walk on wings, tread in air: 04/2007 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Putar-putar di udara
April 29, 2007

Today, as ussual, kol 7am aku ngan hubby dah ada kat mamak, breakfast sesama. Buruk lantak sket pagi ni. Dah order 2 roti telur, pastu masing-masing makan mihun goreng lagi. Pastu balik umah bogel depan cermin komplen apesal pinggang tak nampak. Ko dah balun segala mi, roti telur, teh tarik, pastu komplen??

Balik umah, aku layan Kabhi Kushi Kabhi Gham yang dah lebih seploh kali aku tengok, dan balik-balik nangis part yang sama. Nangis macam baru first time tengok. Sangat feeling okkkk tengok Shah Rukh Khan berlakon. Terasa macam akulah Kajol itu.

Tengahari, gi Ampang, wedding opismate hubby aku, yang jugak junior dia kat Japan dulu. Dalam setengah jam lepak kat umah pengantin, balik. On the way back, laki aku ajak pusing-pusing KL.
Pusing KL??
Kepala aku dah cukup pusing nak masuk KL, ni kau gi ajak aku pusing-pusing KL bagai.
Aku paling tak bekenan nak pusing KL.
Apa yang ditengok kat KL ni?
Lain la kalau nak ajak aku shopping ke, ok itu aku perkenankan.
Pastu dia cakap, jom pi Eye On Malaysia.



Wokehhhhhhh.

Luckily takde ramai orang. Ye lah, baru kol 3pm, takde saper nak naik ferris wheel tu tengahari buta camni. And the best part was, aku gi sana ngan baju kurung.

'Biarla ngan baju kurung, awatnya?', kata semorang.

Memang la tak pelik and tak salah. Masalahnya aku tak biasa melepak ngan baju kurung. Rasa cam janggal je. Aku kan macam dajal sket gitu.



Tapi panas la kat dalam tu. Aku dah nak muntah tahan pening paler.
4 kali dia pusing, pehal? Sekali round dah la. Balik-balik panorama tu jugak.
Redza masuk round ketiga, dah mintak botol, siap landing kat lap papa dia. Budak kecik pun tau boring, inikan mak budak. Aku share gondola ngan satu Malay couple, diorang pun kata 'awat tak benti-benti ni?'

Eye On Malaysia nak kata best takla sangat, mungkin sebab benda baru kat Malaysia, cuma aku rasa boring la 4 kali pusing, dah la benda tu besar gedabak, gerak pun mana bleh laju sangat, kang ada yang tercampak lam tasik. So, dia gerak pun slow motion je. Bila dah slow tu, 4 kali pusing tu lama sangat aku rasa. Dah la aku pi waktu siang, berbahang jugak kat dalam tu. Maybe kalau malam, sejuk and view pun cantik sket kot.



Tu la dia, dah tua-tua kedarah baru nak naik merry-go-round. Pastu dua-dua gayat kat atas. Sorry la, aku memang dah sedia maklum takut dengan tempat tinggi yang bergerak-gerak contohnya naik katerbang. Laki aku pulak memang nyata dan jelas takut tempat tinggi. Lift yang berkaca tu pun dia takut nak lepak kat tepi, memang series punya gayat. So tadi, dua-dua kat atas tu macam kena sembelit. Tegak semacam. Redza je yang berkelintau sana sini.

Sampai umah kol 5 camtu kot. Aku tido santak ke pukul 7.30pm. Seb baik kena sembayang, kalau off, harus esok pagi je aku bangun. Dan skang pun aku rasa mengantuk balik.

Tengok Diari?

HAHAHA...kan dah kena mintak maaf ngan Era. Tu la, buat pantun tak hengattttttt. Benda-benda dara tak dara ni mana leh cakap lepas. Memang la satu Mesia tau orang tu dah kawen, so takyah la ko nak narrow down kan the story kasik orang lain lebih faham. Semua orang tau dah. Tak payah nak cerita detail.



Boleh tak sesaper bagitau aku, apekah perlunya budak-budak AF ni main hopscotch a.ka. ting-ting, main tembus-tembus tembok badan budak laki, yang pompan pulak berguling-guling siap masuk celah kangkang pastu budak laki semua tengok je pompan-pompan ni bertonggeng-tonggeng kat situ, pastu main ikat-ikat sari.

Apa kejadahnya ni
Ni kindergarden ke apa?
Ape signifikannya?
Apa benda yang ko nak buktikan kat dunia?

Mungkin aku ni bengap tak paham maksud tersirat, maka sila bagitau. Tapi kalau alasannya nak tunjukkan bahawa 'dunia di luar penuh cabaran, hadapilah dengan tenang dan berkeyakinan', aku rasa banyak kaedah pembelajaran yang lebih sesuai untuk peringkat umur 18-27 tahun. Kalau itulah pendekatan yang diorang nak tunjuk, maka marilah kita menghantar anak-anak kita ke AF, sebab aku rasa takde beza apa yang diajar kat AF dengan kat montessori class blakang umah aku.

 


posted by green apple @ 10:13 PM  
Newer›  ‹Older
Awat Aznil bagi pantun Era and Fasha macam tu?

Saper tengok AF semalam?
Keji! Keji! Keji!
Aku tak suka la diorang buat gimik bawak parents naik atas pentas when they know Aswad takde mak bapak. Bodoh! Takde sensitiviti lansung. Sedih aku tengok Aswad. Aku pun tak pasal menangis semalam.

Lagi satu yang aku tak suka bila diorang buat scene-scene sedih ni, mula la rakyat Malaysia yang tahap prihatin dan kasihan-mengasihani berganda ni buat undi kesian. Semorang tau, Aswad tak le sehebat mana menyanyi, so tolong la jangan undi dia sebab dia takde mak bapak. Dia takde mak bapak pun bukannya dia skang umur 7 tahun, dah 27 tahun dah pun. Dah boleh berdikari. Tak dinafikan memang sedih kalau mak bapak dah takde kan. Tapi boleh tak jangan gunakan isu ni untuk raih undi? Aku tau ini bukan kehendak Aswad. Astro la ni, takde isu lain ke ko nak create attention?

Sama la macam kes Mas dulu. Entah apa kriteria dia pun aku tak tau. Boleh bertahan sampai minggu before final. Benci la aku kalau penonton dah mula pekak tak tau nilai vokal seseorang.
This is a vocal and performance-based competition okkkkk. Bukan pertandingan salasilah diri!!

Aku takde la sakit hati dengan Aswad tu, memang takde rasa apa pun. Sumpah. Aku kagum jugak finally dia boleh jugak perform ok malam tadi. Tapi bila isu-isu leleh ni timbul, undi kesian tu yang akan mengatasi objektif sebenar program ni.

Aizat terkeluar.
Terkesima jugak dengan keputusan tu walaupun aku bukan penyokong dia. Dia memang ada suara and a good entertainer too. But, biasala kan, AF ni unpredictable.
Kadang-kadang orang tu tone bagus, tapi tak pandai perform, OUT.
Kalau suara bagus tapi attitude kureng, OUT.
Kalau suara bagus tapi takde rupa, OUT.
Kalau suara bagus, tapi dia anak orang kaya, OUT.
Macam kes Aizat ni sebab apa ek? Aku pun tak tau pesal. Mungkin reason dia : DAH TAKDE REZEKI.

Sebab tu la aku malas nak follow AF ni, aku tengok konsert je. Sebab kalau aku follow diari, aku yang stress.

Heliza. Ni lagi satu. Aku pun nampak dia kontrol semacam je semalam. Awat ko nak kontrol ni? Dah cun dah, takyah nak kontrol-kontrol la dik oiii. Tapi kakak dia cun ekkk, macam Nasha Aziz. Suka. Suka.

Dah..dah...cukup.

Ok, Jumaat malam aku tengok Jangan Pandang Belakang.
Aku pun tak percaya aku dah tengok citer tu. Paksa rela. Laki aku la ni. Masa tengok tu aku tak rasa pulak cerita ni seram sebab aku dah penah alami benda yang lebih kurang sama masa kat kolej dulu. So, perasaan menonton dan melalui sendiri pengalaman tu amat-amat berbeza.

Tapi aku dah lupa dah kes rasuk-rasuk masa kolej ni dulu. Lepas tengok filem ni, tak pasalllllllllll je aku teringat balik. And now aku tengah pikir apakah solutionnya bila aku nak kena drive sensorang pagi-pagi buta lagi 2 minggu lagi. Nak kena pi Bintulu ni. Tak jadik keje aku asik tengok cermin blakang je kang. Bodo la. Apsal aku pi tengok filem tu?

Pagi tadi aku bangun buat susu Redza kol 3pg pun aku dah rasa sejuk lain macam. Nak masuk toilet yang ada dalam bedroom sendiri pun pikir 3-4 kali. Mula la aku nak kena maki ngan laki ni. Takut tak kena tempat.

Scene paling best, masa hantu tu terbang atas keta dia. Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Rozie, ko ingat lagi tak kes tu????? Tak dapek lupa sampai mati wooooooo. The same thing happened kat housemate aku dulu, masa dia kena rasuk. Pengetua kolej aku bodo, kitorang dah kata budak ni kena rasuk. Ooo, taknak percaya ni, mati-mati dia kata budak ni stress sebab nak exam. Dia pi suruh warden angkut budak ni naik van pi spital. Tak sampai setengah jam, van patah balik. Sebab? Sebab driver nampak dari side mirror ada benda putih melayang atas van. Hambik ko!!!!!!

Moden sangat kununnnnnnn. Taknak percaya hantu-hantu ni semua. Memang la hantu tu takde, tapi setan ada kan?

Tengok Ruminah Sidek makan dari bekas nasik tu pun aku teringat kes housemate aku dulu. Dia kata lapar. Nak makan. Okla, kitorang pi la dining hall tapaukan dinner untuk dia. At the same time, semua budak-budak kat rumah tu diwarned supaya dinner kat rumah, jangan ada sesaper gatal nak dinner ngan boifren sebab nak take turn monitor budak ni. Yang beboifren time tu cuma aku ngan Rozie je. So ko ngan aku la yang gatal tu kan? Whuahwhuah.

Lepas habis sebungkus nasik, dia kata dia lapar lagi, masa tu aku ngan Rozie rasanya yang belum makan lagi, terussss kasik dia makan nasik kitorang. Last-last empat bungkus nasik dia mentekedarah sorang-sorang. Kitorang yang dok mengadap dia makan tu dah meremang bulu roma. Kot tetiba dia bersilat kat situ, mau dan-dan tu jugak aku terkencet.

Pastu masa maghrib budak ni muntah-muntah dalam bilir air. Abis kuar semua yang dia makan tadi. Lembu pun boleh muntah makan 2 bungkus tau. Bayangkan 4 bungkus. Lepas muntah, cehhhhh, ambik wuduk pulakkkkkk. Dia dah start la ni. Masa tu kebetulan ada a few student laki dalam rumah kitorang dah standby, sebab kalau malam je penyakit budak ni menjadi-jadi. So, budak laki kat situ kata, takpe, biar dia nak sembayang. Kita tengok dulu.

Pehhhhhhhh, member sembayang berkiblatkan toilet bebbbbbb. Siap masa tahiyat akhir angkat jari kelingking tu. Bukan jari telunjuk. Adoooooo. Aku ngan Rozie punyala stressss. Rasa nak benti blaja malam tu jugak.

Banyak benda berlaku kat budak ni dulu. Maleh nak citer. Tapi kes dia berat la, sampai panggil imam masjid Kuching, bawak pi Darul Syifa' jumpa Haron Din. Last sekali berita yang aku tau, benda tu berjaya dipujuk keluar, tapi budak tu hilang ingatan sampai sudah. Pity her.

Baiklah, sebelum saya mengundurkan diri, di sini saya membuat permintaan kepada rakan-rakan sekalian, apekah langkah-langkah selamat untuk aku praktikkan bila aku drive pagi-pagi buta nanti. Camne aku nak tempuh highway ELITE lagi 2 minggu, kol 4 pagi untuk ke KLIA? Ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Tolong jangan bagi tips 'JANGAN PANDANG BLAKANG'. Aku terajang kang!

posted by green apple @ 10:19 AM  
Newer›  ‹Older
Thank you Mar BCN
April 27, 2007





Mar BCN,
Hoihhhh!!!!!
Aku ingat nak memain je. Ko hantar betul-betul ke? HUAHUAHUAHUAH...best best best!!!
Poskad ko ni sampai Rabu lepas. Dengan muka masam je laki aku bagi kad ni kat aku.

'Siapa tu?'
'Boiprenggggg' aku jawab.

'Benti blogging!!'
Hihihi..kan aku dah cakap. Laki aku ni senang je nak jeleskan dia. Purak-purak macam tu pun dia boleh pecaya gak. Sangat-sangat perasan bini dia ramai yang nak tekel. Kosser akuuuuu.

Apa-apa pun (pinjam line Azizi AF1), mekaseh le kat ko sebab hantar kad ni. Apa kata di kemudian hari ko hantar baju ke, teddy bear ke, cokelat (walaupun aku tak makan, tapi feeling mendapat coklat dari obersea itu sangat dasyat sekali).

Thanks beb...:D

Semalam best gila gi opis okkk. Dah la masuk half day PM, weather pun mendung je, hampir-jampir tak nak datang keje dah. Tapi sebab laki aku pun sibuk sangat nak gi opis, so buat apa aku nak lepak kat umah kan? Dan semalam apa kena ntah, semangat gila nak siapkan keje. Hampir semua keje aku berjaya disettlekan tanpa sebarang dugaan di pertengahan. Hari ni pun semangat gak, tapi aku nak update blog dulu.

Macamana aku boleh lupa yang senin ni cuti? Dengan riaknya aku perli laki aku, 'Ntah hapa-hapa la kilang abang. Ada ke cuti Selasa Rabu, orang lain semua cuti Isnin Selasa'.
Pastu 2 hari lepas staff aku cakap, 'you sorang je yang keje dalam unit kita tau. Sebab orang lain semua dah apply cuti. KM pun apply dah'.

'Apasal semua cuti Isnin? Bukan Isnin memang cuti dah ke?', adapun soklan bangang dari aku.

'Mana ada Isnin cuti, Selasa ngan Rabu la baru public holiday. That's why ramai ambik cuti Isnin'.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Bagai ditampar dengan selipar Tat Seng.
Aku ni memang dari zaman skool lagi payah betul nak ingat cuti. Memang tak penah ambik tau lansung bila cuti semester ni semua. Exam week pun aku tak penah ingat. Apa nak jadik ko nih?

Malam semalam, aku mimpi ex-bf aku.
Padahal aku tak ingat lansung kat dia, tapi tetiba dia muncul lam mimpi. Ko pesal kepoh dalam mimpi aku? Apa benda ko nak bagitau lagi? Tu la, banyak buat salah kat aku, taknak admit, pastu meroyan tengah-tengah malam bangun carik aku lam mimpi. Ko tau tak aku dah sumpah ko takkkan bahagia seumur hidop? Aku kan dah kata kalau aku sayang, aku sayangggggggggggg. Kalau aku benci, aku benci sampai mati, paham?

Tapi kan, kalau dalam mimpi, aku tanya khabar dia (benci, tapi nak tanya khabar. Ceh!), anak bini dia, mesti dia tak jawab soklan aku tu. Dia jawab lain yang takde kena-mengena lansung ngan soklan aku. Aku rasa dah banyak kali gak aku mimpi dia ni, asal aku tanya khabar anak bini dia je, mesti dia tak jawab. Macam la aku nak kat ko balik pun kalau ko kata 'saya adelah seorang yang single'. Ptuihhhhhhhhhhhhhh!

Last week aku chat ngan member lama kat U yang sejak grad aku tak dengar berita, alih-alih dia YM aku. Dia ni housemate exbf aku dulu.

nazri (4/19/2007 5:54:49 PM): Si F.... apa agama dia sekarang.... tertanya2 jugak aku

nazri (4/19/2007 5:54:53 PM): apa jadik kat dia?

nazri (4/19/2007 5:55:14 PM): Dulu kan aku roomate dia

green apple (4/19/2007 5:55:18 PM): ko ingat dia betul-betul convert ke? org sakit jiwa mmg macam tu...merapu-rapu..ko jgn layan la...dia islam la

nazri (4/19/2007 5:55:47 PM): Yerlah... walaupun merapu... bab-bab agama nie bukan boleh main2

nazri (4/19/2007 5:56:00 PM): anyway... senang hati aku bila dia main-main

Nampak tu???
Kan aku dah kata exbf aku dulu psiko. Siap ugut nak convert kalau aku tinggalkan dia. Ko ingat aku kisah kalau ko nak convert ke, ko nak terjun jambatan ke, ko punya pasal la. Aku letih la deal ngan orang yang insecure ni. Asal 'kalau ko tinggalkan aku, aku nak convert', 'kalau ko pergi kat dia, aku bunuh diri'.

Boleh terima dek akal pikiran tak? Kalau dah orang tu tak suka, yang ko pulak nak menyeksa diri nak mati, nak kerat lengan ni semua apa kes? Move on la. Kalau taknak kena tinggal lain kali otak kasik letak betul-betul atas kepala wokehh? Pegi bukak balik buku fardu ain, kasik hafal Rukun Iman.

Ni, aku dah tinggalkan ko, takde pun ko mampos terjun bangunan? Takde jugak ko convert kan? Sori la, dengan aku toksah nak acah-acah. Hanya orang yang psiko saje boleh berkapel ngan psiko ni, sebab masing-masing tak akan jujur to each other.

posted by green apple @ 8:19 AM  
Newer›  ‹Older
Manager - Executive - Despatch...ingat aku kisahhh?
April 24, 2007

Masa lunch ngan ex-opismate tadi maka terbukak sebuah kisah yang sangat-sangat keji tentang HR manager tempat aku. Biasala, mana-mana orang aku tanya, semua pasti mengeji laknatullah sorang ni. So kawan aku tu pun memulakan mukadimah tanya opis pekaba and all. Memandangkan takde perubahan yang gempak pun, so aku jawab dengan mencebik saje. Mudah-mudahan paham la ye.

So dia bagitau yang last week dia lepak ngan budak-budak jantan opis aku. So, terkuarla cerita pasal satu budak account yang dah nak benti keje sebab gaji kena potong RM300! RM300 okkkkk..bukan RM0.30. Aku tanya la pehal. Aku yang dok sebumbung pun tak tau cerita. Nampak sangatla katak bawah tempurung.

'Apa alasan potong gaji?', aku tanya.

'HR kata alasannya, lepas management review scope keje dia, gaji dia tak perlu banyak sangat, jadi HR potong RM300'.

Pantekkkkkkkkkk punya alasan.

Apa ni? Dah nak masuk dua tahun makhluk Allah tu bekerja, baru skang ko nak blaja review gaji dia? Lojik? So, kawan aku cakap skang ni budak teraniaya tu dah buat report kat Pejabat Buruh tapi since gaji dia lebih dari RM1500.00 so Pejabat Buruh takleh bawak case ke court cuma boleh nasihatkan je.

Siapa yang nak nasihatkan si bengap ni? Meh aku nak tengok sket ada keridibiliti ke tak. Dia ni tak makan nasihat, kasik makan tapak kaki je. Kalau telinga dia tu berfungsi lama dah dia dengar nasihat semorang and dah lama gak dia brambus dari kompeni ni. Masalahnya dia ni pekak sejak azali ditambah lagi dengan bebal yang tak hengat. Muka lak macam bagus type. Poyo okkkk, POYO.

Before balik tadi, budak lab aku cerita yang dulu ada satu uncle yang dah bersara tapi keje sambilan kat opis aku bahagian stor pun kena masalah yang sama. Ntah hapa dosa uncle tu kat dia, dia boleh review gaji uncle tu and slamba gi potong gaji orang tua tu sampai RM500.

Apa kes ko nak potong gaji orang ikut sedap anak tekak ko? Gaji aku ko taknak potong? Potong la. Lepas tu boleh aku potong buah pelir ko pulak. Nak?

Payah kalau bermanagerkan HR yang sial palis macam ni. Aku tak tau la dia ni grad U mana. Tu pasal la ko asik job hop berpuluh kali akhirnya kat tempat adik-beradik ko jugak yang ko boleh bekerja. Takde orang yang gila nak gajikan ko. Cakap je lebih, action kurang. Muka dah la tak hensem. Kalau hensem segan la jugak aku nak maki ko camni. Sebab ko tak hensem meh aku nak up sket : BABI CILAKA PUNDEK PUKIMAK BABI BABI PUKI!

Ambik koooooooooooo.

Jin aprit ni jugak la yang asik meronda tengok aku buat keje ke tak. Siap berdiri blakang kerusi aku tengok aku ni buat keje ni. Oi cilaka, ko ingat aku masuk opis nak tengok porn site? Kalau setakat nak tengok gambar bogel, baik aku suruh laki aku strip depan aku, buduh. Bos aku elok je ada lam bilik, ko pulak yang kepoh nak jadik mandor tengok aku keje.

Ada satu time tu dia ingat aku main chat agaknya sebab aku bercakap sorang-sorang pastu senyum-senyum. Padahal masa tu aku tengah menyanyi sambil wat keje. Siap boleh bagitau bos aku lagi tu. Macam budak-budak baru masuk tadika ABIM. Dah tua-tua pun nak main mengadu-ngadu. Dasar jin aprit mandul.

Dan menatang ni jugakla yang tak puas hati dengan tittle Manager yang aku pegang skang, siap nak buat corporate ranking biar tittle aku turun jadi Senior Sales Executive. Ko ingat aku pedulik sangat kalau ko nak letak tittle aku opis boy pun? Aku tak heran la. Syawal pun opis boy, tapi hensem. Itu yang penting dalam hidup ini. Hensem okkk.

Opss lari topik.

COO aku tanya, aku kisah ke kalau ranking aku diorang turunkan jadik Senior Sales? Walaweyyyy, apa dorang ingat pangkat tu segala-galanya ke? Darjat tak menjaminkan apa-apa wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Darjat adelah bersifat duniawi. Bersifat sementara yakni tidal kekal. Yang kekal cuma satu.

Kan, mula la aku nak meraban ni...sambung balik.

Ala, aku tak penah mintak pun nak dinaikkan as manager. Itu ko yang nak kasik. Ko kasik, aku ambik. Ko nak ambik balik, ambik, tapi ambik tittle je sudahla, gaji aku jangan ko ambik sekali. Kang aku ambik lesung, aku hempok. Aku tau COO aku muka bersalah je bila dia sampaikan amanat penuh cilaka turun-temurun tu. Don't be sad, don't be sorry, sebab aku tak terkehel sikit pun. Tapi aku kasik warning, jangan turunkan gaji aku. Kalau tak, aku turunkan ko ke alam barzakh.

Maka, wait and see apekah tittle aku bulan depan.

Misteri.................


posted by green apple @ 8:30 PM  
Newer›  ‹Older
I see what I've always wanted when I look at you, somehow you always sweep me off my feet!!

Semalam Redza tido awal so aku pun layan dvd.
Tengok cerita yang dah bertahun keluar cinema, siap dua pelakon dia dah mati pun, barula aku nak sibuk tengok filem tu semalam.
'WHO'S THE WOMAN, WHO'S THE MAN'.

Aku carik dvd ni 2 bulan lepas, baru semalam dapat tengok.
Selama ni busy je ngan keje. Tak kira, malam tadi aku tengok gak sebab laki aku pun tak kacau, dia sibuk nak wat keje opis dia.

Omigod!!!!!!!
Kan aku dah kata, kalau boleh jangan lintaskan Leslie Cheung ni depan mata aku. Kelibat dia pun jangan!
Sebab hasilnya, adelah pagi ini aku terus tak boleh buat keje, asik la mengadap YouTube tengok clip dia. Sungguh menyeksakan okkk berfeeling begini.
Dah la aku baru je nak berazam baru. Tak jalan nampaknya nih. Aku masuk opis kol 7.40am pun sampai skang dok mendownload clip dia je.
Apo menggeletis sangat ko nih Diana?

Semalam, masa tido pun aku peluk laki aku lain macam je.
Hahahahahahhahahaha....syiallll je kan?
Seres la, aku kalau tengok movie Leslie je, konfem dalam seminggu aku angau.
Dan aku akan putar putar putar vcd dia.
Pastu belek balik paper cuttings pasal dia yang aku simpan.
Pastu berangan sorang-sorang.
Dan dek kerana berangan pasal dia la makanya aku peluk laki aku lain macam je malam tadi sampai laki aku ingat aku horny.

Seb baik lima blas minit kemudian laki aku tersedar yang aku sebenarnya angaukan si Leslie tu sebab baru lepas tengok dvd.
Terosss dia pusing tempat lain. Elelelele...majuk la pulak.
Macam la si Leslie tu nak sangat kat aku.
Dah mati dah punnnnnnn.

Ok..abis citer pasal chenta lama.

Tadi bos aku masuk. Semalam aku selitkan annual leave form bawah pintu bilik dia. So dia tanya aku 'Nak cuti Khamis ni? Reason?'

'Sebab saya nak tengok pertabalan Agong'.

Senyap semua dengar jawapan yang penuh patriotik dari aku.
Staff aku buat muka pelik.

Awat????
Tak boleh ke kalau aku nak cuti nak tengok Agong aku ditabalkan?
Memang itupun reason dia, aku ngan laki aku pakat ambik cuti sebab nak tengok pertabalan Agong kat tv.
So? Is that a problem to you?

posted by green apple @ 8:48 AM  
Newer›  ‹Older
'I am leaving the company'...suatu statement berunsur propaganda
April 20, 2007

Rasa macam lama sangat tak update blog. Sebab aku memang tengah berlagak cam bizi tahap dewata. Tapi memang bersepah gila keje aku! Rasa cam nak sepak-sepak je semua dokumen ni. Menyemakkk.

Baru-baru ni aku gi Kuching, kol 5pg dah merayap kat highway. Maka dengan ini sahih la aku takkan tengok Jangan Pandang Belakang. Hari tu gerak kol 6 lebih pun cuak semacam, ini gerak kol 5pg. Dah la naik AirAsia, nak ke LCCT tu sunyi yang hamat. Maka terpaksa la aku buat recording kat dalam tu, sempat la habis 7-8 lagu.

Kat LCCT, terserempak lak ngan 3 orang budak satu kompeni, yang masing-masing pun kena gi outstation gak, maka berkampungla 4 orang jakun ni terbahak-bahak kat Asiana makan nasik lemak sambil mengumpat kompeni. Tengah elok je mengumpat, 'Final call for Diana Ishak. Please come to gate P8 for immediate boarding'.

Tu diaaaaaaaa...mengumpat tak ingat donia. Maka terpaksa la aku tunjuk skill aku lari pecut jarak dekat 100 meter untuk ke P8. Rupanya aku sorang je belum naik, masuk dalam kapal terbang, semua orang pandang je muka aku macam tak pernah nampak wanita jelita. Tuii.

Kali ni aku gi appointment dengan slamber tapirnya pakai sleeveless (tapi bawak blazer la) ngan jeans. Sebab aku dalam mood malas. Masa return to Kuching Airport, aku ingat nak lepak kat food court. Hek elehhhhhh, food court pun dah bungkus okkkkk. Aku punya la carik kiosk yang aku selalu lepak dulu, ingat nak makan mee goreng, alih-alih dah tukar jadik Coffee Bean. Apa baranggggggggg lunch kat Coffee Bean? Tekak jawa mana leh masuk pasta-pasta ni semerrr.

Jangan belagak okkkk. Bukannya ko takleh makan pasta. Sebenarnya ko taknak masuk sebab takleh bau kopi kan?

Ye, benar. Time kasih.



Maka terpaksa la aku lepak kat Coffee Bean buat pertama kalinya. Dan betapa kembang kempisnya aku makan chicken pasta sambil tahan bau kopi, nak muntah. Dan la pasta dia macam bau basi.


::Kuching airport, pagi. Sunyi::


::Brunch::


::Pelepas boring::


::Takde saper nak snapkan gambar aku, so aku snap gambar kasut::


::Interior yang cun...::


::Food yang macam bau ketiak masam::


::Home....rindu ngan Redza::



Biasala naik AA memang turbulence kuat. Walaupun turbulence tu disebabkan oleh weather tapi ape pasal time aku naik MAS jarang sekali ada turbulence walaupun dia dah announce bad weather? I hate flying!!! Malam tu memang penat la sebab dah la kol 4pg aku bangun nak siap-siap gi Kuching, malam tu takleh tido awal sebab esoknya aku nak submit satu tender kat Nilai. So kena berjaga lagi. Jadik kuli memang macam ni sedara-sedara..keje macam pantek.

Semalam, tak banyak sangat benda yang aku nak story sebab memang sepanjang hari aku lepak kat opis nak siapkan satu lagi proposal for Bintulu. Kalau tak, pagi tadi aku dah kena fly lagi ke Bintulu, tapi disebabkan bontot aku menasihatkan diriku agar angan bergerak kemana-mana, so aku akur dengan arahan itu.

DAN...pagi tadi aku telah pegi intebiu kat satu kompeni ni. HAHAHHAHAH. Padan muka.

Saje je nak test market, bukan nak pi sangat pun. Kira tadi dah final stage intebiu. Intebiu dengan Director terus. Macam-macam aku tanya, macam-macam aku mintak. Macam dia pulak yang mintak keje kat aku. Kahhhh.

Benefit dia aku rasa sama macam apa current employer offer. Cuma ada satu term saje yang lebih sikit, the rest more or less the same which takdela excite aku beria-ia. Cuma yang buatkan aku rasa proud sebab aku berjaya melepasi semua stage interview and finally aku diterima, siap suruh aku datang Senin ni sign offer letter. Dah tetiba gabra la pulak.

Tapi aku dah decided not to accept the offer, fullstop.

I am not happy with the pay. Taknak cakap berapa, tapi obviously did'nt meet my expectation. Tu je reason dia. Although the other terms kira ok la jugak, but the $$ yang aku ambik kira sangat-sangat, after all we are not doing charity here.

Lama gak aku pikir pasal ni, sehari suntuk. Sebab aku takde masa nak pikir panjang-panjang kalau melibatkan keje ni. Aku dah aim apa yang aku nak, aku dah plan what to achieve, jadi lepas makan malam tadi aku dah decide, pagi senin aku akan call dia cakap 'Podahhhhhhhh'. (pehh belagak siall)

Tadi aku terpikir, betul ke aku nak quit ni?
Does success means adding digits to my pay cheque?
Kenapa aku keje mati-matian untuk kompeni skang, malam pun buat keje jugak but at the same time keep a look out for better offers?

Management kompeni ni memang fail itu aku tau. Tapi aku macam berat hati nak tinggalkan KM sebab aku takde problem dengan dia. I dont have any probs with my boss and the team. Takde lansung! And to her, I will be the last person yang dia akan guess to leave the company. I told my collegue about this, and dia pun cakap KM takkan terfikir aku nak benti keje.

Tapi, takkan aku nak stay bermanagement-kan sekalian cilaka bodoh kat sini semata-mata sebab kesiankan boss aku? Or do I need to just hang onto this job and suffer a bit but reap the fruits in the later years?

4 years aku kat sini. Bukan masa yang kejap. And I dont wanna lose that sense of loyalty and dedication. Or am I expecting things to come easy? When the pressure mounts, I jump ship. Adekah aku kena terus stay kat kompeni ni and anggap this present job is part of my odyssey to the light? Maybe this is not the end of the road but just the beginning?

Sometimes bila kepala aku dah siuman sket, kengkadang aku terpikir jugak dimanakan lojiknya semua ni. Apesal aku nak sangat carik keje lain? Padahal dengan keje ni la aku mampu tukar kereta lagi, kumpul duit beli rumah, beli barang-barang rumah, and kerana kejer ni la maka aku bersedia nak dapat Redza, dengan keje ni la aku tiap-tiap tahun melancong ngan laki aku? What's the point of getting good pay when you're not mentally prepared to handle the responsibility kan? Lagipun sebu sangat ke gaji aku skang ni?

Sengkak la kepala aku pikir benda-benda macam ni.

Nak benti-benti je la! Memekak je.

I remembered reading an article about quitting jobs. They said that most of the people who quit do so because of personal reasons rather than profesional. Betul ke? Contohnya macam tak suka management sebab yang jaga HR tu adik kepada big bos (kes aku la ni), pastu gaji budak tu lagi tinggi dari kita walaupun dia fresh grad (ni memang suwey la tapi tak terjadi kat aku, so bolayan), budak-budak opis kaki buli, budak yang baru 2 tahun keje dah dapat tittle manager kita yang keje ompek tahun kekal mengungguli carta KULI TERHEBAT.

KM penah bagitau aku masa appraisal that day, yang if I were to quit now, I'd be the fool because it meant I had given up, at the end of the day it was just a job. Ada betul gak apa dia cakap. Tapi 4 tahun tu lama jugak kan? So, can you please proof sumthing to me? Sumthing solid?

"..PEOPLE FORGET THAT THE HIGHER YOU CLIMB, THE HARDER YOUR JOB BECOMES. THERE WILL BE MORE PEOPLE TO DEAL WITH, MORE RESPONSIBILITIES TO LOOK INTO, MORE CHALLENGES TO FACE UP TO. LOOK AT THE OBSTACLES OF WORKING FOR A COMPANY AS A LEARNING EXPERIENCE. YOU WILL LEARN HOW TO FACE BITCHY CO-WORKERS, WEAK OR BULL-HEADED BOSSES, AND TOW THE LINE AMIDST OFFICE POLITICS - ALL USEFUL SKILLS YOU CAN APPLY TO YOUR DAILY LIFE. IF YOU CAN FEEL PASSION FOR ANYTHING YOU CAN ALSO EXPERIENCE HURT. SO DON'T WORRY, USE IT TO POWER YOU TO YOUR NEXT PROJECT.." - CLEO.


Asta lavita babi! ---- huahhuahhuhauauh.


posted by green apple @ 11:43 PM  
Newer›  ‹Older
Pada zaman dahulu....
April 17, 2007

Hari ni aku demam, tapi masih ke opis sebab banyak sangat la benda nak disettlekan before aku ke Kuching esok. Tapi day trip je, sejak cinta makin bersemi ni (ngahngahngah), aku taknak lepak jauh-jauh dari dua bekas juara Manhunt kat umah tu. Esok aku kana ke Kuching form LCCT, kol 2pm aku dah gerak balik from Kuching ke sini. So maknanya esok, appointment aku padat. Jadik, esok makan konfem tak berhapdet blog ni.

Actually kan keje yang aku list downkan last time, cuma 2 je yang dah siap, yang lain masih bersepah atas dan bawah meja. Tapi, pedulik haper akuuuuuuuuuuu. Aku dah macam mamai je today. Takpe, sat lagi mood sudah mari, boleh teruskan usaha.

Semalam aku chat ngan satu member lama, so biasala, sebagai seorang perempuan, soalan wajib bila berjumpa atau berchat adelah 'Anak berapa dah?', 'Dok mana?' and 'Ko maintain lagi ke?'. Tang soklan terakhir tu yang selalunya aku mengelak nak menjawab sebab jawapannya adelah, 'Maintain paler otakk, badan aku dah pat persegi okkkk'. Selalunya siapa tanya soklan ni kat aku, memang konfem kena maki dulu. Tolongggggg jangan tanya ok. Aku stress!!

Mau tau sebab apa aku stress???

Sebab ini...

PICTURES REMOVED


Siapakah ini?
Yesserrrrrr. Ini la mak aku semasa kawen and semasa aku umur 17 tahun okkkkkkkkkk. Masa aku umur 17 tau, bukan masa dia umur 17.
Nak tengok muka aku masa 17 tahun?
Tak yah la, sungguh keji sekali muka tersebut.
Kawan-kawan aku yang pernah tengok gambar mak aku ni, semua tak caya ini mak aku. Dan last year, tunang Azie terjumpa mak aku kat UKM, pun tak caya itu mak aku.
Kenapa tak caya?

1. Sebab mak aku lawa (diorang kata la), aku pulak muka amat-amat LAWAK.
2. Sebab mak aku putih, aku pulak kulit Amerika-Latin (kasik sedap la sikit bunyiknya)
3. Sebab hidung mak aku mancung, hidung aku kembang takde batang.
4. Sebab mak aku muka cam Pan-Asian, muka aku cam .... malas la nak tulis.
5. Muka mak aku bujur sirih, muka aku cam buah pear.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Kenapa mak aku boleh kurus walaupun dah ada anak 3, aku anak baru umur 2 tahun setengah badan dah macam tong gas? Mengapakah????????
Mak aku time ni, perut still leper okkk, takde de menggelupur cam aku nak makan jamu ni semua. Maybe jugak masa tu mak aku rajin aerobik, siap pi kelas aerobik, tak cukup ngan kelas, balik umah, menonggeng-nonggeng depan tv ikut Jane Fonda. Bayangkan, masa aku umur 17 tahun, aku tak muat pakai baju aerobik mak aku. Kalau dulu pun tak muat, skang harammmm. Tapi dulu masa anak dara, berat aku 54kg, zaman dara dah berlalu ni, 47kg. Kira satu kejayaan la kan?:D
Mak aku dah anak 3 pun, berat still 50kg. Skang takyah citer la. Skang dah tittle nenek, so badan harusla gemuk sket. Nak kata aku ikut muka bapak aku, hmmm tak jugak kot. Maybe kot. Nak tengok muka bapak aku masa muda-muda?

PICTURE REMOVED

Everytime we all adik-beradik yang kuat gelakkan makbapak sendiri, (keji..keji...) tengok gambar ni, siap boleh mencangkung-cangkung gelak. Rasa macam kelako la pulak tengok gaya mak pak aku dulu-dulu. Dah habis menawan la tu. HUAHAUAHAUAHAUAHUAH.



Perhatikan muka bapak aku and muka jantan pakai glass kat McD ni. Lebih kurang je kan? Ini la adik laki aku. Sebijik muka bapak aku masa muda kan? Rambut je lain.

Siapakah pulak grup geng starz di bawah ini??




Ni gambar aku and adik pompuan aku with the cousins from Singapore, kat Changi Airport. Aku dulu macam jantan okkk. Bapak aku nak sangat anak lelaki, disabotajnya aku pakai corduroy ngan TShirt kolar manjang. Aku dulu jarang pakai skirt. Pakaian aku kalau tak corduroy, mesti jeans.
Nampak tak aku dengan penuh gaya mutu dan keunggulan tengah tarik suar yang dilipat tiga. Dah pakai belt pun boleh longgar lagi. Kasut siap kasut Clark for boys. Kasut tu tapak dia punyalah solid, kalau terpijak la kelingking sesaper, konfem terpekik. Rambut harus macam John Lennon. Habis smart dah tu. Adik pompan aku lak asik la dipakaikan dress, siap hairclip lagi. Adik aku yang dress putih tu. Yang jantan sorang lagi abang sedara aku and budak pompan tu cousin aku yang skang dah jadik Aussie. Bila dah besar ni, adik pompuan aku asik bantai suar sebab keje pun mechanical engineer. Takkan nak menonggeng dalam mesin pakai skirt kot...harus jadik acara mencari benda tersembunyi kang. Aku yang take turn pakai skirt skang.

Anak saper kat bawah ni, siap pegang hanjing??





posted by green apple @ 10:48 AM  
Newer›  ‹Older
Aku letih la beb, asik tidooooooo je
April 15, 2007

Ejen pun 2 x 5 ngan bibik.
Hari Jumaat lepas, dengan hujian petir kilat aku ngan laki aku gi tempuh jam kat komuter Subang Jaya nak fetch dia. 45 minit kitorang tunggu, dari hujan lebat, sampai dah benti, sampai hujan balik. Call tak dapat-dapat. Last-last dia call, kata dia belum kuar lagi dari rumah kawan dia kat Sungai Besi. Paler hanggukkkkkkkkk. Sebab aku dah tersangap-sangap mengantuk, and masa tu hujan lagi, dengan meriba 17 kilo budak gemuk lagi, so kitorang cakap datang esok je la. Suka-suka je suruh orang tunggu tapi dia tak gerak pun lagi. Cantekk muka ko. Aku suruh naik teksi kang.

Malam Jumaat tu aku tido awal gila. Jarang kalau Jumaat aku tido before 10pm, tapi hari tu kol 9.30pm aku dah terlepak atas katil sampai pagi esok. Tak tau pesal, mungkin banyak sangat keje, campur tension lagi, last week, aku letih sangat-sangat. Jumaat tu aku memang dah lembik rasa, lepas appointment ngan customer kol 4.30pm, aku cabut balik umah, tido. Bangun pun bila laki aku kejutkan nak pi fetch ejen sengal tu, pastu aku sambung tido balik.

So, yesterday, ingatkan nak wat keje opis. Tapi Redza ni mana boleh nampak muka aku kat umah, ajak round-round la, gi beli eskrim la, teman dia tengok kartun la. Sudahnya, aku tetido lagi depan tv. Sorgaaaaaaaaaaaaa...

Tengahari, kitorang gi fetch ejen tu and terus bawak pi makan. Bibik tinggal, tak kose aku nak angkut sekali. Tak sempat sampai restoran, dalam keta lagi aku dah kuarkan machine gun aku. Bersembur-sembur aku komplen sampai tak cukup air liur nak cover. Punyala banyak sangat benda aku nak cerita, aku cakap punyala laju sampai tergigit lidah okkkkk. Ni kes bengang sangat la ni.

Disebabkan dalam keta, aku dok depan, so ejen tu tak nampak ekspresi muka aku, just dapat dengat ton suara aku naik turun je. Sampai kat restoran, tak cukup ngan ekspresi muka yang ala-ala Nek Nak, siap tangan naik turun lagi. Lama betul aku tinggalkan dunia pidato, lepas geram la semalam.

Ejen tu banyak kali say sorry, siap kata dia boleh gantikan orang at no extra charge kalau aku nak. Tapi ambik masa sebulan. Ganti orang tu lain citer, yang aku kisahkan skang is kenapakah bibik sebebal itu ko bagi kat aku?

Laki aku citer la kesengalan bibik tu macamana.

1. Dia tak dapat nak bukak window, dia pi umpil ngan screwdriver sampai bengkok window aku, pastu taknak mengaku.

2. Dia pi buang leftover nasi and rambut dia dalam sink sampai tersumbat, pastu tak mengaku. Bila kitorang pam, keluar segala rambut-rambut. Bulu siapa tu? Bulu anak aku?

3. Sometimes, laki aku balik tido masa lunch hour, bila laki aku keluar bilik nak gi keje balik, elokkk je dia terlentang depan tv, tido. Laki aku pulak yang jadik segan nak melintas. Kalau aku, aku sepak je biar bergulung-gulung jatuh tangga.

4. Kalau masak, mesti nak cepat siap. Perasan dia kalau bukak api besar tu cepat masak la. Sudahnya, luar hangus, dalam tak masak, gas aku asikla cepat habis.

5. Basuh dua bijik keta, separuh botol foam habis.

6. Minyak masak 5kg sebulan je tahan. Asal masak je pakai minyak baru. Lepas goreng keropok, salin minyak. Pastu tuang minyak baru nak goreng ikan, lepas goreng ikan, minyak tu dia pi campur ngan minyak goreng keropok tu pulak. Asik la menyalin minyak, tapi minyak yg lama tu tak penah guna balik.

7. Mengemas rumah macam orang buta, apa yang nampak dek mata aje, bawah kerusi semua takyah sapu sebab orang tak nampak kalau ada sampah pun.

8. Kalau menggosok baju, tak pernah sembur air. Agak-agak baju tu payah nak gosok, dia taknak gosok, letak je tepi.

9. Kalau kitorang pi pasar malam, belikan dia mi sup, dia buat muka monyok cakap dia taknak makan, dia nak nasik. Pegi la masak sendiri kalau tembolok ko besar sangat.

10. Kuat tido.

11. Dare to ask bila aku nak unlock channel ARUNA. What the fuckkkk?????

12. Baju yang aku bagi semua dia simpan nak hantar balik Indon, kasik keluarga dia pakai. Dia sanggup pakai baju serbah-serbih kat rumah. Ingat aku nak bawak dia kuar bejalan dengan gaya sakai macam tu? Kem salammmmmmmmmm.

..dan banyak lagi la. Penat aku nak bebel. Bebel benda yang sama je.
So, lepas aku basuh ejen tu, aku bawak dia balik umah. Aku tinggalkan dia kat bawah ngan bibik lantak diorang nak berdiscuss apa pun, aku ngan laki aku beradu kat atas sampai kol 4.30pm. Pastu kitorang hantar ejen tu ke Port Klang. Ejen tu kata dia akan ada kat Mesia sampai 4/5 depan. Dalam tempoh tu, kalau nak buat pertukaran, dia akan uruskan. So, aku cakap aku bagi tempoh seminggu je lagi. Sebab aku pun taknak mati muda. Tak pasal je aku kena darah tinggi.

Lepas habis kat Port Klang, kitorang singgah kat apa ntah nama tempat tu tapi kat Bukit Rimau. Biasa la, laki aku mana leh hidup dengan tenang kalau benda yang dia idamkan tak dapat lagi. So semalam, habis lagi RM500 beli bendalah ni :




Encik Wan memang macam ni. Tu yang aku selalu bising. Padahal lampu ni bersepah-sepah tapi ntah hapa yang dia carik ntah yang payah sangat nak berkenan. Dari kat Bali lagi dia dok carik lampu ni, nak letak kat atas pagar. Dah jumpa, terus senyap. Aku pun lega sket, kalau tak, hari-hari dia dok bercerita pasal mana nak carik design lampu ni. Cukupla bang oiiiii. Rentikan. Rentikannnnnn!
Pagi ni, kol 7am kitorang dua lepak kat mamak, pastu hantar engineer yang penuh dedikasi ini pi opis. Nyampah la okkkk, Ahad pun nak kena tengok machine. Tapi takpe, kerna dia telah berjanji akan membawa pi jalan dan membeli sedikit barangan petang ni...ngehngeh.
Susah la kan dapat isteri yang materialistik. Kepada yang belum kawen, jadikanlah saya ini sebagai pedoman, Jangan sesekali tergoda dengan wanita seperti ini, nescaya anda tergolong dalam golongan orang-orang yang hidupnya akan sengsaraaaaaa!!
HUAHUAHUAH.


posted by green apple @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older
Sila lupakan hari ini, kerana esok masih ada
April 12, 2007

Tak mo citer pasal outcome intebiu, sebab kepala aku tengah bengkak dengan benda nak kena buat.

1. tender aquaculture
2. tender biodiversity
3. sebutharga microbiology
4. proposal halal-haram lab
5. proposal PCR aquaculture lab
6. proposal protein lab
6. molecular promotion
7. life science training and workshop
8. trip to Kuching + Bintulu
9. trip from Perak up to Bukit Kayu Hitam
10. appointment at Fisheries
11. sales report and analysis

Semua sakaratulmaut di atas harus dibereskan by next Friday. Berapa harikah lagi tinggal? Aku malas nak kira.

Hari ni memang hari yang sangat bizi, sangat suwey, sangat macam cilaka.

Pagi dah la ada intebiu. Pastu aku rush balik opis sebab nak siapkan proposal untuk lab kat Bintulu. Tengah-tengah elok aku wat keje, customer aku panggil nak discuss on microbiology lab setup. So, aku pun drive le ke Nilai. By the time aku masuk opis balik, dah kol 4pm. Sampai je kat meja, berderet mesej. Antara yang haramjadah ialah mesej dari customer aku yang gila babi punya fussy tahap goblok, komplen apesal deep freezer tu bising walaupun dah 6 kali engineer aku pi godek-godek mesin tu.

Benda ni memang bukan tanggungjawab aku sebab engineer punya keje. Tapi disebabkan nasib aku sangat malang dapat customer yang jenis tak paham bahasa inggeris mahupun melayu asli. Setiap benda yang ada compressor memangla akan bunyik bising sket. Takde la bising mana pun. Biasa la, kalau fridge kat rumah tu pun kadang-kadang dia ada bunyik jugak kan? Tapi jarang sangat-sangat and kalau bunyik pun takde la macam siren keretapi.

Tapi sebab MD dia macam baguss ingat dia sorang je beli machine harga 35K, so belagak la ngan aku. Balik-balik ungkit 'you think we are talking about RM50 ke?'. Balik-balik ayat ni je dia rewind kat telinga aku. Deyyyyy macha! Kalau RM50, skang jugak aku bayar balik kat ko la. Takyah aku susah-susah sedekah telinga aku untuk dengar maki hamun ko. Dah la compressor tu kat bahagian atas freezer, pastu compressor tu takde cover, of course la akan berbunyik sket tapi takde la sampai boleh pecahkan tulang osikel, buduhhhhhh.

Pastu satu lagi customer yang hamattttt buduh call.
'Apesal engineer you datang sini tapi tak buat testing and commisioning?'

Aku pun call la engineer aku.
'Awat hang tak buat TnC?'

Engineer aku cakap, ade ke patut, kita nak commision freezer yang ada CO2 backup, tapi customer tak sediakan CO2 tank and liquid nitrogen, alih-alih nak suruh commision. Nak test apa kejadahnya? Nak cucuk je cable pastu sila buat-buat macam benda ni berfungsi dengan baik. Ko ingat ni main masak-masak aper?

Itu takpe lagi, time engineer aku nak sumbat plug, carik punya carik, power point plug takde. Engineer aku pun tanya la mana suis? Selamba tapir je cakap 'Eh, itu bukan tanggunjawab awak ke nak sediakan power point plug?'.
Paler otakkkkkkk ko!
Ade ke pi buat lab, tapi sebijik power point plug pun takde?
Lojik tak, ko beli rumah, pastu time nak pasang lampu ngan kipas, tukang pasang tu yang akan tebukkan dinding ko pasang wiring? Ade??
Ko ingat kompeni aku jual plug?????
Ni la dia kalau deal ngan orang yang ada double degree. Payah kalau bercakap ngan orang yang blaja tinggi-tinggi, tapi bodohnya bertingkat-tingkat.
Nama je lecturer, tapi TUUTTTTTTT *sila isi nama binatang yang sesuai*

Selesai betekak ngan kumpulan orang-orang bodoh sombong, aku pun nak sambung buat keje. Pastu lagi satu customer aku call tanya boleh tak readykan HCl and nitric acid dia esok. Baru aku teringat barang-barang tu ada 15 botol yang setiap satunya 2.5L. So, macamana aku nak hantar? Keta aku mana muat. Kalau muat pun, cehhhh, apa pulak aku yang hantar? Gilo apo? Melendut spring keta aku kang. So, aku tanya operation, esok hantarkan bendalah ni ke Sepang, urgent. Operation kata, kalau Sepang diorang takleh hantar.

Sebab?

Sebab tak boleh.

Habis lori 3 bijik kat depan tu buat apa? Statue of Liberty? Memang pantang nenek moyang aku, kalau aku tanya KENAPA, orang bagi jawapan yang tak kukuh. Disebabkan aku dah malas nak terpekik kat orang petang-petang, aku mengadu kat COO aku. So COO aku sambung pekik bagi pihak aku. Ade ke barang ke Sepang operation suruh hantar guna courier? Taikkkk.

Hari ni memang satu hari aku bengang sampai skang migrain aku tak hilang lagi. Aku nak wat keje pun takde mood. Nak pi keje esok pun malas. (hari-hari pun malas sebenarnya). Dah la appointment petang esok satu keping proposal pun aku tak buat lagi. Busy busy busy. Apesal aku keje macam hanjing tahun ni ha? Tahun ni tahun hanjing ke?

Esok ejen bibik aku datang. Hmmmm....aku dah siap listkan apa benda aku nak basuh ejen dia esok. Siap guna Excel format, ada ruangan 'description' and 'remarks' lagi. Mungkin esok masa aku basuh ejen tu aku siap bawak laptop letak depan so, segala komen akan direkodkan. Macam buat minit mesyuarat kan? Tapi betul apa, kira meeting la jugak ni kan.

Wokeh, saya dan suami sangat bersedia untuk perbahasan malam esok. Doakan saya menjadi pembahas terbaik.

posted by green apple @ 11:24 PM  
Newer›  ‹Older
Bodo + Bengang + Taknak keje
April 11, 2007

Esok aku ada interview kat pharmaceutical company. Masalahnya..aku tak nak pharmaceutical!!!
Tapi laki aku suruh try. Dia la yang beria-ia suruh aku tukar line.
Subject biomedic aku cuma ambik Immunology je, apa kes aku nak masuk pharmaceutical line nih?

Sayang la nak lepas Biotech. Penat je aku blaja Biotech, nak dapatkan selai kertas bernama ijazah in Biotech tu sampai 15 jam aku lepak dalam lab satu hari. Penah one day, aku kat lab nak dekat 10 jam alih-alih time nak run gel, lab blackout. Macam nak terjun bangunan je aku rasa. Now nak suruh aku tukar ke Biomedic pulak.

Dah la kat opis keje menambun. Sampai bawah meje bersusun kertas tender. Seb baik ada orang blanje lunch Secret Recipe tadi. Mekasih Ogy. Nanti kita lepak TGI pulak wokehhh? Wan dah bagi green lite nak lepak ngan ko nih.

Malam tadi aku taknak masak. Lepak mamak makan murtabak daging. Lazartttttttttt.
Pastu laki aku ajak round tempat nak interview esok. Macam hampeh jalan nak pi sana. Malam pun sesak. Aku tak tau la siang macamana punya pack.

Aku taknak la join pharmaceutical!!
Taknak!!
Bukan aku takleh buat, tapi aku sayang sangat ngan Biotech ni. Dah ala-ala otai dalam Biotech ni. Malas la dah tua-tua nak selak buku balik baca apekah itu koronori bypass?
Apekah standard blood pressure?
Kenapa kencing anda warna kuning?
Bagaimana sembelit terjadi?
Apa kejadahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh???

Malam ni aku blow je ngan laki aku. Memang tak dinafikan laki aku sangat-sangat supportive and dia memang sukakan challenge. Tapi boleh tak ko jangan libatkan aku dalam arena challenge-menchallege ni? Aku ni jenis yang sukakan comfort, bak kata Kak Ogy Ahmad Daud - comfort zone. Kalau dah terpaksa baru aku akan sahut cabaran. Ni belum terpaksa lagi.

Dah la nak pi sana sesak. Jalan sempit. Parking susah. Kawasan padat ngan manusia.
Dah mula la benda remeh-temeh pun aku nak berkira kalau dah tak suka tu.

Yang si pompuan yang call aku tadi pulak satu hal, takde la nak bertanya adekah anda free esok untuk diintebiu?
Terosssssssss je, sila datang esok pagi kol 11, datang awal untuk isi form, bawak certificate and resume, dress sharp.
Hoih!!! Boleh tak tanya dulu aku free ke tak esok? Tau la ko nak offer aku keje, tapi skang ni aku pun tengah bekerja gak. Ko ingat aku membongkang kat umah?
Tanya la dulu convinient ke nak diinterview esok. Kot dibuatnya esok aku kena summoned gi mana-mana ke.
Bodo la. Dah besar pun bodo.
Huru-hara aku carik certificate aku. Mana ntah aku campak.

Ni laki aku awal-awal dah tido. Purak-purak la tu. Bengang la tu aku taknak pi interview esok.
Elehhhhh, merajuk ngan aku konon.
Tau tak ko memang tak pernah bertahan nak merajuk ngan aku lebih dari 15 minit? Aku cum aperlu gesel dia sekali je..terus sengihhhhh.
Simple okkkk, just like this! *sambil petik jari*

Tadi kat opis, dah nak balik dah, bos aku panggil.
Rupa-rupanya nama aku dah listed kat HR sebagai manusia paling keji perangainya kerana mengambil EL 3 kali dalam sebulan.
Pukimakkkkkkkkkkkkkk!!

Cuba renungkan...

EL pertama :Bibik aku sakit mata. Aku sedar dia sakit mata hari Ahad. So, aku inform bos kata maybe esok (Senin) aku ambik one day off sebab bibik aku sakit mata, so aku kena look after Redza. Kompeni aku (tak tau la kompeni korang), AL kena issue 3 days earlier. So kalau tetiba esok nak cuti, itu kira EL. Sama la kan cam kompeni korang?

EL kedua :
Redza jatuh tangga hari Ahad, berjahit. So aku inform bos aku on the same day yang aku akan off satu hari esoknya sebab nak monitor anak aku, kot esoknya demam ke, muntah ke.

EL ketiga :Aku out for sales pagi straight from home. So dalam kol 1 lebih camtu, aku rasa tak larat sangat sebab first day period, senggugut. So aku call bos kata aku ambik EL half day.

Soalannya.
Salah ke aku ambik EL?
Benda-benda kat atas ni semua boleh dirancang ke?
'Oh! Bibik saya akan menghidapi penyakit mata lusa. Saya harus mengapply AL hari ini'.
Boleh?

Aku kata kat HR, aku tak kisah kalau diorang tak bagi aku hak untuk dapat EL. Tolak la AL aku tu. Ingat aku heran sangat ke ngan AL yang 14 hari tu? Selama ni pun aku tak carry forward cuti pun.

Bingaila pulak budak HR ni. Ada ke cakap kat aku 'Nevermind, you will be entitled for EL if you can provide us the medical receipt and MC of your maid'.

Hoih! Ni bangang ke, purak-purak jadik bangang?
Ape kejadahla bibik aku nak dapat MC? Meh sini aku siat kulit pantat ko. Nak buat lawak ngan aku pun biar lawak yang profesional. Aku takde masa la nak gelak-gelak kat lawak bangsat macam ni. Jangan kasik aku bengang okk.

So, tadi aku terus letak application form of AL. Habis citer. Kalau still nak listkan nama aku, ko buat la. Letak nama aku atas sekali biar pueh hati. Siap nak bagi kaunseling, detention bagai. Elok-elok aku tak buat hal, ko saje nak carik hal ngan aku. Jangan, aku buat betul kangggggg.

Ok, aku takde mood nak tulis panjang. Kang makin panjang aku tulis, makin berbakul aku mencarut kat sini.
Esok intebiu...intebiu..intebiuuuu.

posted by green apple @ 11:53 PM  
Newer›  ‹Older
Apa hadiah aku nak beli untuk hubby aku?
April 09, 2007

Monday.
Monday blues.
Monday syndrome.
Monday morning, and I was thinking to take a sickie...again.

Padahal keje aku melambak tau tak. Tapi aku memang malasssssssss nak gi office. Tapi sebab aku takde alasan nak menipu, so gi jugak la opis, sluggishly.

Sejak meeting Jumaat lepas aku memang dah hilang selera nak masuk opis. Aku rasa macam dah takde future dah kat sini walaupun sebenarnya tempat ni la yang buatkan aku dapat apa yang aku ada skang. Lately, management macam syiallllllllllllllll. Sistem macam pukimakkkk.

Hari ni kol 3.30pm aku dah cabut. Dah la opis panas. Aku pun heran nagn opis aku ni, building sket punya gempak, siap public listed lagi. Tapi...hmmm malas la nak mengumpat. Tunggu aku blah dari sini, aku buat 50 dalil mengapa kompeni ini harus dibangkrupkan.

Bulan depan genap 6 tahun aku kawen. Yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
So, now ni laki aku tengah dok survey tempat nak berhoneymoon buat kali keenam. Aku dah bagitau laki aku, dalam setahun, 2 kali pi melancong, satu dalam negara, satu luar negara, TETAPI honeymoon adelah tak termasuk dalam 2 kali melancong ni. Honeymoon pakej lain. So aku tak tau lagi nak pi mana, maybe yang terhampir sekali sebab aku takleh nak bazir-bazir cuti tahun ni. Dijangkakan tahun ini aku akan kembali aktif gi intebiu setelah 4 tahun berehat dari aktiviti tu. So, kena simpan cuti. Melancong tu aku tak kisah, yang aku kisah, apekah menatangnya aku akan dapat from laki aku tahun ini.

1. Adekah perfume lagi?
*REJECT*
2. Adekah kasut lagi?
*REJECT*

3. Adekah jam?
Sorry, aku tak suka pakai jam, aku cuma penah pakai 3 jam seumur hidup, Rolex, Guess ngan Swatch. Ketiga-tiganya bukan aku yang beli. Dan ketiga-tiganya dah mampus takde bateri. Rolex tu sebenarnya nenek aku yang punya. Tak caya nenek aku pakai Rolex????? Aku pun tak percaya sebenarnya. Bila nenek aku pakai jam tu, aku kenen kat dia, aku cakap 'jam ni jam orang muda la nek, nenek tinggal sorang kat rumah, kalau orang kerat tangan baru tau'. Dan-dan tu jugak, servis bertukar tangan.
Aku memang takkan beli jam dan sangat benci memakainya.
*SANGAT-SANGAT REJECT*

4. Adekah handbang lagi?
Ini aku suka, tapi mustahil untuk mendapatkannya sebab beg CR tu blom 6 bulan aku pakai. Rasa cam nak koyakkan zip beg tu so ada chance beli yang baru. Tapi cara itu sungguh dajal sekali
*REJECT*

Aku sebenarnya nak flowers..:D

Last aku dapat bunga from him tahun lepas, bulan berapa dah lupa. Tapi masa tu 23 haribulan. Kan dulu aku penah cakap every 23 haribulan tiap bulan kitorang akan celebrate our first date. So masa tu dia siap hantar bunga lily (aku suka lily) dalam bakul, hantar kat opis. Pastu call aku suruh balik awal, rest. Sebab dia dah book movie tiket nak tengok midnite. Aku pun tersenyum simpul dah bayangkan sure citer romatik romen-romen ni. Hahahahahha gatalllllll. Masa dalam keta on the way nak pi cinema, aku tanya 'Abang book citer apa?'.
'Citer King Kong'.
Romantikkah menonton seekor beruk sempena anniversarry?????
Apekah beruk itu telah menjadi lambang tugu sebuah cinta?
Macamana aku boleh terpikat dengan dia ni???

Hmm..tapi takpela, sekurang-kurangnya ingatan tu ada. King Kong pun King Kong la. Aku jugak yang terlebih-lebih pekik dalam cinema tu. Dulu aku selalu kuar dating berdua sebab bibik yang dulu superb, aku tak kisah tinggalkan Redza malam-malam pun. Bibik skang jangannnnnn. Aku pulak yang macam King Kong kat dalam rumah tu asik terpekik kat dia.

Camne nak hint kat laki aku yang aku nak lily lagi?
Sebenarnya membazir je kan kalau dapat bunga. Tapi tak tau pesal, macam best je. Masa aku keje kat MOSTE dulu, ada satu time tu aku dapat sekali 2 bouquet bunga from him. Dia order from Japan. Zana, ko ingat tak Zanaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????

Satu bouquet tu ada 44 roses. Dan aku kena usung bunga-bunga tu balik umah naik komuter okkkkkkk? Malu aku. Semorang dalam komuter tu dok pandang-pandang.
Ala, aku tau dalam hati sure jaki sambil berkata 'Elehhh, pompuan ni, muka dah selenga, mesti bunga tu dia beli sendiri pastu belagak tunjuk kat orang'.
PTUUUIHHHHHHHH!

posted by green apple @ 10:44 PM  
Newer›  ‹Older
kukukukukukujua
April 07, 2007



Bila kita boring, kita tend untuk melakukan perkara-perkara tak berfaedah seperti menonton vcd lucah, blogging, chat kat YM, mengumpat jiran sebelah punya daun kering masuk dalam rumah aku, mengorat mamat bangla lalu depan rumah, bergayut kat tepon tapi bil tepon orang lain yang kena bayar, melarikan diri dari rumah bersama pakwe, berkahwen tanpa pengetahuan ibubapa...apa benda aku merepek ni??

Gambar kat atas tu adelah hasil dari aktiviti luar kawal.
Memandangkan aku tengah period, jadik aku pun menconteng tangan sendiri.

Pastu tunjuk kat laki aku.

'Bang, ok tak?' sambil senyum-senyum mintak kena puji.

'Buat sendiri ke? Hmm...ok, cantik. Tapi kalau kuku panjang lagi nampak cantik.'
'Ishhh...mana boleh simpan kuku panjang, hukum dia macam bela babi sekandang'.
Laki aku diam tapi pandangggggggggggg je muka aku sambil buat muka tertekan.

'Habis yang awak conteng-conteng kuku ni apa hukumnya?'
Errrr.....

posted by green apple @ 12:39 PM  
Newer›  ‹Older
Stress

• Anxiety
• Absenteeism
• Depression

Those are the things that i am suffering with now. Signs of job stress!!
Memang aku tengah stress sangat-sangat ngan job aku skang.

Semalam monthly meeting, macam biasa sorang-sorang kena bambu. Walaupun aku tak kena teruk macam orang lain, but bila seorang manager kena sound dengan COO depan staff lain, secara otomatiknya menampakkan aku la yang paling teruk kena bambu. Meeting commenced at 9am sampai 10.30am. Sejam setengah je, tapi memang raise up my blood pressure up to the roof. Cibai la.

Apesal sampai April ni you cuma dapat achieve RM200K je?
Ada problem?
Apesal i tengok u macam tak cukup tangan?
Apesal i tengok u terkejar-kejar buat kejer?
Kalau ikut corporate rank, u memang kena tau. Mana boleh u yang keluar untuk bawak sales masuk?
U kena pandai delegate kejer kat staff.

Aku diam.
Sebab aku rasa kalau aku cakap pun, takde effect.
Bukan nak buat perubahan. Balik-balik costing, balik-balik costing.

Boleh tak aku jawab semua soklan ni dengan satu resignation letter?

Aku letihhhhhhhhhhhh maaa.
Nak hit 2.5M, tapi 3/4 of it semua aku kena buat, ape kesss?
Aku dah penat okkkk balik-balik aku kena bawak profit untuk kompeni. Macam hanjing keje camni.
Aku suruh bawak masuk budak-budak yang benar-benar kaw, ko taknak.
Ambik risiko bawak masuk segala budak-budak yang tahapa-hapa background yang tak related, pastu asal meeting je, pandang aku suruh explain.

Nak explain mende?
Aku suruh ambik budak Biotech taknak.

'Budak biotech semua taknak join sales. '
Memang la diorang taknak, abis ko offer gaji rendah saper yang nak?
Nak cut cost ambik budak IT la, budak art la suruh buat biotech? Pastu budak-budak tu tak pasal-pasal kena masuk lab blajar technical things. Kalau aku pun boleh biul. DNA pun tak tau apa kejadahnya tetiba nak suruh pahamkan DNA extraction, PCR, cloning and all.
Bangkai la.

Macamana diorang nak approach customer taraf Professor? Dibuatnya Prof tu tanya merepek-repek pasal chromatography ke, protein ke, RNA ke, nak jawab apa? Nak menyeringai depan Prof tu? Sebab tu la budak-budak ni semua nama je Sales Exec, tapi semua pakat dok dalam opis, buat telemarketing. Ingat diorang berani ke dengan zero knowledge pasal biotech, tau-tau kena bagi ceramah kat Professors pasal protocol. Kena gelak ngan Prof la jawabnya.
Lepas tu kena blacklist. Hantar sales macam babun jumpa diorang. Kalau aku pun, aku perambat suruh balik makan nasik lagi berpekdah.

Payah la kompeni aku ni sejak tahun lepas. Benda merapu-rapu yang dia implement. Reorganizations la, takeovers la, mergers, downsizing bla bla bla. Ni semua contribute to major stresses. Aku tak tau la kalau orang lain tak rasa. Tapi aku yang dah senior ni sangat-sangat terasa macam nak pecah kepala aku cuba tolerate ngan suasana baru yang macam gampang ni.

Paling aku bengang sekali, tak berpijak di bumi nyata. High demand for performance! Very unrealistic expectations which, puts unhealthy and unreasonable pressures on the employee. 2.5M untuk department aku sorang? Kalau takde limitatations takpela. Ini tak.

'Oo, dealer you tak boleh handle'
Sebab?
'Sebab memang tak boleh, fullstop.'

'University pun tak boleh.'
Sebab?
'Sebab memang macam tu, u tak boleh enter universities market.'

'U handle colleges.'

Cipan!
Colleges most of them offer general biology. Kalau setakat nak suruh aku handle general biology, apa itu vertebrata, apa itu invertebrata, apa itu peristalsis bla bla bla....takyah ambik aku keje la. Ambil budak fail SPM pun boleh okkk.

Macamana benda-benda taik macam ni tak develop tremendous stress and suffer kat diri aku? Workload memang takyah cakap la, aku ni manjang je mengadap laptop 24/7. Dah tau aku tekejar-kejar, dah nampak aku asik busy sampai takde masa nak evaluate keje staff, boleh tak ko ambik a few more staffs so that aku takyah kuar lansung? Biar aku dok opis buat monitoring. Dah la working hours pun odd semacam, start at 8.30am balik kol 6.15pm. Macamana la employees tak physically and emotionally drained? Aku lagi rela kena sexual harassment dari jadik pencacai macam ni. Sekurang-kurangnya, aku boleh sepak telur sex maniac tu. Pueh ati.

posted by green apple @ 12:32 PM  
Newer›  ‹Older
Apa aku nak buat dengan bibik ni? Rasa nak pelempang sekali la.
April 05, 2007

Semalam was a very long day. Walaupun aku touched down kol 6++pm, tapi sebab kol 5.30pg aku dah bangun and merayap kat highway drive sensorang sambil bukak mp3 sampai ke volume 24, so semalam adelah sangat-sangat sangat-sangat leteyyy. Aku rasa plan aku nak tengok 'Jangan Pandang Belakang' tak jadik la. Cara-cara pukul 6.30am bawak keta sorang-sorang pun aku dah kejap-kejap pandang side mirror, pandang seat blakang, tak leh jadik ni. Harus kensel angan-angan nak tengok movie tu. Itu baru drive kol 6.30pagi, belum lagi kot aku kena bermalam kat hotel sorang-sorang pas ni. Kalau aku lepak Bintulu, aku konfem akan lepak kat satu hotel ni yang aura spookynya amat tinggi! Kang mula la aku terbayang ada pompuan takde kepala kat bucu dinding la, kepala bergolek bawah katil la. Dah, dah, stop!!

Sempat gak la aku lepak rumah mak metua aku semalam. Gi Tganu la katakan. Siap beli kepok bagai. Masa lepak kat umah mak metua aku tu, terkeluar la cerita pasal bibik aku. Mak aku cakap masa kitorang gi Bali last time, ambooooooooooooooi, dia bantai tido waktu siang sampai bengkak-bengkak muka. Rupanya selama ni, dia tak mandi pagi pun, agak-agak time aku nak balik dari keje tu baru la dia mandi, time tu jugak la dia sibuk nak menyapu mengemop semua. Ooooooo..tu macammmmm.

So, kebetulan today aku plan nak lunch ngan laki aku. Tapi aku tersampai area Shah Alam awal sangat, so aku singgah umah jap tapi aku tak call bibik kata aku nak balik. Elok je sampai umah, bell pun aku tak tekan, aku terus ketuk pintu depan. Mencicit dia turun. Bukak je pintu, aku tengok dia dengan mata merah, muka melekit tak mandi lagi, rambut macam pompuan baru lepas kena rogol.

Aku : Tido??

Bibik : Mana ada (siap tinggi suara kat aku ni. Macam aku pulak bibik dia). Baring aje.

Cilaka tak jawapan? Boleh tak kalau nak menipu tu, ko pegi sikat rambut ko dulu, basuh muka pastu turun bawah bukak pintu? Ingat aku bangang macam ko ke?

Itu satu cerita. Takpe, aku malas nak bising sebab perut aku pun sakit, senggugut.
So aku naik atas, tengok Redza, pastu aku masuk bilik jap.
Sekali aku tengok plastik gula-gula Redza makan semalam elok je atas lantai lagi.

Aku : Bik, atas ni dah sapu ke belom?

Bibik : Atas mana? (Ko ingat umah ni 3 tingkat ke dol???)

Aku : Atas ni la, bilik akak ni dah sapu ke belum? Plastik gula Redza ni ada lagi atas lantai.

Bibik : Atas tak sapu. Memang tak sapu.

Aku : Apesal boleh memang tak sapu? Kenapa mesti tak payah sapu?

Bibik : **diam** (masa ni dia bukan reti nak turun bawah ambik penyapu, dia boleh lepak pulak dengan anak aku main lori. Dia ingat aku menyanyi agaknya kat telinga dia)

Ko tak hangin bila dengar jawapan dia yang macam gampang tu???
Aku ni dah la migrain, senggugut lagi. Sekali aku hayun siku aku kena kat tengkuk ko, tersadai 4 bulan kat spital okkkkkk?

Last Sunday, mak aku datang umah nak tengok cucu. So masa aku tengah readykan minum petang, mak aku guna toilet bawah. Lepas dia kuar, dia tanya apesal bilik air aku tu air kat bawah tu bergenang? Tersumbat ke?

Aku terus pandang bibik. Sebab dia sorang je guna bilik air bawah.

Aku : Bik, apesal ngan bilik air. Tersumbat?

Bibik : (taknak pandang muka aku, buat-buat bizi) Entahla kak, tak tau kenapa tersumbat.

Aku : Apesal tak tau pulak? Ko sorang yang guna bilik air bawah, bukan ada orang lain guna. Dulu tak tersumbat kan? (suara aku dah memang high pitch time ni)

Bibik : Dulu tak. Entah, tiba-tiba tersumbat.

Aku : Mesti ada sebab. Apesal dah tersumbat tapi tak bagitau?

Bibik : Tak tau macamana nak dibagitau.

Aku : Sebab benda tu tersumbat ko yang buat kan? Sebab tu ko tak tau macamana nak bagitau kan?

Aku bukan suruh ko repair, bangangggg. Aku suruh ko bagitau pun payah?
Bibik aku ni kan, apa benda dia sentuh memang berkecai. Jenis yang suka paksa. Hose kat lawn pun boleh patah dia kejekan. Ko main wushu dengan hose tu ke aper? Tingkap hall bawah pun camtu. Dah ketat takyah la ko tarik lagi, ko benti la takat mana yang tingkap tu boleh rapat, pastu laki aku balik ko bagitau la tingkap tu ketat. Ini tak, dia pi tarik sekuat hati sampai patah pemegang tu. Pastu bila aku tanya kenapa patah. Dia kata tak tau macamana boleh patah. Semua aku tanya, semua dia tak tau. Aku rasa rumah aku ada hantu kot tahun ni.

Aku paling blow kalau aku tanya sikit, dia mesti tinggikan sore. Cantekkkkk muka ko. Macam ko pulak bayar gaji aku. Nak je aku record suara dia masa menjawab tu and letak kat sini, biar korang dengar, sakit ati ke tak. Aku rasa sesiapa yang follow blog aku ni, tau macamana aku bengang gila ngan bibik blur ni. Dari mula aku ambik sampai skang, memang failed! Konfem cukup je setahun, aku perambat dia suruh balik. Tak kosser aku nak mengadap muka dia hari-hari. Dah la masak pun aku jugak kena buat. Sangat menjadi tuan besar, aku pulak masak untuk dia.

Last 2 days kot, aku ni masak la telur ikan masak lemak cili api. So, aku nak ajar dia. Next time, kalau aku balik keje lambat dia dah boleh buat sendiri. Aku ajar la dia memula tumis bawang, cili api pastu masukkan santan, then air sikit, asam keping, kunyit pastu kacau. Aku dah kata KACAU SAHAJA. Jangan masukkan apa-apa kalau aku tak suruh. Aku lepak kat hall jap. Selang 5 minit dia jerit dari dapur, 'Kak, nak masukkan telur ikan tak?'. Aku cakap 'JANGANNNNN'.

Pastu selang seminit, aku masuk dapur aku tengok dia dah masukkan telur ikan. Aku pandang dia, 'Apesal masukkan? Dengar tak akak cakap jangan tadi?'.
'Dengar', dia jawab.

'Dah tu? Tak paham bahasa? Ke pekak?'

Sorry la beb, aku memang kasar sikit kalau deal ngan orang bangang tahap babun ni. Ni bebal kuasa duoploh empat ok?? Jangan la aku mengandung masa dia ada kat umah ni. Aku takut terkenan je.

posted by green apple @ 10:25 PM  
Newer›  ‹Older
Entry geli dari pompuan gedik
April 03, 2007

Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leaving my life in your hands
People say that I'm crazy and that I'm blind
Risking it all in glance
How you got me blind is all a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

I don't care who you are
Where you're from
What you did
As long as you love me
Who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as you love me

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we were meant to be

I've tried to hide it so that no one knows
But I guess it shows
When you look into my eyes
What you did and where your coming from
I don't care, as long as you love me, baby.


Siapa tengok AF5? Aku bukannya follow sangat Diari AF dari dulu sampai skang. Tapi semalam sebab aku letih sangat, so lepas maghrib, aku layan tengok berita pastu tengok Diari AF jap. Sekali ada budak dapat lagu BSB, saper budak tu aku lupa.

O-la-laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Berpandangan jap aku ngan laki aku. Mengapakah pandang?
Sebab lagu ni besttttttttttttttt sangat. Dengan lagu ni la laki aku propose aku okkkk.

Oh karatsnya aku!

Aku kenal laki aku kat chatroom, so lepas 9 months chatting, dia konon nak propose aku la ni. Gilo apo. Dah la tak nampak muka aku camne, kot senget ke, senget tang otak tu memang dah pasti. Gamble je. Yes, bukan kawan-kawan dia yang tak approve, kawan-kawan aku pun tak approve sama. Sebab masing-masing kenal kat chat je. Selalunya kalau chatting ni 20% je kita boleh percaya. Even parents aku pun tak approve memula. Mak aku siap pasang spy nak tengok laki aku ni macamana orangnya, keluarga dia macamana and all. Dasyat gila mak aku. Apa dia ingat anak dia taraf Lady Di? Tapi, aku tak salahkan mak aku, dia tau apa yang terbaik untuk aku. Actually aku pun cuak sebab dia datang dari a well-known and wealthy family, so banyak sangat benda yang aku pikir, entah-entah dia ni nak pedajal aku ke, sok lusa dia pasang gundik ke, aku awek spare part dia yang ke tujohblas ke. Tapi tak tau pesal, aku aware benda ni, tapi aku macam sense something good bila everytime aku chat dengan dia.

That day, tengahari, masa tu we all tengah chatting, aku kat rumah balik cuti, dia still kat Japan. The nite before tu, dia dah janji nak chat lagi esoknya, so okla, aku pun tunggu depan PC. Mano la jantan ni tak masuk-masuk. Alih-alih dia masuk chatroom jap and suruh aku log off. Dia nak aku offkan internet. Rupanya dia nak call.

Kimutaku : Apesal aku bagi hint kat ko, ko buat bodoh?

Freeda : Eleh, ko ingat aku bangang sangat la nak percaya hint ko tu? Blaaa..

Kimutaku : Apesal? Ko tak percaya aku cakap aku suka kat ko?

Freeda : Malassssssss

Kimutaku : Ooo, ko nak aku cakap depan-depan? Ok takpe, now aku nak cakap kat ko, aku suka kat ko. Aku nak ko jadi special. Skang ko nak cakap apa?

Freeda : (diam)

Kimutaku : Dengar ni...(masa ni dia bukak lagu BSB)

Freeda : (diam) tapi sengih macam nak rabak mulut, sambil hentak-hentak kaki kat lantai sebab sukaaaaaaaaaaaaa sangat. Gatal!!!

Takde la gempak sangat kan? Tapi that's the most memorable moment that I will never forget for the rest of my life. Sebab???

Sebab sebenarnya intention aku is to main-mainkan dia. Lagipun aku tak kosser nak jiwang-jiwang dengan dia sebab time tu aku tengah tsumawi, eh! silap, sambil pandang Sumie yang tengah sengih, tsunami ngan bf bodoh. Masa tu aku tengah lalui satu keadaan yang boleh dikatakan a very horrendous love problem yang aku payah nak lupa sampai skang hingga ke tahap trauma. Sampai 4-5 bulan lepas kawen aku still termimpi-mimpi macamana bf bodoh tu belasah aku.

Lagipun macam tak logik je kan, duduk overseas lepak ngan member-member pompuan yang sama tetiap hari, pastu aku tengok kat chatroom macam buaya darat semacam je si kimutaku ni, takkan takde awek kan, takkan tak sangkut kat mana-mana member dia kat sana kot? Paling-paling pun gundik.

**kimutaku and freeda tu our nickname kat chatroom ALAMAK dulu**

Aku dah kata jangan ayat, ko nak ayat jugak. Nak sangat...hambikkkk. Aku layan je laaaa. Sian, budak lelaki kesunyian di rantau orang.

Tu la, nak main-mainkan konon, sudahnya ko yang kena main ngan dia skang. Last-last jadik roommate aku!! Roommate okkkkk.

Sampai skang kalau lagu ni kuar kat radio je, mesti we all pandang each other and senyum. Lagu ni memang takkan ada dalam list MP3 kitorang, saje taknak letak. Kalau selalu dengar tak mesraaaaaaaaaaaa. Aku dah get ready nak jiwang depan tv Sabtu ni. Kalau budak AF tu tak deliver lagu dengan dengan baik, aku hempokkkk!

Eeiiiii..macam geli je kan propose guna lagu. Dah la lagu orang. Cubala cipta lagu sendiri kot ye nak mengorat pun.

Tapi aku ada buat satu benda yang laaaaaaaaaaaaaagi geli.
Kitorang penah bergayut 3 jam, long distance call pulak tu, lantak, bukan aku bayar.
Mula-mula borak-borak, pastu tu gelak-gelak, pastu sesi karaoke.!! Kitorang nyanyi lagu 'Dua Jiwa Dua Benua - A to Z'.

"...Terbina cinta dua jiwa
Berjanji setia selamanya
Walaupun kita jauh terpisah benua
Hanya kau yang satu, yang ku rindu, sayangku..."


Seresssssssss geli!!!
Tobat aku tak buat dahhh.

Dah, aku nak type lagi pun rasa geli. Entry yang sungguh geli!

p/s : Esok aku fly to Tganu, day trip for bussiness trip.
Kalau penat aku tak hapdet.
Kalau tak penat pun aku tak rasa aku nak hapdet..sebab aku malassss.

posted by green apple @ 4:42 PM  
Newer›  ‹Older
Panglimaku kecundang lagi
April 02, 2007



::Mata anak aku tu dah la sepet sejak azali, ko pegi balut betul-betul bawah mata, dah macam bengkak pulak jadiknya. Gambar atas tu right after lepas jahit. Aku tanggalkan baju dia semua sebab penuh darah. Gambar bawah, lepas makan ubat, terus tetido depan tv. Teddy tu kesayangan dia. Dia panggil teddy tu 'baby Redza'. Sian anak aku, berangan nak dapat adik::

Nampak????

Macamana aku tak hangin kalau dok umah. Aku ni kalau weekend hajat di hati tu nak la bersenggang, bersantai. Elok je aku tengah nak baca paper, panglima aku ni jatuh tangga. Aku punya pekik takyah story la, jiran-jiran semua dah jenguk kat tingkap, get ready ni ape pulak la yang terjadik kat umah sebelah.

Dah tau badan tu macam humpty dumpty, tak stabil, lagi mau angkat truck dia turun ke hall. Truck tu dah la besar gedabak, dia still nak angkut ke bawah jugak. Bergolek-golek jatuh depan mata kitorang. Masa laki aku turun tengok dia, darah dah menitik-nitik. Bila laki aku cakap 'darah lagi Di', aku dah lembik okkkkk.

Redzaaaaa...boleh tak tolong jangan lasak sangat? Ni bukan orang buat tau, ni dia buat diri sendiri. Aku tak dapat nak bayang la kalau dia dah sekolah esok. Punyala aku cukup takut dulu kalau doktor tergunting anak aku ke, tersiat kulit dia ke masa bersalin. Skang dia pulak yang over buat stunt sampai kejap berjahit sana, berjahit sini. Seronok ko ek dapat gabrakan mak bapak ko tetiap hari?

Masa lepas jahit tu, Dr pesan kalau dia tak katif atau muntah-muntah bawak ke hospital balik takut ada clot kat dalam. Hmmm..tak sompek Dr tu nak abiskan ayat, dia dah terkinja-kinja atas kerusi hop from one seat to another. Camna aku tak panas???? Bila aku marah, dia boleh cakap 'Redza tak sayang mama, Redza sayang papa'. Cantekkkkkkkkkk muka ko. Ko ingat kalau ko berak bapak ko nak basuhkan? Aku jugakkkkkkk.

Aku cukup seriau dengan Redza ni la. Anak aku sorang ke yang hyper macam ni? Aku tak penah pulak dengar mak orang lain hari-hari terpekik marah anak. Jiran mesti ingat aku mak tiri.

posted by green apple @ 12:25 PM  
Newer›  ‹Older
Although you decided to end it all on April 1, you will never be forgotten
April 01, 2007

On April 1, 2003, when many people were playing April Fool's jokes, Leslie Cheung, the Hong Kong actor and pop legend, played his biggest and his final role when he jumped from the Mandarin Oriental Hotel in Hong Kong. And I'm very sure that today, thousands of heavy-hearted fans from around the world will gather in Hong Kong for ceremony to mark the fouth anniversary of the death of the city's megastar. How I wish I can join them. Gila kan aku?

Ok, enuff with the commemorative start off.

Pagi ni hubby aku keje, so boring sket. Jadi, disebabkan demam aku tak kebah-kebah lagi aku telah mendapat satu akal untuk bagi demam aku baik cepat. Caranya, membuat kerahan tenaga dengan melakukan aktiviti OPS PUNGGAH. Habis stor aku geledah. Selama ni stor tu opis kedua laki aku, so today aku masuk la kemas-kemas. Camne la dia boleh lepak kat dalam tu lama-lama sebelum ni? Aku nak masuk lebih dari 10 minit pun paler aku dah serabut. Punyala macam tongkang pecah. So tadi sudah kemas, jadi, sudah gorgeous sket stor tersebut.

Semalam kannnnnnn, aku shopping tauuuuuuuuuuuuuu.
Aku beli kasut 2 bijik tauuuuuuuuuuuuuu. Pastu beli eyesahdow idaman tauuuuuuuuuuuuuu.
Ngahngahngahngahngah. Seronottttt.
Tapi sebab laki aku tak kasik aku ambik gambar kasut ni semua so aku tak dapek berbuat demikian. Tapi atas dasar riak yang membuak-buak aku nak bagitau jugak kasut aku kaler grey-silver-metallic and also pink.

Nak elaborate lagi? Bolehhhhhhhhh.

Yang kasut metallic tu depan dia ada ribbon besar, pastu yang pink kaler tu pun ada ribbon, tapi kecik je. Yang penting kasut-kasut aku jenis yang bogel and tali lilit-lilit kat pergelangan kaki. Aku memang tak suka sangat pakai kasut spesies tutup aurat. Aku suka yang bogel nampak jari kaki. Walaupun kulit kaki aku tona warnanya agak kemendungan, pedulik haperrrrrrrrrrrrrrrrr. Aku nak tunjuk gak.

Pastu semalam aku telah mengapply satu job vacancy baru tapi kat KL. Company tu memang fabulous, well-known and ada potential, kira payah sket nak bankrupt sebab the company ada affiliations with several organizations abroad. And currently working closely with government. Since dulu company ni jugak yang out of nowhere offer aku join them to Massasuchet, so now I'm just trying my luck. Kalau sangkut and offer gempak, apelah kiranya jika hamba menyahut offer itu. Bukan aku tak suka kompeni skang ni, tapi bak kata Anuar Zain, ku mengerti perpisahan ini bukan kerana kau membenci tapi kasih sayang yang kuberi tiada lagi bersama. Macam tu la situasi aku kat kompeni skang.

Ok beb, aku nak tengok Pocoyo.

posted by green apple @ 10:02 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES

ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER