walk on wings, tread in air: The End <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


The End
2007-11-21

Dulu masa tengah asyik asyik asyik asyiknya bercinta (Amelina pleaseee), aku ngan dia siap tukar-tukar baju tu. Aku pakai baju dia, dia pakai baju aku. Konon seiring sejalan la. Asal baju aku dia pulangkan balik, sure kaler dia jadik kusam. Ko buat kain lap kaki apa baju aku ni? Chenta Nonz, chentaaaa. Aku sempat 2 kali raya ngan dia. Raya tahun pertama tu baju sesama kaler cream, pastu tahun kedua baju sesama kaler blue. Masa tahun kedua ni dah nampak dah tanda-tanda materialistik kat dia. Baju aku dia beli kat India Street je, tapi kain baju melayu dia, dia pilih Pierre Cardin. Buto. Tapi aku belikannnnnn gak. Bodoh gila aku.

Kalau baju-baju ni memang selalu sangat la aku belikan untuk dia. Well, dia ni jenis tak bergaya lansung okkk. Kalau ko tengok gaya dia memang konfem takde orang nak la. Elemen orang berduit tu memang takde kat dia. Tapi sebab cinta itu buta, ditambah lak ngan aku memang buta tuli, dan aku juga sedar diri aku gemuk, itam dan tak lawa, jangan cakap banyak la kan. Couple je la, bising lak. Tapi, aku buruk pun at least aku tak selebet okkkk. Cuma aku tak le sebranded orang lain. Tapi baju aku kira semenggah lagi kalau nak compare ngan dia.

So, konon nak ubah imej dia la. Asal outing je, mesti aku belikan dia sumthing. Selalunya baju. Didikan aku rupanya menyebabkan dia lupa diri. Berlagak. Ada satu time tu, balik raya, dia lepak umah mak aku. So malam tu aku jemput kengkawan Bangi datang beraya. Dengan sengau sendutnya datang kat aku, bagitau takde baju nak pakai malam ni. Hoih bangang, yang tuan rumahnya kita, ape kes pulak ko yang nak risau takde baju ni? Aku yang betul-betul tuan rumah pun tak pikir apa nak pakai.

Petang tu, gi Kajang nak beli sumthing untuk tambah-tambah open house malam kang. Tersinggah la pulak kat area mens wear. Dia boleh selamba sound aku, 'Cantik tak kalau **** pakai kaler ni?'. Sambil tunjuk kemeja Pierre Cardin.

Sibuk la pulak nak test, aku tau kau bukannya ada duit nak beli. Tapi aku dok bayangkan dia akan appear to be sangat selebet maut depan kawan-kawan aku, aku belikan jugak baju tu.

Pehhhh, malam tu, aku tengah huru-hara kat dapur siapkan makanan, dia bleh mengangkang kat hall dah siap pakai baju baru. Jakun yang hamattt. Bila kawan-kawan aku sampai, dia lak berdebar-debar. Aku tanya pesal gabra lak? Ko ingat kawan-kawan aku yang datang ni pompuan??? Kawan-kawan aku semua jantan okkk. Masa tu terdetik la jugak, mesti dia bajet ada pompuan datang, tu yang menggeletis nak carik baju baru.

Actually tungau ni tak abis blaja pun. Dah nak grad, tengah semua sibuk-sibuk wat tesis, dia benti blaja. Benti ke, dibentikan ha? Aku pun konfius. Sukati la, janji ko brambos. Masa dia dah hujung-hujung nyawa kat U tu pun satu hal lagi dia wat.

Exam dia kantoi gila-gila. Ada satu part tu memang hancos la, 1 pointer ke apa dia dapat. Dia boleh fotostat slip result dia and pos kat mak aku cakap 'Makcik kena bertanggungjawab dengan result yang saya dapat. Ni semua sebab saya terlampau pikirkan Diana'.
What the pukimak haram jadah kau???

Kau ingat kalau bukan sebab aku, ko pandai sangat la? Result ko mencanak-canak 4 flat la? Ko memang dah bangang okkk. Apa kena-mengena mak bapak aku pulak yang kau ugut? Mak bapak kau ada, ko pegi la mengadu nasib. Yang ko kacau hidup mak bapak aku awatnya?

Kes yang dia ugut aku ni pun aku tak tau menahu. Lepas grad, aku tengah susun spender bapak aku lam laci, aku nampak surat dia. Bapak aku pun kot ye nak simpan rahsia, jangan la kat laci spender. Aku tukang lipat ngan susun baju lam rumah tu. Tapi aku baca surat ni pastu aku diam je, aku tak tanya makpak aku pun. Memang aku simpan dendam aku ni sensorang. Ni baru aku nak bercerita kat semorang the truth lies behind.
Pehh...boleh wat tajuk sinetron ni.

Masa dia dah quit dari U aku ingat tenteram la dunia aku.
Tak jugakkkkk.

Lepas satu-satu benda timbul, cerita-cerita yang aku tak penah tau semuanya muncul. And aku yang tanggung malu.

Pernah satu masa dulu tetiba je dia ada banyak VCD. Kejap-kejap bagi aku pinjam VCD, CD lagu pun ada gak. And setiap VCD dia dia mesti tulis 'CD', C tu nama samaran dia (C for CIBAI), D tu nama aku la. Chenta la katakan. Bila dia dah brambos baru la kuar cerita yang selama ni asal dia masuk umah orang je, masuk bilik sesaper je, mesti ada barang orang yang hilang. Antaranya VCD.

Satu malam tu aku ngan Rozie gi umah dia. Sebab tungau ni satu rumah ngan Ijad, Awie, Izham, and Shahir. Kelas generic aku, aku pilih teater. Aku and Rozie se-group ngan tungau ni and also Awie. Malam tu kitorang plan nak wat puppet untuk teater show nanti. So, buat la puppet ni kat umah dak jantan ni. Masa kitorang sampai tu, aku nampak atas study tungau ni ada tisu tompok-tompok darah. Dia perasan aku tengah dok perati tisu tu, so dia kata hidung dia panas dalam. Berdarah sket. Pedulik apa aku. So, takde la aku nak tanya lelebih.

Ok, dia kata kat aku hidung dia panas dalam kan?
Masa dia dah blah dari U, baru la Ijad ni pi bagitau Rozie yang sebenarnya malam tu tungau ni kena tumbuk ngan one of the student kat situ sebab budak ni found out VCD-VCD dia yang hilang tu semua tungau ni curik, pastu tulis siap-siap 'CD' biar orang tak perasan. Nak mencurik pun boleh tak letak nama kau je? Yang pi babitkan nama aku sekali atas VCD tu buat apa bahalol?

Malam tu, budak tu serang rumah dia, budak tu tanya pasal VCD dia yang hilang, kena penumbuk satu kali kat hidung, sampai dia berlari ke dalam panggil Ijad. Bacul. Ngan aku kemain sedap lagi ko hentak, baru kena sedas kat hidung dah mencecet lari panggil orang cover.

Elok je lepas budak tu blah, kitorang pun sampai nak wat puppet. Dan dia pun mereka-reka citer la kat aku bagi mengekalkan kemachoan diri. So masa aku tau citer sebenar aku rasa malu gila nak terserempak ngan mamat tu. Saper nama mamat ni lupa lak, tapi balak Anne. Aku harap mamat tu tau la yang aku tak terlibat ngan mencurik ni semua. Aku tumpang tengok VCD je.

Kes seterusnya, jadik masa dia dah blah dari U.
Ijad sedar yang kasut Converse dia hilang. Rozie mintak aku telefon rumah mak aku tanyakan kot-kot kasut Ijad dak tungau ni rembat bawak balik. Tungau ni lepas dah blah dari U, dia melepak umah mak aku macamkan itu mak dia. Selamba bodoh tak tau malu.

Aku call umah, adik pompuan aku cakap, kasut Converse tu ada kat porch. Ok, skang aku tak tau nak bagitau apa kat Rozie. Sah, kasut kawan baik dia pun dia leh angkut. Malam tu Ijad call rumah mak aku, cakap ngan dak tungau ni. Ijad tanya elok-elok tanak mengaku, boleh lak kata 'Jap Ijad, aku check kot-kot kasut ko ada lam beg baju aku'.
Pundek la.

'Ha'ahhh. Sumpah Ijad, aku tak tau camne kasut ko boleh ada lam beg aku.'

Taik. Taik. Taikkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Meluat okkk. Padahal adik aku dah bagitau memang dia selama ni pakai kasut tu kuar rumah. Nak berlakon lagi ngan kitorang. Saiko tak abis-abis.

Dulu masa blaja, dia pinjam moto bapak aku sebab senang nak gerak sana sini.
So lepas dia blah tu dia wat dekkk je ngan moto ni. Bapak aku pos kat sini sampai beratus-ratus, ko tak bayar balik. Ko dah lenjan pastu tinggal camtu je. Ko datang sini, uruskan moto ni hantar balik KL.

Dengar pulak tu arahan aku. Dia datang Sarawak, nak uruskan moto. Malam tu aku balik KL ngan dia, satu flight. Balik untuk forevernya, sebab presentation tesis aku dah habis.

Masa tengah tunggu cab datang, lepak la kat tangga depan. Nampak la pulak budak-budak geng aku Rozie, Apeng, Cheq, Mala tengah sorong cabin sampah yang gedabak tu bagi park depan rumah sebab senang nak buang segala sampah before balik KL. Masa diorang tolak-tolak ni, mulut bising la dengan terpekiknya, gelak terbahak-bahak. Tungau ni boleh pandang ngan muka kereknya, cakap 'Huh, tak matang lansung'.
Berlagak siallllllllll.
Mentang-mentang dia dah keje time tu. Ada la lam 3 bulan kot dia dah keje. Keje pun mak aku yang carikkan. Blah la kau.

Masa dah sampai umah mak aku, esoknya dia terus balik kampung dia. So aku ni cam biasa la, lepak 2 minggu before start keje kat MOSTI. Dalam masa 2 minggu aku menganggur tu sempat la aku kemas rumah, punggah segala apa yang tersembunyi kat bilik bawah. So, aku jumpa satu kotak besar. Lam kotak tu penuh ngan buku-buku tungau ni. Dia kan lepak umah mak aku lepas quit dari U, so still ada barang dia yang dia tak sempat nak angkut balik kampung. Aku pun tak kasik can la, aku geledah barang dia pulak.

Aku jumpa diari.
Diari ni diari zaman dia kat sekolah sampai la kat U. Tapi tak hari-hari dia update. Aku baca pelan-pelan. Ada satu part tu, dia tulis dia keluar ngan ex-gf dia. Masa tu dia dah couple ngan aku. Aku tak kisah la dia nak kuar pun sebab exgf dia sekampung ngan dia. Tapi masalahnya, dia tak penah bagitau aku. Kalau aku tanya pasal exgf, cehh mengutuk saje. Siap la pulak dia tulis dia pi bercuti ngan exgf dia. Mak aiiii, sakannnnn.

Aku baca page lain pulak.
Kali ni dia cakap dia jumpa exgf dia yang kedua. Bla bla bla bla. Aku lupa apa dia tulis tapi lepas aku baca aku terus call exgf dia yang kedua ni, X.

Mamamiaaaaaaaaa.
X ni bagitau dia memang teringin nak jumpa aku. Banyak benda dia nak cerita.
Ok, citer la aku dengar ni.

Dia cakap masa tungau ni kat U lagi, masa tu tgh berkapel ngan aku, almost every week dia still call X. Padahal X ni dah reject dia before SPM lagi. Pastu ada satu sem break tu, tungau ni call X ajak jumpa. Tapi X ni taknak, member dah ada balak baru. Saper nak jumpa kau kan. Alih-alih, X ni cakap tungau ni dah ada depan umah dia, waktu malam. Dia nak jumpa gak. X ni kata, tungau ni nak ajak dia berborak.

Akai ada ke? Dah malam, ko nak ajak anak dara orang berborak kat luar rumah. Mak bapak ada kat dalam. Dia ni ada otak ke tak? X cakap tungau ni tunjuk kat dia gambar aku.

X : You chinese look kan? Putih-putih?

Aku : Errr.. (aku putih??? Putih antara yang hitam kot). Tak la, I kulit gelap.

X : Eh, ye ke? I tengok u macam cina je.

Pastu aku dah dapat agak. Dia tak tunjuk gambar aku, tapi tunjuk gambar orang lain. Apa motif dia ha??????
Patutla manjang takde duit, rupanya duit abis menelifon semua ex-es.
Bingai.

Masa aku dah kawen pun dia still nak enterframe lam hidup aku. Time tu aku baru kawen dalam sebulan lebih kot. Pastu dia datang KL sebab gf dia nak konvo. Gf dia budak Penang yang study kat UiTM. Ok la fine. Ko dah ada awek. Bagus. Tapi yang ko nak tido umah mak aku tu apesal? Eh tolong la. Ko tak tau malu ke? Kau ni adik beradik pun bukan, sedara pun tak. Abang ko ada terpacak kat Subang Jaya, yang ko nak melepak umah aku apa kes?

Tapi mak aku kata takpelahhhh...kesiannnnnn. Aku takleh cakap apa la kan. Tapi masa tu aku tak risau dah sebab aku dah ada En Wan. Cuma aku benci tengok kelibat dia lam rumah ni. Selamba je dia nak makan sekali ngan kitorang. Dah la ko tu orang luar, merempat, kat meja makan dia lak yang kontrol the conversation. Cam kau pulak tuan rumah. En Wan senyap je. Dia kata orang sakit mental cam ni elok bagi silent treatment je. Aku pun malas nak dengar cerita dia yang kalau 100 patah perkataan dia cakap, 120 patah confirm menipu.

Dia cerita dia dah join keje kapal, ALAM kot nama kompeni tu. Habis hebat la nih. Travel overseas. Citer dah beli home theater, tapi park home theater tu kat umah family awek. Nak impresskan family awek la ni.

Siap tanya Ibal, ko taknak ambik lesen kapal ke?
Paler tungkik kau. Agak-agak kalau aku ambik lesen kapal, kapal tu boleh parking depan umah aku tak?
Cakap biar pakai otak la beb, jangan pakai bontot.

Dia nak pi graduation awek dia esok, tapi tak inform sesaper. Even awek dia pun tak tau. Kira surprise la. Nak pi graduation, tapi mintak bapak aku hantar sampai depan pintu gate UiTM. Kau boleh tak kalau hidup tak menyusahkan orang?

Petang tu lepas balik keje, aku masuk lam bilik beromen ngan En Wan.
Wakakaka.
Selingan je tu.

Yang aku ingat, petang tu balik keje, aku cam biasa akan melepak kat bilik ngan En Wan. Elok je aku tengah melepak, dia ketuk pintu bilik aku. Berani dowhhh.
En Wan bukak pintu 'Nak apa?'

'Aku nak cakap dengan Diana jap'
Kuang ajar okk.
Memang dasar takde otak, takde hati, takde perasaan, takde apa semua takde lah.

En Wan pun suruh aku keluar jumpa dia jap. Dia tau tungau ni takkan apa-apa kan aku. Aku masuk bilik Ibal. Tapi pintu aku bukak.
Dia dok depan aku, siap tundukkan kepala, pandang lantai. Ambik mood la tu konon.
Apa lagi yang kau nak menipu ni.

Dia cakap dia kena tipu.
Dia gi graduation tu tadi, dalam buku tetamu takde pun nama awek dia. Tapi awek dia kata dia grad that day. Dia tunggu gak sampai majlis habis. Konfem awek dia takde. Pastu dia call awek dia, tak angkat-angkat. Last-last satu laki angkat nama Nizam ke Nazri, camtu la. Balak kepada awek dia.

Aku senyum je dengar dongeng dia ni. Malas percaya. Kalau betul pun, padan ngan muka kau. Ngan aku dulu ko tipu hidup-hidup, memang ko elok dapat pompuan yang tipu kau pulak. Baru ko rasa.

Pastu dia call makbapak awek dia, nak mengadu la ni. Bapak awek dia ni tau anak dia dah ada balak, tapi dah kau terhegeh-hegeh nak kat anak dia kan, siap tunjuk kekayaan kau lagi, parking home theater kat umah dia saper tak tolak kan? Pastu nak ambik balik segala harta benda. Saper nak bagi. Kau ingat dorang nak bagi? Apa bukti itu barang kau? Padan muka.

Boleh la pulak mak aku tolong call kan awek dia ni tanya kenapa wat dia camtu?
Tak baik tauuuuuuuu.

Ptuihhhhhhhhhhhh!!!!
Dia gunakan mak aku pulak.
Aku heran apasal klorga aku jadik kena-mengena ngan dia ha? Asal dia ada lam ini gambar, satu klorga terlibat.

So, apa musababnya yang ko panggil aku ni? Ko nak bagitau apa lagi?

'**** dah buntu dah. Tak tau nak wat apa. Sebab tu **** nak bercakap ngan awak. Boleh tenang sikit hati ****'.
Sudah la kau.
Aku nak mandi. Terus aku masuk bilik, mandi ngan laki aku.
Habis citer.

Lepas aku bersalin Redza a few months, dia datang umah mak aku.
Time tu kebetulan aku ada sana. So masa dia sampai umah tu aku tengah makan kat dapur. Muka memang cuak gila la nampak aku ada lam rumah tu. Tau dia datang wat apa?
Datang nak kenalkan tunang dia kat makpak aku.
What the hell???

Siap kenalkan 'Ni la mak angkat saya'.
Gampang la.

Taknak kenalkan aku pulak ke???

Aku tak penah tau pun aku ada adik-beradik angkat? Adik-adik aku dah cukup satu laki, satu pompan, and aku pun dah berlaki. Dah ramai dah lam rumah ni, takyah ko susah-susah nak offer diri menyemakkan lagi rumah mak aku.

Pehhhh...tunang dia kerek sialllllllllllll. Agaknya tungau ni cerita benda merepek-repek hingga aku ni boleh diklasifikasikan dalam group underdog. Tunang dia cam tak reti cakap melayu. Skipping london sehhhhhh.

Muka memang kampung la. Mula la aku nak menghina ni.
Dengan serbah serbih pakai baju kurung besar jumpa makpak aku, dengan muka tak berbedak. Kau ngan aku sama hitam ok, boleh tak kau pakai bedak sket sebelum masuk umah aku? Macam sakai terlepas. Pastu suara kuat gila macam pakai hailer. Cakap omputih la katakan, mesti la kena kuat sket. Kang jiran sebelah tak tau pulak lam umah ni ada orang berpelajaran tinggi bertandang.
Pundek.

Apa entah agaknya tungau ni mengumpat pasal aku kat pompuan ni, tunang dia belagak nak mampos ngan aku. Aku rasa tungau ni bagitau, aku ni tak abis blaja, keje kerani kelas paling bawahan ngan kerajaan. Sila baca conversation kami :

Tunang Tungau : You keje goverment kan?

Aku : Dulu la, now I dah join private. Biotech company.

Tunang Tungau : (masa ni muka dia berubah sikit. And tungau ni pandang tempat lain. Aku tau dia gabra sebab apa dia cerita kat tunang dia agak tak tally dengan apa yg aku bagitau)
Oh ye ke, I pun keje private company. Kilang kat Kulim. Tapi I executive.

What the fuck ko nak stresskan kat aku yang ko bukan operator kilang tapi executive??? Laki aku pun keje kilang, tapi takde la nak stresskan kat semua orang yang dia tu engineer. Selama aku kawen ngan En Wan, mana dia pegi, kalau orang tanya 'Keje kat mana?'
'Keje kilang je'. Itula jawapan En Wan.
Takde hal pun. Kalau ko operator sekalipun, takde kena-mengena ngan aku.

Payah kalau orang yang hidupnya asik nak berlagak. Asik rasa insecure sepanjang masa. Kalau boleh nak bagitau satu dunia dia ni siapa.

Masa nak balik, tengah-tengah diorang pakai kasut, mak aku tanya la 'So bila nak kawennya ni? Jangan lupa jemput'.
Tau apa jawapan yang aku dapat??

Tungau ni reply 'Tak tau lagi makcik. Kena tanya Diana'.
Erkk???
Tanya aku?

Sepantas kilat tunang dia toleh kat dia and tinggikan suara 'What? Diana?????'
Hahahahhahha...aku dah bantai gelak kat blakang. En Wan senyum je.
Masa tu aku tengok muka tungau ni gabra gila. Muka orang yang terlepas cakap pastu tak tau nak cover apa dah. Memang cuak gila muka dia. Aku bajet teruk tungau ni kena bambu ngan tunang dia lam keta kang. Mampos ko la. Dulu ngan aku sket punya bengis kau kan. Skang dapat la buku ngan ruas.

Then mak aku tanya 'Eh, mana keta?'
'Tadi saya terlajak ke dapan, so jalan kaki masuk sini'.
Apa la punya jawapan. Sangat rendah IQ kau nak menipu pun fail.
Kalau terlajak sekalipun, keta ko takde gear reverse ke?
Bukan apa. Dia tau En Wan pakai Prelude, so segan la kan nak tunjuk keta dia kat aku. Nampak sangat la loser.
Kan aku dah menghina lagi. Jangan wat aku hangin.

Aku kenal sangat ngan tungau bangang ni. Dia ni takkan tunjuk keloseran dia kat orang apatah lagi kat rival dia. Sebab tu kalau bercerita ngan makpak aku takmo kalahhhh, dia dah pi Seoul, Spain la apa la, konon nak hint yang rugila kau tak ambik aku as menantu. Aku dah keliling dunia okkkk.
Keliling dunia free ikut kapal tak main la beb. Jangan nak belagak ngan aku.

Aku tak tau apa nasib dia skang. Yang aku tau dia dah kawen ngan pompuan tu, and ada anak.
Masa dia kawen, dia hantar kad kat mak aku, tapi biasa la, adik-adik aku semua anti-tungau. Kad dia sampai je, adik aku terus inform aku. And aku pun ambik kad tu humban lam tong sampah. Sekian, terima kasih.

Minggu yang dia nak kawen tu, dia sms aku 'Jemputan ke majlis perkahwinan bla bla bla'.
Pastu aku reply, 'sorry wrong number'.
Aku rasa sampai sini je kot cerita dia. Kalau ada yang lain-lain tu peristiwa tak berapa penting sangat. Aku taknak reveal nama dia kat sini. Mana la tau kot-kot sok anak dia besar terbaca lak blog aku ni, nampak lak nama bapak dia. Apa yang jadik between aku ngan dia, memang aku takkan lupa sampai mati. And aku bajet dia pun tak lupa. Sebab dia yang bersusah payah pikir jalan cerita drama ni semua. Very the drama queen tungau ni.

Ada hikmahnya semua ni jadi. Mungkin kalau benda ni tak terjadik aku tak nampak tanduk setan dia yang selama ni tersembunyi. And frankly sampai skang aku tak sure samada aku kenal dia ke tak. Aku tak sure mana satu personaliti dia.

Rupanya En Wan jodoh aku. Aku tak kata la En Wan terbaik. Sekurang-kurangnya dia terbaik untuk aku and dia takde split personality. Itu dah cukup.

Mungkin kalau benda ni tak terjadi, aku takkan tau rupanya aku ada kawan-kawan yang sanggup susah senang sama-sama. Sanggup bawak aku lari dari kena toreh dek tungau, sanggup ambik risiko signkan attendance aku bila aku tengah sakit otak pikir masalah tungau gila ni, sanggup ponteng kelas sebab nak selamatkan aku dari kena luku dek tungau, and sanggup sedekah pipi untuk ditampar. (pandang Rozie lagi)

Aku berdoa satu je. Jangan la anak aku kawen ngan anak dia.

And thanks for reading this. Aku tak penah cerita benda ni secara terbuka. At least dah tua sok, kalau blog ni masih ada (dah tua pun nak blogging lagi), aku dapat ingat balik semua kekejian yang berlaku zaman muda dulu.

Panjang eh?
Kira aku takyah update dah blog ni sampai tahun depan.

posted by aveo757 @ 1:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER