang. Penakut. Bodoh. Orang tua gatal)

CEO : I admit her knowledge about Life Science is not as good as you, but I have a good picture on her. I know your capability, I put trust on you, I know you can build a better unit.

Ntah hapa-hapa punya jawapan, yang aku tanya si HEAD tu, yang ko susah -payah kaji aku pehal?

CEO : About attitude, alaaa, everyone got attitude problem, even KM (bos aku skang) also ada attitude problem. You have to be profesional Diana, work is work, personal is personal.

Aku : But, does she knows how to work profesionally? I know everyone have attitude problem, but her attitude problem is recognized by everyone here. I've once work under her, I know how she treat her people. Did you realize that our problem is who to put under her? The problem boils down to one thing - none of us agree to work with her. If you can switch her with HEAD 3, we could spare our headache for sumthing else.

CEO : No, positions remain unchanged.

Ohhh, pandai. Suruh aku be profesional. Apa ko tak tau ke aku memang pro????? PROgol! Aku rogol bini ko kang! Semua orang taknak keje under dia ko boleh accept, aku taknak keje under dia ko taknak accept. Come on la, if you wanna work professionally, apply to all.

Nak je aku ludah muka dia ni. Maka berlalulah aku dari bilik CEO itu dengan dendam kesumat di hati. Tau tak yang ko tu baru je beli BMW 7 series? Aku cakar keta ko nak? Mati kejung ko kat car park tu kang.

Maknanya skang, bos aku si HEAD2 tu hanya jadik tukang sign dokumen. Jika ada sebarang masalah tentang Life Science sila pandai-pandai settlekan sendiri. Kalau tak reti nak settle sendiri, bolehlah print surat resign yang sedia ada dalam laptop. Sekian.

So, cakap kat aku. Macamana harus aku tak bengang? Budak-budak yang selama ni bawak profit untuk kompeni dia pi campak-campak kat tempat lain ntah haper keje pun aku tak tau. Konon nak bagi budak-budak ni experience benda baru. So, tinggalkan aku kat Life Science sorang bagi aku develop and mould ya KANAK budu ya KANAK sta'in yang baru-baru ni. Kalau saya berjaya menshape all these none biotech people turn to be specialist in biotech maka bolehla mengundang World Book of Records untuk mengambil gambar saya sebagai pencetus miracle. Lepas itu sudilah kiranya membagi saya Nobel Prize pula.

Taik ungkaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Kesian kengkawan aku yang lain yang sama-sama build Life Science market with TEARS okkkkkk. Kena hambat ngan bos, kena maki ngan customer, kena cut salary kalau tak perform, bila nama kompeni dah semakin gah, campakkkk yang power-power kat tempat lain, gantikan ngan orang baru. Lain la kalau we have so many good people, really one is spoilt for choice.

CEO : Nevermind, you try them first. If later you find out they really can't work, I can always get new people for you.

Ye la pakcikkkkk. By the time aku discover dorang tak perform, market pun dah spoilt.

Ada budak Life Science kat sini tapi ko tak nak ambik jadik HEAD aku, pi bubuh yang ntah mana bukit mari. HEAD2 ni aku cakap ko, she can't even manage herself. Datang opis pun lambat. Konon pi jumpa customer. Masuk opis kol 11am, rambut still basah. Apa kesss? Ko mandi kat lab customer ke? Nak suruh diri sendiri bangun pagi pun tak boleh, let alone nak manage orang.

Lepas aku kuar dari bilik CEO, aku pun mengumpat dengan HEAD 3 ni kat YM..

HEAD 3 (5/23/2007 3:10:47 PM): He gave u any choices?

PRO... (5/23/2007 3:11:53 PM): He said I can choose to work under you or HEAD 1 but still he couldn't find anyone to fit the Life Sc Consumabales Bussiness other than me since SF mmg cannot work under HEAD 2.

HEAD 3 (5/23/2007 3:12:11 PM): But to be frank, I dun think and I dunno whether it's a prob to work with VP2, at least I still can talk with her now. (VP2 ni pun ramai yang tak suka, tapi aku ok je)

PRO... (5/23/2007 3:12:12 PM): He simply asked me to not to take things too personal, WHATT??????

HEAD 3 (5/23/2007 3:12:29 PM): So wats ur decision now?

PRO... (5/23/2007 3:13:16 PM): Do I have other options here? No rite? So....accept la, but I haven't gave him my word. I put on hold, I asked him to give me some time to sit and think.

HEAD 3 (5/23/2007 3:13:29 PM): Ya loh...

PRO... (5/23/2007 3:13:35 PM): It's a matter of millions figure okkkkk, it's not easy for me.

HEAD 3 (5/23/2007 3:13:52 PM): I think the impact is not so great on my side, for me, it's just a matter of superior shifting from VP3 to VP2. It's not easy, I tell u...3-4M is the target we are bearing now. So far we achieve target monthly but now he dismantled the whole team. You need to start all over again.

PRO... (5/23/2007 3:15:35 PM): That's why!! But he insist me to handle the team. I told him I need at least one core person in my team. He refused, he asked me to work with what I have now, later if these people cannot work, he can take new sales....make sense???? Why must you create headache? We have specialist here but you junk them into not so important team. You are working in life science, and you should know it needs highly technical people. It's not that I look down at the new people, but I need a senior within the team. We are dealing with life sciences, suddenly you remove all the core people, what's in his head la?????

HEAD 3 (5/23/2007 3:21:16 PM): Diana, you have no choice now, just like me...

So, paham kan ape masalah aku skang?
Ok, hari ni aku bad mood, so semua kena ikut cakap aku. Apa aku cakap semua kena sokong okkkkkk.

Tima kasih kerana menyokong saya.
Anda semua boleh balik ke tempat keje masing-masing.

posted by green apple @ 10:19 PM  
Newer›  ‹Older
There's a time for everything
May 23, 2007

Aku sebenarnya ada banyakkkkkkkkkkkkkkkk benda yang ditensionkan dan agak ramai jugak orang yang nak dimaki. Tapi sebab aku ada perkara lebih afdal untuk didahulukan maka sila lupakan niat untuk menyumpah orang.

Atas batu jemala aku ni ada banyak sangat benda yang nak ditanggung. Sampai aku tak tau apa nak buat, kat mana nak start.

Akhirnya hari ni, setelah kuar masuk bilik assistant CEO dan pagi ni CEO telah mengintebiu aku depan 2 Vice Presidents, I've made up my mind, aku akan ambik role tu, Head of Life Science. Tapi I have to admit, I accept the offer with a great apprehension. Maybe sebab I will be taking the role that has been developed by assitant CEO aku, and she's been doing this for 10 years and suddenly nama aku yang naik untuk handle menatang ni. It's not the matter of handling orang bawahan yang ramai, but we are talking about millionss$$$$$$ yang jadik backbone of the company. Kalau la aku takleh perform, konfem kena lari bogel keliling opis.

Apesal aku ha????
Korang saje nak pedajal aku kan?
Saje nak tengok aku boleh buat ke tak.
Kalau aku tak boleh buat camne?
Korang nak pakat gelak?
Nak pakat rogol?
Nak pakat buang aku?

Tapi kalau aku dapat buat???
Apekata aku rogol korang pulak?
Pastu aku panggil pak guard depan tu join sekali rogol secara bergilir-gilir.
Pastu aku bunuh. Pastu bakar.
Pastu aku sorang je tinggal, dan aku istiharkan aku CEO baru.
HUAHUAHAUHAUAHAUAHUAH.

Sampai skang aku blur lagi.......apekahhhhhh???
Bagaimanakah??????
Apakejadahkahhhhhhhh???

KZ tanya aku lahir bulan berapa?
Aku jawab 8.

'LEO?'

Ha'ah, why?

'LEO is strong, I tau u kuat, and u boleh buat, coz Lion rules'.

Tu je??
Sila percaya pada astrology?
Sila percaya pada Singa itu Raja Binatang?

Aku tak puas hati. Tadi aku buat 'are you a natural born leader test'.

There's a time for everything, you're an organised leader!
Your strong organisational skills make you an excellent candidate for success as a leader. Your talent for keeping everything in the right place means that you can concentrate on more important tasks. And once you've organised your workplace, your overall productivity increases by leaps and bounds. Keeping things in the right place means you can move more quickly, making you more efficient and productive at work. So no matter what kind of career you're pursuing, the ability to keep yourself (and your work space) organised lets you spend your time on what's really important - working. You've got a solid combination of positive leadership traits - from organisational skills to communication ability. These talents make you a great resource in the workplace, someone people can look to for guidance and direction. Your leadership skills are quite strong, so don't be afraid to put yourself forward when problems need solving!

Ye ke?
Nak bagi aku perasan la tu.
Tak pun nak bodek aku.
Blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

posted by green apple @ 8:44 PM  
Newer›  ‹Older
Panas tak umah korang? Bil letrik aku RM200 bulan ni, manjang je bukak aircond
May 21, 2007

Malasnya nak update blog. Sebab takde benda aku nak maki untuk beberapa hari lepas..:D
Blog ni hanya untuk memaki je rasanya, sebab kat luar amat mustahil untuk aku memaki, kalau ada pun sebab orang tu amatla cilaka sampai tak mampu aku bendung nilai-nilai ketimuran yang ada dalam diri ini.

Cuma, Jumaat malam lepas, assistant CEO aku called. Dia tanya pendapat aku tentang grouping exercise yang kompeni aku tengah buat skang ni. Dia nak tau apa yang AKU TAK SUKA.

So, nak sangat aku cakap yang betul, aku cakap la yang aku TAK BOLEH KEJER BAWAH ******** (immediate supervisor aku yang baru). To my surprise, asst CEO aku ni cakap 'Ok, that is what I wanna hear'.

La, tu je? Aku ada banyak lagi nak tambah ni. Taknak tanya kenapa aku tak boleh keje under dia?

'Ok, tell me why.'

Dia ni dah la tak sepatah haram jargon pun dia tak tau, tapi jangan harap la ko nak dengar dia kata I TAK TAU. Mati idop balik pun dia takkan mengaku dia tak tau. Kalau dia dah tak tau sangat-sangat bendaalah tu, dia akan pass keje tu kat orang bawah dia. Kalau pass awal-awal takpela jugak, dah last minit, petang kang nak kena submit kat customer baru dia terhegeh-hegeh bagi. Time bagi task tu pulak, buat la muka cilaka tension, macam ko sorang je la banyak keje.

Buat customer macam orang bawahan. Konon nak tunjuk lagak bijak pandai sangat depan customer, apa customer kata kalau boleh dia nak bangkang semua, semua salah. Ko sorang je betul. Sebab ko betul segala segi la makanya menjunam-junam ko turun pangkat. Pun tak sedar-sedarrrrrrrrr.

Boleh pulak last week before balik, dia pi jumpa aku tanya siapa customer aku kat government line. Apa kes???

Aku cakapla agency A ni area aku, agency B tu area aku, bla bla bla.
Dia kata 'Eh! Mana bolehhhh, agency B tu area i'

Paler lutut ko!
Agency B tu area ko before kompeni ni buat restructuring, after restructuring SEMUA government agencies under aku. Paham ke tak bahalollllllllllllllllllllllll??

Ko yang kata hari tu nak pecahkan Life Science untuk Universities kepada empat bahagian : molecular, tissue culture, microbiology and analytical. Ko yang gatal puki pi pecah-pecahkan area, pastu skang ko taknak jaga Life Science, ko nak jaga government?? CEO dah bagi mandat aku yang jaga government, ko kepoh pehal?

Apesal ko nak jaga government line?
Sebab ko rasa ko bleh makan diorang?
Jangan underestimate orang kerajaan la. Tak semua orang yang keje kerajaan tu tak terror kat lab. Mungkin tak seteror Professor kat Uni, tapi at least diorang tau basic apa benda yang diorang buat. Ko ingat kalau ko jaga government line dengan harapan senang ko nak kencing diorang? Tak dapekkkkkkkkkkkkkkk. Setakat En Malek tu boleh la ko kencing. Meh aku bawak ko jumpa Dr Yeo ke, Dr Nilam ke, Dr Subha. Baru ko tau apekah itu KENCING. Diorang boleh kencing siap berak kan ko kat situ.

Aku ingat aku sorang je menyampah ngan pompuan ni. Rupanya yang takde kena-mengena lansung dengan dia pun tak suka pompuan ni. Budak lab aku bagitau budak-budak chinese yang kuar lunch ngan dia tanya 'Boleh ke Diana keje under ********?'.

Aku pun tak paham apesal big bos aku letak dia as Head of Consumables Team? Kalau nak ikutkan memang tak layak lansung, sampai asst CEO aku pun kata 'I takut ramai yang benti kalau dia lead the team'.

Try la buat, aku yang pertama sekali letak surat kang. (letak surat lagiiiiiii...)

Tapi, before letak tepon, asst CEO bagitau the directors ada buat pembaharuan, tengah tunggu appoval CEO, which the new structure akan buatkan semua orang happy. Pompuan tu akan diletakkan kat tempat lain. Jaga jamban kot.

Cuma aku bagitau asst CEO aku, kepada siapa aku nak report lepas ni aku tak kisah asalkan jangan pompuan ni. I tell you, pompuan ni GILA!

Lagi satu pompuan gila aku nak cerita is BIBIK aku.

Aku nak kuar beli barang-barang dapur. So, before kuar tu laki aku bagi dia RM50. Kitorang cakap ni duit gaji dia bulan ni, pastu bagitau dia duit dia skang ada RM750, kat bank. Kitorang dah bank in. So, RM50 ni pegang, kot-kot nak beli anything masa ikut kitorang pi jenjalan nanti, boleh guna duit tu.

Aku tak bawak dia semalam. Masa kat Giant, dia call cakap boleh tak semua duit tu dia nak pegang.

Apesal?

Dia kata biar dia pegang, kalau-kalau dia nak beli apa-apa takyah mintak kat aku.

Ko nak habiskan duit tu kat mana kalau aku tak bawak ko keluar berjalan?

'Macam ni la kak, boleh tak setiap duit gaji saya kakak masuk kat bank ejen saya?'

Nak buat apa bagi kat ejen kamu setiap bulan?

'Nanti kalau mak saya nak duit, boleh la ejen saya bagi terus'

Meh sini aku nak bagitau ko.
Gaji ko tu RM400 je. Kalau ko masukkan RM300 dalam bank ejen, bank kat sini deduct RM20. Bank sana deduct lagi. Forex lagi. Ntah nilai tu naik ke, turun ke. Silap-silap mak ko dapat RM200 je. (walaupun aku tau dia takkan paham apa aku explain ni, lantakla, janji aku dah cakap).

Dah sah-sah ejen ko masuk Mesia 2 bulan sekali, time dia datang tu aku bagi la kat tangan dia. Yang setiap bulan ko nak hantar duit kat laki ko buat apa? Laki ko bukannya tak keje. Sok, orang lain balik bawak buah tangan, ngko usung buah dada je pegi balik. Bagi la duit kat laki ko banyak-banyak, dapat roomate baru la ko jawabnya.

'Takde kak, saya pikir mau kasik duit itu sama suami saya, suruh dia beli henpon, nanti senang dia mau telipon saya di sini'

Kamu nak kasik dia telipon, abis uwang dia nak telipon kamu di sini dia nak carik kat mana?

'Apa guna henpon mesti pakei uwang?'

Sila pandangggggggggggggggg je muka dia. Buat muka takde efek.
Sebab aku nak gelak pun, mak aku cakap tak baik gelakkan orang.
Nak aku marah dia ni, aku rasa buang air liur je sebab al maklum IQ dia takat mana.
Habis aku nak wat apa?
Buat bodo.

posted by green apple @ 5:28 PM  
Newer›  ‹Older
I'm so electrically charged up!
May 17, 2007

Pertama
Kepada seorang bekas kawan baik yang dulu sangat baik tapi skang sangat aku geleman nak ingat nama dia (Peej, aku rasa ko tau nama siapa yang aku menyampah nak dengar).
Kepada si Anu ni, aku nak bagitau ko, itupun kalau ko baca blog aku la. Kalau ko tak baca lagi aku suka.

Aku dah cakap dah, kalau aku dah bengang, dah benci, dah tak suka, dah menyampah, sampai bebila pun aku akan menyampah. Dah cukup bagus aku tak maki ko, tak kacau idup ko, tak stalk ko dan tak jugak membambu teman tapi mesra ko yang saiko tu. So, tak payah ko nak call aku, siap nak say sorry.

Apa sori-sori? What the fuck?? Baru skang nak say sorry? Simpan je sorry ko biar berkepam, aku tak hingin. Kalau rasa diri ko bersalah, bagusla. I forgive but I don't forget. Aku dah penat la nak layan perangai ko. Ko kalau dah angau, memang cakap orang lain termasuk kawan baik ko tak pakai dah. Menggelupur sangat nak kawen, silakan. Ko ingat aku kisah?

Toksah berangan nak cerita kemesraan dan kehappeningan kisah chenta ko kat aku. Apa ko sorang je becinta? Aku pun tau becinta gak. So takyah nak story the morning glory kat aku apekah itu chenta. Umur cam aku ni dah tak kosser nak layan kisah cinta ala-ala keberet, banyak lagi bendalah aku nak pikir. Sila brambos.

Ah Beng, lain kali ko jangan tanya aku pasal budak ni. Tak pasal-pasal setengah hari aku hangin.

Kedua

Tadi aku jumpa customer aku. Customer yang best. Lelaki, of course (HAHAHAHA).
Masa aku borak-borak ngan dia tetiba dia tanya 'You got story to tell me or not?'Aku pun cerita la pasal aku tengah melobi satu lecturer ni untuk purchase complete set PCR product. Then dia tanya lagi 'Tell me la, if you have any story to tell'

Hek eleh, apa pulak story yang aku nak cerita ni? Cuak gak.
Pastu dia senyum-senyum 'About the letter...'

Ow-owhhhhhhhh..apekah itu?

'You already tender resignation kan?'

Chait!!!!!
Siapakah gerangannya yang telah mencanangkan tentang hajat hamba untuk benti keje?
Dan apekah musababnya yang ko nak kena pi kecoh kat customer aku?

Aku pun tanya la bertalu-talu mana dia dapat tau. Dia kata 'You will never find oneeeee'

Ok, takpeeeeeeee, Dr. Takpe. I will find out one day.
Lepas tu aku balik.
On the way back tu aku tetiba terpikir, adekah customer aku ni baca blog aku?
Takkan laaaaa.
Tapi ada possibility kan, sebab dari siapa pulak dia dapat tau aku gatal nak benti keje?

DR...U BACA BLOG I KEEE?


KETIGA

Aku decide untuk stay kat kompeni ni.
Hopefully aku akan grow dan terus segar-bugar (memang dah 'segar' sangat dah ni, tunggu kena sound ngan laki aku je). Makin lama aku stay kat sini, keupayaan aku untuk mencarut dan memaki akan menjadi lebih padu sebab aku percaya kecilakabodohan itu akan tetap muncul kat kompeni ni. Mana-mana kompeni pun sama kan.

Cenggini ekk.
Dulu masa aku keje kat Ministry of Science, aku ada apply keje lain sebab aku rasa sengal sangatla keje ngan government. Aku takleh ikut cara diorang. Terlampau protokol tak bertempat. Dan aku juga sangat tak reti nak buat muka takde efek bila kena sound ngan bos. Kalau bos tu cakap benda yang salah, otomatiknya muka aku yang selenga akan bertukar jadik muak kerek.

Aku tak macam ko Zana, ko budak baik, apa bos cakap ko ikut. Aku lak rebel. Kalau aku rasa benda tu tak betul, aku bantai balas balik apa dia cakap. Tak kira la dia bos ke tak, dah benda terang-terang tak betul. So, sebab aku bengang ngan bos aku kat MOSTE tu, aku apply keje lain. Masa tu aku lom kawen lagi. Kebetulan masa laki aku balik cuti winter, aku dapat offer gi intebiu kat Subang Jaya, USJ 7. So, laki aku pun hantar la aku, masa tu mother-in-law (to be) pun ada sekali lam keta.

Biasalakan, dah biasa keje ngan agency yang besar, building gempak, facilities superb (padahal tak pun), so kita tend tu expect lelebih bila apply keje lain. Intebiu kul 2pm. Masa aku sampai depan kompeni yang aku apply ni dah pukul 1.50pm. Kira on time la kan. Tapi aku boleh suruh laki aku patah balik sebab aku tak bekenan ngan building kompeni tu. Cuma double story shop lot. Entrance dia meyakinkan cuma, shop lot? Low klasssssssssssss. Masa tu memang ini la aku pikir. Blom apa-apa aku dah buat assumption, mesti kompeni cikai cap ayam. Eii, taknak.

Kesian, kompeni ni dok la call aku sepanjang hari apsal aku tak sampai-sampai padahal seblom tu aku dah kata ada kat area Subang. Tapi aku tak angkat call. Keji gila.

Selang 2 tahun, entah macamana, laki aku applykan keje kat satu kompeni ni. Untuk pengetahuan sedara-sedari, aku ni QUEEN. Kontrol tak kontrol blakang kira. Tapi tetap QUEEN. Sebab, keje aku pun laki aku yang carikkan. Aku intebiu dia siap hantar sampai depan pintu, siap tunggu aku dalam keta. Betul-betul macam supir.

So, masa kompeni ni call untuk panggil intebiu, laki aku beria-ia suruh pegi. Kebetulan masa tu kitorang dah duduk USJ.

'Post apa ni?'
Sampai post apa pun aku tak ambik tau, tau-tau kena pi intebiu je.

'Sales Exec'

HAAAAAAAAAA???
Apa ni? Nak suruh aku jual barang pulak?

'Kompeni Biotech laaaaa' laki aku cakap.

Ok laaaaaaaa. Aku pun pegi la intebiu.
To my surprise, this is the same kompeni yang aku pegi dulu, yang dah sampai depan pintu, tapi patah balik.

Dan ini jugaklah kompeni yang aku keje skang.
Dari shop lot sampai ke sebijik building 4 tingkat besar gedabak, and insyallah tahun depan we all move ke new building kat area rumah aku yang kalau bawak keta ada la lam seploh minit. Syorgaaaaaaaaa.

Everytime aku bengang ngan kompeni ni, aku dah siap nak blah, mesti ada benda yang buatkan aku terus stay. Just like recently aku kemain lagi nak blah, akhirnya aku tersadai lagi kat sini.

Laki aku cakap maybe memang kat sini rezeki aku.
Hmm, maybe :D

posted by green apple @ 8:47 PM  
Newer›  ‹Older
Pilihlah aku (nyanyi style Jamal Abdillah)
May 16, 2007

Ok tadi 2 jam aku lepak dalam bilik bos.
Memula sok sek sok sek mengumpat si HR sengal tu. Aku ngan bos aku memang kawtim kalau part mengumpat HR tu, abis dah sah semorang tak suka dia.

Lepas tu mula la debat nak stay atau taknak stay.
Cenggini, bos aku kata dia memang dah sah-sah akan menjunam ke management line, so seblom dia turun tingkat 1 ni, dia nak uruskan anak-anak buah dia dulu. Yang buat lab konfem akan ikut dia sebab lab and training tetap dia handle.

Bos aku kata dia dah meeting ngan 2 orang lagi Vice President (hereinafter referred to as 'VP'), cehh macam ayat tender pulak.

So VP-VP ni dok la bebincang pasal new structure ni. Walaupun CEO aku nak suruh aku jaga consumables unit for government accounts, tapi the VPs ni kata aku boleh buat dua-dua samada consumables atau equipment.

Baru tau??? (sambil buat muka kerek)

Then the other VP pulak which is aku nyer assistant CEO nak tarik aku masuk line dia sebab dia nak aku jaga turnkey project (wah wah wah...terkesimanya aku!!). Memula aku ternganga jugak apa kejadahnya nye la turnkey itu sebab setau aku, mana penah kita ada record turnkey project. Ohhhhh, rupanya they are working on satu mega project untuk *****, morejutaria punya deal. So, VP ni nak letak aku kat line ni so that aku akan handle mega project dengan konsortium. Bunyik macam gempak, konfem aku kuar pagi balik pagi besoknya kalau masuk line ni. Tapi macam best kan?

Tapi the other VP nak aku terus kekal kat sales, and dia nak aku buat both consumables and equipment sales. And bos aku nak aku lead consumables team sebab dia kata budak yang lead consumables team tu tak akan boleh bawak punya consumables line (Ann, you know who!!). HAHAHAHAH, aku gelak gila depan bos aku masa dia bagitau aku pasal budak tu. Hek ele..baru nak perasan ke budak tu takleh bawak line Biotech? Tu la, saper suruh naikkan pangkat sesuka hati konon nak jaga hati, sekali dah buat grouping exercise macam ni, aku tolak kau, kau tolak dia, masing-masing tak berani nak bagitau kat budak tu yang dia kena turun tahta. Sukati korang, pandai buat rules, pandai-pandaila settlekan sendiri.

Untuk takanak bagi korang blur, meh aku bagi sket panorama tentang budak yang aku cakapkan ni. Budak ni, takde cert pun dalam bidang sains. Tapi kompeni ni dulu masa baru-baru bukak, terdesak nak carik pekerja, dia main hentam je sesaper pun boleh masuk line biotech janji ko boleh jual. Benda macam ni la buatkan orang pandang rendah profession penjual macam aku ni. Main hetam sajalahhhhhhh (sila guna slang Pendekar Mustar).

So, budak ni keje dia jual je la barang. Apa susah, pi jumpa customer, buat muka konfiden. Bila customer tanya you ada gel electrophoresis set?

Ada.

Balik ofis, bukak pricelist, quote. Pastu send quotation. Kalau ada rezeki, PO masuk.

Bila selang sebulan, customer call, 'Eh, saya nak buat protein gel tau. Saya nak guna IEF ke 2D?'

Sila gabra..pastu hilangkan diri.
Budak ni macam tu la. Dia tau jual je. Bila customer call tanya technical question, maka mari main sorok-sorok dengan saya.

Aku takdela kata aku terror Biotech, tapi at least aku ni lebih tau dari dia. Ingat aku heran sangat ranking-ranking ni. Tak naikkan ranking aku pun takpe, janji naikkan gaji. Ramai lagi yang potensi nak lead the group, tolongggggggggg la para VP sekalian. Pilihla orang yang berpotensi sikit, for the sake of periuk nasik masing-masing. Kalau leader tak tau haper, harapkan seniority je, baik aku propose bapak aku yang dah pencen tu jadik Head of Consumables Team.

Apa-apa pun the VPs akan interview aku dalam minggu ni untuk tengok aku lebih sesuai masuk mana. Aku pun kena la pikir sama nak masuk mana. Tapi bos aku mati-mati suruh aku ikut assistant CEO aku, sebab dia kata dia nampak potensi aku kat situ. Takkan selamanya aku nak join sales?

And another good move is, lab services and training under bos aku kan. So, from time to time, lab kompeni aku ni memang akan buat talk and workshop for public, mostly yang related to molecular work. Like last month, diorang pi satu negara ni bagi speech and training kat pegawai sains pasal DNA. Lojik tak, pegawai sains yang keje dengan government boleh nak kena training pasal benda basic dalam sains, DNA??
Apa yang ko blaja kat skolah banggggg.

Setakat ni cuma ada 4 orang je speaker yang berkaliber kat kompeni aku. So bos aku nak carik muka baru untuk jadik speaker. So, 7-8 June ni bos aku hantar aku buat speech and training pulak kat ***** (nama tempat masih kekal rahsia).

HAAAAAAAAAAAAAA?????

Nak bagi training kat student and lecturers?
55 orang?
Nak pakai apa ni? (ini dulu yang ko pikirkan, takde benda lain shoppinggggg je).

Yang bestnya, bos aku cakap since bagi training di luar bidang kerja aku, so untuk first project aku ni, diorang akan bagi allowance. HAHAHAH..selama yang aku sign cheque ni, tak salah aku, allowance untuk speakers ada la lam RM300 sehari. Kalau 2 hari? Tolong kira duit aku, boleh? Ngahngahngahngah.

Jadi, apa kesudahannya Dr Ismadi dan Sabariah?
(sejak tengok filem Ibu Mertuaku last week, sampai skang aku maintain acting primadona okkkk)

Soalannya sebenar-benarnya, jadi apa kesudahannya citer aku nak benti keje ni?

posted by green apple @ 5:14 PM  
Newer›  ‹Older
Help me!
May 14, 2007

Hari ni aku demam, MC. Heavy flu sampai melecet lubang hidung aku tenyeh tiap-tiap minit. Tengah menaip ni pun kepala aku still berdengung lagi.

So, Sabtu lepas aku abiskan masa depan laptop, menview product range from kompeni baru, and list down what they have to offer and what they don't. Basically, aku rasa diorang are not doing molecular bussiness, diorang lebih kepada analytical. Ok takpe. Aku pun try contact a few core customers and asked them if they have any idea about PCR product from this brand (brand ni aku namakan ABC). Feedbacks yang aku dapat sangat-sangat-sangat hampeh. Out of 10, 2 je yang penah dengar brand ABC ni. Aikk?? Brand sket punya premium, apsal tak penah dengar?

Tak pueh hati lagi ni.
Aku pun call satu customer aku yang dulunya keje as sales rep kat company yang carry brand ABC ni.

Ohhhhh, rupanya memang diorang tak push PCR product brand ABC sebab ada history yang sungguh hitam beberapa tahun lepas. So, diorang cuma boleh excel dalam analytical line sahaja. No wonder this brand jump from one to another distributor. Sah takleh jalan punya. Kalau boleh pun, miracle la kot. Patutla ko offer aku gaji tinggi, lepas tu bolehla aku stress kena maki ngan ko sebab sales tak masuk kan?

Apa la aku nak wat nih???
Ok, tinggalkan dulu masalah itu.

Tadi bos aku hantar email.

----- Original Message -----
From: KM
To: 'green apple' (HAHAHAHAH, macam la org tak tau nama aku kan)
Sent: Monday, May 14, 2007 3:04 PM
Subject: Grouping Exercise

D,

Mr. L will make the announcement to all staff tomorrow morning. I am now drafting the next move for all in our bussiness unit. Just to share this info with you.

FL will follow me to O&T as the lab will be under Tech division.
(FL ni budak lab aku).

ASR, I will propose to her to join in customer service as I think her capability is more towards that.
(kan aku dah kata budak ni sah takkan bleh buat sales punya). Customer service is a new dept but will be very important one day. I haven’t talk to her yet so really don’t know if she will accept it or not.

For you, I've talked to KZ and Chris. Personally I think if you want to stay in sales, but doing sales from a totally different angle all together, Bussiness Development Unit suits you. KZ have a place for you. This is something refreshing after a while you are in Life Science. But if you are comfortable doing sales like what you are doing now, you can join Chris team, this team is bigger as compared to KZ's. Both KZ and Chris will conduct an interview with you to really see which position suits you. But before they do that, I highly suggest u see KZ personally. She can help you.

We want to make sure that the new role can motivate you and you are happy with it. It's a 2 way interview, not one way, don't worry. At first I nak cakap ngan you today but since you tak sihat, takpelah..take a break……when you dah ok sikit we’ll further discuss.

KM
---------------------------


Sedih pulak dengar bos aku beria-ia tahan aku kat sini.
Sayang sangat kat KM. Banyak aku blaja from dia. Kalau aku stay kat sini pun, dia dah bukan bos aku pasni. Dia dah naik pangkat untuk handle management line. It's either aku bawah KZ (assistant CEO of the company) or Christ (dia ni gila bapakkkkk punya tough! Memang a hungry-type punya sales person. Kalau dia kata dia nak, dia akan dapat).

Ingat lagi tak aku ada bagitau yang CEO aku panggil and nak jadikan aku Head of new buss unit kan? Dia suruh aku handle government account kan? So last week, masa top managment meeting, bila dia announced je the top people ni kena jaga line tu, top people tu kena jaga line ni, dalam meeting room tu dah macam pasar lelong. Masing-masing berebut nak ambik budak mana untuk jadik orang bawah dorang. Masa tu aku rasa bertuah pun ada, sebab aku antara top list yang tak payah direbut, tetapi merebut. Syukur sangat. Apa la nasib budak-budak lain dalam kompeni ni. Dengar-dengar ada yang nak kena tendang. Kalau aku ambik offer CEO untuk handle government accounts, maknanya bos baru aku is Christ. Kalau aku ambik offer untuk masuk Buss Dev Unit which lagi mencabar kot sebab aku kena carik new leads and new agency untuk kompeni, aku akan dok bawah KZ.

Aku tak kisah keje bawah sesaper pun, KZ ok, Christ pun ok.
Cuma terharu je kan, 3 directors sanggup nak tolong aku asalkan aku stay.
And tak sangka the other 2 directors sampai willing to conduct interview so that dia tau line apa yang sesuai untuk aku.
Terharunyaaaaaaaa.

Aku taknak cakap apa-apa.
Sebab aku nak berpikir.
To readers, please bagi buah pikiran. Pikiran aku belum masak ranum lagi buahnya.

posted by green apple @ 5:08 PM  
Newer›  ‹Older
Dah mula la aku cuak ni..
May 12, 2007





Bohjan di atas adelah engineer kompeni aku yang cakap Melayunya sangatlah berslang British yang aku susah nak paham. Ini lah yang akan terjadi kepada anak-anak anda apabila lahir di negara orang dan hanya balik ke Mesia bila umur sudah 20 tahun. Sangat menyusahkan aku nak paham apa bijik butir ko sebut. Dah la aku ni pekak. Kejap-kejap 'Sorry, come again?'.
Ini jugalah satu-satunya lelaki yang dare untuk panggil aku Baby tidak kira di mana jua anda berada, walaupun tepi tu ada bos aku. Keberettttt.

Dia ini sungguhlah hensem pada pandangan hadapan, pandangan sisi amat fail sekali. Tapi itu tidak menjadi apa sebab takde kena mengena dengan hidup aku pun. Tetapi sangat available sekali. Boleh hubungi aku jika bekenan.

Gambar di atas disnap pada pukul 10.15am, dikala aku dan dia on the way nak pi SIRIM untuk TnC thermalcycler. Aku dah berjaya park sebijik thermalcycler kat sana okkkkkk. Dan semalam another 42K sudah park kat UNISEL. Hahhahahaha...best. Best.
Ok sambung..

On the way nak pi SIRIM, dia mintak aku singgah kedai jap. Oklah, jejaka hensem punya pasal, aku kabulkan hajat dia. Tau dia beli apa????

Shaver.
Dan slumberland shave dalam keta aku!!
Akil, baik ko sedut balik bulu-bulu ko. Kang laki aku kemas keta aku dia nampak bulu-bulu ni semua, dia ingat aku yang shave bulu dalam keta.
Awak buat apa sales apa Di siap cukur bulu bagai?'
Saper nak jawab?

Yang ko nak shave segala ni pesal? Customer tu jantan okkkkkk.
Adekah jantan juga ko bedal???
Sukati ko.

Tak sangka pulak thermalcycler tu nak dipark kat Lab *************** (nama lab adelah rahsia, kang competitor tau saper customer aku). Sangat mengimbau memori silam bila masuk lab tu. Lapan tahun dulu di situ lah aku buat praktikal yang sepatutnya 2 bulan tapi aku hanya buat sebulan sebab kaki aku patah. Dan sebenarnya praktikal cuma buat pagi je, lepas lunch aku sudah tekun menulis surat kepada boipren di Jepun. Kengkadang siap baring kat korner dinding baca 'Aku Budak Setan'.

Iskkk, terasa cam nak apply keje kat SIRIM je. Tapi nama aku nak dok setempat???? Takde deeeeee. Bosan hari-hari mengadap bakteria. Lagipun, muka aku sangat tak relevant dengan keje lab. Muka tak bijak.

Tadi lunch Tom Yam Kung Secret Recipe. Azie terkujat tengok aku selamba makan pakai tangan walaupun susah-susah waiter tu susun segala chopstick ngan sudu. Apesal tak bleh? Sebab itu Secret Recipe? So what, Secret Recipe tu pun macam kantin sekolah aku je okkk.

Masa lunch aku sms bos aku cakap dia free ke tak, aku nak jumpa dia lepas lunch. Masuk je opis, line clearrrrrr, semua gi makan, bos aku sorang je lam bilik. So aku masuk, duduk. Bos aku pandang muka aku semacam 'Kenapa? Takutla tengok muka you'.

'KM, saya nak resign'

'Haaa????? Kenapaaaaaaaaaa?'
So aku pun kuarkan machine gun aku.
TRRR..TRRR...TRRRRRRRRRRRRRR..TEBABOOOOOOOOO!!

'Can you at least masuk meeting jap lagi? Listen to what CEO nak cakap. I don't want you to go. Honestly, if you want to go, you go to ********** or **********, but not that company.'
Aiseymannnnnn.
Ni yang aku cuak. Apesal company tu takleh?

1. Kompeni tu susah nak sustain sebab dia takde consumables product to support equipment.
hmmm...aku pun terfikir gak apesal takpenah dengar or nampak mana-mana customer guna PCR product brand ni. Equipment ada la. Camne ni?

2. The company is very good at mass spec but not molecular. In fact, their molecular is dying.
maybe betul, maybe tak. Tapi macam betul je, sebab aku memang tak penah dengar orang guna PCR work brand ni. Or maybe the sales team yang tak buat keje kan?

3. The brand that they carry ada bad history. If you go, you are to struggle to convince users.
that's part of our job, to convince customers. So?

Aku dah mula la 50-50 ni.
Bos aku siap bagi aku options.

'I am going to handle management starting next week. (Si cilaka bodoh tu turun pangkat. HAHAHAHAHHAH). Tell, me you nak masuk mana, I arrange. You nak stay doing sales? You nak masuk management line? You nak join project bussness? Tell me'.
'But they are offering me good moneyyyyyy'
Pehhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Berat, berat.

Tapi yang buat aku takleh tido ni is bila terpikir balik ayat bos aku :

'Tell me, sampai bila you nak buat sales? Sampai tua? If you stay here, I guarantee you can grow sebab you are my secondtier. I can easily push you into management line. I tell you, if you go to that company, you will stay forever as sales, chances for you to grow are zero. Read my lips.'
APEKAHHHHHHHHHHHHHHHHH????

posted by green apple @ 1:43 AM  
Newer›  ‹Older
I'm in the payroll!
May 10, 2007

HUAH HUAH HUAHHHHHHHHHHHHHH!!
Aku berjaya! Aku berjaya!

Kompeni tu akhirnya offer aku post tu. Best! Best!
Dah lama aku berangan nak masuk kompeni gempak macam ni. Rezeki, rezeki. Alhamdulillah.

Macam tak percaya bila Manager tu call cakap dia offer aku post tu and kalau boleh nak aku start keje sana 28 May ni. Boleh ke? Aku tak rasa kompeni aku nak lepas aku secepat tu.
Offer besttttttttttttttttt!!..:D

TAPI...

Seperti yang aku jangka.
Dari dulu sampai skang, aku selalu notice, everytime aku dah prepare nak brambos dari kompeni ni, mesti ada benda yang akan membuatkan aku rasa nak stay sini.

Dulu, masa aku tengah kobar-kobar nak tulis surat resign, kompeni aku offer share, untuk jadi one of the BOD. Tapi percentage sangat-sangat ciput la comparekan dengan Directors lain.
Ok, takpe aku stay. Dan bermula la hidup aku kat opis dengan routine sign cheque...

Pastu aku rasa bosan, nak blah. Tengah semangat pi intebiu sana sini, tetiba tahun tu mencanak-canak sales figure aku sampai 3/4 of the companys profit datang dari aku. Sebab aku rasa happy sangat ngan achievement tu, aku decided untuk stay. Aku pikir aku boleh buat lebih lagi tahun depannya.

Masuk tahun depannya pulak, CEO aku buat plan A, B, C, D yang semuanya plan taik. Dia rombak the structure of the units pastu suruh aku jaga accounts yang takde prospek. Konon nak tengok aku boleh develop ke tak tempat tu. Ok, takpe. Ko underestimate kitorang ekkkk. Tuhan tu adil. Lagi sekali niche market aku dapat develop. Yang dulu orang tak pandang, sekarang semua sibuk nak masuk area tu, baru tau area tu lubuk emas. Podahhhhhhh.

Kegampangan management terserlah bila area yang aku develop tu dia pi letak kat bussiness unit yang lain, dia suruh pulak unit aku masuk line aquaculture. Pekejadahnya?? Aku bukan budak marine, aku budak molecular. Aquaculture kat Mesia ni mostly hatchery je, mana ada buat molecular work. Paling hebat pun disease detection. Plan hancusssss.

Pastu kesilapan terbesar adelah apabila ko masukkan segala ipar duai ko dalam kompeni, masuk-masuk je terus jadi front man. Padahal tak penah kekal walau setahun dalam mana-mana kompeni sebelum ni. Job hop sana sini, konon career advancement. Kalau dalam 4 tahun 5-6 kali job hop, nampak sangat tak perform. Entah-entah tak sempat confirm, sempat probation period je. Dan aku rasa ramai blah dari kompeni ni bukan sebab bos macam cilaka, tapi management sucks!!

And again, today.
Kol 12.00noon CEO aku panggil.

Apesal??? Ko tau aku gi intebiu tempat lain ek?

Seperti yang aku jangka, dia offer aku untuk jadi HEAD of new unit, entah apa unit tu aku lupa. And the new unit akan kick start minggu depan. Siap bagi aku list nama staff untuk aku pilih siapa yang akan keje bawah aku. Dia suruh aku jaga account government research seluruh Malaysia.

Bunyik macam best je. Kalau aku jenis terpedaya ngan dakyah dia mesti aku dah agree nak ambik role tu. Tapi sorry la beb, aku dah letihhhhhh. Dalam masa 4 tahun ni berapa banyak changes ko dah buat? Changes are good, that's true. Tapi ko implement satu-satu benda terlampau cepat, ko tak pikir habis sebelum buat satu benda. Hari ni ko decide nak buat benda ni, lagi 2 bulan ko tukar ke benda lain. Ko ingat ini main LEGO? Ko nak buat, ko buat. Agak-agak ko boring dah, ko restructure ikut sedap anak tekak ko.

Ada satu budak kat kompeni aku ni, 3 tahun dulu dia lab personnel, tahun kedua turned to sales. Baru minggu lepas dia letak budak ni kat advertising line. Sudahnya dah 4 hari aku tengok budak ni dok main game. Budak lab masuk advertising?

Tau sebab apa?
Sebab, kalau dia ambik budak degree marketing or design or apa-apa yang related, sah-sah gaji kena bayar tinggi. Kalau ambik budak yang takde kena-mengena ngan advertising, ko cekik la darah dia bagi gaji rendah. Ingat aku tak tau tektik ko? Pastu ko purak-purak la kata ko bagi diorang peluang untuk cuba line yang berbeza. Hampassssssssssss.

Semua benda ko nak buat. Ko nak buat trading, ko nak jadik manufacturer, ko nak jump into IT bussiness, ko nak enter advertising line. No wonder lepas satu-satu agency kena tarik. Ko sendiri tak tau apa fokus ko kat bisnes ni. Kalau setakat nak make money, baik ko jual yong tau foo. Pun boleh kaya la.

So, esok ada top management meeting. Konon-konon semua top-top ni orang yang dipercayai la. Dia tak tau, seorang top dalam tu sudah save resignation letter dalam laptop, tunggu nak print je. Apa-apa pun, aku dah verbally confirm untuk masuk kompeni baru. Aku dah penat struggle nak achieve target but the end of the day, aku tak dapat apa.

Aku dapat penat.
Aku kena sound bila loss deal.
Tapi bila dah lock deal, aku kena maki ngan customer sebab barang lambat sampai.
Apesal barang lambat sampai?
Sebab ko tak settle invois lama, so shipment kena tahan.
Apesal tak settle invoislama?
Ohh, sebab saya baru saja membeli Mercedes and BMW.

Bila barang sampai, delivery pulak lambat.
Sebab apa lambat?
Ohhh, sebab customer aku kecik je, diorang kena settlekan customer yang besar-besar dulu.
Hoih bodoh! Kecik besar tak pakai dalam bisnes okkkk? Si kecik tu beli barang guna DUIT jugak.

Dan aku aku jugakkkkkk yang kena maki bila barang rosak, technical people tak show up.
Bila aku kena maki, maknanya aku sorang yang kena maki. Yang mangkuk ayun penyebab aku kena maki ni semua mampos pi mana aku tak tau.

Udah-udah la, ko toksah la buat keje menipu ni.
Kesian kat budak-budak yang tinggal ni. Dorang ni yo-yo-an je berangan bila lock deal besar-besar, maka cake pun besarrrrrr.
Kepada mat jenin-mat jenin sekalian, keje je la kat situ baik-baik. Anggaplah anda membuat keje kebajikan. Aku dah penat 4 tahun buat charity.

Tapi esok aku tetap akan masuk meeting. Sebab aku nak tengok apa penyudahnya plan Z CEO aku ni.

Doakan la aku success kat tempat baru.

Esok, masuk je opis aku nak mengadap HR dulu, nak usha berapa AL aku tinggal, apa prosedur kalau aku nak brambos dari sini awal, bond aku dah habis ke belum, (kompeni ni jenis bukit sket, tak pasal je kang dia kata aku still bond 2 tahun lagi sebab hantar pi Bangkok last year). Hmphhh, pi Bangkok pun nak bond ke???

Lepas tu baru aku nak susun ayat apa aku nak mukadimah kat bos aku.


posted by green apple @ 10:53 PM  
Newer›  ‹Older
What motivates you?
May 09, 2007

"May I ask you, what keeps you going?"

Tu adelah antara soalan yang interviewer tanya aku tadi.
Opsss, aku lupa nak bagitau, aku dipanggil for second stage interview tadi. Melompat jugak la masa dia call untuk second interview, sebab aku tak rasa dia nak panggil aku setelah aku menjawab soklannya dengan penuh cilaka.

Apa-apa pun achievement terhebat saat ini adelah kemampuan aku untuk menahan kencing dari kol 9pg sampai 2.30ptg!! Kol 9am dah kuar dari rumah nak pi intebiu, and intebiu tu pulak lama gila. Dah la sehari suntuk hujan, sejuk-sejuk macam ni adelah satu pecapaian luar biasa untuk tidak ke toilet okk. Pastu tengah berpeluh-peluh tahan kencing, kat lift tadi ada mamat masuk tapau teh ais, aku tengok teh ais tu je, makin bertolak-tolak air kat pundi kencing aku ni. Takde disiplin punya pundi.

Lari tajuk pulak.

Sampai skang aku terpikir lagi interviewer tu bagitau yang although money alone does not create the sense of fulfillment and accomplishment, tetapi itulah hakikatnya. Money is a prime motivator! Macam dia tau-tau je itu benda tu yang ada lam paler otak aku. Untuk soklan tadi aku jawab :

1. Personal growth
2. Recognition
3. Money
4. Prestige

Walaupun sebenarnya mulut aku gatal nak sebut no. 3 tu dulu, tapi man man la kan, jangan gelojohhh.

Sebenarnya aku malas nak story lelebih pasal interview tadi sebab mana-mana tempat pun, dia akan promote kompeni dia lelebih. Macam kompeni aku skang ni. Cam bagusssssss je. Tapi kehampehan belaka. Masa inteview dulu siap tanya ada international passport tak, for your chance to be sent for overseas training is VERY HIGH. High paler lutut ko. Sekali aku bagi back hand, terus high 3 hari.

Dapat tak dapat keje tu lain cerita, sebab aku pun bukannya desperate sangat, cuma nak tukar angin and tunjuk perasaan sket. Yang penting aku belajar banyak gila dalam interview 2 jam setengah tadi. Dari kol 11am mengadap CEO tu sampai kol 1.40pm. Seb baik perut aku agak behave sket hari ni. Kalau tak, dah lama dia ronggeng Rokiah kat dalam tu. Aku pun masa kena intebiu tadi dok berdoa janganla perut aku bebunyi. Si interviewer ni pun satu, ko taknak makan ke? Aku ni lapar okkkkkk. Hujan pulak tu. Simple maths la beb, hujan = cepat lapar. Hujan + cepat lapar = buruk lantak.

Tapi aku suka formula CEO ni sampaikan staff dia senang-senang buat 3M setahun. Kalau tak dapat kat kompeni ni pun aku tak kisah (ayat hipokrit), sebab formula tu dah ada kat tangan aku. Tetapi, mengapakah dia sesenang bagi formula tu kat orang lain? Adekah itu tanda-tanda awal aku dapat job tu? HAHAHAHAHAHAH PERASANNNNN.

Dah, dah.
Sampai opis kol 2.30pm, terus buat keje, and prepare presentation untuk appointment kol 4pm kat tempat customer. Kat tempat customer tadi lagi satu hinaan dan cacian berganda aku dapat. Actually takde la cacian mana pun, dia berlawak je. Tapi apa yang dia kata tu benda betul sebab memang betul pun.

Cenggini, customer aku nak buat cloning. And he's looking for a kit yang complete ngan competent cells. Kit yang kompeni aku carry ni takde competent cell. Maka, customer itu pun berkata dengan selamba 'I don't think your company offer this, your's are all groceries'.

G.R.O.C.E.R.I.E.S.
Ambik napassssssssssssssssssssssss....BRENGSETTTTTTTTTTTTT!!!!
Aiseymannn, itu dah selamba sangat tu. Boleh tak kalau nak keji tunggu aku balik dulu?
Sebab, kalau ko keji time aku takde, aku tak le bengang. Bila aku tak bengang, maka tidaklah aku mengumpat ko dalam blog ni. Tapi bila aku dah bengang maka aku akan start mengumpat, bila dah mengumpat takkan nak mengumpat saje, haruslah jugak aku maki sekali...BABI!!! Hambik ko.

So, berbekalkan formula yang masih segar diingatan, aku nak wat keje dulu. Tumpang laluuuuu.

posted by green apple @ 7:41 PM  
Newer›  ‹Older
Siapa pedajal aku nih????
May 08, 2007

To those yang masuk site http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=278750&extra=page%3D1&page=2,

Untuk pengetahuan korang, aku pasang blog tracker okkk. So masa aku baca komen satu budak apa ntah nama dia lupa lak aku, dia kata aku gi promo kat site Maya Karin & KJ lak. Pekeheyyyyy???

So aku bukak tracker aku, pagi ni je 100++ masuk blog aku.

So, kepada yang tulis mendalah ni kat forum tu 

 "Originally posted by matahari8011 at 7-5-2007 23:10
promo....http://www.comatosewithbraindamage.blogspot
.com"


apekah tujuannya ko tepek link aku ni kat situ?
apekah aku telah mencarut kat blog ko maka ko sakit hati?
apekah aku telah sodok bontot keta ko dan langgar lari?
apekah aku telah letak nombor HP ko kat adult fren finder?
apekah????

apesal ko pedajal aku beb????????????????
Kepada readers yang masuk sini dari forum Maya Karin & KJ tu, jangan blurkan diri anda bila baca blog aku. Aku takde kena-mengena ngan cite Maya Karin tu hoihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Sila kembali ke meja kejer masing-masing.
Sekian.
posted by green apple @ 10:16 AM  
Newer›  ‹Older
Celebration
May 07, 2007

First of all, aku nak say THANK YOU kat semuaaaaaaaaaaa yang wish aku.
Tidak kurang kepada yang mengeji, tima kasih la jugak. Sila berdoa supaya keturunan anda tak kuat mencarut macam aku ok?

So, Ahad pagi kitorang dah gerak pi Genting. Celebration kali ni, tak le segah mana, sebab :

1. Laki aku takleh hanya boleh cuti Isnin, sebab starting esok sampai Sabtu, big boss from Japan datang, so dia kena jadik orang penting.

2. Kalau nak ikutkan, Jumaat malam dah boleh start bercuti ke tempat-tempat jauh sampai Isnin, tapi laki aku TAKNAK tinggalkan konsert AF dia. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

3. Aku takleh cuti panjang sebab ada big tender nak kena submit Khamis, yang kebarangkalian untuk direject adelah sangat tinggi. (dah sah bukan spec agency lagi mau suruh aku masuk tender, bosannnnnn!)

4. Takut tinggalkan umah lama-lama sebab blakang umah aku baru kena RAMPOK.

5. Aku takleh cuti panjang sebab dijangka aku akan banyak amik cuti tahun ni sebab nak gi intebiu tempat lain (AYAT PENYATA YANG SUNGGUH BERLAGAK SEKALI)

Lagipun dulu masa pegi Genting, Redza baby lagi, tak paham apa pun. So, kali ni dia dah pandai memerintah nak tu nak ini, best sket bawak jenjalan. Seperti dijangkan, outdorr and indoor games saja, dah habis RM250! Tapi sekali ngan makpak budak la. Yang lelebih excitednya laki aku kot. Semua benda dia naik. Aku awal-awal lagi dah buat hal. Dah la nak panjat Genting tu jalan macam kat Bukit Putus. Laki aku pulak siap buat drift la apa la, bengkakkkkkkkk je aku dalam keta. Sampai kat lobby hotel, aku dah nak pitam. Pening!

Before gi sana, kawan aku, bos aku semua bagitau Hotel First World tak best. Ada hantu la. Bilik kecik la. Carpet kotor la. Benda-benda yang keji la semua.

Tak punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Maybe laki aku book bilik besar kot. Ok je, macam bilik Pan Pac KL je aku tengok. Apa-apa pun, masuk je bilik, aku skodeng bilik air dulu. Cari paip toilet ada ke tak.

Ada.
Bagusss.

Letihhhh la pi hotel yang takde paip toilet. Nak cebok ngan apa?
Gelas?
Selet bontot ngan kertas tisu?

Actually banyak benda yang kitorang tak dapat naik sebab tak sesuai untuk Redza. Yang tinggi-tinggi memang konfem takkan naik, yang laju-laju tonggang-terbalik pun aku takkan naik gak, paling hebat pun naik Space ship ngan Jumbo. Itu pun aku dah tepekik. Blom offer naik roller coaster lagi tu.

Malas la nak citer. Layan gambar je la. Setakat Genting, apo lah sangat kan.

SLIDES REMOVED


Tapi itu hanyalah cerita serpihan. Cerita utama adelah apekah yang cik adik dapat untuk hadiah harijadi? (tiru ayat filem Ali Setan).

Takkan jalan-jalan je kan? Dah la takat Genting je. Apekah? Apekah???

Yesserrrrrrr..
Lepas balik dari Genting, laki aku tetiba je ajak gi Sogo. Dia kata ada sale. Dia ni kan, tau aje mana tempat ada sale, aku sendiri tak kosser nak ambik tau. Aku badjet dia mesti nak cari mainan Redza sebab dia dah berjanji ngan anak dia yang umur 2 tahun setengah tu (budak umur macam ni pun dia nak berjanji) nak beli mainan.

Masuk je first floor tu, dia kata 'Mama nak carik beg ke? Gi la tengok, abang nak gi toilet jap'

WHATTTTTTTTTTTTT??

Nak aku tengok-tengok beg? Tau tak aku memang benci tengok tapi tak beli? Tapi takpe, kita tengok-tengok dulu, lepas itu kita buat muka kesian. Nescaya muka kesian itu mampu merabakkan poket suar dia.



Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Beg CR yang baruuuu. Yihaaaaaaaa.
Sebenarnya masa kat Genting lagi aku dah usha kedai CR. Tapi setakat usha je la sebab apa kes aku nak shopping kat atas tu kan. Bukannya kedai CR takde kat bawah. Kat Genting aku bekenan kat beg yang kaler orange stripe pastu ada 4 poket kat tepi and depan, nampak sporty sket. Alih-alih kat Sogo, dia pi tayang new arrival collection, ni pun laki aku yang suggest. Memang taste aku. Thank you, laling.

So, itu untuk aku. Apekah untuk dia?




Memandangkan wallet Renoma yang aku bagi untuk hantaran dulu dah lunyai, begitu jugak belt dia, so aku hadiahkan la dia wallet AD ni. Bagus la laki aku ni, tak membazir macam aku. Dah 6 tahun baru dia ganti barang. Aku nak tahan 6 tahun? 6 bulan je dah sengsara tahan godaan bershopping.

Lupa nak cakap, aku tinggalkan bibik aku kat umah mak aku. Sorry la aku nak bawak dia. Dia tak melepasi piawaian aku so dia kena jaga umah. Nasib tak baik la kan, saper suruh tak superb, kalau bibik aku yang dulu, merata aku angkut. So, lepas balik dari Sogo pi ambik dia kat umah parents aku.


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa. Mak aku surprisekan kitorang ngan cheese cake, untuk wedding anniversarry. Thank you Mak Aji..hihihi.


Dan ini hadiah untuk Redza yang aku pun tak tau sempena apa. Aku rasa bapak dia yang beria-ia nak main ni, sebab sampai je umah, dia terus bukak kotak ni pasang bendalah ni semua.

Dah, aku nak wat keje.


posted by green apple @ 7:15 PM  
Newer›  ‹Older
Semua kena wish aku..CEPATTTTTTTT!!
May 04, 2007

Happy 6th anniversarry to us!!!!

Yesserrrrrr.
Hari ni genap 6 tahun aku kawen. And today is the same day aku nikah, Jumaat. And today aku cuti, tapi laki aku half day off AM je sebab kilang dia harus bankrup kalau dia tak tunjuk muka sehari. Ceh!

Tapi takpe, dah masuk tahun keenam ni, dah tak kisah sangat, celebrate ke tak celebrate. Sebab celebrationnya hari Ahad nanti. Tungguuuuuuuuuuuu.

Sat tadi mak aku called, kasik wish.
Wish je ke Mak Aji?
Dia cakap dia pun lupa hari ni anniversarry aku. Kalau tak, dia dah tempah kek.
Elehhh.. tempah kek pun susah ke, ji? Pi ambik kat Secret Recipe tu ha, pastu gi order Sate Kajang bawak umah aku. Kita ronggeng tepi kolam ikan. Best. Best.

Apsal hari ni aku gatal ambik cuti? Kerana anniversarry?
Takde de aku nak ambik cuti semata-mata nak celebrate wedding anniversarry. Blom penah terjadik. Hari ni aku cuti sebab aku ada INTEBIUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.

HAHAHAHAHAHHAHAHHAHHA. --- gelak dajal.

Nama kompeni? Sangat-sangat rahsia. Tapi untuk kau dan kau yang sesama masuk line Biotek ni, kalau dengar nama ni sure gerun punya. Masa aku nak bagi mukadimah tadi pun macam tersekat kat anak tekak je sore. Bila sore kuar, tetiba boleh jadik husky. Memang tersekat.

Kompeni tu semua cha ya nun alip. Aku pun tak tau apekah modus operandinya mereka memanggil aku beria-ia sampai review resume aku 3 kali. Tapi tempat tu gila gempak ANNNNNNNNNNNNNN!! Nothing compares to **********! Langit ngan bumi. Dengan sales rep dia yang semua muka cam genius, ketrampilan superb, CEO hensem (apekah kaitannya?), manager Life Science yang intebiu aku tu siap bagitau yang apply ramai, tapi dia intebiu sikit je sebab dia memang hanya carik people yang ada background in molecular. Experience not necessary tapi knowledge mesti harus ada.

Ko dengar tu ANN.
Tak macam kompeni aku. Sesaper pun boleh masuk line Biotech. Budak IT boleh, budak HR boleh, budak design pun boleh..jemput la masuk. Sila..sila.

Terasa macam aku kecikkkkkkkkkkkkkkk gila masa kena intebiu tadi. Sales rep dia semua hit NOT LESS than 2M per year okkkk, 2M! Jual orang aper?

Eiii..gatal je tangan aku nak tulis nama kompeni ni kat sini. Tapi yang paling rasa macam kena tepek dek taik lembu hangat kat muka aku ialah bila manager tu siap bagi tau, we won one of your agency this year. Pastu senyum.

Pikir Ann...agency mana yang kita lost to kompeni lain tahun ni. Pikir. Pikirrrrr.

Aku rasa macam datang untuk dikeji je tadi. Elok kalau aku bawak bos aku gi intebiu tadi. Sure bertingkat-tingkat kena perli.

'Ekskius me, may I go to the toilet?'

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSS...terus masuk lift.

Takde aaa. Takkan aku nak buat camtu. Tapi itu memang ada dalam pikiran masa dia tengah berbakul-bakul memperli kompeni aku. See, siap boleh plan misi apekah dan bagaimanakah untuk potong cakap dia seterusnya brambos dari bilik meeting ni.

All I can say - COCKY! Discuss juta-juta je. Tapi memang product dia semua juta-juta pun. Takpela, merasa la kena keji di pagi Jumaat. Eksen dengan aku ekkkkkk. Takpe, I'LL KILL YOU IN THE MARKET!

Ok, citer lain.

Semalam...
Masa nak gi keje, aku telah menreverse keta kuar dari porch. Dan..GEDEGANGGGGGGGGGGG.
Rim aku sangkut kat arm autogate.

CIBAIIIIIIIIIII - perkataan pertama yang terkuar dari mulut aku. Macamana tak asik ditimpa malapetaka? Asik mencarut je.



Ini adelah gamba mangsa kejadian di pagi Khamis 3/5/07. Nampak itu calar yang meranapkan impian aku untuk menjual keta ini dengan harga yang kaw dikendian hari.




Ini adelah pemangsa. Arm ni yang telah mengugat konsentrasi aku untuk menjadi pekerja yang produktif di hari tersebut.

Calar rim beb. Bukan takat calar-calar manja, siap terumpil ke dalam. Dari porch tu aku call laki aku yang tengah mandi kat atas.

'Laila hailallah, apsal awak ni??'------> sukurrrrr dapat laki yang ingat Tuhan bila ditimpa trajedi.'

'Awak reverse tak tengok blakang ke?'

'Jangan tengok side mirror, awak kena turunkan tingkap, tengok blakang'

Laki aku kan, kalau dia bengang kat aku, dia akan panggil aku 'AWAK'. So sebab dia bengang, aku tak jadik nak menjawab. Aku diam je. Kang elok aku plan nak makan nasik lemak, terus makan penampar.

Tapi aku nak jawab kat sini skang!!!!

'ORANG BUSY TENGOK SIDE MIRROR BELAH KIRI SEBAB TAKUT TERGESEL KAT KETA ABANG'

'KANG KALAU TERSAGAT KETA ABANG, ORANG YANG KENA MAKI PAGI-PAGI' (tak tegesel pun kena maki gak)

'SAPER SURUH PAKAI ARM? SUKA SANGAT BUAT PELIK DARI ORANG LAIN'

'ARM TU BESAR, MACAMANA TAK TERLANGGAR'

Kan dah panjang siren aku.
Aku pulak kalau bengang dengan dia bahasakan diri 'ORANG'. Pastu laki aku akan cakap 'Dia sorang je la yang ORANG, orang lain semua BERUK?'
Dan aku pun akan menjawab 'tau takpe' (dalam hati je)

Citer lain pulak...
Bibik.

Semalam kenyang makan penengking aku. Aku ni sampai umah awal sebab appointment habis cepat. Kuar je dari keta, aku check baju kat ampaian dulu. Sah! Baju putih laki aku abis tompok-tompok berkaler.

'Bibik, tengok sini. Bibik campur baju putih ngan baju berkaler ye?'
'Ohhhhh..ini pasti baju Redza ni'

Adekah bibik ini menjawab soklan? Aku tanya dia campur ke tak baju tu ngan baju bekaler. Yang dia nak salahkan baju anak aku tu pejadahnya? Baju anak aku tu bejalan sendiri masuk mesin?
Lepas tu dia nak kasik Redza makan. Padahal kol 1pm Redza dah makan nasik, kol 4pm dia nak sumbat nasik lagi. Kengkonon dinner la. Aku tergerak pulak nak suapkan Redza, so aku mintak dia mangkuk tu. Awat sejuk je nasik Redza ni?

Aku tanya dia, 'Apsal nasik Redza sejuk? Tak panaskan nasik?'
'Tak'

Ok, takpela kalau ko taknak panaskan. At least kuah sayur tu ko panaskan la dulu. Pun tak jugakkkkkk. So anak aku ni macam makan makanan kucing, sejuk dan nasik kembang. Paler hangguk dia. Aku tanya dia apsal tak panaskan kuah? Dia boleh pi depan aku buat muka sundal pastu cakap 'Bak la sini nasik tu, saya makan'.

PANTATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT.

Jangan kasik aku mencarut okkkk? Selama ni, patutla anak aku asik lapar je. Asal aku makan, dia mesti nak makan jugak, padahal baru 15 minit makan nasik. Rupanya baru aku tau anak aku selama ni tak penah habis makan nasik, paling banyak 2 suap. Dia ambik peluang makan nasik anak aku tu. Badan dah makin tembam. Siap bangga bagitau ejen dia badan dah naik 5 kilo. Macamana budak tu nak makan? Dah la nasik sejuk, kembang pulak tu. Anak aku tak ubah macam anak pungut dia buat. Dia pulak jadik tuan rumah. Memang sial la. SIAL!

Aku dah hangin, aku cakap 'Ko makan nasik ni, pastu malam ko jangan makan!'

Kejikan aku? Yes, itulah yang selayaknya dibagi kat orang yang tak sedar dek untung. Aku tak kisah jiran nak kata aku bengis ke, korang nak kata aku kejam ke. Meh sini dok sehari ngan bibik aku tengok darah korang naik ke tak.

Aku bukak fridge tengok chewahhhhhhh. Mak aku ada belikan laki aku strawberry and fruit tart. Species Secret-Recipe jugak la. Aku baru makan satu, laki aku pun tak makan lagi, dia boleh makan dua!!!! Dia tau tak bendalah tu bukannya banyak, pulak tu benda tu bukan hari-hari aku beli. Kalau macam twisties ke, cheezels ke, ko nak makan, makan la. Kot ye pun nak makan, tak reti nak mintak kat tuan rumah? 3 hari lepas, aku kupas mangga, laki aku nak makan (aku tak makan mangga). Elok je lepas aku kupas, nak bawak naik atas, dia boleh berlari kat aku bawak garfu, 'Kak, mintak satu mangga'. Takde tanya-tanya dulu, terus cucuk je garfu tu kat mangga terus masuk mulut. Aku ni pandanggggggggg je muka dia. Hoih bodoh!!! Ko ingat aku ni khadam kau??

Eh tolongggggg la bagi aku buah pikiran. Bibik ni betul ke aku yang tak betul???

Pastu petang semalam, aku dah kuarkan ikan tenggiri ngan ayam. Ikan tu aku dah asing 4 keping nak ambik isi nak buat fishball. So aku bagitau dia, ambik ikan yang dah diasing tu, keluarkan isi. Aku ni sibuk nak marinate ayam buat tendoori. Aku pusing je blakang tengok dia elok je korek isi tu ngan jari dia.

'Apsal korek ngan tangan? Kan akak dah ajar guna pisau?'
'Mana ada akak ajar!' (siap tinggi suara nihhhhhh)
'Ko nampak pisau ni? Aku rabakkan mulut ko kang. Asik la aku ni tak penah ajar!'

Mula la darah Mat Rentap aku ni membuak-buak. (walaupun si Rentap tu takde kena-mengena ngan salasilah aku). Padahal seploh kali ajar. Pastu aku kata kat dia, tumis itu tumis ini SAHAJA. Aku tak suruh dia gentel isi ikan tu pun.

'Ohhhhh, saya sangat terrer menggentel ikan. Mari saya surprisekan majikan saya'

Lagi sekali mintak nyawa bila aku tengok fish ball aku. Aku sepatutnya snap gambar fishball tu semalam. Dah la sebesar penumbuk dia gentel. Sikit takde rupa BALL. FISH-GERIGI namanya. Memang tak senonoh betul la makanan aku semalam. Takde selera aku nak makan fishball aku.
Tapi semalam memang aku keji gila. Aku habiskan semua soup and tandoori. Sikit aku tak tinggalkan dia. Please la...aku dah letih dengan bibik ni. Series aku cakap, kalau bibik macam ni punya sengal dapat kat bangsa %%$*%#%^#^, dah lama mampos kena bunuh okkkkk. Paling markah kesian pun, dia bagi seterika kat badan ko.

Apesal diorang ni bangsa tak reti hormat majikan?
Apesal diorang ni suka tengking-tengking kita?
Apesal diorang bangsa suka menipu?

Baru jap tadi, aku balik dari intebiu, dia bukak pintu pastu terus berlari ke belakang. Bukak daun pintu je, grillnya tak bukak. Aku ni terpekik-pekik panggil dia macam ungka. Last-last keluar gosok-gosok mata.

'Apsal?'
'Sakit mata..'
 
Penipu. Aku tau sangat muka baru bangun tido. Memang cilaka ahhhhhhhhhhh.

posted by green apple @ 4:55 PM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER