walk on wings, tread in air: Sambung story dak tungau <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sambung story dak tungau
2007-11-20

Masa aku masuk bilik Hairi tu memang tungau ni tengah tido. So aku pun kejut dia, sebab aku tau Mazlan ada class pagi tu so maknanya dia pun kena la pi class. Dia bangun mata terkebil-kebil nampak aku.

'Surpriseeeee. Cakkk!!!!'

Tengkorak la aku nak wat camtu kat dia. Nak kejutkan dia pun dah seksa dunia aku rasa.

So dia terus pegang tangan aku.

'Thank you Di, Thank you.'
Hok olohhhh, pehal kau??

So, aku cakap siang-siang yang Hairi yang suruh aku datang sini, aku pun tak tau kenapa. Aku ada kelas jap lagi, so aku nak balik. Dan-dan tu sakit otak dia sampai. Benci la aku bodoh-bodohkan aku camni. Aku ni dah memang azali bodoh, ko tak payah nak tambahkan bengap aku lagi.

Aku pun lupa apa jadik dah pastu, tapi yang pastinya malam tu aku balik rumah girls semula.

Ha, lupa lak. Kes yang dia mengadu kat aku orang frame dia mencurik tu kan. Itu adelah bukan sandiwara. Benda tu memang betul jadik. Siapa ntah yang bagitau aku, tapi budak laki geng2 dia jugak la. Cenggini. Budak-budak ni semua memang dah suspect tungau ni suka mencurik duit orang. Aku pun tak paham apa yang dia nak beli ngan duit-duit ni semua.

So, one guy ni saje letakkan wallet dia atas study. Pastu dia nyorok bawah katil. Sengal gak budak ni, boleh lak timbul idea nak menyorok bawah katil. Tolonggggg la.

So masa dia menyorok ni memang dia dah bajet tungau ni akan masuk bilik dia. Nak jadikan citer, tungau ni memang masuk bilik tu. Budak ni nampak memula si tungau ni macam carik orang lam bilik tapi takde orang. Pastu dia benti kat study, pegang-pegang belek-belek wallet ni pastu blah dengan angkut wallet tu sekali. Apa citer la kan??

Kena la kau.

Agaknya dah terkantoi sebab budak-budak laki pakat panggil and sound dia. So, takleh nak lari dah, dah takde saper percayakan dia, dia nak saiko aku pulak. Sebab aku kan bangang. Percaya je kat dia. Tu yang menggagau carik aku malam tu. And malam tu sebelum aku terserempak ngan Kharil, aku nampak dia keluar dari bilik dia bawak blade. Gila la katakan, tak pegang pisau bukan gila namanya. Balik-balik pisau. Balik-balik pisau. Aku sembelih telor ko ngan pisau tu baru tau.

So, dia jumpa aku dengan tangan pegang blade. Tunjuk terer la ngan aku ni. Saya ada pisau okkkkkkk. Blah.

Dia cakap kat aku, dia nak bunuh diri. Pastu dia lari keluar dari kolej. Kosser la aku nak kejar kan, malam-malam buta lak tu. So aku ikut Zuki balik rumah girls malam tu. benda ni jadik yang malam Hairi datang jumpa aku tu.

Eh, tunggang terbalik citer aku ni ek? Lantak la. Pandai-pandaila korang pahamkan.

Malam tu before Hairi jumpa aku, budak-budak pompuan ni buat sessi membrainwash. Apeng paling suka part membasuh aku ni. Aku bagitau yang dak tungau ni nak bunuh diri. Tolong la weiii, kalau dia bunuh diri camne?

'Oi Diana, takde orang yang nak bunuh diri pegi bagitau siang-siang kat orang lain dia nak bunuh diri la.'
Betul gak cakap Apeng.
Tapi aku menjawab balik.

'Dia kata dia nak terjun jambatan Penggg. Camne ni, jadik kes polis kang'

'Dia nak terjun jambatan? Ha, pegi terjun aku nak tengok. Ko jangan percaya la Diana. Dia tu gila tau tak'
Sangat bernas kata-kata Apeng. Tapi aku still takut jugak. Ye la, sekali dia buat gila terjun betul-betul, tak ke ngan aku-aku sekali kena angkut masuk court? Tolong la okkk, aku dah nak final year ni.

And betul!!
Dia memang tak terjun jambatan, tak jugak bunuh diri.
Tapi tumpang tido rumah Hairi.

Bangkai.

Soklan yang ko tanya aku Enonz, betul ke tak tungau ni pernah jalan kaki dari Samarahan ke Stutong, (that was like 25km ada?) dengan bawak pisau tu, memang BENARRRR. Mental siallllll.

Dia bawak pisau tu sebab nak bunuh aku la. Yang malam dia paksa aku mengaku nak balik kat dia tu. Ha, siang tu la dia marathon jalan kaki 25km dengan bawak pisau. Dia cari baton tak jumpa kot. Pisau pun jadik la.

Tapi bukannya dia berjalan sejauh tu punnnn. Tak salah aku Awie kata time dia nak balik ke rumah, on the way tu dia nampak tungau ni dah lembik semacam jalan tengah-tengah hari buta. So dia tumpangkan sampai umah. Hek elehhhh. Nak wat aksi Rambo, tapi lembik. Kosser okkk. Tu yang malam tu dia bertindak cam bagus tuh. Dah cas tenaga la kot, tido dulu kat umah siap-siap. Pastuh baru mengganas. Cam haram.

Aku tak ingat bila, tapi masa tu memang aku dah declare ngan En Wan. Aku balik cuti. Dia tak balik sebab takde duit nak beli tiket, tapi gedik gak nak balik. Ni bukan apa, saje nak perati aku buat apa kat umah, beromen ngan En Wan ke tak. Mampos la yang ko susah hati aku nak beromen ngan saper pun. Bengang la aku nih. Padahal dia sendiri tau yang En Wan takde kat Mesia, tapi saje je la kan, nak bagi puas hati sendiri. Bagi dia, kalau tak dapat aku, semua orang pun takleh dapat. Ko ingat ko bagus?

So, satu hari tu aku dah sampai umah, then kawan aku, Izham call dari Kuching. Dia bagitau, tungau ni dah dapat tiket (mana dapat duit aku tak tau, curik kot) nak balik KL.

Dah tu, apa kena-mengena ngan aku?

'Dia tu dah cam tak betul je aku tengok. Ko bawak la balik umah kau. Sebab dia cuma ada duit beli tiket je. Duit tambang teksi memang takde lansung'.

Babi la.

Aku pulak yang kena usung dia balik rumah? Rumah makpak aku lak tu. Menggelegak dah darah aku time tu. Seb baik Izham tu abang angkat aku, so malas la nak kuang ajar sangat. Aku ye kan je la. Tuhan je yang tau camana aku tahan-tahan diri aku dari asah parang kat bawah lemari ni. Kalau aku tak ingat Tuhan, lama dah aku rodok parang ni kat dia. Mak Aji tersangatttt la concernnya dengan mental dak tungau ni, so dia kata takpe, nanti mama papa fetch, Diana duduk rumah. Aku pun tak hingin nak jemput.

Mak aku kan memang risau sangat budak ni menggila kat umah dia. Disebabkan dia, banyak kali aku bergaduh ngan mak aku. Dek kesian sangat kat si gila ni, dia tak tau anak dia selalu kena bantai ngan tungau tu. Aku memang takde keje la nak cerita benda ni kat makpak aku. Kang aku yang balik-balik kena. Tu la, aku suruh blaja, ko gatal nak berlaki. Mak aku kalau 'azan' panjang gila okkkkk. Bingit telinga aku.

Masa keta bapak aku sampai kat umah, aku dah standby nak sangat tengok muka dia bersalah ke tak mengacau ketenteraman makpak aku nak tengok berita, terpaksa gi ambik dia pulak kat airport. Satu keje!

Cewahhh. Buat muka stresss. Stress la sangat-sangatnya. Mak aku boleh suruh aku siapkan nasik. Sebab tungau ni tak makan lagi. What the hell aku nak siapkan nasik kau? Bapak aku pun cedok nasik sendiri tau. Well, ngan mak aji aku takleh bangkang sangat, dengan mendidihnya darah aku siapkan nasik dia, tapi aku goreng telor je. Pastu aku naik atas. Bengang gilaaaaaaaaaaaaaa.

Esoknya, mak pak aku gi keje. Ahh, sudah. Tinggal aku, dia ngan Ibal je kat rumah ni. Mati aku kang. Tapi memang hampir mati pun.

Dia dok bilik Ibal, bilik Ibal ngan aku attached ngan toilet, so sewenang-wenangnya dia terjah bilik aku. Tapi masa tu aku ada kat bilik mak aku, guna PC. Tau dia wat apa kat bilik aku? Dia pi geledah barang-barang aku. Apa dia nak carik pun aku tak tau. Tapi aku rasa dia nak tengok diari aku kot. Tapi tak jumpa. Dia jumpa pulak surat yang aku baru tulis untuk En Wan. Dia baca surat tu pastu meroyan. Dia masuk bilik mak aku, tarik rambut aku, heret aku masuk bilik aku. Aku lam kepala dah pikir dia ni nak rogol aku ke? Berani kau nak rogol aku kat umah aku sendiri. Nak mati? Rupanya tak.

Perasannya aku.

Dia hempaskan aku kat atas katil, pastu dia koyakkan surat tu depan mata aku konon nak bagitau dia jumpa la surat aku tu. Apehal pun kalau aku nak bagi surat kat En Wan? Ko ada apa sangkut-paut? Pastu dia ambik bantal tekap kat muka aku, sampai aku tendang perot dia sebab takleh bernafas. Tak cukup ngan tu, dia hantukkan paler aku kat dinding. Tapi kali ni aku dah pandai cover ngan tapak tangan. First time paler kena hantuk ngan dia was masa kat bilik hostel aku.

Ooo, aku lom cerita ye? Takpe, tu karang.

Berani okkk, dia wat aku camtu kat, umah aku lagi. Memang gila tungau ni. Aku terjerit-jerit lam bilik tu, adik aku boleh tak dengar. Padahal dia kat bawah je tengok tv. Aku rasa jiran sebelah kalau tak gi keje dah boleh dengar bijik butir apa aku maki kat tungau ni.

Bukan salah apa pun. Dia sakit hati sebab En Wan dapat tackle aku. And dia bengang baca surat tu aku tulis 'I Love You' apa semua kat En Wan. Gila apa dia ni? Dah itu balak aku, pasalla aku nak tulis apa pun. Yang ko baca saper suruh. Pastu petang tu before mak aku balik keje, dia dah bla. Berambos la kau. Pegi mampos pun takpe. Aku dah taknak pikir nasib mak bapak ko dah. Alih-alih esok petang timbul balikkkkk. Dasar muka tak malu. Tapi malam tu jugak dia balik Kuching. Mak bapak aku gakkkk yang hantar ke airport. Sengallll.

Ok, patah balik. Masa aku second year, aku dapat dok hostel. That's why segala apa dia wat kat aku kawan-kawan aku tak tau-menahu sebab diorang tinggal kat luar (Stutong). Sebab aku takde geng kat hostel, dia sesedap la nak sepak terajang aku.

Ada satu hari tu, dia curik surat aku. Dah baca pastu sentap sorang-sorang. Bangang.
Masa tu aku ada class. Dari jauh, aku nampak moto dia park depan hostel aku. Aikk? Dia jumpa saper kat hostel ni? Aku buat tak tau. Aku naik je hostel, aku nampak kasut dia kat depan. Ah, sudah. Gila dia dah sampai. Aku berlari masuk bilik. Aku pegang tombol pintu, tak berkunci. Sah, dia dah kopakkan pintu bilik aku. Aku bukak pintu, elokkkk je dia tengah landing atas katil aku dengan lemari aku terbukak, laci aku terkangkang, barang-barang aku habis bersepah kat lantai.

Mengucap panjang aku okkk. Dia ni kenapa ha?
Aku tutup pintu and sendal ngan kerusi. Aku slow talk ngan dia. Takleh baran-baran kang dia rogol aku kang. Balik-balik rogol je aku terpikir. Dalam pada aku slow talk tu dia leh hentak kepala aku kat dinding. Bergegar otak aku sampai rasa nak termuntah. Tapi aku sabar gak.

Lama gila aku slow talk ngan dia lam tu, ada dekat 3 jam, sampai siang tukar malam la. Alih-alih pintu bilik aku berketuk, aku bukak nampak saper ntah budak pompuan tu tapi aku tau dia budak Perlis. Dia cakap 'Diana, aku tak tau apa jadik between ko ngan ****, tapi baik ko settle cepat-cepat, kalau tak aku panggil warden'.
Aku ni ada penyakit selalu nak pitam tau. The moment dia cakap camtu aku dah lembik dah, mana nak handle orang sakit otak, mana nak menjawab ngan warden kalau kena tangkap. Paling aku takleh nak bayangkan kalau dorang declare khalwat, kena kawen ngan orang gila ni. Mati jawabnya.

Finally dengan maju jayanya aku pujuk dia keluar dari bilik aku.

Masa aku final year, time ni kitorang semua dapat hostel. So, rumah aku ada aku, Rozie, Apeng (roommate) ngan Ayu. Lama gak la dia tak wat keje meroyan ni. Tapi bebudak rumah aku perasan, dia ni suka la bagi pinjam PC dia kat aku, pastu lepas 2 minggu ambik balik, pastu hantar balik. Sanggup dia mengusung bendalah tu pulang balik. Aku ni macam biasa la blur. Tak paham apa maksud disebaliknya. Tapi dak Apeng ngan Rozie dah sound aku tungau ni kejap-kejap datang pasang PC sebab that' s the only way dia nak jumpa aku, dapat mengadap muak aku lama sikit. Pastu motor yang dia pakai tu moto bapak aku. So dia gunakan la ayat mandrem 'Papa bagi moto ni sebab senang **** nak bawak Di pegi mana-mana. Naik je la ngan ****. Takkan Wan marah kottt'.

Knowing diri sendiri yang sangat la bodoh, kengkadang aku pegi la jugak kuar makan ngan dia naik moto. En Wan memula taknak bagi gak, tapi dia kata kesian pulak kat aku asik kena tunggu member balik bertenet baru boleh makan (sambil pandang Rozie. Dia ni kalau aku kirim makanan, sampai kejung la mee goreng tu baru dia balik. Kan? Kan?). Tapi En Wan warning, jangan melayan dia lelebih, jangan peluk dia masa naik moto (takde keje aku), jangan kuar outing ngan dia, kuar makan je. Ok la, fine. Mak aku pun tau aku just uar makan ngan dia.

Ingatkan dah settle. Tapi rupanya tak settle jugak.
Dalam masa yang sama dia still put on hope nak kat aku balik. Hari-hari dia belikan kek feveret aku Blueberry cake (lepas tu kek ni dah tak jadik feveret aku dah) ngan cup corn. Rozie ngan Apeng selalu sound aku jangan makan benda ni. Takut dia baca apa-apa. Diorang yang bedal. Bagusssssss.

Satu hari tu, siapa ntah wat cerita aku dah nak kawen ngan En Wan. Apa lagi, gelupur tak hingat la tungau ni. Dia pi serang aku kat rumah. Masa tu kitorang satu rumah tengah melepak. Waktu petang time tu. Aku berlari masuk bilik Ayu ngan Rozie. Tapi masa tu Rozie kat luar, Ayu je lam bilik tengah tido. Aku kunci pintu dari dalam. Dia hentak pintu punya la kuat, sampai melompat aku kat dalam.

Masa tu aku takde HP ni semua. So aku mintak Ayu call mak aku, cakap condition aku kat sini camne. At the same time, kat luar ni dah hiruk-pikuk dengan suara Apeng ngan Rozie menjerit-jerit kat tungau ni suruh keluar rumah. Memang chaotic gila la. Aku dah melalak-lalak kat dalam takut.

Last-last Rozie ketuk pintu suruh aku keluar. Dia kata takpe, diorang semua ada. Aku keluar la. Aku keluar je dari bilik Rozie, si tungau ni terus heret aku masuk bilik aku pastu tutup pintu. Kunci. Tuhan je yang tau camne aku rasa. Aku ingat mati je time tu. Bergegar-gegar pintu bilik aku Apeng ngan Rozie ketuk, Ayu lak dok mendial rumah mak aku tak dapat-dapat. Kecoh siallll.

Kat dalam bilik tu cakap la apa aku tak rasa. Pelempang, penumbuk, tarik rambut, hentak paler kat dinding semua aku dapat. Dia dah puas lanyak aku, pastu dia bukak pintu. Rozie terus terkam and peluk aku.

Kan, aku dah nak nangis ni.
Fobia kalau aku ingat balik kes ni.

Apeng menjerit marah kat tungau.
Masa dia berbalas-balas tempik ngan Apeng, dia hayun tangan kat muka aku, tempias dia dapat kat pipi Rozie pulak. Haa, nak sangat bela aku kan. Ko pun dapat sekali. Ko still takleh lupa kan penampar dia? Ko dapat hujung jari je tu, aku ni berdesing telinga kena tapak tangan dia. Full. Cilaka punya jantan.

Aku tak ingat apa dah jadik lepas tu, yang aku ingat budak-budak sebelah rumah (rumah kau la Enon) aku rasa Mala kot, berlari pi carik roommate tungau ni, si Nazri. Tetiba je aku nampak Nazri ada depan bilik aku.

Nazri : ****, jom kita gi makan. Aku takde geng la
(slow je mamat ni cakap kat dia. Gila guna psikologi mamat nihhhh)

Tungau babi : Ko gi dulu la, aku makan kejap lagi.

Nazri : Jom la, kita makan sama-sama, ada benda aku nak tunjuk ni.

Apa ntah Nazri cakap lagi, last-last dia keluar jugak. Hebat gak Nazri ni saiko kan dia.
Dia kuar-kuar je bilik, Ayu bagi HP 'Nah, mama Diana nak cakap'.
Ambik kau.

Aku tak tau apa yang mak aku sound dia. Tapi yang aku tau itulah harinya makpak aku tau yang selama ni anak dia kena belasah. Menangis mak aku bila aku mengaku yang selama ni aku berdepan ngan masalah ni tapi aku tak bagitau dia. Malas la ok nak semakkan paler orang tua ngan masalah yang kita carik sendiri. Saper suruh bercinta kan? Bercinta ngan orang gila lak tu.

Disebabkan kes petang tu la, En Wan decide nak bertunang cepat. Nak selamatkan aku.

Lepas aku bertunang lagi bestttttt. Tak puas ati lagi ni.
Kan aku cerita lepas bertunang, En Wan hantar aku balik Kuching kan. So En Wan lepak lam 3 hari kat sana. Tumpang rumah Mazlan. Aku ngan Apeng tido sana sekali. So, satu pagi yang indah, semorang gi klas, tinggal aku ngan En Wan je kat rumah tu. Aku ada kelas petang. Tengahari tu En Wan dah nak balik KL.

Masa tu aku tengah gosok baju lam bilik atas lantai, En Wan lepak atas katil tengah kira duit Jepun dia. Pastu aku dengar cam bunyik orang seret moto. Ahh, aku takde pikir orang lain dah. Dia ni memang ada penyakit suka matikan enjin moto dari jauh pastu seret pelan-pelan. Aku dengar ada orang try nak bukak grill depan. Aku dah terbenti dari menggosok. Terus aku kunci pintu bilik. En Wan terbangang-bangang apehal muka aku cuak semacam. Pastu jap lagi aku dengar orang hentak grill blakang pulak, macam paksa grill tu bukak. Then, dengar tapak kaki orang masuk sampai kat hall. En Wan kata, kita kuar, dia nak sangat tengok muka tungau ni. Ya Allah, aku takut gila time tu. Dibuatnya bergaduh kat sini, mati keringggg.

Aku kuar tengok dia tengah lepak atas kerusi depan PC, tapi kerusi tu dia pusing mengadap bilik aku. Aku hai hoi lebih kurang ngan dia. Siap salam okkkk dengan En Wan, tapi tak angkat muka. Samada dia bengang tengok muka rival dia (hahahah) ataupun dia sebenarnya kecut kote depan lelaki. Depan pompuan je berani.

Aku tak pasti apa motif dia datang umah Mazlan. Tapi tak sampai 15 minit, keta Mazlan sampai. Yan ada sekali lam keta. Mazlan wat cam biasa je masa masuk rumah, Yan terus tarik aku masuk bilik. Yan kata, sampai je kolej, dia tanya Mazlan, tungau ni datang kuliah tak, sebab tungau ngan Mazlan satu course. Mazlan kata takde. Yan suruh Mazlan cut the next class sebab nak berkejar balik. Dia dah bajet sure tungau ni carik aku kat rumah Mazlan. Betul rupanya. Baik kan, kawan-kawan aku? Sanggup ponteng kelas sebab nak slamatkan aku. Tapi memang korang carik jalan je nak monteng kan?

Banyak lagi cerita aku ni. Dia punya menggila sambung sampai aku dah menikah. Tapi aku perlu istirehat. Esok nak gi keje. Kalau ada masa sok aku sambung, kalau aku tak sambung pepandai la guna imaginasi buat ending cerita. Nak siapkan entry ni sampai aku hilang masa nak masuk blog korang. Sori kay, ada masa nanti aku pasti jenguk blog kengkawan sekalian. Doakan la mood aku ada nak sambung citer basi ni.

posted by aveo757 @ 9:27 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER